Strategi Forex paling menguntungkan: bagaimana untuk mencipta Holy Grail dengan tangan anda sendiri. Syarat untuk perdagangan berjaya, contoh strategi untuk petunjuk bukan standard berserta contoh dan screenshot

Strategi untuk pedagang yang fokus dan sabar

Setiap pedagang ingin menekan butang sihir "Dapatkan Wang" dan mendapatkan wang tanpa usaha sebenar. Malangnya, hanya anda sahaja dapat melakukan keajaiban di dunia ini dan kejayaan anda akan bergantung kepada kesabaran, pengalaman, dan ketekunan anda. Strategi dagangan Forex paling menguntungkan tidak wujud, tetapi terdapat strategi yang anda sendiri pilih, minat dan menambah baik untuk diri sendiri. Saya hanya akan memberi nasihat dan mencadangkan beberapa strategi perdagangan Forex yang menarik. Dalam ulasan ini anda akan mendapati bukan sahaja cadangan untuk pedagang, tetapi juga contoh strategi kerja dengan templat petunjuk dan screenshot. Ambil langkah pertama terhadap kejayaan anda dalam pasaran Forex!

Anda boleh mencari pelbagai strategi dalam talian dengan satu atau lebih petunjuk, untuk analisis teknikal dan fundamental, scalping atau jangka panjang - terdapat banyak pilihan, tetapi tidak satu pun darinya akan menjadi ideal.

Mengapa tiada strategi perdagangan yang sempurna dalam Forex:

  • Syarat perdagangan yang berbeza. Strategi perdagangan memberikan isyarat untuk membuka posisi dan tugas pedagang adalah untuk memasuki pasaran dan menutup posisi tepat pada waktunya. Keberkesanan isyarat bergantung kepada kelajuan platform, sambungan internet anda, pemprosesan maklumat oleh broker (kelajuan pelaksanaan order), saiz spread, ketepatan quote, saiz minimum stop loss, dll. Untuk broker yang berbeza dan akaun yang berbeza, keberkesanan strategi mungkin berbeza.
  • Volatility pasaran. Strategi untuk petunjuk teknikal memberi tumpuan kepada corak situasi tertentu. Petunjuk berdasarkan analisis matematik dan statistik mengambil kira tingkah laku harga dalam tempoh lalu dan berdasarkan data sejarah, membolehkan untuk meramal pergerakan carta selanjutnya. Walaupun teori wave (berpendapat bahawa semua peristiwa akan berulang), kita tidak boleh menolak pengaruh faktor fundamental yang boleh merosakkan dagangan. Dagangan berasaskan analisa fundamental juga tidak ideal: ketika berlakunya turun naik dalam pasaran, adalah mustahil untuk membuat keputusan dengan tepat tindakan yang akan diambil oleh oleh majoriti pedagang.
  • Manipulasi pasaran buatan. Perdagangan adalah sejenis persaingan antara pedagang. Jumlah modal mereka adalah semua wang di pasaran OTC, dan ianya tidak hanya muncul begitu sahaja. Apabila seseorang mendapat keuntungan, orang lain akan mendapat kerugian. Dan sebarang peningkatan dalam capital pasaran diikuti dengan kemelesetan. Para pelabur institusi dan pembuat pasaran dengan capital besar mempunyai peluang untuk memanipulasi pasaran yang memihak kepada mereka dengan menolak stop order para pedagang yang tidak berpengalaman. Sememangnya, tingkah laku sedemikian tidak dapat diramal, yang membawa maksud pada satu tahap, strategi yang menguntungkan mungkin berubah menjadi satu kerugian.

Holy Grail bukanlah strategi itu sendiri, tetapi kemahiran anda dalam menggunakannya: memilih jangka masa yang tepat, mengurusnya untuk mendapatkan isyarat semasa memantau pengurusan risiko, dan dapat menganalisis hasilnya (jurnal pedagang dapat membantu dalam perkara ini (PirateTrade, Marketstat)).

Strategi Forex paling menguntungkan tidak wujud. Kejayaan dan keberkesanan hanya bergantung kepada keadaan pedagang dan perdagangan. Sebagai tambahan kepada analisis berterusan petunjuk teknikal, pedagang harus sentiasa memantau faktor-faktor fundamental untuk mengenal pasti pergerakan pasaran selanjutnya.

Bagaimana untuk menjadi pedagang yang berjaya:

  • Dapatkan pengalaman. Dengan percubaan dan kesilapan, anda perlu belajar untuk melihat isyarat dan menentukan ketepatannya. Strategi intraday dengan isyarat yang jarang berlaku sangat sesuai dalam kes ini.
  • Belajar untuk menilai keberkesanan strategi menggunakan kaedah analisis matematik dan statistik. Baca lebih lanjut mengenainya dalam artikel ini.
  • Mengetahui perkembangan berita. Kebiasaannya dapat menentukan trend pasaran.
  • Belajar untuk mengawal diri anda: emosi dan minda anda.
  • Luangkan seberapa banyak masa di forum profesional dan turut serta dalam acara berkaitan.

Di bawah saya cadangkan anda mencuba beberapa strategi untuk petunjuk yang tidak begitu terkenal, tetapi sangat menarik. Saya tidak menciptanya, tetapi jumlah dagangan yang berjaya hasil dari penggunaannya membolehkan saya berbincang mengenainya.

Strategi Forex yang menguntungkan untuk petunjuk non-standard

Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa keberkesanan strategi bergantung semata-mata kepada kemahiran pedagang, keupayaan mereka untuk melihat isyarat dan menganalisis pasaran.

1. Petunjuk I_XO_A_H dan strateginya

Kebanyakan pedagang lebih gemar berdagang mengikut carta line klasik, tanpa mempertimbangkan pilihan lain yang sedia ada ke dalam platform dagangan. Tetapi mungkin mereka sepatutnya bertindak sedemikian. Sistem perdagangan grafik Tic-Tac-Toe adalah salah satu daripada pilihan analisis untuk menunjukkan pergerakan harga yang menunjukkan arah trend yang kuat. Jurang waktu tidak relevan di sini. Sekiranya harganya telah melepasi beberapa point tertentu (untuk mana-mana tempoh), kita melihat tanda x, apabila menurun - kita melihat sifar. Carta jenis ini tidak boleh digabungkan dengan petunjuk jumlah dagangan, tetapi ia mempunyai beberapa kelebihan:

  • ia mengabaikan perubahan harga yang tidak ketara (price noise dan pembetulan kecil);
  • ia tidak terikat kepada sesuatu tempoh;
  • ia membolehkan anda mencari trend line, tahap rintangan dan sokongan yang mudah dibezakan;
  • ia memberi peluang untuk memberi lebih perhatian kepada trend jangka panjang.

Strategi ini menggunakan petunjuk I_XO_A_H bersama-sama dengan analisis candlestick. I_XO_A_H adalah petunjuk templat gabungan, di mana ianya merupakan percubaan untuk mengubah sistem grafik Tic-Tac-Toe menjadi histogram. Sistem perdagangan itu sendiri tidak digunakan di sini secara langsung (ianya terlalu visual untuk mereka yang telah biasa menggunakan candlestick dan carta linear), tetapi petunjuknya ditafsirkan dengan baik oleh I_XO_A_H.

Syarat dagangan strategi tersebut:

  • aset - EUR/USD;
  • jangka masa - M30;
  • tetapan petunjuk: BoxSize = 15.

Petunjuk tersebut mengandungi reverse coefficient (bersamaan dengan 2). Ia mewakili bilangan kotak (kotak) untuk melepasi dalam arah yang bertentangan terhadap perubahan x ke sifar (barisan baru) dan sebaliknya.

LiteFinance: Strategi Forex yang menguntungkan untuk petunjuk non-standard

Dalam rajah ini, saiz kotak adalah 10 point. Sekiranya reverse bersamaan dengan 2, apabila harga menurun, misalnya, dari 1.0350 hingga 1.0330, x akan berubah menjadi sifar. Sekiranya harga jatuh hanya dengan 10 point, sistem grafik akan mengabaikan pergerakan ini sebagai price noise. Dalam petunjuk I_XO_A_H, BoxSize adalah 15 point dalam paparan lima angka (atau 1.5 point dalam paparan empat angka klasik bagi kadar pertukaran mana-mana pasangan mata wang).

Pada pandangan pertama, sistem kelihatan rumit. Itulah sebabnya saya mencadangkan petunjuk I_XO_A_H, di mana semua perkara telah diambil kira. Anda boleh memuat turun templat petunjuk di sini. Petunjuk ini berfungsi berdasarkan harga penutupan.

Membuka satu posisi beli:

  • perdagangan dijalankan dari 10.00 hingga 20.00 waktu Eropah Timur;
  • I_XO_A_H membentuk 5 kolum merah berturut-turut, dengan setiap seterusnya lebih besar daripada yang sebelumnya;
  • I_XO_A_H membentuk kolum hijau. Anda boleh cuba membuka posisi pada candlestick seterusnya.

LiteFinance: Strategi Forex yang menguntungkan untuk petunjuk non-standard

Dalam posisi yang pendek anda lakukannya secara bertentangan. Apabila mencapai keuntungan sebanyak 10 point, tutup 50% daripada posisi dan selebihnya dengan trailing stop.

Cadangan strategi:

  • jika I_XO_A_H hanya membentuk 4 kolum warna yang sama berturut-turut, adalah lebih baik untuk tidak membuka posisi (isyarat reversal tidak cukup kuat);
  • jika terdapat kolum panjang yang sama, adalah lebih baik untuk tidak membuka posisi.

Walau bagaimanapun, ianya adalah cadangan untuk mengurangkan risiko, kerana posisi ini boleh berubah menjadi menguntungkan. Anda boleh meningkatkan jangka masa kepada H1, tetapi anda perlu menyesuaikan jarak stop dan trailing stop, sebagai contoh, dengan tingkatkannya sedikit tinggi.

2. Berdagang menggunakan RD Combo oscillator

RD Combo adalah gabungan oscillator. Ianya kurang popular berbanding Stochastic dan RSI, tetapi formulanya lebih baik disesuaikan dalam trend pasaran moden. Petunjuk ini membolehkan anda untuk mendapatkan corak dalam pergerakan harga yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, corak boleh terganggu oleh latar belakang berita, oleh itu adalah tidak disyorkan untuk membuka posisi semasa penerbitan laporan dan berita statistik.

RD Combo adalah satu histogram. Sebaik sahaja harga melepasi tahap tertentu, satu isyarat akan terbentuk untuk meramal revesal harga akan datang. Asas strategi petunjuk ini ialah anda membuka posisi selepas pembentukan dua kolum (candlestick) yang akan melepasi tahap tertentu.

Syarat perdagangan:

  • jangka masa - Н1;
  •  Aset - EUR/GBP.

Walaupun isyarat jarang terbentuk dalam jangka masa ini, ia dapat filter price noise dan pembetulan rawak.

Tetapan RD Combo:

  • Do Alert For Entry, Do Alert For Exit (menghidupkan/mematikan amaran bunyi untuk membuka atau menutup posisi), Debug Logger, Debug Logger Data (memaparkan maklumat dalam log) – ianya adalah pilihan, anda boleh menghidupkannya atau mematikannya seperti yang dikehendaki.
  • Saiz Sejarah - 5,000. Bilangan candle berdasarkan petunjuk dan analisis ramalan;
  • Warna Threshold - 5. Tahap threshold. Selepas harga melepasi threshold ini, kolum berwarna akan terbentuk;
  • Noise Filter RVI - 0.03 (noise filter, tetapkan nilai ini tanpa maklumat terperinci);
  • Tahap (4, -4).

Cari RD Combo dengan tetapan asas di sini.

Syarat untuk memasuki pasaran adalah mudah: sebaik sahaja RD Combo membentuk dua bar merah, ini bermakna reversal akan terbentuk dan posisi panjang boleh dibuka pada candle seterusnya.

LiteFinance: 2. Berdagang menggunakan RD Combo oscillator

Anda boleh menetapkan kepanjangan stop order mengikut kesesuaian anda (optimum 20 point). Selepas anda memperoleh keuntungan sebanyak 10 point, satu pertiga daripada perdagangan tersebut boleh ditutup, dua pertiga daripadanya ditutup apabila mencapai keuntungan sebanyak 20 point, selebihnya akan dijana oleh trailing stop. Membuka posisi pendek adalah sama: penampilan 2 kolum hijau adalah isyarat untuk membuka posisi. Sekiranya strategi tidak berfungsi dengan baik, adalah wajar untuk mengurangkan atau meningkatkan Color Threshold.

3. OnChart Stochastic - strategi berdasarkan stochastic yang telah diubahsuai

Stochastic oscillator telah dicipta pada pertengahan tahun 1950-an. Mengikut sejarah (sukar untuk mengenal pasti kesahihannya), petunjuk itu dicipta oleh George Lane dan pada asalnya tidak dimaksudkan untuk diperdagangkan. Matlamatnya adalah untuk mencipta formula supaya pengiraan jumlah batu kapur semasa peleburan bijih besi untuk menghasilkan keluli dapat dilaksanakan. Dengan penyesuaian formula, seseorang berjaya mendapatkan beberapa oscillator, dan seterusnya membentuk Stochastic.

Kita boleh mengatakan dengan yakin bahawa oscillator ini adalah petunjuk paling popular pernah tercipta, tetapi tiada apa-apa yang sempurna dan telah terdapat beberapa pengubahsuaian:

  • DS Stochastic. Versi oscillator, di mana, secara teorinya, masalah penangguhan perlu dihapuskan dengan menggunakan EMA.
  • ADX + Stochastic_alerts. Gabungan petunjuk, di mana Stochastic digabungkan dengan ATR dan isyarat bunyi untuk membuka dan menutup posisi.
  • ZeroLag Stochs true. Versi lain oscillator dengan kelewatan sifar dan amplifikasi isyarat. Menurut pengarang, petunjuk tersebut memberi isyarat 2-3 candle lebih awal. Tetapi jika ianya adalah satu kelebihan adalah satu soalan retorik.
  • DiNapoli Stochastic. Di sini, sistem DiNapoli smoothing digunakan, di mana ianya mengabaikan price noise. Saya cadangkan anda membuat keputusan sendiri terhadap bagaimana versi ini berfungsi. Tambahan lagi, ia sering digabungkan dengan MACD.
  • OnChart Stochastic. Satu versi yang menarik dan kontroversi yang mudah dari sudut pandang visual. Ia meletakkan stochastic line secara langsung pada carta harga. Ianya agak mudah, tetapi tidak mempunyai pilihan untuk menjejaki tahap crossing, iaitu satu isyarat. Satu strategi contoh berdasarkan versi ini diterangkan di bawah.

Syarat perdagangan:

Tetapan petunjuk adalah seperti dalam screenshot di bawah. Anda boleh mencari templat dengan tetapan asas di sini.

LiteFinance: 2. Berdagang menggunakan RD Combo oscillator

Membuka posisi beli:

  • satu candle menurun ditutup di bawah paras 20 di bawah Stochastic, sebagai contoh dalam zon oversold;
  • terdapat corak reversal yang terdiri daripada beberapa candle: candle 1 atau 2 mempunyai shadow besar, lilin kedua mempunyai badan yang lebih panjang dan ditutup di atas tahap ke-20.

Kami membuka posisi pada lilin seterusnya dengan stop order dari 10 hingga 30 point. Tutup posisi apabila mencapai keuntungan sebanyak 20 point.

LiteFinance: 2. Berdagang menggunakan RD Combo oscillator

Membuka posisi jual:

  • Satu candle meningkat ditutup pada tahap 80 di atas Stochastic, iaitu di zon overbought;
  • terdapat satu corak reversal yang terdiri daripada beberapa candle: candle 1 atau 2 mempunyai shadow yang besar, candle kedua mempunyai body yang lebih panjang dan ditutup di bawah tahap ke-80.

LiteFinance: 2. Berdagang menggunakan RD Combo oscillator

Jika semua keperluan ini dipantau dengan ketat, akan terdapat beberapa isyarat. Anda boleh cuba untuk membuka posisi pada corak reversal yang kurang jelas.

Dalam apa jua keadaan sekiranya anda menjalankan strategi dengan segera pada akaun dagangan utama anda. Pertama sekali, belajar bagaimana untuk mencari isyarat dengan cepat dalam akaun demo, kemudian, setelah memastikan keberkesanannya, cuba untuk menggunakannya dalam pasaran sebenar. Saya harap anda sukakan strategi tersebut dan saya menantikan maklum balas dan pendapat anda dalam komen.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Strategi Forex paling menguntungkan wujud... mungkin

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat