Pada hari ini, saya akan mengajar anda cara menggunakan strategi Forex yang paling efektif – Kaki Lilin Volum. Sebagai permulaan, mari kita mengenalinya.
Apa itu kaki lilin volum?
Strategi ini sangat berbeza berbanding semua strategi Forex yang lain. Umumnya, semua strategi dibina berdasarkan isyarat yang diterima daripada indikator matematik yang kadangkala agak menyusahkan. Indikator mempunyai margin kesilapan yang tinggi dan ia sangat sukar bagi pengguna yang tiada pengalaman untuk mengetahui sama ada isyarat tersebut betul dan bila waktu sebenar mereka perlu membuka kedudukan dan lain-lain. Kaki lilin volum bukanlah satu indikator, ia hanyalah satu kaki lilin Jepun dalam carta. Ia sangat mudah untuk dijumpai dan agak mustahil untuk tidak menyedarinya.
Ia merupakan sebatang lilin yang mempunyai badan yang sangat kecil atau tiada, dan bayang-bayang yang sangat panjang. Ia perlu diakui kaki lilin ini tidak dapat dilihat setiap hari, dan ia agak mudah untuk melihatnya. Saya menggelar lilin ini sebagai kaki lilin volum kerana semasa ia terbentuk, terdapat volum perdagangan sangat besar yang saling bersaing dalam pasaran. Dan ternyata pada masa pembentukan lilin itu selesai, pasaran belum lagi menentukan volum yang lebih kukuh disebabkan bekalan dan permintaan yang hampir sama. Selepas lilin selesai membentuk (ditutup), masa berlalu (beberapa jam ataupun beberapa hari), volum sama ada pembeli atau penjual mengatasi yang lain dan harga mula bergerak ke arah trend baharu. Pada masa harga melebihi titik rendah atau tinggi kaki lilin volum, kita akan berpeluang untuk menyertai pihak yang menang dan membuka kedudukan dalam arah trend baharu. Ini menjadikan kedudukan kita hampir dijamin berjaya kerana kita berdagang dalam arah volum yang paling besar. Dalam erti kata lain, lilin ini membolehkan kita menerima isyarat tertentu untuk membuka kedudukan pada trend semasa, iaitu satu-satunya cara yang dianggap dapat memberi keuntungan dalam Forex oleh kebanyakan pakar.
Bagaimana cara untuk mencari kaki lilin volum?
Sekarang mari belajar cara untuk mencari kaki lilin volum di antara lilin-lilin lain dalam carta.
Dalam carta di atas, saya tandakan semua kaki lilin volum dengan warna merah. Tempohnya meliputi setahun kalendar. Dalam carta tahunan GBP/NZD, saya menemui 12 kaki lilin volum dan semuanya terbukti memberi keuntungan, cthnya. ia berhasil 100%. Jadi, bagaimana cara untuk membezakannya daripada lilin-lilin lain? Terdapat 5 peraturan:
- Kaki lilin volum hanya boleh digunakan dalam rangka masa harian (D1);
- Kaki lilin volum perlu terbentuk sepenuhnya, cth. lilin lain perlu muncul selepasnya;
- Badan kaki lilin volum hendaklah sekurang-kurangnya 10 kali lebih kecil daripada keseluruhan panjang lilin;
- Setiap bayang-bayang (sumbu) lilin hendaklah sekurang-kurangnya 400 mata.
- Kaki lilin volum hanya boleh digunakan pada instrumen utama atau bersilang.
Bagaimana cara berdagang menggunakan kaki lilin volum
Sekarang mari kita lihat cara untuk menggunakan 5 peraturan ini dan membuka kedudukan:
Dalam carta di atas, anda dapat melihat satu lilin yang sudah berjaya digunakan. Saya telah menggunakannya untuk perdagangan. Ini caranya:
- Guna peraturan pertama: tukar carta kepada rangka masa harian dan zum untuk melihat lilin secara berasingan dan mudah;
- Mula cari lilin yang sepadan dengan huraian.
- Selepas lilin yang sepadan ditemui, gunakan peraturan 3 dan 4: gunakan pembaris dalam terminal perdagangan dan ukur badan serta bayang-bayang lilin tersebut. Jika sekurang-kurangnya satu bayang-bayang lilin itu kurang daripada 400 mata (walaupun 399), abaikan lilin itu – ia tidak berguna. Jika kedua-dua bayang adalah lebih daripada 400 mata, ukur badan lilin tersebut. Jika ukuran badan lilin itu, contohnya 100 mata, maka jumlah panjang lilin itu sepatutnya lebih daripada 1,000 mata. Jika kedua-dua syarat ini dipenuhi – lilin itu adalah calon yang hampir sempurna;
- Sekarang kembali ke peraturan 2. Lilin baharu atau beberapa lilin lain akan muncul selepas lilin yang dipilih. Tetapi harga mestilah tidak melebihi titik tinggi dan rendah kaki lilin yang telah dipilih;
- Periksa instrumen: jika ia adalah pasangan utama atau kadar bersilang – anda boleh mula bayangkan keuntungan anda;
- Mula tetapkan pesanan. Ya, perdagangan kaki lilin volum hanya boleh dilakukan dengan pesanan belum selesai seperti Henti Beli dan Henti Jual;
- Ukur panjang bayang-bayang lilin dengan tepat. Dalam kes kita, bayang-bayang atas adalah 748 mata dan bayang-bayang bawah adalah 646 mata;
- Sekarang ukur 646 mata dari bahagian bawah lilin dan lukis garis melintang. Ukur 748 mata dari bahagian atas lilin dan lukis satu lagi garis melintang;
- Pada paras bawah lilin (paras jual), tetapkan pesanan Henti Jual. Tetapkan Ambil Keuntungan pada pesanan belum selesai pada paras bawah garis melintang (paras untung jual) dan Henti Kerugian pada paras atas lilin (paras henti jual);
- Pada paras atas kaki lilin (paras beli), tetapkan pesanan Henti Beli. Tetapkan Ambil Keuntungan pada pesanan belum selesai pada paras atas garis melintang (paras untung beli) dan Henti Rugi pada paras bawah lilin (paras henti beli);
- Jika anda buat semuanya dengan betul, grid pesanan akan kelihatan seperti pada rajah di atas. Jika harga turun, keuntungan yang dijangka ialah 646 mata, dan jika ia naik, kita akan dapat 748 mata.
- Semuanya sudah sedia! Anda telah tetapkan pesanan untuk broker dan mereka akan lakukan segala-galanya untuk anda.
Seperti yang boleh dilihat pada rajah, pesanan jual telah dicetuskan dan selepas 2 kaki lilin, ia ditutup oleh Ambil Keuntungan, memberi keuntungan sebanyak 646 mata atau lebih kurang 500 USD jika volum perdagangan ialah 1 lot. Strategi ini sangat mudah, anda hanya perlu ikut peraturan dan menjadi seorang pedagang yang berjaya.
Sudah tiba masa untuk anda cuba sendiri, sebagai contoh, EUR/USD. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila tanya di bahagian komen di bawah.
Semoga berjaya dan jumpa lagi di artikel saya yang lain!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga GBPNZD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.











