6 buku terbaik untuk meningkatkan prestasi perdagangan anda
Buku-buku perdagangan yang harus dibaca untuk setiap pedagang dikarang oleh Alexander Elder, John J. Murphy, Eric Nyman, Jack Schwager, dan penulis lain. Semua buku boleh dibahagikan kepada buku mengenai analisis teknikal, pembinaan strategi perdagangan, pengurusan modal, dan buku psikologi perdagangan.
A Beginner's Guide to Short-Term Trading oleh Toni Turner merujuk kepada jenis pertama dan kedua. Ia adalah panduan yang jelas dan praktikal untuk pelaburan jangka pendek. Ia merangkumi pelbagai topik untuk menjelaskan maklumat asas dan kesemua yang perlu anda ketahui mengenai perdagangan intraday. Pedagang baru dan pedagang yang berpengalaman dapat menemui banyak nasihat bermanfaat terhadap perdagangan intraday dan perdagangan swing, tip praktikal yang baik mengenai perdagangan ETF, contoh sebenar rancangan perdagangan.
Buku kedua yang harus dibaca adalah Small Encyclopedia of the Trader oleh Eric Nyman di mana ianya merupakan panduan perdagangan yang baik untuk pedagang baru.
Alexander Elder telah mengarang beberapa buku mengenai perdagangan saham, tetapi buku yang paling popular adalah Trading for a Living. Pengarangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam perdagangan dan sering mengadakan seminar latihan di serata dunia. Anda boleh menemui asas-asas analisis teknikal dan latihan praktikal yang akan membantu anda menyemak kemahiran anda. Elder telah menghabiskan kebanyakan masanya dalam kajian psikologi dan telah menyusun kod peraturan untuk pedagang di mana setiap pelabur dapat memantaunya.
Seperti pengalaman membuktikan, adalah lebih baik untuk mempelajari dari kesalahan orang lain. Tetapi ianya jauh lebih berkesan untuk membiasakan diri dengan pengalaman pedagang berjaya yang telah lama berdagang dan sanggup berkongsi rahasia kejayaan mereka. Temu bual dengan pedagang terbaik dikongsikan dalam Market Wizards oleh Schwager. Satu kaedah yang kasual dan menghiburkan dan kejujuran para pedagang membolehkan anda untuk mempelajari banyak perkara mengenai perdagangan psikologi serta cadangan perdagangan praktikal
Buku Reminiscences of a Stock Operator dari Edwin Lefevre secara dasarnya merupakan buku fiksyen. Walau bagaimanapun, ia adalah panduan kajian sebenar yang menerangkan kesemua keunikan psikologi perdagangan. Buku ini menggambarkan kisah seorang spekulator saham Larry Livingston, sejurus selepas alam persekolahan menyertai pejabat broker dan secara ansuran membuat semua kesilapan yang telah diberi amaran untuk dielakkan oleh pedagang profesional. Ianya sangat menarik untuk membaca tentang reaksi-reaksinya terhadap perkara yang sedang berlaku dalam pasaran, dan cadangan-cadangan perdagangan tidak akan kehilangan relevannya.
Lefevre, sebagai seorang pelabur, telah berjaya menguraikan situasi kehidupan sebenar di mana secara tradisinya sering dihadapi oleh pedagang moden. Gaya seni dan kandungan yang berkualiti menjadikan buku ini mudah dibaca, tetapi ia adalah garis panduan dari segi penerangan tentang perkara yang sebenarnya berlaku dalam pasaran kewangan.
Akhir sekali, Way of the Turtle oleh Curtis Faith juga harus disebut di sini. Buku ini menerangkan kisah kejayaan sekumpulan pedagang kecil dan menerangkan sistem perdagangan mereka. Buku ini membuktikan dengan contoh kehidupan sebenar bahawa seseorang boleh berjaya dalam perdagangan dengan strategi perdagangan yang sangat mudah, dengan syarat peraturan tersebut diikuti seperti agama.
Saya dapat mendedahkan bahawa kebanyakan bahan terhadap kedua-dua teori dan perdagangan praktikal sering diterbitkan di blog perdagangan kami. Anda akan mendapati terdapat sebilangan besar strategi perdagangan yang terbukti menguntungkan diterangkan dengan terperinci berserta carta harga sebenar instrumen perdagangan yang berbeza. Anda juga akan mempelajari banyak strategi perdagangan dari buku-buku oleh para penganalisis terkenal dunia yang dijelaskan dalam bahasa yang mudah sehinggakan seorang pedagang baru dapat mencuba berdagang seperti seorang profesional. Sebagai contoh, gambaran keseluruhan strategi dari buku oleh Bill Williams (Trading Chaos), Tom DeMark (The New Science of Technical Analysis), William Gann (How To Make Profits Trading in Commodities).
Blog dagangan terbaik dan sumber dalam talian untuk pedagang
Di Internet, anda boleh menjumpai banyak blog perdagangan untuk semua jenis pedagang, dari seorang pedagang baru kepada pedagang berpengalaman dan para pelabur yang inginkan wang mereka untuk menjana keuntungan tanpa penyertaan aktif, serta untuk rakan kongsi forex, yang ingin mencari sumber pendapatan tanpa modal permulaan.
- Blog dagangan untuk pedagang baru, Anda akan mempelajari asas-asas yang diperlukan untuk memulakan perdagangan forex. Strategi perdagangan mudah untuk pedagang baru, artikel mengenai instrumen dagangan, petunjuk perdagangan dan kerjasama dengan broker Forex dan bahan-bahan yang sangat bermanfaat, semuanya tersedia untuk memudahkan langkah pertama anda dalam perdagangan. Jika anda lebih suka menonton video pendidikan, pelajaran video yang dilakukan oleh peniaga professional juga boleh didapati. Dengan cara ini, terdapat juga seksyen yang besar berserta arkib webinar mengenai Forex dan perdagangan dalam pasaran kewangan.
- Blog dagangan untuk profesional. Strategi perdagangan yang jarang berlaku, teori ekonomi yang rumit, petunjuk-petunjuk perdagangan yang kompleks, pandangan secara terperinci dalam psikologi perdagangan. Ia bukan untuk pedagang baru!
- Blog untuk pelabur. Blog ini dicipta untuk mereka yang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berdagang tetapi mempunyai dana untuk melabur dalam instrumen kewangan yang menguntungkan. Pelabur yang berjaya berbincang perkara mengenai portfolio pelaburan, tentang kaedah untuk membuatkan wang anda bekerja dan mendapatkan kadar yang baik.
- Blog untuk partner broker Forex. Blog ini dicipta untuk mereka yang ingin menjadi affiliate broker forex atau telah menjadi seorang partner. Ia menerangkan tentang kaedah untuk menjana wang dalam program-program affiliate Forex, untuk menarik pelanggan baru dan rujukan dan menjana wang tanpa sebarang pelaburan awal.
- Blog berurusan dengan pendapat penganalisis, analisis dan ramalan forex terhadap instrumen perdagangan yang berbeza. Setiap hari, anda boleh membaca tentang analisis, teknikal dan fundamental yang terkini untuk pasangan mata wang utama, logam, minyak dan mata wang crypto.
- Chatty forex. Forex dalam unsur jenaka. Setiap pedagang memerlukan pengurusan tekanan dan rehat. Untuk berdagang dengan keseronokan, terdapat beberapa berita dan ramalan Forex yang berunsurkan jenaka terbaik dari golongan profesional!
Terdapat juga perpustakaan strategi perdagangan yang besar, di mana setiap pedagang (dari seorang pedagang baru kepada pedagang pakar) boleh memilih strategi yang sesuai dan segera mencubanya dalam akaun demo. Untuk menjalankan analisis fundamental secara berkesan, anda, tentu saja, perlu mengetahui tentang ketibaan peristiwa ekonomi penting akan datang yang akan berlaku dalam negara-negara yang berbeza. Keperluan ini dipenuhi dengan sempurna oleh kalendar ekonomi yang menunjukkan bukan sahaja peristiwa yang telah dijadualkan dengan masa yang tepat oleh negara tersebut, tetapi terdapat juga sejarah nilai sebelumnya, dan ramalan untuk perubahan, sebagai contoh, kadar pengangguran di negara tertentu. Sudah tentu, anda boleh mengetahui semua ramalan analitik yang diperlukan dan mendapatkan isyarat dagangan secara langsung dalam profil dagangan anda, tanpa diganggu oleh perdagangan.
Laman web Forex terbaik yang harus diketahui oleh setiap pedagang
Pembelajaran pasaran forex dan meningkatkan kemahiran perdagangan anda bukan sahaja dengan membaca buku atau artikel, tetapi ia juga termasuk analisis maklumat dan berita yang membolehkan untuk menilai situasi semasa dengan tepat. Pengalaman membuktikan bahawa gabungan analisis teknikal dan fundamental sering menghasilkan hasil yang melebihi harapan pedagang bercita-cita tinggi. Antara sumber yang perlu digunakan adalah:
• Reuters.com.
• Bloomberg.com.
• Wsj.com.
Tiga sumber pertama adalah dalam Bahasa Inggeris, mereka menyediakan berita paling penting mengenai ekonomi dunia secara masa sebenar. Selain itu, kebanyakan berita disertakan dengan ulasan pakar yang memudahkan analisa forex untuk pedagang.
Forum perdagangan terbaik
Pertukaran pengalaman memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran perdagangan anda dan pembangunan diri. Oleh itu, lambat laun, pedagang perlu menghubungi rakan sekerja, pedagang dari seluruh dunia, yang boleh anda dapati dalam channel chat dan telegram yang berbeza. Sebahagiannya disenaraikan di bawah:
Tuliskan dalam ruangan komen tentang buku, blog atau sumber lain yang anda gunakan dalam perdagangan.
Semoga berjaya!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.









