Kejutan ekonomi, politik atau sifat teknikal menjadi kebiasaan dalam pasaran Forex
Pelabur juga adalah seorang manusia. Mereka sentiasa inginkan apa yang tidak dimilikinya. Apabila EUR/USD sedang didagangkan dalam julat suku tahunan yang kecil, para pedagang dalam pasaran bertarung terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku. Apabila perkara ini atau mata wang tersebut turun beberapa angka hanya beberapa saat, mereka menyatakan tenang itu lebih baik daripada satu pergolakan. Kes yang terakhir ini mungkin disebabkan oleh pemulihan sementara dalam harga saham yang sedang menurun - corak yang anda boleh dan harus gunakan untuk kelebihan anda.
Apabila harga mengalami kejatuhan yang tinggi, pilihan untuk dibuat menjadi sukar: patutkah kita membeli aset yang lebih murah atau kita harus mengelak dari mengambil risiko? Thomas Bulkowski, pengarang buku paling laris Encyclopedia of Chart Patterns, berpendapat bahawa punca kejatuhan yang mendadak dalam harga aset (30% sebagai peraturan, yang juga berlaku terhadap pasaran saham) dalam masa yang singkat (bahagian utama kejatuhan berlaku pada hari pertama) adalah beberapa peristiwa yang bersifat asas atau teknikal. Pasaran pulih dengan lebih cepat selepas peristiwa tersebut berlaku. Faktor asas dapat menyebabkan pemulihan selama 3-6 bulan. Kemudian, kenaikan harga mengambil alih kawalan ke atas instrumen kewangan dan sering mengulangi quotes yang mengalami kejatuhan, mengemas kini low sebelumnya pada masa yang sama.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini menunjukkan bahawa Forex boleh menghadapi perkara yang sama. Pada bulan Januari 2015, selepas bank kebangsaan Swiss tidak mengambil tindakan terhadap EUR/CHF 1.2, franc melonjak berbanding mata wang global utama. Khususnya, quotes USD/CHF menurun 24 angka atau hampir 20% dalam tempoh beberapa hari (keruntuhan utama didaftarkan semasa sesi dagangan pertama). Ia ternyata merupakan peristiwa yang kedua berlaku. Yang pertama berlaku pada bulan Ogos 2011.
Pemulihan sementara oleh harga saham dalam carta mingguan USD/CHF
Situasi yang sama berlaku terhadap pound pada bulan Jun 2016 selepas referendum Brexit. Tiada siapa yang menjangkakan bahawa UK akan memutuskan untuk berpisah dengan EU, dan GBP/USD menurun sebanyak 22 angka atau hampir 15% dalam masa 3 minggu. Selepas pembetulan pendek pada bulan Oktober 2016, terdapat kejautuhan harga terhadap nilai mata wang itu yang merekodkan nilai paling rendah selama 30 tahun.
Pemulihan sementara oleh harga saham dalam carta mingguan GBP/USD
Thomas Bulkowski berpendapat bahawa corak tersebut dibentuk dalam 3 peringkat. Pada peringkat pertama, terdapat pergerakan ke bawah yang mendadak, faktor-faktor asas lebih menjejaskan terhadap kenaikan harga berbanding teknikal. Pada peringkat kedua, terdapat kenaikan sementara di mana tempohnya dikaitkan dengan sebab-sebab berlakunya pemulihan sementara oleh penurunan harga saham. Dalam peristiwa ekonomi atau politik, kebiasaanya tempoh tersebut mengambil masa selama 3-6 bulan (franc memerlukan lebih dari 3 tahun manakala pound berjaya dalam 3 bulan). Akhirnya, pada peringkat ketiga, penurunan harga mula menyerang lagi dan mengemas kini minimum sebelumnya.
Adakah penjual mampu menghadapinya terhadap yen Jepun? USD/JPY menurun 4 angka dalam beberapa minit selepas kejatuhan harga pada bulan Januari (faktor teknikal) dan pembeli telah pulih dari kerugian mereka sejak peristiwa tersebut.
Pemulihan sementara oleh harga saham dalam carta harian AUD/JPY
Thomas Bulkowski mencadangkan untuk mengelak dari mengambil risiko yang tinggi dan membeli aset sebaik sahaja bahagian pertama terbentuk. Walaubagaimanapun, jangan terburu-buru dalam posisi long. Sekiranya kenaikan harga gagal menembusi dan menyatu di atas garis diagonal trend, isyarat untuk jual akan kelihatan. Posisi short dalam kuantiti yang banyak, secara teorinya, boleh mengakibatkan pembentukan low baru.
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga GBPUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.




































