Pelanggan yang dihormati,

Sila ambil perhatian bahawa pada 31.01.2026, dari pukul 8:00 hingga 12:00 (masa pelayan dagangan GMT+2, dipaparkan pada platform dagangan), penyelenggaraan teknikal akan dijalankan pada pelayan dagangan. Penyelenggaraan ini akan dilaksanakan untuk semua jenis akaun.

Sambungan pada akaun dagangan akan tidak tersedia sewaktu kerja kerja teknikal.

Perdagangan mata wang kripto dan "copy trading" tidak akan tersedia dalam tempoh yang ditentukan pada semua jenis akaun.

Selain itu, semasa tempoh penyelenggaraan teknikal, Profil Pelanggan mungkin memaparkan maklumat yang tidak tepat berkaitan akaun tersebut, termasuk sejarah dagangan, transaksi baki dan jumlah dana. Pemindahan dalaman, penyerahan permohonan deposit dan pengeluaran, dan sebagainya tidak akan tersedia.

Sila beri perhatian kepada perubahan ini dan ambil langkah yang diperlukan terlebih dahulu.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan semoga anda memahami situasi ini.

Selamat sejahtera,

LiteFinance

Penyelenggaraan Teknikal Pelayan Dagangan pada 31.01.2026
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat