Bagaimana untuk mengeluarkan Bitcoin kepada Fiat: ulasan pelbagai kaedah dan manual. Bagaimana untuk memindahkan wang dari akaun dan wallet pertukaran crypto dengan kaedah penukar dan sistem pembayaran

Pertukaran mata wang crypto, perkhidmatan cloud, penukar, dan sistem pembayaran kesemuanya terlibat dalam rangkaian besar digelar sebagai Cryptocurrency Universe. Aplikasi dan wallet, kad bank, akaun rangkaian digital, seperti WebMoney atau Perfect Money, semuanya terdiri daripada sistem deposit, pertukaran dan pengeluaran wang tersebut. Dari ulasan ini, anda akan mempelajari bagaimana semua peserta pasaran berinteraksi, bagaimana untuk mengeluarkan Bitcoin dari wallet, dan jika terdapat sebarang alternatif terhadap pertukaran dan wallet.

Bagaimana untuk mengeluarkan Bitcoin dari wallet

Mata wang crypto kini menjadi semakin popular sebagai instrumen dagangan, dan pengantara juga semakin meningkat di pasaran crypto. Kesukaran dalam interaksi di antara semua peserta pasaran ialah tiada peraturan umum dan tiada standard umum. Setiap pertukaran crypto berfungsi hanya dengan sistem pembayaran tertentu; setiap penukar hanya menyokong satu set mata wang crypto tertentu. Kaedah deposit dan pengeluaran wang kadang-kadang menjadi begitu rumit secara tidak langsung menyebabkan pelabur kehilangan banyak wang seperti yuran komisyen. Tiada kaedah standard untuk mengeluarkan Bitcoin dari wallet atau akaun pertukaran, kerana peraturan dalam pertukaran crypto sentiasa mengalami perubahan sepanjang masa: skema baru sedang terbentuk, komisyennya berubah, dan sebagainya. Saya akan mencadangkan manual umum dalam bagaimana untuk membuat pengeluaran Bitcoin ke kad bank; anda dialu-alukan untuk menambahnya dan mengulasnya dalam ruangan komen.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran BTC ke kad bank dan menukarnya menjadi mata wang Fiat

Ia seolah-olah lebih relevan untuk menerangkan cara mendepositkan wang, dan bukan untuk mengeluarkannya. Sebelum anda mengeluarkan wang mata wang crypto anda ke Fiat, ia seharusnya dimasukkan ke dalam akaun dagangan anda. Oleh itu, ianya adalah lebih mudah untuk mengeluarkannya dengan cara yang sama seperti anda mendepositkannya. Tetapi, hakikatnya, ia tidak begitu mudah. Pertama sekali, ia jauh lebih mudah untuk mendepositkan wang daripada mengeluarkannya. Sebagai contoh, anda boleh memindahkan pembayaran hampir kesemua bayaran dari kad kredit anda, tetapi anda tidak boleh menerimanya. Kedua, mata wang crypto boleh ditambah kepada wallet hasil dari mining.

Pertama sekali, saya akan menerangkan perkaitan di antara semua peserta pasaran crypto. Terdapat dua cara untuk menyimpan coin anda:

  • Wallet. Ianya adalah sejenis aplikasi, perisian yang dipasang pada komputer. Mata wang crypto adalah sejenis kod yang akan direkodkan dalam aplikasi (garis panduannya sangat mudah). Terdapat juga wallet dalam talian, diletakkan pada perkhidmatan yang berbeza, tetapi adalah lebih baik untuk menggunakan perkhidmatan cold, yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi pemaju mata wang crypto.
  • Akaun di bursa crypto. Seorang pelabur didaftarkan dan disahkan pada bursa dan membuat deposit, bergantung kepada pilihan yang terdapat di bursa. Sebagai contoh, anda boleh memindahkan wang Fiat dari kad kredit anda ke butiran perbankan yang disediakan oleh bursa. Atau, pertama sekali anda boleh memindahkannya ke wallet digital (WebMoney, Perfect Money dll), dan dari wallet tersebut, anda memindahkannya ke kad kredit atau mengeluarkan wang melalui kedai pertukaran mata wang.

Bagaimana anda boleh mengeluarkan Bitcoins:

  • Pindahkannya dari bursa ke wallet;
  • Pindahkannya dari bursa atau wallet ke kad kredit melalui penukar;
  • Pindahkannya ke kad melalui pertukaran;
  • Pindahkannya dari bursa atau cold wallet ke akaun tersebut dalam sistem pembayaran digital.

Bagaimana untuk memindahkan Bitcoins ke Blockchain Bitcoin Wallet

Blockchain (Bitcoin Wallet) adalah wallet Bitcoin di mana ia membolehkan penyimpanan Bitcoin dilakukan di luar bursa, pada desktop anda atau alat mudah alih. Langkah pertama untuk mencipta wallet:

  • pergi ke laman web rasmi wallet, blockchain.com;
  • pilih sistem operasi, anda akan memasang aplikasi ke;
  • klik "Create new Blockchain wallet", masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda.

Anda kini mempunyai wallet. Saya akan menerangkan bagaimana untuk memindahkan Bitcoins anda ke Blockchain wallet pada contoh Exmo:

  • Tukar semua mata wang crypto yang diperoleh dalam pertukaran tersebut ke Bitcoins
  • Dalam bahagian "Wallet", oleh BTC, klik "Withdraw", isikan boring tersebut dan masukkan alamat wallet anda.

LiteFinance: Bagaimana untuk memindahkan Bitcoins ke Blockchain Bitcoin Wallet

Exmo dan pertukaran lain juga menyediakan perkhidmatan pengeluaran wang ke wallet digital atau terus ke kad tunai. Sebagai contoh, sebelum anda memindahkan Bitcoins ke kad bank, anda perlu menukarnya ke dalam U.S. dollar atau mata wang yang anda perlukan; Seterusnya, anda memilih kaedah pengeluaran, Visa/MasterCard, dan masukkan maklumat kad. Selepas transaksi telah diproses, anda akan menerima satu e-mel pengesahan. Wang tersebut akan dipindahkan ke kad anda dalam tempoh dari beberapa jam hingga tiga hari dari pengesahan dibuat.

Bagaimana untuk memindahkan Bitcoins dari Blockchain wallet (Bitcoin Wallet) ke kad melalui penukar

Anda boleh mengeluarkan wang mata wang crypto dari cold wallet dengan sebarang penukar e-currency; terdapat beratus-ratus perkhidmatan tersebut. Kaedah tersebut adalah untuk mengelakkan penipuan dan mengurangkan kos komisyen. Saya cadangkan anda untuk menggunakan laman web pemantauan bestchange.com. Ia menyediakan senarai penukar yang boleh dipercayai berserta komen oleh pelabur sebenar.

Bagaimana anda mengeluarkan BTC ke kad:

  • Di panel kiri, anda memilih mata wang crypto untuk membuat pengeluaran dan arah tertentu: Visa/MasterCard, QIWI, dan lain-lain. Di panel kiri, akan terdapat senarai penukar yang menyokong urus niaga tersebut.

    LiteFinance: Bagaimana untuk memindahkan Bitcoins dari Blockchain wallet (Bitcoin Wallet) ke kad melalui penukar

  • Di laman web pertukaran, anda periksa reserve yang tersedia (jika anda menukar BTC daripada mata wang crypto yang lain) dan mengkaji bahagian FAQ.
  • Anda pilih penukar, berdasarkan parameter berikut: yuran komisyen dan kadar pertukaran, kedudukan rasmi wallet penukar (BL - untuk WebMoney, TS - untuk Perfect Money), mod pertukaran (manual, separa automatik, automatik), dan pergi ke laman web penukar.
  • Anda harus mendaftar di laman web tersebut. Seterusnya, masukkan nombor akaun atau nombor kad, untuk wang tersebut dipindahkan.

Kelajuan transaksi adalah berbeza. Kadar kelajuan sesuatu urus niaga cepat akan mengambil masa selama 10-15 minit; tetapi ia juga mungkin akan mengambil masa beberapa hari. Dengan cara ini, pemantauan ini dapat memberikan pengeluaran wang melalui penukar secara langsung dari EXMO boleh dilakukan, tanpa penggunaan wallet.

Bagaimana untuk memindahkan Bitcoin ke kad tunai, Visa, MasterCard, dan wallet digital

E-dompet paling popular adalah: WebMoney, Qiwi, Perfect Money. Anda memindahkan mata wang crypto ke e-wallet dengan cara yang sama seperti cold wallet atau kad. Perbezaannya ialah jika anda memerlukan pengesahan ketika pengeluaran dilakukan atau sebaliknya, amaun komisyen dan jika pertukaran (atau penukar) menyediakannya. Begitu juga dengan kad tunai. Di laman web pertukaran atau penukar, anda memilih pilihan yang bersesuaian dan memasukkan maklumat perbankan.

Kesimpulannya. Kesemua kaedah ini agak mudah. Apabila anda baru sahaja mempelajari mengenai kaedah pemindahan wang, anda mungkin keliru; tetapi pertukaran, penukar dan wallet menyediakan interface yang jelas, mudah, navigasi intuitif dan panduan untuk sebarang penukaran. Dan kaedah umum pengeluaran mata wang crypto telah diterangkan dalam artikel ini. Tetapi masih terdapat beberapa kesulitan yang mungkin dihadapi selepas beberapa kali penggunaannya:

1. Semakin tinggi bilangan pengantara yang berada dalam rangkaian, semakin tinggi risiko untuk kehilangan wang anda:

  • Sebelum anda memindahkan mata wang crypto dari wallet Bitcoin, perlu dikenal pasti jika ianya tersedia dalam sistem pembayaran itu sendiri. Sebagai contoh, PayPal sering menyekat sebarang urus niaga dalam mata wang crypto. Pembayaran tersebut tidak akan dipindahkan ke kad dan paling kritikal keseluruhan akaun mungkin akan disekat.
  • Periksa kebolehpercayaan penukar yang anda pilih. Penipuan sering berlaku apabila pusat perkhidmatan pertukaran tersebut adalah palsu. Pelabur memindahkan wang, tetapi mereka tidak mendapatkan Fiat atas pelbagai sebab. Ia boleh menjadi satu topik artikel berasingan, iaitu bagaimana untuk memilih penukar yang tepat.
  • Perlu diingatkan, akaun pertukaran crypto tersebut boleh digodam, atau mungkin terdapat kegagalan dalam rangkaian. Dan tiada pihak yang boleh dihubungi; tiada mahkamah, pengawal selia atau orang awam dalam dunia mata wang crypto.

2.

Semakin banyak bilangan pengantara, semakin banyak yuran komisyen. Wallet, bursa dan penukar beroperasi dengan beberapa rakan kongsi tertentu. Sebagai contoh, untuk memindahkan wang ke kad, anda mungkin memerlukan rantaian, seperti "Exchange- Exchanger A - Exchanger B". Kebiasaannya masalah timbul bukan dari bagaimana untuk mengeluarkan Bitcoins dari wallet, tetapi bagaimana untuk melakukannya dengan risiko dan kos yang minimum.

Alternatif yang jauh lebih mudah adalah perdagangan mata wang crypto dalam Forex. Broker kebiasanya menyediakan lebih daripada 12-15 kaedah untuk mengeluarkan wang tanpa sebarang pengantara. Walaupun, broker tidak menyediakan pengeluaran mata wang crypto sebenar ke dalam wallet, pilihan ini masih boleh dipercayai dan murah, dari segi bayaran komisyen. Saya mencadangkan anda mengkajinya dengan lebih terperinci, membaca terma bagi pasangan mata wang crypto utama di laman web LiteFinance. Pertukaran crypto, wallet atau Forex: apakah pilihan anda untuk pelaburan?


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Bagaimana untuk membuat pengeluaran Bitcoin dari wallet anda: satu garis panduan

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat