Ciri sistem dagangan
Sebelum anda mengambil keputusan untuk masuk berdagang, anda perlu menganalisa keadaan pasaran dan menerima isyarat yang sesuai dengan peralatan yang anda gunakan. Trader baru mungkin mempunyai kesukaran untuk memilih time frame (TF) yang sesuai. Sebagai contoh, jika anda menentukan untuk menggunakan TF H4 tapi secara tiba tiba anda menemui corak yang serupa dalam TF H1, anda mungkin ingin mengubah pendekatan anda terhadap sistem dagangan yang anda pilih. Untuk mengelakkannya berlaku, anda boleh memanfaatkan sistem dagangan double screen. Ia membantu anda untuk mengelakkan bertukar ke TF yang berbeza untuk mencari dagangan yang lebih baik (kebiasaannya ini adalah tidak bagus) dan pada masa yang sama menyelaraskan proses pengambilan keputusan.
Dalam satu artikel ebelumnya, saya ada menjelaskan mengenai methodologi untuk menganalisis keadaan pasaran dengan menggunakan indicator, untuk membantu pedagang mencari keadaan yang paling sesuai untuk mereka. Saya menggunakan TF D1 sebagai asas. Saya akan menganggap skrin pertama sistem dagangan ini, untuk menjelaskan keadaan pasaran pada hari ini. Ia akan menjadi skrin “analisis”. Tujuan utama menggunakan skrin analisis adalah untuk mengetahui mengenai keadaan pasaran yang anda ingin dagangkan. Indicator ADX 14-hari adalah yang paling cocok. Ia akan meningkat daripada 25 kepada 40 menunjukkan trend yang kuat. Zone 40-50 adalah yang paling kritikal; apabia ia mencecah zon tersebut, harga kebiasaannya akan berpatah arah atau diperbetulkan dengan tajam/dalam. Sebagai contoh, dalam EUR/USD TF D1, ADX mula meningkat kearah titik yang diperlukan berlaku sekitar Januari 2018 dan Mei 2018. Selain itu, pada permulaan tahun, bull menguasai pasaran, namun pada pertengahan tahun, bear mula mengambil alih.
Bagaimanakah untuk menggunakan skrin analisis ini dalam carta harga EUR/USD
Setelah anda mengenalpasti pasangan matawang yang sesuai dengan menggunakan skrin analisis, tukarkan kepada TF yang lebih singkat. Saya cadangkan untuk menggunakan TF H1 dan 1-2-3 pattern sebagai peralatannya disini. Ianya adalah mengenai corak patahbalik, walaubagaimanapun, apabila trend sedang menguat, ianya adalah masuk akal untuk menggunakannya, berbeza dengan prinsip umum. Anda boleh masuk berdagang apabila titik 3 telah dipecahkan arah trend, yang dikenalpasti melalui skrin analisis.
Skrin bekerja dalam pasaran bullish
Anda boleh meletakkan stop loss (SL) pada swing low (dalam lingkungan point 2 atau kurang). Untuk mengetahui titik untuk keluar daripada dagangan anda, anda boleh mengaplikasikan strategi yang berbeza, termasuklah price action. Dalam contoh EUR/USD pada Januari, corak Three Little Indians mencadangkan kepada pedagang bahawa situasi akan berubah dan inilah masanya untuk mengaut keuntungan.
Anda boleh lakukannya dengan skrin bekerja dalam pasaran bearish. Pertama, anda perlu mengenalpasti corak 1-2-3; tapi anda jangan pula cuba untuk berdagang sewaktu pasaran melakukan reversal, anda perlu tunggu sehingga quotes pergi balik ke titik 3. Jika support dalam zon ini berjaya dipecahkan, ia akan menandakan isyarat sell. Inilah cara bagaimana seseorang perlu buat, berdagang EURUSD pada bulan Mei. Anda keluar dari dagangan tersebut, berdasarkan corak, berlawanan dengan 1-2-3, atau corak price action lain yang anda tahu.
Skrin bekerja dalam pasaran bearish
Charles B. Schaap adalah yang pertama yang menjelaskan sistem ini; ia berkaitan pemulihan trend, sebab itulah saya memanggilnya «Sistem dagangan Schaap’s double screen: pemulihan trend ». Dalam artikel saya yang seterusnya, saya akan menjelaskan peralatan lain yang digunakan oleh Schaap yang akan membantu trader mengenalpasti strategi yang betul.
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.












