Apakah itu Telegram Open Network? TOM: prinsip platform, matlamat, dan struktur. Kelebihan dan kelemahan TOM, prospek masa depan selepas ia dilancarkan.
Telegram Open Network (TON), salah satu projek blockchain yang dinanti-nantikan, telah mengumumkan sedang memasuki fasa terakhir sebelum dilancarkan. Pelancaran komponen Telegram Open Network (TON) dijadualkan pada 31 Oktober. Pada tahun 2018, Pavel Durov mengumpul kira-kira $1.7 bilion. Dia berjanji bahawa menjelang akhir Oktober 2019, platform itu akan dilancarkan atau dia akan mengembalikan wang kepada pelabur. Memandangkan wallet GRAM baru-baru ini telah dilancarkan, platform tersebut akan mula beroperasi. Pelancaran pertama TON adalah ujian, kebanyakan komponen platform masih dalam tahap pembangunan, tetapi idea itu sendiri sangat mengagumkan. TOM adalah platform rangkaian multitier, di mana anda boleh melakukan apa sahaja, dari membentuk perisian kepada membuat tawaran. Ianya adalah sejenis "super server", baca pada ulasan tersebut dan anda akan mempelajari lebih lanjut mengenainya.
Telegram Open Network - tarikh pelancaran dan ciri-ciri server tidak berpusat generasi baru
Salah satu projek mata wang crypto yang dinanti-nantikan pada tahun ini, Telegram Open Network (TON) oleh Durov brothers, telah memperkenalkan versi pertama perkhidmatan (ToS) untuk aplikasi token wallet GRAM, yang secara rasminya mengesahkan bahawa pasukan messenger Telegram terlibat dalam Telegram Open Network. Berita ini menarik kerana dua sebab:
- Terdahulu, tiada seorang pun dari pasukan Telegram, termasuk Pavel Durov (CEO Telegram dan bekas pemilik media sosial dalam talian Rusia dan perkhidmatan rangkaian sosial VKontakte) yang pernah mengumumkan projek itu atau ulas mengenainya.
- Ini membuktikan bahawa rancangan untuk melancarkan platform akan berlangsung menjelang akhir Oktober 2019.
Ianya telah diketahui bahawa pada akhir 2018, Pavel Durov mengumpul $1.7 bilion dari 175 pelabur dengan syarat bahawa pada 31 Oktober 2019, platform itu akan dilancarkan atau semua wang akan dikembalikan kepada pelabur. Pada awal Oktober, pelabur menerima e-mel dengan pautan ke penjana utama TON (supaya mereka boleh mengakses token sebenar mereka). Projek itu dijadual untuk dilancarkan tidak lewat dari 31 Oktober. Beberapa hari kemudian, telah diterbitkan Terms of Service untuk aplikasi wallet token. Ianya menakjubkan kerana lebih ramai pelabur ingin mengambil bahagian dalam projek tersebut, tetapi Durov, setelah menetapkan anggaran minimum kos platform pada 400-500 juta dolar, memutuskan untuk tidak menyalahgunakan kepercayaan masyarakat mata wang crypto.
Telegram Open Network – harapan terakhir pelabur pada tahun 2019
Telegram Open Network adalah platform rangkaian generasi baru. Ia adalah sejenis "super server" yang pantas dan selamat; secara asasnya, berjuta-juta aplikasi berguna boleh diwujudkan dan dilancarkan. Dan, di samping itu, terdapat infrastruktur dalaman yang berasaskan blockchain sendiri, mata wang crypto Gram dicipta untuk digunakan, kita dapat membayangkan keseluruhan gambaran idea yang dicadangkan oleh Durovs. Mungkin, pada masa akan datang, kita akan memasuki Internet melalui beberapa laman web TON, dan Internet itu sendiri akan menjadi ruang maklumat tunggal dalam Telegram Open Network. Dengan cara ini, Telegram boleh menjadi aplikasi pertama yang diintegrasikan ke dalam platform rangkaian. Ianya jelas bahawa idea itu sendiri lebih besar dalam skala berbanding "TON block".
Tidak seperti Ethereum yang merupakan platform untuk aplikasi tidak berpusat, TON mempunyai struktur multitier kompleks, di mana setiap peringkat (dalam erti kata yang mudah, API, sebuah program) melaksanakan fungsi dan menjalankan operasi seluruh sistem.
Perkhidmatan, komponen, dan seni bina TON:
- Telegram Virtual Machine. Ia adalah asas platform blockchain TON, mesin maya berasaskan nod yang melaksanakan kontrak pintar. Mesin maya tersebut akan menyediakan tawaran (hubungan kontrak) di kalangan peserta rangkaian.
- TON Network. Rangkaian tidak berpusat yang terdiri daripada pelanggan platform sendiri.
- TON DNS. Ia adalah perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan alamat dan kontraktor yang mudah dibaca oleh manusia. Pelaksanaan kontrak pintar masih dalam pembangunan, oleh itu, asasnya akan dijelaskan secara lebih terperinci oleh para pemaju kemudian.
- TON Storage. Ianya masih dalam pembangunan. Ia adalah konsep perkhidmatan cloud dan torrents. Ia membolehkan penggunaan kapasiti percuma pengguna rangkaian, yang akan menerima pampasan dengan Gram.
- TON Payments. Ia adalah sistem pembayaran platform
- TON Proxy. Ia adalah sejenis perkhidmatan di mana secara asasnya berfungsi seperti browser Tor. Ia adalah proxy server dan anonymizer yang membolehkan blok dikelilingi, dan juga untuk membuat peneyekatan dalam mengesan tindakan pengguna dalam platform.
- TON Messages. Fungsi asas komponen ini adalah pertukaran mesej - bukan sahaja antara pengguna manusia tetapi juga menukar mesej sulit di antara algoritma.
Mark Zuckerberg cuba membentangkan sesuatu seperti ini, tetapi beliau gagal mencapai persetujuan oleh pengawal selia. Durov berjaya mendapatkan persetujuan dengan SEC dengan mengorbankan maklumat sulit pengguna:
- Wallet GRAM hanya boleh digunakan oleh pengguna melebihi 18 tahun. Perkhidmatan ini tidak boleh digunakan jika dilarang oleh undang-undang negara.
- Pengesahan adalah wajib. Untuk disahkan, pengguna perlu mengemukakan: dokumen identiti dengan foto (misalnya, pasport), pengesahan alamat kediaman, maklumat kad bank.
Walaupun terdapat penyaranan untuk mengawal maklumat peribadi pengguna, Durov memberi amaran bahawa TON tidak mempunyai akses ke fail dan kata laluan tersebut. Ini membawa maksud bahawa platform tidak sesekali bertanggungjawab ke atas keselamatan data peribadi dan tidak dapat membantu sekiranya akses ke wallet hilang.
TON funding. Platform tersebut akan dilaksanakan berdasarkan algoritma consensus PoS/DpoS, tiada mining boleh didapati. 5 bilion coin akan dikeluarkan pada masa yang sama; 52% akan dipegang sebagai reserve platform, 44% akan dijual kepada pelabur, 4% akan diedarkan di antara pemaju, tetapi mata wang digital akan dibekukan selama 4 tahun (ia boleh dilakukan untuk mengelakkan pemaju daripada mempengaruhi pasaran dengan penjualan token di peringkat pelancaran). Tidak seperti Libra Facebook, di mana TON sering dibandingkan dengannya, token tersebut tidak akan menjadi stablecoin; harga akan dibentuk mengikut nisbah supply/demand.
Dalam usaha untuk melibatkan keseluruhan komuniti mata wang crypto dalam pembangunan, pengasas TON mengadakan pertandingan: untuk meningkatkan mesin maya, untuk pelaksanaan kontrak pintar, membaik pulih ralat dalam kod blockchain, pertukaran mata wang crypto, rangkaian ujian, dan sebagainya.
Kelebihan utama TON, membezakannya dari projek lain:
- Dinamik sharding. Ianya adalah teknik skalabiliti yang mencadangkan untuk membahagikan pangkalan data ledger ke bahagian berasingan, di mana ianya terletak di server yang berlainan. Rajah di bawah menunjukkan struktur blokchain TON.
- Rangkaian multichain homogeneous dan heterogeneous. Rangkaian heterogeneous adalah rangkaian yang menghubungkan komputer dengan sistem pengendalian yang berbeza atau protokol pemindahan data. Rangkaian homogeneous hanya menghubungkan PC dengan sistem operasi homogeneous dan protokol pertukaran yang sama.
- Operasi dalaman blockchain (sambungan yang kuat dan lemah).
Tanpa pergi lebih terperinci dalam butiran teknikal (jika anda berminat, anda boleh mendapatkan maklumat ini di Internet), saya boleh mengatakan bahawa TON adalah blockchain generasi kelima. Blockchain generasi pertama adalah BTC, berdasarkan consensus algoritma PoW; blokchain generasi kedua adalah ETH, berdasarkan consensus algoritma PoW, tetapi menyokong kontrak pintar kompleks, blokchain generasi ketiga dan keempat adalah PoS, DPoS, algoritma BFT PoS dengan rangkaian multichain heterogeneous.
Pemaju TON berjaya menyelesaikan satu lagi masalah yang kebiasaannya dihadapi oleh projek mata wang crypto, ia berjaya menyediakan pemprosesan transaksi yang tinggi. Senibina TON mempunyai skala besar; secara teori, rangkaian itu dapat memproses berjuta-juta transaksi sesaat, walaupun setakat ini hanya teori. Sistem ini akan ditingkatkan apabila terdapat permintaan (iaitu dengan sambungan), yang membawa maksud bahawa kelajuan awal yang diumumkan tidak akan disediakan.
Terdapat juga skeptis dalam komuniti mata wang crypto. Hujah terhadap pelancaran TON.
- TON mungkin menjadi satu lagi platform untuk membuat penipuan, seperti Ethereum dan platform lain. Telegram sudah dibanjiri dengan bot penipuan, yang dianggap tidak penting oleh pengawal selia oleh kerana tiada tindakan susulan diambil. Dengan mempertimbangkan bahawa 90% daripada projek mata wang crypto sedia ada adalah bubble, kebimbangan pada tahap ini adalah munasabah.
- TON mungkin akan menjadi projek biasa, yang menarik hanya dari segi perubahan harga token atau menjadi sasaran oleh pengawal selia, seperti Libra. Kebanyakan komponen platform direka untuk mengelakkan pelbagai jenis blok, di mana ia bercanggah dengan keperluan terhadap ketelusan. Telegram sudah menjadi popular disebabkan kemungkinan untuk mewujudkan channel tanpa nama, pengenalan semula data pengguna yang sulit, kerana Telegram sepenuhnya atau sebahagiannya disekat oleh sesetengah negara.
- TON, walaupun tidak mempunyai matlamat yang tinggi seperti Libra, masih kurang dipercayai. Tidak seperti platform Zuckerberg, pembangunan TON ditutup. Pengguna tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang senibina dan tidak dapat menilai kemungkinan pendedahannya.
Conclusion. The cryptocurrency community bets a lot on the Telegram Open Network following the failed launched the platform for Bitcoin futures, Bakkt and the negative reaction of the regulators to the Libra (Facebook) launch scheduled for 2020. TON is a kind of unique network, which should become a new technological level of the cryptocurrency development, leaving behind the out-of-date Bitcoin and Ethereum. Will the most anticipated project of the year meet the expectations of investors? Share your ideas in the comments!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.









