Program afiliasi: prinsip, jenis, pendaftaran. Bagaimana cara untuk menjadi rakan kongsi broker dan memulakan program afiliasi tersendiri dari awal

Program afiliasi boleh memberi pendapatan tambahan atau ia boleh menjadi perniagaan utama. Dengan rangkaian yang diuruskan dengan betul untuk menarik rujukan, seseorang boleh menjana lebih daripada $1000 sebulan (kadang-kadang lebih). Daripada artikel ini, anda akan mempelajari: jenis program afiliasi yang ada; cara untuk mendaftar. Anda juga akan belajar cara untuk mencipta rangkaian perkongsian dari awal dengan pelaburan dan alat minimum, dan juga peraturan-peraturan utama serta algoritma membina keuntungan daripada program afiliasi.

Program afiliasi: jenis-jenis dan algoritma penjana pendapatan

Program afiliasi ialah satu cara untuk menjana keuntungan dengan menarik klien-klien baharu dalam perdagangan, klien-klien yang akan memberi keuntungan kepada broker (keuntungan daripada spread), keuntungan yang rela dikongsi oleh broker bersama rakan kongsi. Perkongsian boleh menjadi sumber tambahan pendapatan pasif kepada pedagang, atau ia boleh menjadi satu jenis perniagaan sendiri. Teruskan membaca untuk mengetahui jenis program afiliasi yang ada dan cara membina rangkaian afiliasi dari awal.

Bagaimana cara untuk menjadi rakan kongsi: jenis-jenis program dan prosedur pendaftaran

Mana-mana broker pasti berminat untuk menarik perhatian klien-klien baharu dan meningkatkan volum perdagangan sendiri. Jadi, setiap daripada mereka bersedia untuk memberi galakan, memberi semua maklumat yang diperlukan bagi menarik klien-klien baharu. Selepas mendaftar dalam program, rakan kongsi akan menerima:

  • pautan rujukan. Hiperpautan (hyperlink) ini boleh disepadukan dalam laman web (jika ada), atau bakal pedagang boleh memasukkannya dalam pelayar.
  • tajuk rentang. Produk lengkap iklan untuk diletakkan dalam laman web;
  • kad perniagaan. Risalah iklan. Akan tetapi, rakan kongsi bertanggungjawab untuk mencetak bahan, broker hanya menyediakan versi elektronik sahaja.
  • hiasan latar dan ikon untuk mencipta imej halaman laman web tertentu;
  • pendaratan lengkap (laman web satu halaman) dengan logo, direka dalam warna korporat broker.

LiteFinance: Bagaimana cara untuk menjadi rakan kongsi: jenis-jenis program dan prosedur pendaftaran

Ganjaran (sebagai contoh, $25 atau $50 untuk setiap klien berdaftar) atau ekuiti (peratus daripada keuntungan broker) boleh ditetapkan. Tugas rakan kongsi ialah untuk meyakinkan bakal klien memulakan perdagangan pada akaun sebenar, bukan hanya melayari laman web broker. Itulah sebabnya rakan kongsi perlu dapat meyakinkan bakal klien, dan paling penting, memahami perdagangan dan ciri-ciri unik serta manfaat yang diberikan oleh syarikat.

Bilangan program afiliasi tidak terhad. Oleh itu, cara yang paling sesuai ialah mencipta laman web sendiri dan meletakkan pautan serta mengiklankan beberapa broker secara serentak. Perkara ini akan dijelaskan lebih lanjut.

Cara untuk menjadi rakan kongsi broker (teknologi)

Saya akan gunakan contoh program afiliasi LiteFinance untuk menunjukkan cara mendaftar dan memilih jenis perkongsian. Broker-broker lain mempunyai prinsip sama dengan sedikit perbezaan.

Langkah pertama ialah dengan mendaftar profil peribadi anda di laman web broker. Segala-galanya jelas: masukkan e-mel anda, tulis maklumat diri anda yang benar, sahkan pendaftaran, ikut pautan, hantar ke e-mel anda.

  • Penting! Anda perlu lulus pengesahan. Perkara ini sering dilupakan, akan tetapi, pengesahan akan mengelak sebarang masalah pengeluaran wang di masa akan datang.

Langkah seterusnya ialah mencari bahagian “Affiliate” di profil klien anda, kemudian - “Programs.” Fahami perjanjian afiliasi dan ikut tip-tip yang akan membantu mencipta kempen afiliasi anda. Selepas berbuat demikian, pautan rujukan akan muncul di profil anda.

LiteFinance: Cara untuk menjadi rakan kongsi broker (teknologi)

Jenis-jenis program afiliasi:

  • Di bawah program CPS, anda menerima $50 untuk setiap klien (rujukan) serta 10% daripada pendapatan subrakan kongsi anda. Rakan kongsi bukan sahaja menerima wang daripada pedagang yang mereka bawa, tetapi juga daripada pedagang yang dibawa oleh subrakan kongsi mereka. Ganjaran dan peratusan daripada pendapatan subrakan kongsi adalah tetap;
  • Program Revenue Share boleh memberi anda $15 bagi setiap perdagangan yang dilakukan oleh rujukan serta 10% daripada keuntungan subrakan kongsi anda. Keutamaan program ialah rakan kongsi menetapkan jumlah komisen yang sedia dikongsi dengan rujukan atau rakan kongsinya. Ia berfungsi seperti ini: rakan kongsi menarik perhatian rujukan baharu, mereka membuka perdagangan, rakan kongsi menerima komisen daripada broker tanpa mengira hasil perdagangan dan memulangkan 5% hingga 95% komisen ini kepada rujukan. Ini memberi manfaat kepada rakan kongsi (mengukuhkan perkongsian, kemungkinan untuk menarik lebih ramai orang) dan rujukan (perlindungan sebahagian daripada kos perdagangan);
  • Regional Representative – satu program yang memberi peluang untuk menetapkan dan menguruskan pejabat tempatan anda. Ia merupakan perniagaan yang serius dan bebas.

Menjadi rakan kongsi biasa juga boleh dilakukan tanpa mewujudkan sistem pelbagai peringkat. Selepas rakan kongsi mendapat bahan-bahan pengiklanan daripada broker, mereka boleh mula menarik perhatian klien-klien baharu.

Terdapat satu alat sokongan di laman web, kalkulator rakan kongsi yang membatu mengira komisen rakan kongsi. Selain itu, pilihan-pilihan berikut disediakan dalam profil Rakan Kongsi:

  • beberapa pilihan pendaratan lengkap;
  • tiga jenis pemberi maklumat;
  • sehingga 10 jenis kad perniagaan dengan reka bentuk berbeza;
  • lebih daripada 120 ikon.

Untuk menganalisis prestasi peribadi, terdapat carta dan jadual dalam profil yang memaparkan mengikut tarikh bilangan mereka yang mengikuti pautan, kadar penukaran, fakta pendaftaran selepas mengikut pautan dan jumlah komisen.

LiteFinance: Cara untuk menjadi rakan kongsi broker (teknologi)

Semua rakan kongsi LiteFinance dapat menyertai peraduan dengan jumlah hadiah terkumpul sehingga $2500 selepas mereka membuat permohonan untuk menyertai. Objektifnya adalah untuk menarik seramai boleh pedagang dalam masa seminggu atau sebulan dengan volum perdagangan terbesar.

Cara mengaut keuntungan daripada program afiliasi

Jadi, anda telah berjaya mendaftar dengan broker, menerima bahan-bahan pengiklanan dan pautan rujukan, apa langkah seterusnya? Bagaimana cara untuk membuat pangkalan data pedagang anda sendiri dan bagaimana cara untuk memulakannya? Pertama sekali, andalah yang membuat keputusan mengenai jumlah masa yang sanggup diluangkan untuk membangunkan rangkaian perkongsian, jumlah wang yang akan dilaburkan di peringkat awal, jumlah masa yang anda sanggup tunggu untuk hasil pertama. Dengan itu, anda perlukan rancangan terperinci. Rancangan anda hendaklah merangkumi perkara berikut:

  • aliran tindakan dan hasil jangkaan yang diinginkan mengikut masa tertentu. Sebagai contoh, untuk menarik 5 orang pedagang dalam masa seminggu dan mendapatkan pendapatan $10 daripada prestasi perdagangan mereka;
  • alat-alat yang anda akan gunakan untuk menarik perhatian pedagang.

Alat-alat untuk mengaut keuntungan daripada program afiliasi

Seseorang boleh membentuk rangkaian perkongsian dengan penggunaan apa-apa saluran: Internet (pengagihan e-mel, laman rangkaian sosial, video YouTube, blog, komunikasi dalam forum pedagang bertema), seminar bertopik, mesyuarat, persidangan, dll. Terdapat ramai penonton di Internet, seseorang boleh menarik perhatian pedagang besar di mesyuarat bertopik. Komunikasi secara langsung sentiasa menjadi satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian klien.

Alat-alat rakan kongsi:

  • pembina laman web. Ia satu perkhidmatan yang membolehkan laman web percuma dicipta dengan mudah, ia berasaskan CMS biasa (contoh, WordPress);
  • halaman di laman rangkaian sosial (Facebook, Twitter, dan banyak lagi), kumpulan, saluran video YouTube;
  • penghantar mel automatik (contoh, Unisender, Mailchimp, Aweber). Et digunakan untuk menghantar maklumat mengenai tawaran broker, sebarang perubahan, ucapan, lain-lain kepada rakan kongsi. Anda boleh membeli pangkalan data alamat dan menghantar iklan, tetapi surat berita boleh dikenal pasti sebagai spam;
  • platform untuk webinar (contoh, ClickMeeting). Ia satu perkhidmatan yang membolehkan webinar dijalankan dengan pedagang-pedagang dari seluruh dunia (dengan syarat anda tahu bahasa-bahasa asing);
  • pembuat klip. Ia satu perkhidmatan yang membolehkan anda mencipta pembentangan visual yang menarik berdasarkan templat;
  • perkhidmatan untuk carian klien secara automatik dan penghasilan trafik pada rangkaian sosial.

Cara-cara untuk mencipta rangkaian perkongsian

1. Menarik pelanggan dengan laman web sendiri. Anda boleh membina laman web dengan menggunakan pembina laman web percuma, tetapi anda juga boleh meminta ia direka. Laman web yang direka dengan baik ditambah peluang untuk menambah video, bahagian bertajuk dan banyak lagi adalah jauh lebih mudah untuk dipromosikan. Laman web boleh dicipta dalam bentuk blog atau portal antarabangsa. Aliran tindakan ialah:

  • kenal pasti khalayak sasaran. Ia boleh termasuk pedagang profesional yang boleh dipancing untuk menyertai atau sebaliknya individu yang tidak mempunyai pengalaman tertentu. Kandungan dan cara untuk membentangkan maklumat akan bergantung kepada khalayak sasaran.
  • fikirkan tentang kandungan laman web. Ia boleh termasuk keterangan strategi perdagangan, analisis berita, sesuatu yang menarik tentang Forex, dll.;
  • isi laman web. Kandungan hendaklah disasarkan kepada semua kategori klien mengikut persepsi mereka: auditori dan visual. Ada individu yang lebih suka menonton video atau mendengar rakaman. Ada yang suka membaca perkara-perkara penting sahaja. Dalam laman web, kandungan teks, audio dan video hendaklah disediakan dalam cara yang memenuhi keperluan semua orang. Sebelum laman web dilancarkan, kandungan perlu disediakan beberapa bulan sebelum itu. Teks boleh dipesan daripada sumber penulis salin, tetapi mengupah penulis profesional adalah lebih baik. Atau anda boleh tulis sendiri;
  • buat imej laman web. Perkara yang paling penting dalam laman web hendaklah menarik perhatian pengunjung. Laman web tidak seharusnya mempunyai maklumat yang terlalu banyak, ia hendaklah mesra pengguna (kebolehgunaan laman web). Kaji laman web pesaing anda untuk menghasilkan reka bentuk dan susun atur yang sesuai;
  • tambah maklum balas. Komen, cadangan, soal jawab – sebarang jenis maklum balas kepada pengunjung laman web.

Objektif awal laman web ialah untuk menghasilkan trafik dan meningkatkan penukaran. Model AIDA juga perlu disebut. Ia adalah Attention (Perhatian); Interest (Minat); Desire (Keinginan) dan Action (Tindakan). Sesebuah laman web itu hendaklah memiliki tarikan tersendiri, ini adalah perkara pertama dan utama. Dan kemudian, di tempat kedua, ia hendaklah menarik. Pengunjung hendaklah berasa mahu mengunjungi laman web dan menghubungi pentadbir secepat mungkin. Tajuk rentang iklan dan pautan rujukan tidak seharusnya mengganggu atau berlebihan. Semakin meyakinkan dan menarik sesebuah laman web itu, semakin tinggi peluang untuk menarik pedagang baharu untuk berdagang.

Beberapa tip mengenai laman web:

  • tambah bahasa ke laman web anda apabila anda mempunyai kemajuan. Akan tetapi, ia melibatkan perbelanjaan untuk mengupah penterjemah;
  • hubungi pakar SEO. Ia melibatkan sedikit kos, tetapi laman web akan disertakan dalam carian teratas pada enjin-enjin carian. Mencipta kandungan selepas intipati semantik diuruskan adalah lebih baik;
  • kaji laman web pesaing.

Promosi laman web. Selepas laman web dicipta, ia perlu dipromosikan sekurang-kurangnya di halaman pertama Google. Dengan ini, ia akan disedari oleh ramai orang, seseorang yang berkemungkinan besar minat untuk berdagang. Di sini, sedikit pelaburan mungkin diperlukan. Cara-cara untuk mempromosikan laman web:

  • SEO;
  • pengiklanan mengikut konteks (enjin carian).

SEO merupakan pengoptimuman laman web, termasuk mempromosikan laman web dan pembelian pautan. Secara umum, promosi bebas adalah seperti berikut:

  • teras pertanyaan carian awal dibentuk (intipati semantik). Sebahagiannya boleh diatur dengan penggunaan Keyword Planner di mana kata kunci akan dipilih. Kata kunci ialah pertanyaan carian pengguna mengikut penempatan laman web anda dalam kalangan yang lain. Itulah sebab mengapa kata kunci dengan kekerapan rendah (kurang daripada 1000 pertanyaan sebulan) dipilih paling kerap;
  • kandungan (artikel) hendaklah mengandungi kata kunci yang berkaitan dengan intipati semantik. Sebagai contoh “Mata wang kripto Forex” (kombinasi kekerapan tertinggi – 2566 pertanyaan), “mata wang kripto beli Forex” (114), “carta mata wang kripto Forex” (58); ini semua merupakan kata kunci untuk artikel mengenai perdagangan mata wang kripto dalam Forex. Kata kunci adalah untuk menyatakan tajuk artikel. Jika pengguna mencari perdagangan mata wang kripto dalam Forex, tetapi menjumpai sesuatu yang tidak relevan, mereka akan terus menutup pautan dan enjin carian akan menurunkan rating laman web tersebut. Teks yang tepat dari segi SEO ialah 50% kejayaan;
  • pengoptimuman dalaman dilakukan. Ia termasuk mencipta tag meta seperti Tajuk, Keterangan, dll. serta pautan semula dalaman. Semua kandungan, termasuk gambar hendaklah asli, unik (akan disemak untuk plagiarisme oleh perisian khusus);
  • kandungan hendaklah ditambah ke laman web dengan kerap. Keputusan prestasi hendaklah dipantau menggunakan Google Analytics, satu perkhidmatan percuma yang digunakan untuk melihat bilangan individu yang terlibat dengan laman web anda dan untuk menganalisis tingkah laku pengguna. Keputusan pertama yang kelihatan akan dicapai lebih kurang dalam masa 6 bulan.
  • pengiklanan mengikut konteks. Ia adalah pengiklanan yang kandungannya bergantung kepada minat pengguna. Sebagai contoh, jika pengguna mencari peluang untuk menjana wang dalam Forex, mereka akan ditawarkan secara lembut untuk melayari laman web anda. Prestasi pengiklanan mengikut konteks dianalisis dengan penggunaan Google Adwords.

2. Gunakan forum dan laman rangkaian sosial. Forum dan laman web semakan adalah kunjungan pertama klien untuk mencari broker. Di sini, penting untuk membentuk satu imej broker yang positif dalam cara ia tidak dikendalikan sebagai satu iklan. Jadi, ia penting untuk pendaftaran akaun dan bilangan mesej. Dan sudah tentu, profesionalisme. Objektifnya adalah untuk mengetengahkan kelebihan broker dan dapat memberi maklum balas kepada perkara yang negatif dalam cara yang betul, iaitu meyakinkan seseorang dengan hujah yang munasabah. Menarik perhatian pedagang di pameran bertopik dan seminar juga berdasarkan prinsip yang sama. Kelebihan laman rangkaian sosial ialah kemungkinan untuk membentuk beberapa kumpulan yang disasarkan kepada khalayak berbeza. Kumpulan boleh dipromosikan sendiri, dipenuhi dengan kandungan menarik dan bahan pengiklanan broker. Anda juga boleh menyalin kandungan daripada laman web anda atau menyalin pautan ke laman web dalam kumpulan. Ia merupakan cara yang efisien untuk menarik perhatian dengan pelaburan minimum.

  • Rujukan: Satu set langkah-langkah untuk mempromosikan perkhidmatan atau perniagaan pada laman web rangkaian sosial dipanggil SMM (Social Media Marketing – Pemasaran Media Sosial). Ia termasuk mengenal pasti objektif promosi, pilihan pendekatan komunikasi (individu bagi setiap khalayak sasaran, bergantung pada bilangan lihat orang, ciri-ciri, nilai, dll), analisis penukaran dan maklum balas. Kerja dengan khalayak sasaran berdasarkan peta empati, alat yang membolehkan seseorang memahami perkara yang paling penting dan menarik bagi setiap jenis orang (faktor psikologi dan tingkah laku). Peta empati (peta pengguna) memberi kedudukan bagi setiap kategori khalayak sasaran, membolehkan seseorang mencipta kandungan yang paling menarik bagi pembaca.

3. Promosi nama sendiri. Ia berkenaan cara anda menggambarkan diri sendiri sebagai seorang yang profesional. Tulis artikel, letakkannya dalam sumber analisis terkemuka, dapatkan reputasi daripada pakar yang pendapatnya adalah penting dan iklankan broker dengan lembut.

4. Tubuhkan pejabat. Ini paling mahal tetapi paling berkesan, satu pilihan untuk perniagaan sendiri. Beberapa orang pengurus yang diselia oleh pedagang profesional mengadakan kempen pemasaran dalam laman web rangkaian sosial, forum dan lain-lain.

Dan akhir sekali, terdapat beberapa tip untuk membantu anda mencipta rangkaian afiliasi sendiri:

  • cuba berkomunikasi secara bersemuka dengan pedagang sebanyak yang mungkin. Tiada apa yang lebih meyakinkan daripada bertemu secara berhadapan;
  • kekal berhubung dengan pedagang yang anda bawa dalam perdagangan tanpa mengira masa yang akan diambil. Jika rangkaian afiliasi telah berkembang, anda perlu berkomunikasi dengan klien yang paling konsisten (pedagang yang kerap berdagang walaupun dengan volum kecil), bukan hanya dengan klien-klien utama ;
  • 1-2 pedagang besar adalah lebih baik berbanding10 pedagang yang berdagang sekali-sekala dengan volum kecil

Kesimpulan. Program afiliasi ialah satu cara untuk menjana pendapatan yang bergantung kepada tahap sosial anda dan masa yang sanggup diluangkan untuk membangunkannya. Cara-cara menjana wang yang telah dicadangkan ini hanyalah beberapa idea untuk bermula dari awal. Cara yang paling sesuai ialah membuat laman web walaupun ia memerlukan kos permulaan untuk promosi. Satu cara lain ialah mencipta kumpulan rangkaian sosial dan bekerja dengan khalayak ramai. Semua cara boleh digabungkan atau digunakan sebahagiannya. Kejayaan bergantung sepenuhnya pada perancangan anda, kesanggupan, kebolehan untuk meyakinkan orang ramai dan mencuba idea pemasaran yang berbeza. Kami ucapkan semoga anda berjaya!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Jenis-jenis program afiliasi dan algoritma penjana pendapatan

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat