Shooting star ialah corak candlestick yang terdiri daripada dua candle dan biasanya terbentuk di bahagian atas. Walau bagaimanapun, corak ini juga boleh muncul pada penghujung aliran menaik.

Apakah fungsi corak shooting star dalam perdagangan? Mengapa ia mempunyai nama sedemikian? Apakah yang cuba diberitahu oleh candlestick Jepun ini pada carta harga? Anda akan mendapat jawapan kepada soalan-soalan ini dan lain-lainnya dalam artikel ini. Anda juga akan belajar bagaimana untuk mengenal pasti corak bintang shooting star pada carta candlestick dan mengaplikasikannya dalam perdagangan dalam pasaran kewangan.

Platform atas talian LiteFinance yang mesra pengguna dan berfungsi dengan pelbagai produk pelaburan untuk perdagangan akan membantu anda meningkatkan kemahiran anda melalui latihan di akaun demo percuma.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Isi Utama

Tesis Utama

Visi dan Perkara Utama

Definisi

Shooting star ialah corak candlestick dengan dua candle, biasanya terbentuk di bahagian atas arah aliran. Ia menyerupai shooting star dengan ekor panjang dan badan kecil, menandakan tahap rintangan yang berpotensi dan titik masuk dalam pasaran.

Bagaimana untuk mengenal pasti

Corak shooting star mempunyai badan sebenar yang kecil di bahagian bawah julat harga dan bayang atas yang panjang. Ia biasanya tidak mempunyai bayang yang lebih rendah atau ia sangat pendek. Mengenali corak ini membantu dalam mengenal pasti tahap rintangan.

Bagaimana untuk berdagang

Berdagang shooting star melibatkan penentuan bahagian atas instrumen, menentukan corak dan menunggu pengesahan pembalikan arah aliran. Penting untuk bertindak secara konsisten dan menggunakan analisis teknikal untuk sokongan dan rintangan.

Candlestick shooting star vs Inverted hammer

Shooting star terbentuk di bahagian atas carta harga, manakala inverted hammer terbentuk di bahagian bawah berhampiran zon sokongan. Warna tidak penting; struktur, terutamanya bayang atas yang panjang, adalah penting.

Shooting star vs Hanging man

Hanging Man mempunyai badan kecil dalam julat harga atas dan bayang bawah yang panjang, manakala shooting star mempunyai badan kecil dalam julat harga yang lebih rendah dengan bayang atas yang panjang. Hanging man memberi isyarat pembalikan yang lebih kuat daripada shooting star.

Strategi

Dua strategi yang dinyatakan: 1) Berdagang dengan pengesahan menggunakan corak dan indikator lain. 2) Dagangan corak urusniaga dalam jangka masa yang lebih rendah. Kedua-dua strategi menekankan kepentingan tahap sokongan dan rintangan.

Kelebihan dan kekurangan

Kelebihan termasuk mudah untuk dikesan, kesesuaian untuk pemula, dan kebolehpercayaan apabila disokong oleh corak lain. Kelemahan adalah kemungkinan isyarat pembalikan palsu dalam aliran menaik dan keperluan untuk pengesahan tambahan.

Apakah shooting star dalam perdagangan?

Corak shooting star dengan badan batang lilin yang kecil di bahagian bawah julat harga dan bayang (shadow) atas yang panjang menandakan kemungkinan puncak pada carta. Shooting star klasik tidak mempunyai shadow bahagian bawah atau terlalu pendek.

Corak itu mendapat nama kerana bentuknya. Ia mempunyai ekor yang panjang dan badannya yang kecil seperti shooting star dengan ekor.

Jika anda belajar cara mencari corak ini pada carta, anda akan dapat mengenal pasti paras resistance dan titik masuk (entry) yang menguntungkan ke dalam pasaran dengan betul.

LiteFinance: Apakah shooting star dalam perdagangan?

Apakah yang membuatkan shooting star lebih bearish? 

Tidak seperti evening star, bearish shooting star adalah isyarat trading yang lemah dan tidak selalunya berjaya. Oleh itu, corak tersebut memerlukan pengesahan tambahan oleh corak candlestick yang lain.

Warna badan candle tidak penting. Corak menunjukkan bahawa pembeli cuba mencapai bahagian puncak daripada sesi pembukaan tetapi gagal, dan harga kembali ke julat pembukaan menjelang sesi akhir. Ini bermakna harga tutup candle adalah hampir dengan harga buka, yang juga ditunjukkan oleh ekor panjang bintang tersebut.

Kemunculan corak di bahagian atas selepas percubaan bullish untuk menembusi paras resistance adalah isyarat yang lebih kuat untuk pembalikan pasaran menurun berbanding shooting star dalam trend aliran menaik. Walau bagaimanapun, pembentukan corak shooting star semasa trend menaik mungkin menunjukkan akan berlakunya pembetulan jangka pendek yang akan berlaku.

LiteFinance: Apakah yang membuatkan shooting star lebih bearish? 

Apakah yang membuatkan shooting star lebih bullish? 

Bullish shooting star ialah corak batang lilin tunggal yang terbentuk di bahagian bawah. Ia juga dipanggil inverted hammer (tukul terbalik).

Corak tersebut terbentuk semasa trend aliran menurun dan menandakan potensi kemungkinan pembalikan, akibatnya harga mencapai paras support yang kukuh, di mana pesanan pembelian yang pending telah pun dibentuk. Warna inverted hammer juga tidak penting. Pembentukan figura ini yang penting. Badan sebenar lilin berada dalam julat harga yang lebih rendah dan mempunyai sumbu atas yang panjang.

LiteFinance: Apakah yang membuatkan shooting star lebih bullish? 

Contoh corak candlestick shooting star di pasaran Forex

Di bahagian ini, anda akan melihat contoh pembentukan shooting star pada carta harian USDCHF.

Carta di bawah menunjukkan bahawa rali kenaikan (bullish) yang kukuh telah bermula. Corak shooting star pertama telah terbentuk, kemudian harga melantun dari sempadan bawah channel menaik dengan lilin hijau impuls.

Seterusnya pada carta harga, corak pembalikan hanging man muncul, yang memberi isyarat amaran kepada peserta pasaran bahawa harga telah mencapai puncak dan boleh berbalik (reverse) dalam masa terdekat.

Bulls yang lemah disahkan dengan pembentukan shooting star. Pada hari berikutnya, harga mula menjunam. Selepas dua pengesahan pembalikan harga, dagangan jualan boleh dimasukkan dengan sasaran pada paras support terdekat di mana inverted hammer telah terbentuk. Di tempat ini adalah penting untuk mengambil keuntungan.

LiteFinance: Contoh corak candlestick shooting star di pasaran Forex

Kelebihan dan kekurangan corak shooting star

Seperti candlestick lain, shooting star mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan Kekurangan 
Ia mudah dikesan.Dalam trend menaik, corak tersebut memberikan isyarat pembalikan yang palsu.
Ia sesuai untuk trader baru dalam pasaran saham atau Forex.Ia memerlukan pengesahan tambahan oleh corak lain atau indikator analisis teknikal.
Ia boleh menjadi isyarat yang boleh dipercayai pada puncak, disokong oleh corak pembalikan yang lain seperti hanging candle, dark cloud cover dan bearish engulfing. 

Cara mengenal pasti corak shooting star (bintang menembak)

Adalah mudah untuk melihat shooting star pada carta. Ia adalah lilin dengan badan yang pendek dan sumbu yang panjang dalam trend menaik atau pada lokal teratas.

Langkah 1 — menentukan bahagian teratas

Pertama, adalah penting untuk menentukan bahagian teratas instrumen, kerana shooting star terbentuk di atasnya. Jika corak berlaku dalam trend menaik, tunggu pembalikan arah aliran dan penembusan sempadan bawah trend menaik. Dalam kes ini, berkemungkinan besar pembalikan harga.

LiteFinance: Langkah 1 — menentukan bahagian teratas

Langkah 2 — menentukan corak

Corak batang lilin terdiri daripada dua candle. Di bawah ialah deskripsi shooting star:

  • candle pertama mestilah menaik (bullish);
  • candlestick kedua boleh sama ada menaik (bullish) atau menurun (bearish);
  • salah satu ciri corak ini ialah kehadiran sedikit gap shooting star selepas candle sebelumnya;
  • shooting star klasik mempunyai badan pendek dalam julat harga candle yang lebih rendah pada paras harga buka dan shadow atas yang panjang.

LiteFinance: Langkah 2 — menentukan corak

Langkah 3 — penembusan channel trend

Selepas menentukan bahagian teratas dan corak itu sendiri, adalah penting untuk menunggu pengesahan pembalikan arah trend. Penembusan (breakout) sempadan bawah channel menaik dan pengujian semula mengesahkan bahawa pasaran telah bertukar menurun (bearish).

LiteFinance: Langkah 3 — penembusan channel trend

Bagaimana cara trade candle shooting star

Trading menggunakan shooting star tidak sukar jika anda bertindak secara konsisten. Mari kita pertimbangkan panduan langkah demi langkah untuk trading candle shooting star pada carta H4 EURUSD.

Titik Masuk (Entry Point)

Apabila menjalankan analisis teknikal bagi mana-mana aset, adalah penting untuk menentukan sokongan (support) dan rintangan (resistance). 80% daripada kejayaan transaksi bergantung padanya.

Carta menunjukkan bahawa harga telah mengukuh di bawah resistance untuk masa yang lama, cuba untuk menembusinya. Walau bagaimanapun, bulls lemah dengan setiap percubaan, dan bears menjadi lebih kuat. Ini dibuktikan dengan pembentukan batang lilin beberapa corak menurun, termasuk corak pembalikan (reversal pattern), contohnya, hanging man, shooting star, dan marubozu.

Semasa perdagangan konservatif, adalah penting untuk menunggu penembusan support (garisan biru) dan mengujinya semula untuk memastikan bahawa harga telah berbalik dan aset dikawal oleh penjual. Di bawah paras ini, adalah mungkin untuk membuka dagangan jualan.

Dengan strategi trading yang lebih melibatkan risiko, adalah tidak mustahil untuk membuka dagangan yang lebih tinggi lagi, di zon pembentukan shooting star dan hanging man.

LiteFinance: Titik Masuk (Entry Point)

Stop-loss

Selepas analisis teknikal dan membuka dagangan jualan, adalah penting untuk menetapkan Stop-loss. Dengan cara ini, pedagang boleh meminimumkan kehilangan dana. Mengikut peraturan pengurusan risiko, stop-loss (garis putus-putus merah) mesti ditetapkan di atas paras support yang ditembusi atau 500 mata asas di atas bukaan posisi.

LiteFinance: Stop-loss

Take profit

Ia adalah perlu untuk mengambil keuntungan sebaik sahaja harga mencapai paras support. Carta menunjukkan bahawa harga mencecah support selepas pergerakan ke bawah yang impulsif. Corak bullish engulfing dan corak tukul reversal mula terbentuk pada paras ini.

LiteFinance: Take profit

Candlestick shooting star vs inverted hammer

Perbezaan antara shooting star dan inverted hammer ialah corak pertama (shooting star) terbentuk di bahagian atas carta harga dan yang kedua (inverted hammer) di bahagian bawah berhampiran dengan zon support. Warna corak tidak penting; mereka boleh menjadi bearish atau bullish. Yang penting adalah struktur corak, iaitu badan candle yang kecil dalam julat harga yang lebih rendah dan shadow atas yang panjang.

LiteFinance: Candlestick shooting star vs inverted hammer

Shooting star vs hanging man

Perbezaan utama antara hanging man dan shooting star ialah hanging man mempunyai badan yang kecil dalam julat harga atas dan shadow bawah yang panjang, manakala corak kedua mempunyai badan yang kecil di bahagian bawah julat harga dengan shadow yang panjang ke atas. Dalam erti kata lain, hanging man adalah shooting star terbalik.

Hanging man adalah corak pembalikan. Ia mempunyai isyarat yang lebih kuat daripada shooting star dan tidak memerlukan pengesahan pembalikan harga.

Oleh itu, hangman dalam trend menaik menandakan pembalikan harga yang akan berlaku, manakala shooting star dalam trend menaik memerlukan pengesahan tambahan, dengan corak seperti hangman, bearish engulfing, dark cloud cover (penutup awan gelap), evening star, dsb.

LiteFinance: Shooting star vs hanging man

Strategi candlestick shooting star terbaik

Terdapat beberapa cara untuk berdagang corak candlestick shooting star.

Mari kita lihat strategi yang paling berkesan.

Strategi 1: trading dengan pengesahan

Strategi dagangan ini adalah berdasarkan lilin pengesahan shooting star dengan corak candlestick lain dan indikator analisis candlestick. Mari kita lihat contoh GBPCHF.

Carta H4 di bawah menunjukkan bahawa harga tidak boleh menembusi resistance dan membentuk beberapa corak menurun. Selain itu, indikator MACD juga mula bergerak ke zon negatif. Isyarat pertama untuk pembalikan harga ialah corak shooting star. Kemudian hanging man, evening star, dan shooting star yang lain terbentuk. Peralihan MACD ke zon negatif dan penembusan impulsif paras support berfungsi sebagai pengesahan tambahan.

Ia berbaloi untuk membuka dagangan jualan selepas harga telah menembusi support.

Dalam kes ini, tetapkan stop loss di atas paras penembusan sebanyak 400-500 mata asas dari titik entry. Keuntungan ditetapkan pada paras support seterusnya, di mana bullish reversal hammer dan corak inverted hammer mula terbentuk.

Oleh itu, adalah tidak mustahil untuk memperoleh lebih daripada 3700 mata keuntungan bersih daripada transaksi ini.

LiteFinance: Strategi 1: trading dengan pengesahan

Strategi 2: perdagangan corak intraday

Intipati strategi ini ialah pembukaan dan penutupan dagangan semasa trading intraday.

Dagangan dijalankan pada timeframe yang lebih rendah semasa pergerakan harga dari support ke resistance dan sebaliknya atau dengan menggunakan corak carta. Mari kita lihat carta USCRUDE 15 minit.

Gambar di bawah menunjukkan konsolidasi aset dalam julat 85.57-87.11.

Harga bergerak dari support ke resistance. Seorang trader boleh membuka enam dagangan belian dan jualan. Ia memungkinkan untuk membuka posisi jualan pertama apabila beberapa corak shooting star muncul dengan sasaran pada paras support, dari mana harga bergerak naik. Dalam kes ini, tetapkan stop loss di atas resistance apabila membuka dagangan jualan dan di bawah support apabila memasuki dagangan belian.

Mari kita lihat pada dagangan jualan kelima. Di sini harga menembusi resistance, tetapi bulls gagal meningkat lebih tinggi. Kemudian satu lagi corak shooting star terbentuk.

Perlu ditekankan bahawa apabila resistance ditembusi, harga berjaya menguji paras ini dan menuju ke atas. Banyak pesanan belian dibuka berhampiran support. Bullish hammer dan inverted hammer juga terbentuk di sana.

Strategi perdagangan ini yang tanpa pengesahan pada timeframe yang lebih rendah adalah lebih berisiko daripada yang pertama.

Walau bagaimanapun, anda akan dapat membuat keuntungan dengan cepat.

Oleh itu, menurut strategi dagangan USCRUDE ini, adalah mungkin untuk mendapatkan jumlah keuntungan sebanyak 9252 mata asas, atau kira-kira $92 dalam keuntungan bersih daripada dagangan minimum 0.01 lot per sesi dagangan.

LiteFinance: Strategi 2: perdagangan corak intraday

Petua utama tentang corak candlestick shooting star

  • Apabila mengesan shooting star, pertama sekali, adalah penting untuk menentukan paras support dan resistance dengan betul;
  • Corak ini mempunyai isyarat yang kuat di bahagian atas. Dalam trend menaik ia boleh memberikan isyarat palsu, jadi perhatikan tempat di mana figura itu terbentuk;
  • Warna lilin tidak penting, tetapi candle shooting star bearish merah adalah sangat bearish;
  • Apabila berdagang corak ini, adalah penting untuk mengesahkan isyarat dengan corak lilin atau indikator teknikal lain;
  • Tetapkan stop loss mengikut peraturan pengurusan risiko untuk mengelakkan kerugian yang tidak perlu;
  • Ketiadaan sumbu bawah (lower wick) adalah tanda isyarat yang kuat. Shooting star klasik ini jarang berlaku, tetapi harganya lebih berkemungkinan menurun selepas penampilannya.

Kesimpulan

Shooting star adalah salah satu corak utama dalam analisis candlestick. Ia memberi amaran kepada trader tentang pembalikan yang akan berlaku ke atas trend menaik. Trading candlestick ini membolehkan trader membuat keuntungan dalam dagangan jangka pendek.

Untuk perdagangan Forex yang berjaya, adalah penting untuk memahami cara bagaimana shooting star terbentuk dan keupayaan menggunakan corak ini, kerana ia sering muncul dalam carta.

Perkara utama adalah candlestick ini memerlukan pengesahan daripada corak atau indikator lain. Kualiti perdagangan dan potensi keuntungan bergantung pada analisis yang cekap, mengenalpasti arah aliran trend yang betul, dan psikologi peserta pasaran.

Soalan Lazim Mengenai Perdagangan Candlestick Shooting Star

Shooting star ialah candle bearish yang memberi amaran kepada peserta pasaran bahawa arah trend akan berbalik ke bawah.

Pada umumnya, corak ini agak boleh dipercayai dengan sokongan daripada corak pembalikan yang lain. Walau bagaimanapun, shooting star boleh memberi isyarat palsu dalam trend menaik pada volum dagangan yang lebih tinggi.

Inverted hammer adalah bertentangan dengan corak bintang shooting star. Pembentukan dan strukturnya adalah serupa dengan shooting star, tetapi ia muncul di bahagian bawah di penghujung aliran menurun dan menandakan pertumbuhan yang akan berlaku.

Corak shooting star terdiri daripada dua candlestick dengan gap kecil di antara mereka. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku sepanjang masa. Corak ini menandakan peningkatan pengaruh bears dan pembalikan yang akan berlaku di bahagian teratas.

Warna lilin tidak penting. Ia boleh menjadi bullish atau bearish. Walau bagaimanapun, candle bearish dengan lebih tepat menunjukkan tekanan penjual terhadap harga.

Shooting star merah di bahagian atas bermakna bulls cuba untuk mengukuhkan harga lebih tinggi, tetapi mereka gagal.

Tidak, corak shooting star hanya menunjukkan arah aliran menurun (bearish), tetapi ia juga boleh terbentuk dalam arah aliran menaik. Dalam kes ini, kebarangkalian isyarat palsu adalah sangat tinggi.

Sebagai suatu peraturan, selepas pembentukan shooting star, harga mungkin turun secara mendadak, atau corak itu mungkin mengukuh secara ringkas dengan corak bearish yang lain, dan kemudian sebut harga akan menurun.

Pertama, anda perlu menentukan paras resistance kerana corak biasanya terbentuk di atasnya. Selepas mengenal pasti dan mengesahkan shooting star, adalah mungkin untuk membuka perdagangan jualan. Tetapkan stop loss di atas paras resistance. Sasaran boleh ditentukan menggunakan analisis teknikal. Anda juga boleh menetapkan take profit pada paras support terdekat.

Mereka adalah corak bertentangan dengan struktur yang sama. Shooting star terbentuk di bahagian atas, dan inverted hammer di bahagian bawah.

Perbezaan antara corak tersebut ialah badan hanging man terletak di bahagian atas julat harga, manakala badan shooting star terletak di bahagian bawah julat harga. Hangman mempunyai sumbu bawah yang panjang dan shooting star mempunyai sumbu atas yang panjang. Di samping itu, hanging man berfungsi sebagai isyarat pembalikan yang lebih kuat daripada shooting star.

Panduan lengkap Corak Shooting Star. Bagaimana cara menggunakan Candlestick Shooting Star dalam perdagangan Forex?

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat