Perdagangan automatik adalah menarik dari perspektif nisbah risiko/ganjaran. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai kelemahannya.

Anda akan belajar tentang kelemahan perdagangan automatik dan kesilapan yang selalu dilakukan oleh pedagang persendirian dan pelabur institusi apabila menggunakan robot.

Kita juga akan mengetahui tentang cara untuk mengimbangi perdagangan automatik dan perdagangan secara manual untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dengan risiko yang minimum.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Kesilapan biasa pedagang yang menggunakan perdagangan automatik

Ramai peserta pasaran kewangan daripada bank pelaburan dan dana lindung nilai sehingga pedagang persendirian mempunyai minat yang mendalam dengan peluang perdagangan automatik. Semua orang tergoda dengan idea untuk menyediakan robot yang kemudiannya akan sentiasa memberikan anda wang.

Bolehkah rancangan begitu mewujudkan sumber kejayaan kewangan yang "kekal"? Malah, ternyata kecekapan yang tinggi automasi moden yang dikatakan berlebihan, dan sebabnya adalah faktor manusia.

Isi penting utama

Kesilapan biasa pedagang yang menggunakan perdagangan automatik disenaraikan di bawah:

  • Kebergantungan yang berlebihan pada perdagangan automatik tanpa kawalan pelabur yang mencukupi;
  • Mengabaikan keperluan pemantauan berterusan dan mengubah sistem perdagangan mengikut perubahan pasaran;
  • Tidak diuji dengan cukup dalam pelbagai keadaan pasaran;
  • Mengabaikan risiko yang berkaitan dengan kegagalan teknologi.

Mari kita bincangkan setiap satu dari Tujuh Kesalahan Perdagangan Automatik.

Kesilapan sikap dan cuai membawa kepada kerosakan mekanikal

Teori mengenai perdagangan automatik itu adalah bahaya dalam kesederhanaannya: tetapkan perisiannya, tetapkan aturan dan pantau perdagangan – tidak sukar, kan? Akan tetapi, ini merupakan pendekatan perdagangan yang kompleks, dan ia sangat jauh daripada dibuktikan kesalahannya.

Bergantung kepada platfom perdagangan, tempahan dagang boleh diletakkan pada mulanya dalam komputer sebelum dimasukkan ke dalam rangkaian. Kemudian, jika berlaku kegagalan sambungan internet, tempahan tidak mungkin akan sampai ke pasaran. Juga, mungkin akan ada percanggahan antara keperluan strategi dan platfom tertentu di mana berlakunya pedagangan itu. Dalam erti kata lain, sistem sebegini perlu aturan yang terperinci dan lebih telus.

Kesilapan keselesaan ilusi (palsu)

Sudah tentu, ianya sangat seronok jika hanya perlu hidupkan komputer sambil melakukan kerja-kerja lain atau pun berehat di kerusi malas dengan air coke, tetapi sistem perdagangan automatik moden ini masih memerlukan pemantauan rapi. Hal ini kerana kegagalan mekanikal dan kerosakan sistem. Jika tidak, terdapak risiko untuk terjebak dalam anomali sistem yang boleh mengakibatkan transaksi yang salah, dan juga ketiadaan atau pertindihan transaksi. Jika sistem dikawal, perkara sebegini dapat dikesan dan diselesaikan dari awal.

Kesilapan pengoptimuman yang berlebihan

Anda boleh menyelaraskan strategi untuk keputusan luar biasa berdasarkan data historikal yang telah diuji. Dan ramai pendagang berfikir yang kerja mereka hanya menyediakan pelan perdagangan yang 100% menguntungkan dan tiada rugi.

LiteFinance: Kesilapan pengoptimuman yang berlebihan

Oleh itu, parameter diperbetulkan untul pelan yang hampir sempurna ini, di mana tidak berfungsi sepenuhnya dalam pasaran sebenar. Jangan kejar keuntungan, tetapi hadkan risiko kerugian.

Kesilapan percanggahan faktor-faktor asas

Sukar untuk mengatakan bahawa hari ini, data harga historikal menunjukkan maklumat yang komprehensif tentang pasaran. Memandangkan maklumat mengenai kejadian-kejadian penting di seluruh dunia tersebar di seluruh internet dalam beberapa minit sahaja, kita tidak memastikan 100% bahawa berita seterusnya tidak akan mempengaruhi pergerakan harga dinamik. Jadi sistem terpaksa menerima keganjilan yang berlaku dan keputusan yang berlawanan dengan keuntungan.

LiteFinance: Kesilapan percanggahan faktor-faktor asas

Kesalahan kekurangan adaptasi

Ia mengenai mekanisma untuk menyesuaikan dengan perubahan yang tidak normal. SIstem perdagangan autonomi adalah satu set peraturan yang statik semata-mata. Sistem yang lebih maju dapat melakukan penyesuaian dan perubahan berdasarkan peraturan dan proses yang telah ditetapkan untuk penysuaian di kemudian hari.

Bagaimanapun, perkara yang mempengaruhi harga pasaran adalah tidak statik dan tidak tetap. Atas hal ini, kebanyakan signalyang meramalkan perubahan trend boleh ditafsirkan oleh sistem sebagai titik rujukan dalam trend semasa atau sebaliknya.

Kesalahan meletakkan harapan yang tinggi kepada dagangan automatik

Untuk sesetengah pedagang, perdagangan automatik merupakan idaman dan impian mereka. Mekanismanya mungkin masih belum sempurna, tetapi sekurang-kurangnya ia berada jauh daripada perbelanjaan politikal yang tidak sihat yang disokong oleh kebanyakan fundementalis.

Ini merupakan logik akal untuk hampir kesemua pencinta perdagangan automatik yang cenderung untuk berhujah mengenai sistemnya yang mempunyai qualiti yang sangat luar biasa daripada memperoleh keputusan sebenar.  Perdagangan sihat terletak di antara analisis asas dan teknikal – di persimpangan kesedaran berita terlampau dan latar belakang teknikal yang kukuh.

Kesalahan kos yang tinggi

Perdagangan automatik bermaksud:

  • pembelian dan penyelenggaraan server
  • perkhidmatan pakar sumber-sumber luar
  • pembelian pakar sedia ada untuk analisis dan kajian algoritma dan kod individu
  • perkembangan kemudahan asas komputer
  • akses internet jalur lebar secara berterusan untuk sistem pengkomputeran

Sesorang perlu mengambil kira bahawasanya orang yang paling berjaya dalam pasaran adalah pencipta sistem yang mampu menandingi pesaing-pesaing dalam kepantasan pembelajaran, potensi untuk menguasai bidang tersebut.

LiteFinance: Kesalahan kos yang tinggi

Hal ini menjadikan pedagang menghabiskan masa dan wang untuk kajian dan projek yang tidak selalunya berjay dan efektif dari segi kos. Dalam erti kata lain, proses perdagangan automatik persindirian atau global yang berterusan memerlukan pelaburan jangka masa panjang.

Bagaimana hendak menebus kesilapa-kesilapan ini?

Walaupun banyak kubu-kubu perdagangan automatik, hanpir mustahil untuk kita mendapatkan manfaat daripadanya. Para pedagang yang sudah memilih laluan ini boleh mencapai matlamat mereka dengan cara-cara berikut:

Menggunakan sokongan teknikal yang dipercayai

Perisian dan komputer moden serta infrastruktur rangkaian adalah asas yang kukuh untuk menukar idea kepada algoritma perdagangan menjadi realiti.

Mengutamakan pembelajaran rangaian neutral yang berturutan

Faktor in memerlukan sumber yang besar dan pelaburan yang cekap, di mana, walau bagaimanapun, akan memberi pulangan berlipat ganda. Jika sistem mengambil kira pengalaman lepas, jadi setiap kali, selesaikan masalah sebelum melakukan transaksi, ia akan kurang melakukan kesilapan.

Mengutamakan kesabaran

Seperti dalam perniagaan lain, perdagangan automatik juga mengambil masa yang lama untuk menubuhkan operasi yang baik. Pedagang perlu bersabar bukan hanya berbulan-bulan, malahan bertahun-tahun.

Mengutamakan kepelbagaian fungsi.

Pedagang tidak boleh bergantung kepada penasihat semata-mata. Mereka perlu mengembangkan fleksibiliti minda daripada hanya berhadapan dengan kemahiran yang sudah dipelajari. Perkembangan pengetahuan yang berterusan dalam menganalisis teknikal dan akaun terhadap kesan-kesan berita yang juga memberi impak kepada pasaran, akan sangat membantu dalam perdagangan automatik.

Kepentingan tetapan yang mantap

Tanpa menguji dan nasihat yang optimum, adalah mustahil bagi strategi pedagang untuk maju. Pelaksanaan proses ini akan mengelakkan kesalahan kerja pakar pada masa hadapan yang menyakitkan hati.

Mengutamakan kepintaran

Pedagang perlu sentiasa mengembangkan diri, belajar daripada buku-buku algoritma dagangan moden yang terkini. Anda tidak boleh leka apabila menerima keputusan positif yang pertama. Berdagang mempunyai perjalanan yang sangat jauh di mana anda perlu sentiasa mengembangkan strategi dagangan.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Tujuh Kesilapan dalam Perdagangan Automatik

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat