Trading Chaos oleh Bill Williams: psikologi perdagangan, teori huru-hara (chaos), dan strategi perdagangan Three Wise Men. Teori dan amalan

Hai rakan-rakan semua!

Artikel ini menerangkan teori menarik Three Wise Men dalam Trading Chaos yang telah dibangunkan oleh Bill Williams, salah seorang penganalisis kewangan terkenal Amerika pada separuh abad ke-20.

Pada mulanya, idea Williams ini telah menimbulkan banyak kontroversi disebabkan ia bersifat revolusi. Malah, mengikut teorinya, penganalisis telah mempertikaikan kebenaran beberapa undang-undang analisis fundamental yang tidak boleh dipertikaikan. Namun, pengalaman peribadinya dan pengalaman ramai pengikutnya telah membuktikan keberkesanan tinggi sistemnya; jadi ia telah menjadi bahagian yang penting dalam ramalan analisis, dan penunjuknya telah disertakan dalam kit alat standard kebanyakan platform perdagangan miliknya. Semasa mengkaji kaedah Three Wise Men, kita akan menyelidiki geometri fraktal, mengenali penunjuk-penunjuk-penunjuk baharu dan akan dapat memahami secara ringkas mengenai proses pasaran, mengurus strukturnya yang huru-hara kepada susunan yang teratur.

Semua pasaran adalah mudah

Terlebih dahulu, mari kita kaji beberapa teori dan kemudian melihat contoh-contoh praktikal. Williams menulis bahawa kebanyakan pedagang dan pelabur berpendapat yang pasaran adalah terlalu rumit dan disebabkan itu, mereka terlepas perkara-perkara yang jelas. Pasaran bukanlah misteri dan sukar diduga. Tujuan utama mana-mana pasaran adalah untuk mencatu bekalan sedia ada dan akan datang kepada mereka yang betul-betul inginkannya. Dalam kata lain, mana-mana pasaran adalah alat yang membantu kita menetapkan harga berpatutan yang akan menyeimbangkan kuasa pembeli dan penjual.

Kebenaran yang perlu diingat sebelum mula berdagang

Apabila anda sudah memahami cara pasaran berfungsi dan tujuannya, anda boleh menyangkal beberapa prinsip asas analisis fundamental.

Pertama sekali, Williams menyatakan bahawa konsensus bulis/bearis itu tidak wujud. Menurutnya, tugas utama pasaran adalah mencari segera tempat terdapatnya percanggahan yang sama mengenai nilai dan perjanjian mengenai harga. Dengan itu, pasaran tidak dapat memberikan sentimen bulis sebelum harga mula naik.

Berdasarkan prinsip ini, terdapat kebenaran logik lain yang juga menjadi sensasi. Tidak mungkin perkara seperti keadaan terlebih jual atau terlebih beli wujud seperti konsensus bulis atau bearis. Di samping itu, penulis memberi peringatan bahawa pedagang tidak seharusnya mengikut formula biasa secara membuta-tuli untuk memperoleh perdagangan yang menguntungkan, ini kerana kebanyakan formula tersebut adalah tidak berkesan.

Pasaran diterajui oleh dua jenis idea, iaitu pendapat dan fakta. Pendapat ialah idea yang paling popular. Sebaliknya, ia agak berkuasa kerana seperti kepercayaan lain, ia memberi kesan yang besar terhadap keputusan perdagangan dan pelaburan. Dari sisi lain, pendapat hanya memberi pengaruh kepada sesetengah pedagang, iaitu biasanya pedagang bersifat lemah yang telah saya tulis dalam siri pelajaran mengenai model VSA. Sebagai contoh, pendapat ialah idea-idea seperti “Pedagang biasa tidak dapat berbuat apa-apa terhadap penggerak pasaran”, “Hanya kumpulan istimewa tertentu yang tahu arah pergerakan harga yang seterusnya”, “Perdagangan adalah satu pertempuran”.

Sebaliknya untuk fakta, ia tidak banyak dan biasanya tidak penting bagi pedagang berbanding pendapat. Dan perkara ini sangat aneh kerana fakta memberi kesan kepada semua ahli pasaran. Williams menyatakan bahawa kebanyakan pedagang mengalami kerugian kerana mereka mengikut pendapat orang lain dan mengabaikan fakta yang nyata.

Teori Chaos

Bill Williams mencadangkan bahawa tiada analisis ekonomi, teknikal mahupun fundamental yang memberi gambaran tepat mengenai pasaran. Sifat tak linear proses pasaran terbukti oleh fakta bahawa 90% pedagang mengalami kerugian apabila menggunakan jenis-jenis analisis ini.  

Sebagai alternatif kepada pendekatan biasa, penulis mencadangkan teori chaos dan geometri fraktal. Sains chaos menggariskan tiga prinsip fundamental untul kajian tenaga pasaran:

  • Tenaga sentiasa mengikut laluan yang mempunyai rintangan paling sedikit. Ingat, prinsip ini juga diikut dalam model VSA yang saya terangkan sebelum ini dalam siri pendidikan.
  • Laluan dengan rintangan yang paling sedikit ditentukan oleh struktur yang sentiasa tersembunyi dan jarang dilihat.
  • Pendekatan tertentu membantu seseorang menemui struktur yang tersembunyi dan boleh dilihat, dan dengan itu, ia boleh diubah.

Semua struktur mengandungi pergerakan dan kecenderungan terhadap pergerakan; ini bermaksud ia cenderung untuk bertukar dari satu keadaan kepada keadaan lain. Setiap struktur mempunyai empat unsur:

  • Energy always follows the path of least resistance. Remember, this principle is followed in also in the VSA model I described in the previous educational series. 
  • The path of least resistance is determined by the always underlying and usually unseen structure.
  • Certain approaches help one discover the underlying and seen structure and so, it can be altered. 

All structures contain movement and an inclination toward movement; this means they tend to change from one state to another state. Any structure has four elements: 

  • bahagian (komponen),
  • rancangan,
  • sumber kuasa,
  • tujuan.

Struktur-struktur yang memberi pengaruh kuat kepada keputusan perdagangan anda terdiri daripada keinginan, kepercayaan, andaian, aspirasi dan paling penting ialah pemahaman anda mengenai struktur dasar pasaran dan diri sendiri. Secara praktikal, tingkah laku kebanyakan peserta pasaran ditentukan oleh dua jenis struktur asas. Ia adalah perbuatan-tindak balas dan model kitaran tak terhingga.

Perbuatan-tindak balas

Struktur jenis ini menghasilkan tingkah laku perbuatan-tindak balas. Contoh paling ringkas ialah pendulum. Satu jenis tingkah laku diingini membawa kepada tingkah laku berlawanan yang tidak diingini. Kenaikan sentiasa diikuti oleh penurunan. Dalam struktur ini, perubahan dialami dari semasa ke semasa, tetapi ia tidak kekal lama. Sebarang perkembangan ternyata bersifat sementara. Jenis struktur dasar ini membuat kita berulang-alik sama seperti pendulum.

Model kitaran tak terhingga

Berbeza seperti struktur sebelum ini, struktur Jenis Satu yang bermatlamat untuk menyelesaikan masalah, iaitu struktur Jenis Dua disediakan untuk tindakan yang membawa sesuatu yang baharu ke dalam situasi semasa.

Ini adalah model kitaran seperti tanda infiniti atau nombor lapan. Pertama, pedagang cuba untuk mengurangkan kepentingan masalah. Kemudian, dengan mengikuti laluan yang mempunyai sedikit rintangan, seseorang itu mengurangkan aktiviti, jadi perkembangan selanjutnya juga dikurangkan. Akibatnya, berbanding membuat keuntungan untuk tempoh masa yang agak lama, pedagang itu berulang-alik antara menyelesaikan masalah, menghentikan perkembangan dan akibatnya, memberi masalah baharu.

Jenis-jenis psikologi pedagang

Mengikut kepada pengambilan risiko, Williams membahagikan pedagang kepada tiga jenis:

  • Ketua/pemimpin yang bersedia untuk melihat ke hadapan melangkaui standard dan mencapai sesuatu yang lebih hebat;
  • Pengikut yang sanggup mengikut ketua-ketua tersebut dan menerima idea-idea baharu serta mengambil risiko;
  • Seseorang tanpa pengalaman yang tidak sanggup mengambil risiko; mereka juga tidak mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membuat keuntungan yang mungkin atau berani berimpian tentang mencuba cabaran baharu.

Salah satu faktor utama untuk perdagangan yang berjaya dalam strategi Three Wise Men ialah memahami jenis pemikiran anda. Sebagai seorang pedagang, pertama sekali, diri anda sendiri perlu menerima cara anda berfikir, menggunakan kelebihan dan kekurangannya.

Dari sudut pandangan psikologi, Williams melihat pasaran sebagai struktur tiga dimensi yang merangkumi tiga komponen:

  • masa,
  • harga,
  • psikologi pedagang.

Strategi perdagangan yang menang ialah:

  • Menerima situasi,
  • Mengikuti situasi, dan
  • Mengikut trend.

Untuk melahirkan pemikiran seperti itu, seseorang pedagang hendaklah mempelajari cara untuk menetapkan fikiran, pendapat dan kepercayaan sendiri, tidak terganggu dengan rasa takut dan pendapat orang lain.

Tangga ke arah menjadi pedagang berjaya

Williams percaya bahawa pembentukan diri pedagang adalah mengikut langkah demi langkah. Secara keseluruhan, beliau membezakan lima langkah:

Peringkat Satu, pedagang baharu. Pada peringkat ini, pedagang baharu melihat maklumat yang banyak dalam alat. Objektif utama pada peringkat ini adalah untuk belajar berdagang dalam pasaran dan tidak mengalami kerugian sambil memperoleh pengalaman. Kebanyakan pedagang baharu mencari sistem mekanikal yang akan menjadikan mereka kaya dan berjaya jika mereka berjaya menyelesaikan teka-teki tentang pasaran. Ini adalah idea yang tidak bagus.

Peringkat Dua, pedagang baharu maju. Pada peringkat ini, pedagang mengembangkan sempadan mengikut masa untuk memasukkan lebih banyak alat berbanding yang digunakan pada peringkat satu.

Peringkat Tiga, pedagang cekap. Pada peringkat ini, pedagang boleh menggunakan alat pasaran dengan cepat dan betul untuk meningkatkan keberkesanan perdagangan. Sebagai tambahan, pada peringkat ini, pedagang mula memantau “punca” berbanding kesannya sahaja.

Peringkat Empat, pedagang mahir. Pada peringkat ini, pedagang mempunyai sistem kepercayaan sendiri. Objektif kita pada peringkat ini adalah untuk menyelaraskan struktur persona tersendiri dengan struktur asas pasaran. Williams menyatakan apabila itu berlaku, kemenangan menjadi laluan yang kurang rintangan.

Peringkat Lima, pedagang pakar. Pada peringkat lima, kita menyelami alam huru-hara. Perkara yang kelihatan jarang pada peringkat pertama kini kelihatan lebih logik dan biasa pada peringkat lima. Pada peringkat lima juga, berdagang adalah cara kehidupan yang kurang memberi tekanan.

Penunjuk perdagangan Aligator

Alat asas dalam strategi Three Wise Men adalah penunjuk Aligator, iaitu kombinasi tiga Purata Bergerak:

  • Garis Biru (rahang) ialah MA 13 bar dengan anjakan 8 bar.
  • Garis Merah (gigi) ialah MA 8 bar dengan anjakan 5 bar.
  • Garis Hijau (bibir) ialah MA 5-bar dengan anjakan 3 bar.

LiteFinance: Penunjuk perdagangan Aligator

Carta memaparkan penunjuk Aligator yang terdiri daripada tiga MA yang mempunyai panjang dan anjakan berbeza.

Garis Biru adalah Garis Imbangan. Dalam kata lain, ia menunjukkan kedudukan pasaran jika tiada maklumat baharu. Jadi, jarak antara garis ini dan harga semasa adalah penunjuk kepada cara pedagang mentafsirkan maklumat yang baru datang.

Garis Merah adalah purata bergerak untuk satu rangka masa penting yang lebih rendah. Secara kasarnya, jika rangka masa pada carta semasa adalah harian dan merujuk kepada Garis Biru, Garis Merah berkemungkinan adalah carta jam. Dan Garis Hijau akan menunjukkan kedudukan pasaran dalam carta 10 minit.

Pendekatan ini memberi pendekatan bersepadu kepada pemantauan momentum pasaran pada tiga rangka masa berbeza dalam satu carta. Anda boleh melihat semua garis dalam carta yang sama, jadi anda tidak memerlukan tiga carta masa yang berbeza. Maklumat yang baru datang akan memberi kesan kepada Garis Hijau terlebih dahulu, diikuti oleh Garis Merah dan akhirnya Garis Biru.

Cara Aligator berfungsi dan maksudnya

Pasaran biasanya berhenti, berundur atau menjadi seimbang sebelum kebanyakan peserta sedar tentang perkara yang sebenarnya berlaku. Itulah sebab pedagang-pedagang terlepas situasi yang berkemungkinan menguntungkan dan bahkan mengalami kerugian, kerana mereka masuk dalam perdagangan pada titik yang salah.

Aligator membantu anda memilih masa optimum untuk membuka kedudukan. Garis Hijau akan menjadi penunjuk pertama bahawa jumlah kontrak yang ketara akan masuk dalam pasaran dan cenderung pada satu arah. Seterusnya, isyarat yang lebih tepat adalah Garis Merah. Garis Biru mengesahkan bahawa kita telah membuat keputusan yang betul. Mari belajar beberapa pola asas daripada contoh.

LiteFinance: Cara Aligator berfungsi dan maksudnya

Dalam carta harga harian BTCUSD, anda boleh melihat yang garis-garis Aligator bergerak secara rawak dan kemudian mula bergerak pada arah yang sama dan terpisah pada masa yang sama. Pola yang menunjukkan garis-garis itu terpisah dirujuk sebagai Aligator Lapar oleh Williams. Perhatikan apabila garis-garis mula berpisah, garis pertama yang bertindak balas kepada maklumat baru yang positif adalah garis hijau, dan kemudian diikuti garis merah dan terakhir sekali garis biru.

Perhatikan semasa pergerakan menaik ini, harga kekal di atas bibir Aligator (Garis Hijau). Harga melintasi garisan buat pertama kali apabila trend bul hampir tamat.

Carta harga di bahagian kiri dari mulut terbuka Aligator yang ditandakan dengan bentuk bujur berwarna biru menunjukkan Aligator Tidur, itu adalah titik apabila kebanyakan pedagang mengalami kerugian. Tiada lagi trend yang jelas walaupun harga kelihatan seperti semakin naik, jadi harga juga boleh pergi pada mana-mana arah.

LiteFinance: Cara Aligator berfungsi dan maksudnya

Sekarang, mari kita lihat pasaran bear. Sekiranya pergerakan naik yang stabil, garis hijau (bibir) berada di atas, kemudian garis merah (gigi) dan garis biru (rahang) berada di bahagian bawah. Dalam pasaran bear, garis-garis itu berada dalam susunan berlawanan. Zon merah carta yang menunjukkan Aligator Tidur, apabila trend menurun bermula, ia akan membuka mulutnya ke arah bawah.

Perhatikan bahawa sepanjang trend menurun, bar ditutup di bawah bibir Aligator (garis hijau). Apabila trend bear semakin tamat, carta harga keluar daripada bibir ke arah atas.

LiteFinance: Cara Aligator berfungsi dan maksudnya

Zon merah pada carta menandakan Aligator tidur untuk masa yang lama semasa trend sisi. Jadi, idea utamanya adalah untuk tidak memasuki pasaran apabila Aligator tidur dan hanya memasuki pasaran apabila Aligator bangun dan lapar. Jika sebaliknya, membuat apa-apa perdagangan hanya akan menyebabkan kerugian.

Three Wise Men

Sekarang saya akan menggunakan asas-asas strategi perdagangan Three Wise Men oleh Bill Williams.

The First Wise Man

Pada masa lalu, pasaran bull berakhir apabila semua bull telah membeli dan tiada lagi pembeli baru. Akan tetapi pada hari ini, pembeli jangka pendek yang agresif juga menyertai trend teratas dan fakta itu mengubah tingkah laku pasaran di akhir trend. Pasaran bull berbalik apabila bull memberi laluan kepada bear. Bear memberi laluan kepada bull dalam pasaran menurun menandakan semua pembalikan dalam trend menurun.

Masalahnya ialah pedagang-pedagang yang tidak dimaklumkan selalunya gagal melihat petunjuk awal mengenai pembalikan tersebut. Williams dalam analisis ratusan dan mungkin ribuan titik pembalikan melihat satu corak yang kemudiannya digelar isyarat ‘wise man’. Pembalikan bulis mengikut bar paras rendah yang paling rendah, ia mesti hampir dengan bar separuh bahagian atas dan berada di luar mulut Aligator. Ia memberi isyarat apabila bar dibuka, bear mendominasi pasaran, tetapi ia memberi laluan kepada bull dengan penutupannya.

Oleh itu, bar pembalikan bearis adalah bar dengan paras tinggi paling tinggi, dan ia ditutup dalam separuh bahagian bawah, berada di luar mulut Aligator. Ia memberi isyarat apabila bar dibuka, bull mendominasi pasaran, tetapi ia memberi laluan kepada bear dengan penutupannya. Mari saya jelaskan tentang strategi masuk dan keluar dengan berpandukan pada contoh.

LiteFinance: The First Wise Man

Dalam carta harian BTCUSD, bahagian bujur menandakan bar pembalikan bulis. Ia berada pada paras rendah tempatan baharu, tetapi ditutup berhampiran paras tingginya. Seperti yang anda ketahui, ia memberi isyarat bahawa sentimen pasaran adalah lebih bulis dalam separuh kedua bar. Bar berada di luar mulut Aligator.

Kemasukan panjang dibuat di atas bar pencapahan bulis. Di sini, saya mencadangkan henti kemasukan.

Titik ini ditandakan oleh garis hijau dalam carta. Kita juga akan memerlukan Pengayun Awesome. Ia seharusnya berwarna merah (momentum bergerak ke bawah) kerana semua bar pencapahan dibuat semasa pasaran dalam pergerakan menurun. Ingat, waktu ideal untuk memasuki perdagangan jangka panjang ialah apabila tiada lagi tanda-tanda pergerakan bull pada carta, jadi ia kelihatan seperti kita berdagang melawan trend.

Selepas henti beli, kita perlukan henti yang melindungi. Williams mencadangkan untuk membuat henti pertama, beberapa titik rendah daripada bar pencapahan bulis. Garis merah menandakannya dalam carta. Mengikut metodologi asal, anda perlu menetapkan ‘trailing stop’. Kedudukan ini memberi kita henti kerugian awal yang begitu hampir yang akan menjadi panjang bar isyarat.

LiteFinance: The First Wise Man

Isyarat penting seterusnya dihantar sebulan selepas bar pencapahan bulis terbentuk. Seperti yang anda lihat pada carta, ini adalah bar pencapahan bearis yang jauh dari mulut Aligator (ditanda dengan bentuk bujur). AO juga menandakan momentum menaik.

Satu lagi perkara penting adalah sudut bar harga yang mesti lebih lebar berbanding sudut yang terbentuk oleh mulut Aligator. Jika bar harga menjauh dari Aligator, ini adalah isyarat kuat tentang pembalikan trend yang akan berlaku tidak lama lagi. Kedua-dua parameter ditandakan dengan garis ungu.

Seperti yang anda faham, apabila bar pencapahan bearis muncul, kita perlu keluar daripada perdagangan jangka panjang. Jika kita membuat perdagangan jangka pendek semasa keluar daripada jangka panjang, henti kerugian akan berlaku tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, kerugian itu jauh lebih rendah berbanding keuntungan yang diperoleh daripada perdagangan sebelumnya. Ini adalah contoh yang jelas bahawa isyarat First Wise Man tidak akan sentiasa menjamin perdagangan yang menguntungkan.

Second Wise Man

Isyarat penting kedua untuk memasuki pasaran adalah berdasarkan Pengayun Awesome, alat yang sudah anda kenali. Prinsip fungsinya adalah serupa dengan penunjuk MACD yang terkenal. AO mengukur momentum segera dalam pasaran. Ia adalah 34 bar purata bergerak ringkas yang ditolak daripada 5 bar purata bergerak ringkas.

Indikator ini kelihatan seperti histogram yang terdiri daripada bar berwarna merah dan hijau. Warna hijau bermaksud bar adalah lebih tinggi berbanding bar histogram sebelumnya, dan warna merah bermaksud yang histogram adalah lebih rendah berbanding bar sebelumnya. Dalam erti kata lain, siri bar berwarna hijau adalah isyarat beli, dan bar merah adalah isyarat jual.

Mari kita kaji cara untuk memasuki pasaran dan melindungi kedudukan anda dengan menggunakan contoh sama carta harian BTCUSD.

LiteFinance: Second Wise Man

Ingat, zon bujur menandakan titik kemasukan mengikut bar pencapahan bulis, garis hijau dan merah menandakan paras kemasukan dan paras henti. Berdasarkan Pengayun Awesome (AO), kita tambah selepas tiga bar hijau berturut-turut (jika ia adalah permulaan trend bearis, sepatutnya terdapat tiga bar merah berturut-turut).

Oleh itu, Second Wise Man merupakan isyarat yang mengesahkan First Wise Man. Sesetengah pedagang menggunakannya untuk membuat kemasukan kedua, mereka memasukkannya dalam kedudukan selepas isyarat Second Wise Man dicipta.

Third Wise Man

Andaikan kita telah memasuki pasaran melalui First Wise Man (bar pencapahan bulis/bearis) dan berkemungkinan besar telah menambahnya dalam kedudukan kita dengan Second Wise Man. Dan sekarang pasaran boleh memberi kita isyarat Fraktal. Ia adalah keluar daripada pasaran selepas pasaran berbalik seperti yang ditunjukkan oleh bar bulis/bearis. Jika isyarat Fraktal ini adalah kemasukan ketiga kita, kita hendaklah membina beberapa ekuiti terbuka dalam dua kemasukan pertama kerana ia mengesahkan pengenalpastian perubahan dalam trend adalah sah.

Pola Fraktal mudah sahaja. Pasaran bergerak dalam satu arah atau arah lain. Katakan ia bulis. Selepas seketika, semua pembeli yang sanggup telah membeli (dalam pergerakan menaik) dan pasaran jatuh kerana kekurangan pembeli dan kemungkinan pembeli singkat juga masuk dalam pasaran.

Kemudian beberapa maklumat baharu mula memberi kesan kepada pedagang. Terdapat momentum pembelian yang baharu dan kemudian ia sekali lagi bergerak ke atas. Ini adalah waktu ideal untuk membuat tambahan dalam kedudukan beli kita. Jika momentum dan kekuatan pembeli cukup kuat untuk melepasi Fraktal yang naik secara mendadak, kita akan membuat pesanan beli yang lebih tinggi daripada Fraktal.

Bagaimana rupa pola fraktal?

Dalam pasaran bulis, fraktal merupakan satu siri minimum lima bar berturut-turut, iaitu bar tertinggi didahului oleh dua paras tinggi yang rendah dan diikuti oleh dua paras tinggi yang rendah. Konfigurasi bertentangan ini boleh digunakan untuk pasaran bearis. Paras rendah tempatan berada di tengah-tengah fraktal.

Fraktal adalah pembentukan teras untuk pola yang digelar gelombang Elliot, ia akan dibincangkan dalam artikel saya yang akan datang. Sekarang saya ingin menumpukan perhatian kepada dua prinsip penting.

  • Apa yang berlaku antara Fraktal atas dan bawah adalah gelombang Elliot pada satu tahap atau sebaliknya.
  • Satu cara untuk berdagang Fraktal ialah apabila pasaran melebihi paras tinggi luar ekstrem untuk Fraktal atas dan rendah untuk Fraktal bawah, pilih arah luar/titik Fraktal.

Mari belajar jenis-jenis asas fraktal daripada contoh.

LiteFinance: Bagaimana rupa pola fraktal?

Carta memaparkan fraktal atas yang asal. Pola bertentangan adalah fraktal bawah asal.

LiteFinance: Bagaimana rupa pola fraktal?

Dalam pola ini, bar tengah membentuk kedua-dua fraktal atas dan bawah kerana kedua-dua paras tinggi bar adalah lebih tinggi berbanding bar sebelumnya dan selepasnya, dan bar rendah adalah lebih rendah berbanding bar rendah di bahagian kiri dan kanan.

LiteFinance: Bagaimana rupa pola fraktal?

Ini adalah contoh pembentukan fraktal gabungan. Bar ditandakan dengan anak panah merah adalah kedua-dua bar tengah untuk fraktal bawah, dan bar kiri fraktal atas yang bar tengahnya adalah bar seterusnya ditandakan dengan anak panah hijau ke atas.

Terdapat juga lebih daripada lima bar untuk membentuk fraktal, dalam kes ini, satu daripada bar belakang adalah bar tengah. Tetapi ini agak jarang berlaku.

Strategi peruntukan aset

Saya sudah menyatakan bahawa seseorang boleh membuat kemasukan kedua mahupun ketiga, sekali gus meningkatkan keuntungan. Williams mempertimbangkan pendekatan ini sebagai yang paling selamat, merujuknya sebagai piramid terbalik. Strategi ini mencadangkan anda memasuki perdagangan dengan volum paling sedikit semasa isyarat pertama kerana ia boleh menjadi trend jangka pendek. Saya sudah menerangkan contoh apabila bar pencapahan hanya menyebabkan tarikan balik yang lemah.

Apabila trend semakin kuat, terdapat Second Wise Man yang mengesahkan kekuatan trend. Pada masa ini, wajar untuk membuat tambahan dalam kedudukan terbuka. Kemudian, anda perlu teruskan pelaburan, mengurangkan dana yang anda tambah secara perlahan-lahan. Waktu ideal untuk tindakan tersebut adalah isyarat ketiga yang ditunjukkan oleh fraktal.

Keluar dari pasaran dan perlindungan aset

Cara paling mudah untuk melindungi aset anda adalah dengan menetapkan ‘trailing stop’ pada jarak yang sama dengan bar antara bar tinggi pencapahan dan bar rendahnya. Anda juga boleh keluar dari perdagangan pada bar rendah paling rendah daripada tiga atau lima bar sebelumnya dalam trend bulis, atau bar tinggi paling tinggi dalam trend bearis.

Satu lagi situasi yang memerlukan anda keluar dari perdagangan dengan segera adalah isyarat pembalikan. Williams mencadangkan supaya keluar dari perdagangan apabila harga begitu hampir dengan pesanan henti apungan.

Jadi kita telah belajar teori dan penggunaan praktikal strategi perdagangan Three Wise Man. Jika anda suka dengan sistem perdagangan trend, anda perlu cuba kaedah ini kerana ia memberi hasil yang hebat dalam mana-mana pasaran. Ia juga boleh digabungkan dengan model VSA dan teori gelombang Elliot.

Saya berharap perdagangan anda berjaya dan memberi keuntungan!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Trading Chaos oleh Bill Williams: Strategi perdagangan Three Wise Men

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat