Pengenalpastian dan ciri-ciri corak Rhomboid Bottom
Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam pasaran. Trend yang kelihatan agak kukuh pada permulaannya kadang-kadang mudah untuk ditembusi, seperti yang berlaku dalam corak Dead Cat Bounce; kadang-kadang, satu penyatuan yang panjang diperlukan untuk mengubah trend yang sedia ada. Mereka yang mengaplikasikan analisis-VSA memanggilnya posisi "accumulation" atau "distribution". Walaubagaimanapun, ianya hampir mustahil untuk mengenal pasti pembentukan posisi panjang dari penutupan yang pendek. Sejujurnya, sesorang tidak perlu lakukannya. Teknik seperti analisis teknikal oleh Price Action sangat membantu dalam menunjukkan isyarat mengenai perubahan trend.
Apabila corak penyatuan kelihatan seperti rhombus selepas trend terdahulu, kita boleh berbincang mengenai corak Rhomboid Bottom dalam pasaran menurun atau corak Rhomboid Top dalam pasaran menaik. Pada peringkat pertama pembentukan, high semakin meningkat dan low menjadi semakin rendah. Pada peringkat kedua, extremums menjadi semakin kecil.
Corak Rhomboid Bottom
Pedagang yang pernah menggunakan corak Expanding wedge dengan mudah dapat membahagikan corak Rhomboid Bottom kepada 2 bahagian. Dan tindakan mereka sangat tepat! Pertama, terdapat persaingan di antara kenaikan harga dan penurunan harga terhadap inisiatif, yang akan terbenuk dalam pembentukan top dan bottom yang baru. Kemudian, apabila salah satu telah ditentukan, volume dagangan jatuh. Kord terakhir adalah pembentukan segitiga dalam carta yang telah ditandakan dengan volume yang lebih tinggi berbanding dengan tempoh perdagangan terdahulu. Untuk GBP/USD, corak Rhomboid Bottom reversed satu trend menurun..
Corak Rhomboid Bottom dalam carta harian GBP/USD
Corak yang sempurna tidak wujud. Oleh itu, jangan abaikan corak yang jauh dari rhombus sempurna. Perkara yang paling penting adalah bahawa expanding wedge perlu berlaku pada peringkat pertama pembentukan dan satu segitiga menyatu harus terbentuk dalam peringkat kedua. Perkara yang hampir sama berlaku dalam carta harian AUD/USD.
Corak Rhomboid Pattern dalam carta harian AUD/USD
Sebagai satu peraturan, corak yang tinggi dan luas terbukti lebih berkesan berbanding yang pendek dan kecil. Oleh itu, seorang pedagang mempunyai masa untuk merancang perdagangan pada masa depan. Segitiga boleh ditembusi dari bawah dan dari atas, oleh itu ianya relevan untuk menunggu penutupan di atas penembusan harga. Stop loss hendaklah diletakkan di tahap minimum turun naik. Take-profit dalam kes ini adalah penggunaan unjuran daripada titik paling tinggi ke titik paling rendah dari rhombus tersebut. Jarak ini ditambah kepada penembusan harga.
Strategi penggunaan corak Rhomboid Bottom dalam carta AUD/USD
Jika segitiga tersebut ditembusi dengan kehadiran volume yang rendah (di mana ia mungkin masih lebih tinggi daripada yang sebelumnya), terdapat kebarangkalian terhadap satu penembusan palsu. Kita perlu bersiap sedia untuk penyatuan jangka masa pendek dan untuk membuka posisi pada tahap sokongan retest. Ianya ditentukan berdasarkan tahap penembusan oleh limit bahagian atas segitiga tersebut.
Strategi penggunaan corak Rhomboid Bottom dalam carta GBP/USD
Berdasarkan pengalaman saya, corak Expanding wedge sangat berkesan. Tugas utama adalah mencari titik untuk memasuki posisi. Corak Rhomboid Bottom menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan asas maklumat mengenai corak Triangle. Saya ingin menekankan sekali lagi bahawa kita tidak seharusnya menjangkakan corak grafik yang sempurna. Ini adalah pasaran, dan mereka juga boleh membawa kerugian. Sebaliknya, rhombus yang tidak sempurna mungkin berfungsi dengan lebih baik. Dalam artikel saya yang akan datang, saya akan cuba membincangkan subjek untuk mengenal pasti reversal menggunakan corak.
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga GBPUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.






































