Sila ambil perhatian:
Negara anda dikenalpasti sebagai Amerika Syarikat
LiteFinance Global LLC tidak menyediakan perkhidmatan pembrokeran di negara anda.
Dengan tetap berada di laman web https://www.litefinance.org, anda mengesahkan bahawa akses kepada semua program dan perkhidmatan diberikan kepada anda untuk tujuan maklumat sahaja, tanpa tawaran pendaftaran.
Teruskan di LiteFinance Global LLC laman web



Negara: Malaysia
Nombor akaun: MT4-R-271950
Pertandingan ini adalah sangat mudah untuk disertai sehinggakan saya terlupa tentangnya. Saya amat terkejut dengan kemenangan ini kerana saya menyertai LiteForex hanyalah untuk pips sahaja dan ini merupakan kejutan tahun baru yang sangat besar.
Sebagai pedagang baru yang hanya memulakan aktiviti dagangan pada akhir tahun 2014 dalam pasaran tukaran mata wang asing, saya telah mencapai sasaran peribadi saya untuk mengembangkan dan menggandakan ekuiti saya dan saya juga berjaya untuk membuat keuntungan semasa menyertai pertandingan ini.
Saya belajar tentang pasaran forex melalui status facebook yang telah dikongsi oleh seorang kawan saya. Saya membuat keputusan untuk menjadi seorang pedagang forex kerana fleksibiliti daripada segi masa dan modal permulaan yang kecil. Saya bergiat dalam pasaran saham tempatan sebelum ini namun pasarannyaa agak terhad kepada waktu pejabat tidak seperti pasaran forex yang berjalaan hampir sepanjang masa.
Ia bukan aktiviti perniagaan utama saya pada masa ini tetapi apabila saya mendapat pengalaman dan pengetahuan yang cukup, saya akan menganggapnya sebagai aktiviti perniagaan utama saya.
Garis panduan peribadi saya untuk memilih broker ialah ianya mesti berdaftar, dikawal selia, boleh dipercayai dan mempunyai rekod bukti. Broker yang mempunyai wakil tempatan adalah satu bonus.
Pertama, kerana ianya selalu disebut-sebut oleh rakan-rakan peniaga yang lain, jadi saya membuat keputusan untuk mengkaji sendiri latar belakang LiteForex dan ia sangat memenuhi kriteria broker pilihan saya. Platform ini adalah sangat responsif dan mesra pengguna. Lagipun, saya lebih suka analisis forex biasa berbanding pedagang induk yang menganggap saya sebagai orang baru dalam aspek tertentu pasaran saham 7.
Mengapa tidak, lagipun sekarang saya mula sedar saya mampu untuk memenangi sesuatu yang lain selain daripada pips daripada LiteForex.
Saya harap orang-orang yang baru bermula akan dapat mencari seorang guru pelatih yang baik untuk membimbing mereka mencapai kejayaan dalam pasaran saham.