Alat-alat forex tidak berguna dan idea-idea Forex untuk pedagang baru yang tidak berjaya

LiteFinance: Alat-alat forex tidak berguna dan idea-idea Forex untuk pedagang baru yang tidak berjaya

Bagaimana untuk menapis nasihat Forex: mengapa anda tidak perlu merumitkan perdagangan dengan Expert Advisors, robot perdagangan dan petunjuk kompleks. Satu ilusi dalam pencarian isyarat

Setiap pedagang baru ingin mencari keajaiban, alat, strategi atau nasihat yang akan membantu menjana wang dengan hanya satu klik. "Cikgu yang Baik" mengambil kesempatan daripadanya; mereka telah membangunkan beratus-ratus strategi perdagangan untuk pedagang baru, sistem perdagangan, kursus latihan dan webinar, mengajar teknik perdagangan yang berjaya. Tetapi, malangnya ia adalah alat Forex yang tidak berguna di mana ianya tidak relevan dengan perdagangan sebenar. Dari ulasan ini, anda akan mengetahui mengapa anda tidak perlu merumitkan perdagangan, alat manakah yang hanya akan membuang masa anda dan petua apakah yang diberikan oleh "pedagang yang lebih maju" tidak berguna, anda juga akan melihat bagaimana pedagang terperangkap dalam khayalannya sendiri. Ulasan ini membincangkan pandangan peribadi saya sendiri, oleh itu, sertai perbincangan ini di bahagian komen.

Alat-alat Forex yang tidak berguna dan petua oleh "profesional" yang harus diabaikan

Petunjuk, Expert Advisors, sistem perdagangan, alat dagangan Forex yang telah diterangkan dalam pelbagai sumber di Internet. Peraturan-peraturan untuk mengatur sistem perdagangan, prinsip pengoptimuman Expert Advisors, analisis keberkesanan dalam perdagangan... Ratusan petunjuk kompleks, corak, analisis grafik, dagangan terhadap berita.

Adakah minda anda telah dipenuhi dengan maklumat yang diberi? Abaikan semua perkara yang tidak diperlukan kerana ianya tidak akan membantu anda sama sekali. Bukan kerana saya meragui kemahiran atau kebolehan anda, ianya sangat mudah - jangan rumitkan hidup anda. Pedagang yang lebih maju dengan segera dapat melihat isyarat perdagangan dan membina strategi perdagangan, sementara pedagang baru cuba untuk mencari alat yang sesuai, petunjuk atau strategi yang akan "berjaya 100%", alat sedemikian tidak wujud. Industri Forex telah dipenuhi dengan maklumat yang tidak berguna untuk satu jangka masa yang lama; maklumat tersebut tidak berkait dengan perdagangan sebenar dan hanya bertujuan untuk mencapai satu matlamat, untuk menarik seberapa banyak pedagang baru yang mungkin untuk berdagang dan menjana wang ke atasnya.

  • Artikel ini hanyalah subjektif semata-mata. Saya mungkin membesar-besarkan sesuatu perkara atau pergi terlalu dalam; tetapi ianya adalah alasan yang sangat baik untuk meneruskan perbincangan dalam komen.

Dalam ulasan ini, saya akan menerangkan kesukaran kebanyakan alat Forex, nyatakan nasihat dan cadangan dari "profesional" (sering anda temui dalam Internet), di mana ia tidak pernah berjaya, dan saya juga akan mengajar anda untuk melihat isyarat yang betul dan mengelak dari terperangkap dalam khayalan sendiri.

Bahagian 1. Alat-alat Forex yang tidak berguna

Terdapat banyak orang dalam Internet yang sanggup berkongsi pengalaman mereka dengan pedagang baru. Tetapi mereka semua lupa terhadap satu peraturan, "jangan berikan cadangan sehingga diminta". Mereka yang memerlukan cadangan tidak akan dapat menggunakannya. Dan mereka yang dapat menggunakan cadangan tersebut, tidak akan memerlukannya.

1. Petunjuk. Adakah terdapat sebarang objektif dalam penggunaan petunjuk? Sudah tentu jawapannya ya. Ianya dibangunkan oleh orang pintar, tetapi semuanya baik dalam kesederhanaan. Mengapa anda tidak perlu menggunakan petunjuk standard MT4? Adakah ianya sudah ketinggalan dan tidak lagi berkesan? Setiap orang gemar merumitkan semua perkara. Mereka berpendapat bahawa satu alat tidak mencukupi, dan mereka cuba memanfaatkan alat lain sebanyak yang boleh. Kebanyakkannya atas sebab tertentu percaya bahawa mereka perlu mengaplikasikan carta dengan petunjuk, menggunakan beberapa alat Forex paling moden, dan, yang paling penting, lakukan kesemuanya secara serentak. Hanya kemudian ianya akan berjaya. Itulah satu ilusi.

LiteFinance: Bahagian 1. Alat-alat Forex yang tidak berguna

Seorang pedagang yang lebih berpengalaman berdagang hanya dengan carta yang kosong. Mereka tidak perlu menggunakan sebarang alat, mereka boleh membuat ramalan dalam fikiran masing-masing tentang pergerakan MA atau stochastic disebabkan oleh pengalaman mereka, di mana ianya telah menjadi satu tabiat. Dan mereka yang tidak dapat menjana keuntungan dengan alat yang paling mudah tidak akan lakukannya dengan alat yang lebih kompleks.

Kesimpulannya. Jangan patuh kepada sebarang cadangan, kaji asas perdagangan dan struktur pasaran dengan sendiri. Anda tidak boleh percayakan kebiasaan petunjuk MT4? Ianya disebabkan oleh anda tidak memahami bagaimana ia berfungsi dan alogritma yang digunakan. Elakkan dari terperangkap dalam ilusi di mana anda akan mendapat perdagangan ajaib dengan menambah alat yang lebih rumit ke dalam carta.

2. Sistem dagangan. Ia adalah satu set peraturan di mana penggunaannya akan menghasilkan keuntungan kepada anda. Jika sebaliknya, sistem tersebut masih tidak lengkap. Ianya sangat mudah. Unsur utama sistem perdagangan adalah jangka masa dan aset, tempoh perdagangan anda, peraturan kemasukan dan keluar, pengurusan risiko (jarak dalam meletakkan stop order)

Semakin banyak masa yang diambil untuk cuba membuat sistem perdagangan, semakin tinggi kemungkinan anda untuk gagal. Kadang-kadang kebijaksanaan akan membawa kepada kecelakaan – dalam kebanyakan kes sebarang percubaan untuk merumitkan alat-alat Forex akan gagal. Elakkan dari membuang masa dalam membentuk sistem perdagangan, adalah lebih baik anda memahami bagaimana sesuatu petunjuk berfungsi.

Apakah maklumat yang diberikan oleh petunjuk kepada anda? "Satu isyarat kemasukan adalah apabila dua line bersilang", itulah bagaimana untuk menjawab persoalan dari mereka yang menggunakan beberapa idea konvensional. Anda harus memahami bagaimana harga sedang bergerak, dan petunjuk merupakan satu bentuk matematik dalam pergerakannya. Jika anda tidak memahami perkara sedang berlaku dalam carta ketika membuat sistem perdagangan, anda akan mengalami kerugian.

Kesimpulannya. Ianya sangat penting untuk mematuhi peraturan dalam Forex. Apabila anda melanggar peraturan, ianya menjadi sukar untuk mengenal pasti di mana kesilapan anda. Dan tiada gunanya untuk merumitkan dan meningkatkan sistem perdagangan anda. Anda perlu membentuk satu algoritma, anda perlu berdisiplin, dan hanya selepas itu, anda akan mempunyai peluang untuk berjaya.

3.  Pending orders. "Adakah pending order merupakan satu keputusan yang tidak baik?", ianya adalah satu persoalan munasabah dari seseorang pedagang, kerana kebanyakan strategi adalah berdasarkan pada pending order. Sebagai contoh, perdagangan forex pada berita, di mana anda meletakkan pending order dalam kedua-dua arah, dan pending order yang tidak berjaya akan dibatalkan kemudian. Apabila anda menggunakan kaedah ini, anda memberikan maklumat yang mencukupi kepada broker.

Satu soalan. Apakah tahap keyakinan anda jika beroperasi dalam pasaran sebenar, dan bukan di dalam sistem "kitchen" broker? Tiada siapa boleh ketahuinya dengan tepat. Sekurang-kurangnya, kebanyakan pedagang tidak dapat memberikan alasan yang baik. Apabila anda meletakkan pending order, anda terlebih dahulu menunjukkan sasaran kepada broker. Sekiranya broker ingin membahayakan anda, mengapa mereka tidak akan mengambil keuntungan dari maklumat tersebut? Jika anda memberitahu pusat dagangan mengenai rancangan anda, risiko anda akan bertambah. Adakah terdapat sebarang objektif daripadanya?

Kesimpulannya. Elakkan dari mengambil risiko yang tidak diperlukan. Jika anda tidak yakin 100% dengan broker anda (dan tiada siapa yang boleh yakin 100%) - gunakan real order. Sekiranya anda meletakkan stop loss, jangan patuhi cadangan konvesional "sedikit tinggi daripada high sebelumnya", "sedikit rendah daripada low", atau pada tahap tertentu yang dicadangkan. Pembuat pasaran kebiasaannya sedar akan tempat di mana terdapat majoriti stop loss dan memasuki perdagangan mereka di sana.

4. Expert Advisors (EAs). EA adalah transformasi sistem perdagangan efektif ke perdagangan automatik. Setiap pedagang mempunyai impian dengan hanya satu klik dan melihat deposit semakin meningkat. Tetapi, ianya mustahil dalam kehidupan sebenar. Terdapat satu eksperimen yang dijalankan. Perdagangan manual dibandingkan dengan perdagangan algo dalam keadaan yang sama. Pedagang, yang menggunakan robot dalam perdagangan Forex, disoal dalam kekerapan melaksanakan pembetulan terhadap perisian tersebut. Jawapannya adalah setiap hari. Oleh itu, bagaimanakah ia berbeza dari perdagangan manual? Teori ini membuktikan bahawa EA perlu dioptimumkan selepas satu tempoh yang lama. Pengalaman membuktikan bahawa jika anda tidak ingin kehilangan deposit anda, anda harus sentiasa mengawasi Expert Advisor dan membetulkannya.

Kesimpulannya. Masa yang diluangkan untuk pencarian, pengujian, pengoptimuman EX (dan terutamanya wang) adalah masa yang terbuang. Adakah anda ingin mempercayai cerita dongeng? Oleh itu, saya hanya mampu mengucapkan selamat berjaya.

5. Forum dan perbincangan. Ia kelihatan seperti alat berguna dan tidak berguna kedua-duanya dalam perdagangan forex. Kenapa seorang pedagang melawat forum sama sekali? Hanya untuk membenarkan tahap keyakinan mereka, untuk merasakan lebih bijak berbanding orang lain, dan hanya untuk menghapuskan sifat ingin tahu mereka. Ketika perdagangan, forum-forum mungkin akan mengelirukan atau menakutkan pedagang. Ini kerana ianya sering digunakan untuk memanipulasi. Tetapi ia juga mempunyai kelebihan. Pertukaran pengalaman, pelepasan tekanan - tetapi semua ini hanya ketika waktu lapang, apabila anda tidak berdagang.

Kesimpulannya. Berurusan dengan beberapa perkara pada waktu yang sama akan cenderung terhadap kehilangan tumpuan dan kesilapan. Anda hanya perlu menjana wang atau belajar. Jika anda sedar bahawa anda memerlukan bantuan dari analisis pasaran, berehat seketika. Keluar dari perdagangan dan luangkan masa beberapa hari di forum pedagang, berbual dan sebagainya. Jangan buang masa anda di forum jika tiada manfaat daripadanya.

Bahagian 2. Nasihat Forex yang tidak bermanfaat

Internet dipenuhi dengan pedagang baru. Saya merasakan bahawa semua orang telah bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka yang menawarkan puluhan cadangan. Walau bagaimanapun, nasihat Forex merangkumi hingga ke aspek psikologi (elak dari mengambil risiko, mempelbagaikan risiko, tidak berputus asa dan sebagainya) dan arahan umum mengenai strategi perdagangan.

Ia sememangnya patut diberikan perhatian, tetapi anda harus ingat beberapa situasi.

  • Kesemua pedagang adalah berbeza dan pendekatan mereka juga berbeza. Tiada satu pun arahan terhadap tingkah laku perdagangan. Ianya menjadi relevan bahawa, sebagai contoh, anda tidak seharusnya berdagang atas dana yang dipinjam. Tetapi kebanyakkannya atas sebab tertentu menggunakan leverage kewangan.
  • Kebanyakan artikel yang memberikan cadangan forex, dinyatakan berdasarkan carian utama untuk meningkatkan trafik laman web, membuatkan laman web tersebut ke senarai teratas enjin carian. Catatan tersebut ditulis oleh penulis yang tidak pernah berdagang, mereka hanya menyalin teks masing-masing.

