Pelanggan yang dihormati,

Pasukan kami sentiasa menambah baik produk untuk menjadikan dagangan lebih selesa dan berjaya. Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa aplikasi Mobile Trading baharu kami kini tersedia di peranti iOS dan Android.

Pasukan pembangunan LiteFinance telah sepenuhnya mereka bentuk semula antara muka (interface), menjadikannya lebih mesra pengguna dan mudah diakses, dengan tema gelap dan cerah kini tersedia.

Fungsi aplikasi ini telah diperluas dengan ketara. Ia kini beroperasi dengan lebih pantas dan stabil, serta penggunaan carta dagangan dan alat analisis teknikal menjadi lebih mudah. Pertukaran mod dagangan juga telah dipertingkatkan. Kini anda boleh memilih akaun dagangan, dan aplikasi akan menukar mod secara automatik bergantung pada jenis akaun.

Anda tidak lagi perlu menggunakan perkhidmatan dan program pihak ketiga untuk mendapatkan analisis profesional. Semua ramalan dan ulasan terkini kini tersedia dalam satu aplikasi.

Aplikasi baharu ini kini tersedia di App Store dan Google Play.

Ketahui kelebihan aplikasi LiteFinance Mobile Trading:

  • 300+ instrumen dagangan;
  • 75+ indikator disediakan;
  • Perdagangan satu-klik;
  • Sistem copy trading;
  • Signal trading;
  • Analisis profesional;
  • Chat room untuk trader disediakan (built-in);
  • Sokongan pelanggan tersedia 24/5.

Anda boleh mencuba aplikasi baharu ini dan menyertai peraduan sempena ulang tahun ke 20 LiteFinance dengan hadiah terkumpul bernilai lebih $1,000,000.

Mengapa anda perlu menyertai Cabaran Ulang Tahun ke-20?

  • Anda berpeluang memenangi hadiah yang lumayan setiap minggu.
  • Ini adalah peluang unik untuk menunjukkan kemahiran anda di peringkat global.
  • Pemenang bulanan mendapat $10,000, dan pemenang tahunan membawa pulang $50,000.
  • Hadiah istimewa: 20 tiket ke majlis makan malam gala di Dubai sebagai penghormatan kepada pemenang peraduan dan ulang tahun ke-20 LiteFinance.

Baca artikel ini untuk mengetahui cara memperoleh mata dan meningkatkan peluang anda untuk menang.

Dengan hormat,

Pasukan LiteFinance

Aplikasi LiteFinance Mobile Trading Baharu Kini Tersedia
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat