Mata wang crypto Facebook Libra: struktur teras, ciri-ciri unik, kelebihan dan kelemahan. Manfaat, masalah dan prospek masa depan Libra.

Facebook mengumumkan bahawa mereka akan mewujudkan platform mata wang crypto, yang dikenali sebagai Libra pada tahun 2018. Pada bulan Jun 2019, projek itu telah dibentangkan kepada khalayak ramai. Walaupun ketelusan relatifnya dan realisasi asal idea yang digariskan dalam perjanjian, projek tersebut tidak diluluskan oleh pengawal selia. Mereka berpendapat bahawa projek tersebut dapat bersaing dengan perbankan dunia dan sistem kewangan secara umum. Kini, persoalannya adalah siapakah di antara anggota Libra Association akan menandatangani perlembagaan Association tersebut, secara tidak langsung akan menentang pengawal selia, dan akibatnya.

LiteFinance: Mata wang crypto Facebook Libra: struktur teras, ciri-ciri unik, kelebihan dan kelemahan. Manfaat, masalah dan prospek masa depan Libra.

Libra: kejayaan mata wang crypto pada masa depan atau label hitam Facebook?

Pada tahun 2017, pasaran mata wang crypto berkembang dengan pesat sehinggakan syarikat-syarikat terbesar dunia khuatir untuk tidak ketinggalan oleh teknologi baru tersebut. Pada tahun 2018, kebanyakannya telah berubah, tetapi kepada mereka yang telah mula melabur dalam pembangunan platform berjuta-juta USD mereka sendiri, tidak dapat berpatah balik. Pertama sekali, teknologi pemindahan data dengan kaedah blockchain menarik minat bank pelaburan, di mana harus menghadapi dua situasi: untuk menyertai sistem sedia ada (contohnya Ripple, alternatif kepada SWIFT) atau untuk membangunkan mata wang crypto mereka sendiri .

Citibank dan JPMorgan memilih cara kedua. Benar, ketidakstabilan pasaran mata wang crypto dan tindakan pengawal selia memaksa mereka untuk memperlahankan kadar perkembangan dan beralih kepada sikap tunggu dan lihat. Walau bagaimanapun, Citibank akhirnya memutuskan untuk berputus asa dalam segala eksperimen mata wang crypto mereka sendiri, terutama SWIFT. Stablecoin JPM Coin telah bersedia untuk percubaan pada bulan Jun 2019, tetapi JPMorgan masih belum membuat pengumuman awam.

Apakah itu mata wang crypto Libra, dan adakah ia mempunyai masa depan?

Pada musim bunga 2018, Mark Zuckerberg, pengasas Facebook, mengumumkan penciptaan platform mata wang crypto baru. Ia adalah sistem pembayaran elektronik yang menyediakan transaksi di WhatsApp dan Facebook Messenger terhadap semua negara di mana rangkaian sosial digunakan. Secara teori, dengan menggunakan mata wang crypto ini, pengguna Facebook akan membayar pelbagai jenis pembelian maya, yang kini dibayar dengan wang sebenar.

Menurut para pemaju, keperluan untuk membuat pembayaran mereka sendiri adalah disebabkan oleh volatility mata wang crypto yang tinggi, serta mata wang fiat. Untuk memastikan bahawa mata wang tersebut tidak berlaku seperti mata wang crypto tradisional, Libra akan menjadi stabilcoin yang disokong oleh beberapa mata wang (termasuk US dollar dan euro).

Ciri-ciri mata wang crypto Libra:

  • Algoritma Libra mencadangkan 100 validators pada peringkat awal, 2/3 undian sudah mencukupi untuk menerima sebarang perubahan dalam rangkaian (sesuatu seperti DpoS). Adalah dicadangkan bahawa validator akan menjadi peserta rangkaian terbesar, dan bilangan validator mungkin akan terus meningkat pada masa akan datang.
  • Minat spekulator terhadap Libra akan berkurangan, kerana pemaju hanya mensasarkan untuk mengekalkan kadar pertukaran yang stabil dalam rangkaian media sosial.
  • Penggunaan Libra dalam rangkaian akan meningkatkan kelajuan transaksi berbanding dengan perkhidmatan perbankan dan mengurangkan kos komisen. Ianya dijangkakan bahawa beberapa aplikasi akan digabungkan menjadi satu pada masa akan datang, supaya pengguna yang dirangkumi melebihi 3.8 bilion orang di seluruh dunia.
  • Satu-satunya wallet yang serasi dengan WhatsApp dan Facebook Messenger adalah Calibra. Untuk membuka akaun, anda tidak perlu mempunyai akaun bank, anda hanya perlukan telefon pintar.
  • Saham USD dalam sokongan Libra adalah melebihi 50%. Mata wang crypto tersebut juga akan disokong dengan euro, pound British, yen dan sekuriti kerajaan.

LiteFinance: Apakah itu mata wang crypto Libra, dan adakah ia mempunyai masa depan?

Pada bulan Jun 2019, Facebook secara rasmi mengumumkan Libra dan menerbitkan kertas kerjanya. Coin tersebut ditetapkan untuk pelancaran pada tahun 2020. Walaupun asas kod platform dibangunkan oleh programmer Facebook, syarikat tersebut masih belum bersedia untuk diberi hak ekslusif sepenuhnya. Kuasa keputsan muktamad terletak pada ahli Libra Association. Pemaju juga berjanji bahawa mata wang itu tidak akan dilancarkan sehingga semua peraturan telah dipenuhi dan Libra mempunyai "kelulusan yang sesuai".

Menurut para pemaju, Libra secara dasarnya merupakan bukan mata wang crypto biasa. Ianya adalah cara pembayaran dalam rangkaian media sosial, di mana ia termasuk dalam kategori barang-barangan.

Terdapat juga beberapa perkara yang boleh dipertikaikan berkaitan dengan platform tersebut:

  • Libra tidak direka untuk bersaing dengan bank, walaupun kenyataan ini boleh diragui.
  • Ianya tidak jelas jika Calibra wallet boleh digunakan oleh orang yang disekat dalam rangkaian Facebook untuk beberapa sebab (pandangan politik, menimbulkan konflik, dan sebagainya). Walaupun sekatan tersebut sementara, pengguna masa tidak dapat menggunakan wallet.
  • Syarikat-syarikat dari negara yang telah menyekat penggunaan Libra tidak akan dapat mengambil bahagian dalam persatuan atau menerima undi validator. Ia kelihatan seperti bukan satu keputusan yang bijak, tetapi isu ini masih belum diputuskan.
  • Ianya tidak jelas bagaimana undian akan diperuntukkan jika satu syarikat validator membeli satu lagi. Secara teorinya, satu syarikat hanya menerima satu undi. Adakah syarikat baru jika digabungkan akan mempunyai 2 undi (ini akan memberi kesan terhadap potensi dari pusat pemecahan blok libra).
  • Platform tersebut masih belum membangunkan satu mekanisme untuk memerangi perubahan tidak sah dalam protokol Libra.

Dan masalah utama adalah ianya tidak jelas bagaimana teknik Libra akan menghalang pemindahan di luar wallet dan pertukaran yang jatuh ke dalam kategori operasi haram (penipuan wang, pembiayaan pengganas, dll.).

Mengapa pengawal selia, bersama dengan sistem pembayaran dan perkhidmatan kewangan, menentang Libra?

Ahli Libra Association telah menetapkan satu perjumpaan pada 14 Oktober di Geneva, Switzerland untuk mengaplikasikan Association charter. Pada asalnya, 28 organisasi telah diumumkan untuk mengambil bahagian dalam Association tersebut. Sebelum permulaan rasmi projek itu, mereka perlu menyatukan sistem mereka sendiri ke platform dan melaksanakan percubaan transaksi. Ahli pengasas telah meletakkan deposti $10 juta untuk menyertai kumpulan itu, tetapi masih tiada syarikat yang telah memindahkan wang tersebut. Tambahan lagi, ianya masih tidak jelas terhadap ahli yang akan menandatangani dokumen tersebut.

Pada 4 Oktober 2019, PayPal, platform pembayaran digital yang terkenal, secara rasmi menolak untuk mengambil bahagian dalam projek mata wang crypto Libra. Oleh itu, syarikat tersebut telah menjadi yang pertama daripada 28 ahli Libra Association yang diumumkan sebelum ini, enggan untuk menyokong platform tersebut. Punca keputusan itu dibuat tidak diumumkan. Wakil syarikat hanya menyatakan bahawa PayPal berhasrat untuk memberi tumpuan kepada keutamaan perniagaannya sendiri.

Ianya tidak jelas jika sistem pembayaran elektronik lain, Visa, Mastercard, Stripe, akan mengambil bahagian dalam Association tersebut, kerana mereka juga merancang untuk menarik diri dari perjanjian itu. Salah satu sumber yang tidak disebutkan namanya menjelaskan kedudukan ini dengan ringkas, sistem pembayaran tidak memerlukan kawalan pengawalseliaan yang berlebihan terhadap perniagaan mereka, yang tidak dapat dielakkan setelah sokongan umum terhadap Libra tidak menyebelahinya. Ringkasnya, sistem pembayaran memilih untuk tidak menentang pengawal selia.

Selepas Facebook membentangkan Libra pada pertengahan bulan Jun, pengawal selia segera memberi respon:

1. Menteri Kewangan Perancis Bruno Le Maire berkata bahawa bank pusat enggan menyokong perkembangan mata wang crypto Facebook Libra di Eropah kerana ia meletakkan kedaulatan monetari negara "dalam bahaya".

  • Komen. Ianya tidak jelas mengapa mata wang crypto yang lain tidak pernah dianggap meletakkan kedaulatan kewangan negara "dalam bahaya", dan mengapa BTC, sebagai pesaing yang lebih kuat yang terdapat di sumber terbuka untuk lebih dari satu juta orang, tidak menerima banyak kritikan.

2.German bertindak dengan lebih jauh dan meluluskan strategi blockchain yang menghalang sebarang mata wang yang selari dikeluarkan di negara ini.

Komen. Ianya tidak jelas bagaimana untuk melaksanakan penyekatan ini dalam praktikal, dan bagaimana untuk menyekat sebarang mata wang crypto secara amnya dalam kerangka perundangan Eropah.

3.European Commision telah melancarkan siasatan terhadap potensi tingkah laku anti-persaingan yang berkaitan dengan Libra Association ketika berlakunya kebimbangan sistem pembayaran yang dicadangkan tidak akan menghalang pesaing, seperti dalam laporan tersebut. Menurut wakil-wakil EC, mata wang crypto Libra dapat membawa kepada penciptaan ekonomi yang sepenuhnya terpisah, di mana ia akan meletakkan mereka yang tidak menggunakan mata wang crypto, dan lebih cenderung kepada perkhidmatan kewangan tradisional dan akaun bank, dalam keadaan yang sukar.

Komen. Ianya mengejutkan mengapa BTC, atau, sebagai contoh, kontrak pintar, rantaian blok tidak dikritik dengan cara yang sama. Dan ia juga mengejutkan bahawa European Commision menyokong secara teknikal segmen yang ketinggalan oleh populasi, dan tidak mempromosikan teknologi baru dalam kalangan orang ramai.

4. US Federal Reserve Advisory Council menentang Libra, dengan berpendapat bahawa Facebook akan mewujudkan sistem perbankan bayangan. Bank U.S. khuatir Libra akan mengurangkan jumlah pembayaran dalam sistem perbankan.

Komen. Council tersebut terdiri daripada 12 presiden bank terbesar US. Adalah perkara biasa bahawa mereka mengambil berat tentang kadar yang perlahan dalam perniagaan mereka, Tetapi inilah yang dipanggil persaingan, di mana sistem yang lebih maju menggantikan teknologi yang ketinggalan. Ianya luar biasa bahawa Libra telah menimbulkan kritikan yang kuat. Ini membawa maksud Facebook adalah pesaing yang kuat dan dikhuatiri oleh orang lain.

5.Kebanyakan kongres US berpendapat bahawa Libra harus memohon lesen perbankan dan dikawal oleh U.S. Financial Sector Advisory Council (FSAC). Sebabnya ialah sistem pembayaran yang menyertai projek Libra tersebut berkait antara satu sama lain. Dan pada satu tahap, wallet digital mungkin akan menimbulkan risiko sistemik bersama-sama dengan bank-bank besar (petunjuk kepada penonton Libra Association yang besar).

Komen. Kebimbangan ini mempunyai beberapa sebab. Jika satu pertiga penduduk dunia mula menggunakan Libra, sikap terhadap bank dan wang fiat mungkin berubah. Dan masalah untuk mengawal risiko menjadi salah satu isu utama di sini. Sebaliknya, kongres sendiri mengakui bahawa teknologi mata wang crypto dan blockchain telah berfungsi sepenuhnya ke dalam kehidupan seharian selama lebih 10 tahun mereka beroperasi.

Pengawal Selia Swiss FINMA, sebaliknya, menyokong platform tersebut. Perkhidmatan penyeliaan pasaran kewangan negara percaya bahawa projek ini sedang membangun dengan telus dan tidak kelihatan sebarang risiko tertentu dalam mata wang digital, dengan syarat ia berkembang sesuai dengan peraturan yang ditetapkan. Adalah logik bahawa konsortium Libra Association didaftarkan di Switzerland.

Saya melihat algoritma yang jelas dalam tindakan SEC dan pengawal selia Eropah. Komuniti dan pengawal selia mata wang crypto adalah seperti dua pesaing, dan masing-masing cuba untuk memecahkan jurang dalam pertahanan musuh. Percubaan untuk mengawal penerbitan token, mining larangan dan ICOs, dan menyekat operasi bursa mata wang crypto tidak mempunyai kesan akhirnya. Ianya agak sukar untuk mengawal sesuatu yang tidak mempunyai pusat penyelarasan tunggal dan mempunyai bentuk elektronik tidak ketara.

Komuniti mata wang crypto bertindak dengan cara yang sama, secara aktif mempromosikan potensi idea bitcoin dan ETF fund, di mana ia bertentangan dengan dasar SEC. Sebaliknya, SEC, cuba untuk mendapatkan kawalan ke atas keadaan tersebut, tidak dapat melakukan apa-apa terhadap pemaju "swasta", dan oleh itu konfrontasi dengan Libra adalah peluang yang ideal untuk menunjukkan kuasa dan mencegah dari percubaan seperti itu berlaku lagi oleh syarikat global pada masa akan datang.

  • Bayangkan masyarakat di mana terdapat orang awam dan orang yang boleh menimbulkan potensi bahaya. Orang awam mudah dikawal, manakala orang yang berpotensi untuk mencetuskan bahaya boleh mewujudkan organisasi bawah tanah mereka sendiri yang tidak dapat dikawal. Walau bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan ini belum lagi menimbulkan sebarang bahaya, kerana pihak berkuasa kadang-kadang melaksanakan hukuman demonstrasi untuk mencegah pihak lain dari melakukan perkara yang sama, dengan syarat pihak berkaitan harus menangkap seseorang dari organisasi haram secara terang-terangan. Dan ini bukanlah perkara yang mudah.
  • Dan apabila salah seorang pemimpin yang menentangnya cuba membuat produk yang tidak menguntungkan pihak berkuasa. Pihak berkuasa memahami bahawa jika mereka tidak berbuat apa-apa, selebihnya boleh mengikuti jalannya dan kemudian ia akan menjadi lebih sukar untuk mempertahankan pihak berkuasa. Oleh itu, tidak kira sama ada produk tersebut adalah ancaman atau manfaat. Ianya penting untuk menunjukkan siapakah bos di sini, seperti yang berlaku dalam konfrontasi antara pengawal selia dan Facebook.

Dalam erti kata lain, pengawal selia telah menggunakan peluang untuk menunjukkan kuasa mereka, apabila cuba untuk memusnahkan projek berpotensi tinggi yang dicipta oleh salah satu syarikat teknologi paling berkuasa di dunia. Dan skornya adalah satu untuk pengawal selia setakat ini.

Libra dan permulaan yang sama yang lain masih belum mempunyai prospek sebenar kerana:

  • Mereka tidak mempunyai tempat yang sesuai dalam sistem kewangan dunia. Ketidakstabilan kedudukan mata wang crypto dijelaskan bahawa tiada rangka kerja yang sah mempunyai sistem regulasi/kawalan yang tidak jelas. Sekiranya pemaju "swasta" masih dapat mempromosikan produk mereka dalam lingkaran kecil peminat mata wang crypto, syarikat-syarikat besar yang berminat terhadap mata wang crypto akan segera meletakkan diri mereka dalam risiko. Setakat ini, dari sudut pandangan SEC, mata wang crypto merupakan aset untuk perniagaan bayang-bayang, dan masih tiada prospek.
  • Mereka tidak memberikan pulangan atau bayaran balik yang mencukupi. Ianya mustahil untuk menganggar pulangan pada platform jika terdapat lebih daripada satu tahun sebelum pelancarannya. Walaupun 90% daripada pasaran permulaan mata wang crypto sedang dibangunkan, adalah mustahil untuk menilai keberkesanan pelaburan. Pemaju "swasta" mengambil risiko dengan menjalankan ICOs berharap untuk menampung kos dan mendapatkan wang pada pra-jualan dan pump. Syarikat-syarikat tersebut tidak boleh mengambil langkah sedemikian, oleh kerana reputasi mereka akan dipertaruhkan dalam kes ini.
  • Sesetengah ekonomi ditutup dan beberapa negara ketinggalan dari segi ekonomi. Pertama sekali, ianya kritikal buat negara China, yang mempunyai utusan sendiri, itulah sebabnya, ia tidak jelas bagaimana Facebook boleh mempromosikan produknya di China. Kedua, adalah mengenai negara-negara ekonomi yang ketinggalan di mana tiada sistem perbankan yang maju, atau pengetahuan umum mengenai mata wang crypto dan wallet elektronik. Di negara-negara tersebut, telefon pintar juga bukan perkara biasa.

Cubaan untuk mendapatkan sambutan hangat, Facebook, sebaliknya, kini perlu mengikuti laluan perlahan dalam pembangunan cryptocurrency global, yang diketuai oleh SEC dan pengawal selia Eropah. Perbadanan itu tidak mendapat manfaat daripada pelancaran produk awal di pasaran. Banyak pelabur mengingati skandal pada tahun 2018 mengenai kecurian maklumat, di mana Facebook, menurut keputusan FTC (Federal Trade Commission of the United States) pada 24 Julai 2019, harus membayar denda laman sosial sebanyak $5 bilion. Penolakan sistem pembayaran untuk bekerjasama dengan platform Libra dapat memberikan tamparan baru kepada reputasi Facebook.

Kesimpulannya. Saya tidak berpendapat bahawa ia adalah kelemahan Facebook, tetapi keadaan terkini pastinya bukan kelebihan perbadanan itu. Salah satu kesilapan Mark Zuckerberg adalah bahawa dia cuba mengambil alih pesaingnya, dengan menawarkan pasaran produk yang mempunyai banyak kelemahan, belum selesai sepenuhnya tanpa strategi pembangunan yang jelas dan koordinasi isu dengan pengawal selia. Dan kini, mana-mana syarikat besar tidak akan mahu mengikuti contohnya dan mendapatkan konfrontasi dengan pengawal selia. Pengawal selia di U.S. dan Eropah, sebaliknya, mengambil peluang untuk menunjukkan kuasa mereka dan menghancurkan projek baru.

Satu lagi kelemahan Facebook adalah tumpuan kepada publisiti dan meletakkan dirinya sebagai pemimpin. Pemaju syiling JPM lebih gemar berada di sebalik tabir. JPM Coin hanyalah penghitungan fiat, oleh itu, projek tersebut tidak akan menarik minat pelbagai pertubuhan kewangan. Dengan cara ini, para pemaju dapat mengelakkan publisiti yang tidak diperlukan. Facebook, sebaliknya, melaksanakan dasar pemasaran agresifnya, cuba mendapatkan sokongan sebagai pelabur korporat terbesar. Tetapi, sebaliknya ia mendapat tentangan daripada pengawal selia.

Malangnya, Libra adalah satu contoh lain untuk menunjukkan sejauh manakah mata wang crypto dari menjadi instrumen kewangan sepenuhnya yang boleh dipercayai oleh para pelabur. Ianya adalah kritikal, apabila terdapat komplikasi politik berlaku. Apa pendapat anda tentang Libra? Adakah Libra merupakan projek yang berpotensi? Adakah ia mempunyai masa depan? Saya ingin mengetahui idea anda dalam komen!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Mata wang crypto Libra: penjelasan terperinci mengenai mata wang crypto facebook Libra

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat