Prinsip dan ciri - ciri corak
Kedua-dua beginner dan pedagang profesional mesti ingin membeli asset ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga tinggi. Ia tidak akan menjadi lebih sukar sekiranya trend itu reverse. Perkara utama bukanlah untuk cuba menangkap pisau ketika jatuh tapi tunggu sehingga mereka jatuh ke lantai. Salah satu strategi yang membolehkan berbuat demikian ialah corak Ross Hooks.
Apabila corak reversal berlaku dalam carta, ada keinginan untuk membuka posisi yang bertentangan dengan arah harga semasa. Beginner biasanya tidak sabar untuk melakukannya dengan segera. Pedagang yang berpengalaman, sebaliknya, ingin mendapatkan pengesahan apa sahaja yang mungkin: carta harga melintasi MA atau sebarang isyarat lain. Pengarang strategi, Joe Ross, menyatakan kehadiran trend jelas dibezakan, yang berubah dengan corak reversal 1-2-3, sebagai prasyarat untuk menggunakan strategi. Ketidakmampuan pembeli atau penjual untuk mengemaskini extreme pada point 1 adalah tanda pertama kelemahan mereka dalam pasaran kenaikan harga atau penurunan harga. Pada masa yang sama, harga tidak perlu mengemaskini maksimum/minimum dalam point 3, atau sebaliknya bercakap tentang reversal akan terjadi lebih awal.
Sebaik sahaja extreme RH (Ross Hook) baru muncul selepas corak 1-2-3 dan Ross Hook Reversal (RRH) telah berlaku selepas itu, kita mungkin mengatakan bahawa Ross Hook telah terbentuk.
Ross Hook pada carta H4 NZD/USD
Saya telah menggunakan EMA-200 (exponential moving average 200-hari) sebagai isyarat untuk mengesahkan bahawa trend pasaran telah reverse. Sekiranya harga pasangan mata wang terletak di bawah EMA-200, kita berurusan dengan trend menurun, dan sebaliknya.
Untuk membuka kedudukan menggunakan corak Ross Hooks, kita perlu menunggu sehingga harga mata wang telah kembali ke point RH. Di sinilah pending order untuk membeli ditempatkan, dalam contoh dengan NZD/USD. Namun kelemahan bagi posisi pertama adalah stop loss terlalu besar. Ia diletakkan di kawasan point 3 corak 1-2-3. Pedagang perlu memastikan bahawa penjual tidak akan mengawal pasaran sekali lagi dalam masa terdekat. Dalam kes NZD, stop loss ialah 200 point, yang merupakan nilai yang besar untuk jangka masa H4. Pedagang perlu mengetahui pengurusan wang dengan baik. Dalam erti kata lain, apabila menggunakan Ross Hooks, kita perlu bermula dengan nilai-nilai sesuai dan kemudian membina kedudukan kerana kita semakin yakin dengan reversal trend.
Mula menggunakan startegi Ross Hooks
Strategi ini berkesan dalam pasaran trend dan sememangnya tidak berguna apabila pasaran tidak berubah. Apabila memasuki semula pasaran, peniaga perlu memastikan bahawa harga terletak di atas MA dan terdapat corak reveersal dalam kawasan retracement (point RRH). Sebagai pergerakan menaik berterusan, stop loss menjadi lebih kecil. Ianya boleh diletakkan di bawah tahap pembetulan. Ia akan membolehkan peningkatan jumlah posisi. Pedagang menjadi yakin bahawa pisau berada di lantai dan boleh ditarik balik secara perlahan.
Selain point masuk, stop order dan saiz posisi, mana-mana sistem perdagangan menyediakan point keluar. Joe Ross tidak menyebutnya secara terperinci, tetapi peniaga dengan mudah boleh mengira keuntungan prospektif menggunakan nisbah Fibonacci dan point Pivot.
Menggunakan strategi Ross Hooks
Tidak seperti Wolfe waves, yang sering dibandingkan dengan surfing, Ross Hooks dikaitkan dengan pendaki yang menggunakan peralatan mereka untuk memegang diri mereka dan kemudian bergerak lebih jauh. Pada pandangan pertama, strategi kelihatan mudah, tetapi para pedagang yang berpengalaman tahu: lebih mudah strategi, semakin tinggi keberkesanannya.
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga NZDUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.