LiteFinance: Bahagian 2. Nasihat Forex yang tidak bermanfaat

Itulah sebabnya saya ingin memberi tumpuan kepada petua Forex yang tidak berguna. Petua yang sering anda temui dalam Internet, digunakan sebagai cadangan. Ianya perkara luar biasa apabila sesuatu perkara yang dianggap berguna, tetapi, seperti pengalaman buktikan, I adalah sebaliknya. Teruskan membaca:

1. «Jangan alihkan perdagangan yang berpotensi kepada kerugian. Apabila anda mencapai keuntungan tertentu, alihkan stop loss ke tahap yang sama dan kemudian alihkan stop loss tersebut mengikuti trend. "Pada mulanya, ia kelihatan satu perkara yang betul. Perdagangan harus dilindungi. Tetapi, pada satu ketika, strategi ini menjadi kerugian. Seorang pedagang baru menggunakan stop loss untuk melindungi keuntungan yang kecil 5-10 pip, selepas itu, perdagangan tersebut dikeluarkan oleh stop loss, akibat dari turun naik pasaran, walaupun trend utama masih berlanjutan. Penyelesaian yang tepat di sini adalah untuk mengenal pasti keuntungan paling sedikit, setelah mencapainya, pedagang perlu menetapkan stop loss di tahap yang sama. Jaraknya bergantung kepada turun naik, masa dagangan dan faktor lain.

Trailing stop boleh dijadikan sebagai alat pelengkap. Ianya adalah sejenis stop loss yang mengikuti harga dalam arah arah trend utama, tetapi ianya tidak akan meningkat kembali apabila harga reverse. Dalam strategi perdagangan klasik, apabila sasaran keuntungan dicapai (take profit), 50% dari posisi tersebut ditutup, dan 50% yang selebihnya ditetapkan oleh trailing stop pada tahap yang sama (iaitu, saiz trailing stop adalah jarak dari kemasukan ke take profit). Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa trailing stop ditetapkan dalam terminal dagangan (platform), bukannya pada pelayan broker. Sekiranya sambungan ke pelayan terganggu (sambungan Internet), ia akan dibatalkan.

2."Sentiasa berdagang dengan trend". Secara umum, strategi boleh dibahagikan kepada dua bahagian: berdagang dengan trend atau berdagang bertentangannya. Hampir semua cadangan untuk pedagang baru ialah "Trend adalah rakan anda", dan merupakan satu kesilapan untuk berdagang dalam arah yang bertentangan. Dan kini, terdapat dua idea:

  • Berdagang dengan trend. Jika harga semakin meningkat, ianya tidak relevan untuk memasuki perdagangan dalam arah yang bertentangan. Pengalaman membuktikan bahawa semakin tinggi harga meningkat (sebagai contoh, ia adalah mengenai trend menaik), semakin ramai pedagang yang ingin mendapatkan "wang mudah" pada kenaikan harga (iaitu, mereka meletakkan posisi kemasukan dalam arah trend).
  • Berdagang bertentangan dengan arah trend. Ia adalah kemasukan perdagangan pada ketika trend reversal untuk mengambil keuntungan dalam permulaan pergerakan reverse tersebut. Ianya luar biasa bahawa, apabila harga sedang meningkat, seorang pedagang berpendapat seperti, "Harganya tidak akan naik selama-lamanya, jadi ia akan reverse pada satu ketika". Dan semakin tinggi harga meningkat, semakin ramai pedagagang mula mempunyai idea yang sama.

Perenggan ini menyampaikan idea-idea yang bertentangan yang tetap wujud dalam perdagangan ketika ini. Perkara yang penting adalah trend apakah (trend menaik atau trend menurun) yang akan menguasai sesuatu keadaan. Sebarang bubble burst lambat laun, dan percubaan untuk memasuki perdagangan dalam trend mungkin akan menjadi terlambat. Atau, kemasukan bertentangan dengan trend juga mungkin akan menjadi terlalu awal. Atau, sebaliknya, ia boleh berada pada masa yang tepat, tidak mengira cadangan dari “professional”.

Kesimpulan: nasihat tersebut adalah lebih teruk dari tidak berguna, kerana terdapat situasi yang berbeza dalam pasaran. Sekiranya berdagang dengan trend adalah seperti "menaiki gerabak terakhir oleh kereta api yang baru berlepas", maka ia akan menghasilkan kerugian. Pedagang yang lebih maju dengan modal yang lebih besar akan memasuki perdagangan pada permulaan trend, dan, pada puncaknya, dia akan keluar dari dagangan itu. Jika seorang pedagang dapat melihat trend yang kuat, dia juga boleh berdagang dengan trend tersebut. Ia sama seperti perdagangan yang bertentangan dengan trend. Sekiranya anda menyedari bahawa trend tersebut akan reverse tidak lama lagi, maka mengapa tidak memasuki perdagangan dalam arah yang bertentangan dengan trend? Sentiasa bertindak mengikut keadaan.

 3. "Analisis tidak kurang daripada dua sumber maklumat. Sebagai contoh, corak carta harga dan berita ". Nasihat forex ini hanya akan membahayakan seorang pedagang baru. Corak carta umum hanya berfungsi dalam satu kes daripada 10. Dan analisis fundamental adalah berbahaya sama sekali.

4. "Take profit seharusnya berada sekurang-kurangnya dua kali lebih jauh daripada stop loss". Semua keadaan pasaran adalah berbeza, dan ianya tidak relevan untuk menentukan saiz stop loss dengan take profit.

5. "Berhenti berdagang jika anda mempunyai ketidakstabilan emosi (euforia, kemurungan dan sebagainya)." Nasihat tersebut kedengaran munasabah, kerana ketika ini anda akan membuat kesalahan. Tetapi untuk seorang pedagang profesional, dia sebaliknya digalakkan oleh emosi. Dan jika seseorang melakukan kesilapan pada masa ketidakstabilan emosi, atau mereka tidak mempunyai keyakinan dalam diri, mereka tidak seharusnya berdagang sama sekali. Itulah sebabnya, cadangan umum ini terlalu subjektif.

6. "Jangan takut dengan pasaran pertukaran asing, risiko atau kerugian". Di sini, ungkapan "Jangan memikirkan monyet putih" akan menjadi sesuai. Semakin banyak pedagang membaca cadangan bahawa seseorang tidak perlu takut atau bimbang mengenai sesuatu perkara, semakin rendah penglibatan seseorang terhadap perdagangan sama sekali. Hanya terdapat satu penyelesaian - kurangkan membaca cadangan yang berbeza mengenai forex dan dapatkan pengalaman anda sendiri melalui praktikal. Anda akan memahami prinsip perdagangan dengan masa.

Kebanyakan semua cadangan perdagangan Forex yang buruk diberikan oleh kursus latihan percuma di mana bukan tujuan untuk pelajar mereka (bakal pelanggan) berjaya.

Bahagian 3. Carian tidak berguna untuk isyarat (mengenai grafik khayalan diri dari pedagang)

Dalam Internet, terdapat beratus-ratus strategi yang berbeza diterangkan di mana kebanyakannya adalah berdasarkan idea untuk meletakkan petunjuk ke atas carta (beberapa daripadanya menggunakan lebih banyak alat, selebihnya - kurang) dan untuk beberapa syarat yang ditemui yang digelar sebagai isyarat. Bagaimana seseorang berdagang mengikut analisis teknikal? Mereka meletakkan petunjuk ke atas carta, mencari pengesahan, mencari kebetulan yang baik dari segi semua faktor dan memasuki perdagangan, bukan? Tetapi apa yang berlaku kepada minda separa sedar anda apabila anda sentiasa mencari kebetulan? Semakin tinggi kekerapan anda menyemak carta, semakin tinggi kebarangkalian minda anda akan berfikiran bahawa kebetulan yang dicari telah ditemui. Dan kadang-kadang, pencarian isyarat ternyata memberi kesan apabila anda berfikiran sudah menemuinya dalam carta walaupun secara dasarnya ia adalah mustahil. 

Terdapat ujikaji yang menarik di dalam sebuah bandar. Oleh disebabkan kadar jenayah yang tinggi, pasukan sukarelawan dibentuk untuk melaporkan jenayah kepada polis. Pada awalnya, hasilnya melebihi semua jangkaan. Tetapi apabila kadar jenayah berkurangan, sukarelawan mula melaporkan pelbagai jenis tipu muslihat. Contohnya, apabila seseorang menyeberang jalan di tempat yang salah, membuang puntung rokok bersebelahan dengan tong sampah, dan sebagainya. Akibatnya, pihak polis terlibat dalam pelanggaran undang-undang yang kecil, lalu mengganggu mereka melaksanakan tugas yang lebih penting, dan sukarelawan tersebut telah terbawa-bawa oleh pelbagai jenis pelanggaran undang-undang kecil berbanding tujuan utama mereka dibentuk.

Satu lagi eksperimen yang menarik telah diadakan dalam sekumpulan orang. Mereka diminta untuk mencari di antara gambar-gambar yang dikemukakan membawa kepada ancaman. Pada mulanya, peserta eksperimen menunjukkan ancaman ke atas gambar tersebut di mana ianya begitu jelas. Tetapi para penyelidik mula membuang gambar-gambar tersebut, tentu saja, tanpa memberi amaran kepada peserta. Dan kumpulan tersebut mula melihat ancaman pada gambar-gambar yang tidak mempunyai sebarang ancaman sama sekali. Mengapa? Kerana mereka telah diberitahu untuk mencarinya, dan minda mereka telah ditetapkan untuk mencari sebarang bentuk ancaman dalam gambar tersebut walaupun ianya tidak wujud. 

Masalah yang sama berlaku ketika anda memasuki perdagangan Forex. Pertama sekali, anda dengan serta-merta melihat isyarat yang tepat dan perdagangan tersebut menjadi keuntungan. Kemudian, fikiran anda akan mula menjadi lebih dekat pada carta, lebih dan lebih perhatian setiap kali. Oleh itu, anda melihat isyarat di mana-mana sahaja. Anda meletakkan petunjuk dan mengesahkan isyarat. Anda meletakkan isyarat kedua, dan sekali lagi disahkan. Anda membandingkannya dengan petunjuk ketiga dan melihat keadaan yang bertentangan. Pedagang jatuh ke dalam perangkap sendiri untuk melihat isyarat dan mencari pengesahan yang tidak pernah wujud.

Penting! Kajian menunjukkan bahawa minda manusia berfungsi mengikut algoritma berikut: semakin rendah kekerapan ia menjumpai gabungan isyarat, semakin tinggi kebarangkalian minda untuk menjumpainya. Dan begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi kekerapan ia melihat sesuatu perkara, semakin tinggi kebarangkalian minda anda untuk mula mencipat sesuatu yang tidak wujud, dengan memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting dan mengabaikan isyarat sebenar.

Jika anda membuka carta selepas pembetulan oleh jangka masa atau sejarah dan segera melihat isyarat, anda boleh memasuki dagangan Forex. Apabila seseorang telah mencari isyarat yang dibawa ke automatism, dia dapat melihat kombinasi petunjuk dengan serta-merta dalam mana-mana carta. Sekiranya anda perlu meluangkan masa untuk mencari dan mengesahkannya, anda mungkin akan membuat kesalahan.

Untuk mengelak dari kesilapan dagangan, anda harus:

  • Anda harus membuat pencarian untuk isyarat secara tabiat, hampir kepada automatik
  • Tetapkan sasaran yang jelas dan tidak cuba untuk menjangka apa-apa. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, abaikan isyarat tersebut.
  • Patuhi cadangan perdagangan anda

Pedagang disyorkan untuk memantau carta dengan kekerapan yang tinggi, selaras dengan jangka masa. Sekiranya anda beroperasi dalam jangka masa sejam, lihat carta tidak melebihi dua kali untuk satu jam. Isyarat yang tepat untuk memasuki perdagangan forex adalah jelas pada saat pertama. Semakin anda cuba mencari isyarat, semakin tinggi kebarangkalian anda untuk mengalami kerugian.

Kesimpulan.

Setiap pedagang harus berfikir sendiri. Anda boleh membaca berpuluh-puluh buku dan cadangan, tetapi anda masih akan mengalami kerugian. Atau, anda boleh mencari gaya dagangan anda sendiri, melatih pengalaman anda dan menjadi seorang profesional. Rahsia kejayaan adalah mudah; anda harus percaya kepada diri anda sendiri, cuba fahami apa yang anda gunakan dan apa yang sedang berlaku, patuhi rancangan yang jelas dan jangan merumitkannya. Saya berpendapat artikel ini mengandungi banyak perkara yang boleh dibincangkan di mana saya cadangkan kita ulasnya dalam ruangan komen.

Saya mengucapkan semoga anda nikmati perdagangan anda dan berjaya!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Nasihat Buruk Forex

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat