Market maker Forex sedang dicari oleh kedua dua trader biasa dan ketua negara
Ramai beginner mempercayai terdapat kuasa yang menggerakkan pasaran, apabila peralatan teknikal dan (atau) analisis fundamental tidak berkesan dari masa ke masa. Daripada cuba untuk ingat bahawa perdagangan adalah proses kebarangkalian, dan jika peraturan dan analisis sentiasa berkesan, tidak akan ada orang yang mengalami kerugian (dimana ianya mustahil), mereka mengatakan pembuat pasaran adalah punca masalah mereka. Ianya adalah tugas utama untuk mencari pemanipulasi dan mengulang aktiviti mereka untuk mendapatkan keuntungan. Pendekatan yang salah ini ke arah pasaran kebiasaannya akan menyebabkan kekeliruan dalam trading dengan urusan bisnes yang lain.
Jelas sekali, jika anda ingin mengawal Forex, dimana terdapat transaksi sebanyak $5 trilion sehari, amda memerlukan dana yang sangat besar. Dan pada tahun 2018, telah terbukti bahawa presiden US sendiri yang boleh membuat pasukan daripada bank bank besar dunia, menggabungkan dana dan pelaburan dari syarikat, gagal untuk melakukannya. Komennya tentang keburukan kenaikan harga dolar dan ketidaksetujuannya dengan polisi Fed hanya menghasilkan kelemahan sementara ke atas dolar US. Donald Trump cuma seorang manusia biasa, dan dia juga seperti beginner,cuba untuk menyalahkan pemanipulasi diatas kesilapannya.
Pasaran telah membincangkan secara aktif pada musim bunga mengenai isu sama ada bahagian U.S. Treasury akan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa China adalah pemanipulasi matawang. Mengambil kira bahawa presiden US dan pihak pengurusannya kerap menyatakan bahawa pengurangan 9% yuan kepada dolar, mengumumkan bahawa China telah melemahkan matawangnya secara berterusan, saya boleh anggarkan bahawa Steve Mnuching Cuma menyemak peluang untuk melabelkan China sebagai pemanipulasi matawang. Untuk melakukannya, menurut “Trade Facilitation and Trade Enforcement Act of 2015”, sesebuah negara perlu mempunyai tiga kriteria ni:
1. Lebihan dagangan minimum sebanyak $20 billion dengan Amerika Syarikat.
2. Lebihan akaun semasa minimum sebanyak 3 % daripada GDP.
3. Campur tangan yang biasa dalam pasaran matawang. Campur tangan yang kuat kebiasaannya dianggap sebagai campur tangan, menutup sebanyak 2% daripada GDP.
China boleh dipanggil pemanipulasi hanya berdasarkan cubaan 1. Lebihan dagangannya menurun secara berterusan, dan tidak akan mencecah 1% daripada GDP menjelang 2023. Tambahan pula, komen pihak China kebanyakannya menjurus kepada kestabilan yuan, dan bukannya melemahkannya. Sebagai contoh, “Governor of the People's Bank of China” Yi Gang telah menyatakan bahawa pada bulan oktober, China tidak akan menggunakan pengurangan nilai yuan sebagai senjata untuk perang dagangan dengan USA.
Lebihan akaun semasa China yang dinamik
Sumber: Financial Times.
Pergerakan yuan dan kenyaatan rasmi China
Sumber: Financial Times.
Dari sudut pandangan fundamental, USD/CNH terhasil daripada divergence dalam polisi kewangan Fed dan PBOC dan jurang pertumbuhan diantara ekonomi US dan China. . Donald Trump telah menekankan mengenai arah trend S&P 500 и Shanghai Composite. Menurutnya, carta indeks stok mencadangkan negara manakah yang akan memenangi perang dagangan. Tapi mengapakah presiden US tidak mengatakan hubungan diantara dolar dan yuan? Hanya terdapat satu sebab – dia memerlukan seseorang untuk dipersalahkan diatas kegagalannya. Dan pencarian pemanipulasi matawang adalah pendekatan yang terbaik. Itu adalah sifat manusia biasa.
Jadi adalah ianya masuk akal untuk seorang trader mencari seseorang untuk dipersalahkan diatas kerugiannya? Bukankah ianya adalah lebih baik sekiranya trader tersebut mempelajari lagi mengenai peralatan teknikal dan analisis asas dan mencari cara untuk memperoleh kejayaan?
{motivarion}
Carta graf harga USDCNH dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.










