Bagaimana corak price/action membantu kita untuk memahami bahawa kita harus beli atau jual aset tersebut?

"Perdagangan dengan trend" – mudah untuk dikatakan berbanding laksanakannya. Dengan melihat carta, ianya sukar untuk kita memahami sejauh mana kestabilan trend tersebut, jika risiko untuk reversal semakin meningkat, atau jika kita harus cuba menangkap kereta api terakhir. Walaupun S&P 500 berada hampir dengan high sejarahnya ia tidak membuktikan bahawa trend menaik sedang mendominasi pasaran. Terdapat pendapat bahawa indeks saham global telah berada dalam trend menurun sejak Januari 2018 dan pasaran saham US disokong oleh White House dan Fed. Walau bagaimanapun, tiada apa pun yang kekal selama-lamanya dan S&P 500 akan menghadapi pembetulan mendalam tidak lama lagi. Apa yang boleh dilakukan oleh seorang pedagang baru dalam keadaan sedemikian?

Dia perlu melihat kekuatan dan kelemahan isyarat trend semasa. Kami telah mengkaji sebahagian daripadanya dalam blog ini apabila sedang berurusan dengan VSA. Mari kita kembali kepada beberapa petunjuk hari ini. Senjata utama kita hari ini adalah Force bar. Ciri-ciri utamanya adalah hampir tiada shadow terbentuk dan spread yang besar. Kemunculan corak sedemikian menunjukkan bahawa trend menaik atau trend menurun sedang berlaku dalam pasaran (jika Force bar menutup pada paras high atau low).

Force bar dalam carta harian GBP/USD

LiteFinance: Bagaimana corak price/action membantu kita untuk memahami bahawa kita harus beli atau jual aset tersebut?

Teori tersebut mengatakan bahawa Force bar mengesahkan kestabilan trend semasa. Ia membantu pedagang untuk menentukan hala tuju pergerakan harga selanjutnya, tetapi titik kemasukan perlu dikenal pasti sendiri. Oleh itu, terdapat dua kesimpulan yang boleh dibuat. Pertama, pada tahap pertama penggunaan Force bar, abaikan arah retracements dan membuka posisi dalam arah trend sahaja. Kedua, walaupun strategi yang paling mudah adalah dengan membeli maksimum jika Force bar ditutup pada high dan menjual minimum jika ditutup pada low, seorang pedagang harus mempunyai pendekatan sendiri dalam penggunaan corak ini.

Secara peribadi saya lebih suka beralih ke jangka masa yang lebih pendek dan titik kemasukan berdasarkan strategi perdagangan pemulihan trend. Dalam kes GBP/USD, peralihan ke carta H1 membenarkan untuk posisi panjang terbentuk pada retracement daripada diagonal line atau line sokongan dinamik. Dalam kes pertama, gabungan corak Three dan corakInside bar berfungsi dengan baik.

Strategi penggunaan Force bar

LiteFinance: Bagaimana corak price/action membantu kita untuk memahami bahawa kita harus beli atau jual aset tersebut?  

Pedagang yang berpengalaman tahu bahawa menutup sesuatu dagangan adalah lebih sukar daripada membukanya. Saya mencadangkan untuk menonton skrin pertama. Ia akan menunjukkan tanda-tanda kelemahan trend menaik. Dengan paun, kita tidak perlu menunggu untuk masa yang lama. Apabila aset ditutup jauh dari maksimum dalam trend menaik dengan volume yang besar, seorang pedagang perlu memberi perhatian. Sebagai peraturan, ia membawa maksud bahawa trend menurun sedang terbentuk. Selanjutnya, volume yang rendah dengan penutupan pada high memberi isyarat corak "No Demand" dari VSA.

Tanda kelemahan trend menurun dalam carta GBP/USD

LiteFinance: Bagaimana corak price/action membantu kita untuk memahami bahawa kita harus beli atau jual aset tersebut?  

Apabila keadaan sedemikian berlaku, tutup sebahagian posisi panjang dari keuntungan sepenuhnya. Dalam contoh GBP/USD, pasaran membolehkan kita memperoleh sebanyak 250 point dengan stop loss kurang dari 1 angka (faktor keuntungan: 3 hingga 1). Saya pasti akan terdapat isyarat kemasukan baru tidak lama lagi, oleh itu jangan fokus terhadap perdagangan di pasaran yang telah mula memberikan isyarat reversal.

Oleh itu, Force bar adalah corak price/action yang membolehkan untuk menyemak kekuatan trend semasa. Untuk menggunakannya, gunakan sistem dua skrin dan cari dengan teliti terhadap tanda-tanda kelemahan bull atau bear dalam pasaran menaik atau menurun masing-masing.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
 

Carta graf harga GBPUSD dalam mode real time

Force bar will give the right answer

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat