Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Cara untuk menyeimbangkan portfolio pelaburan perdagangan salin dalam Forex

Apakah strategi yang berkesan bagi seorang pelabur dalam sistem perdagangan salin Forex? Manakah pilihan pedagang yang lebih baik untuk perdagangan salin? Pedagang yang mempunyai keuntungan tinggi dua bulan setahun tetapi mempunyai baki positif di penghujung tahun? Atau pedagang yang mempunyai keuntungan kecil tetapi pendapatannya stabil sepanjang tahun?

Menyeimbangkan portfolio pelaburan mengikut matlamat pelabur dan jenis pelaburan membolehkan potensi risiko dikurangkan dan meningkatkan potensi keuntungan. Teruskan membaca dan anda akan mengetahui cara untuk menyeimbangkan portfolio pelaburan anda dan perkara yang perlu anda ambil maklum apabila memilih pedagang untuk menyalin perdagangan forex.

Cara mencipta portfolio pelaburan seimbang dalam perdagangan salin Forex

Perdagangan salin atau sosial dalam pasaran pertukaran forex telah banyak kali dibincangkan dalam artikel-artikel pendidikan yang sebelumnya. Jika anda merupakan pedagang atau pelabur baharu, anda boleh mendayakan pilihan perdagangan salin secara automatik. Dalam profil klien LiteFinance, anda boleh memilih mana-mana nombor pedagang, menyalin perdagangannya dan menjana wang dalam mod automatik.

Ini merupakan peluang untuk menyertai pedagang yang berjaya dan menyalin tingkah laku perdagangan mereka. Daripada ulasan ini, anda akan belajar cara untuk memilih pedagang, menyusun pedagang mengikut parameter tertentu. Anda akan membuat portfolio pelaburan sendiri seoptimum yang boleh dan seimbang dari segi risiko dan keuntungan.

Pengoptimuman dan keuntungan apabila menyeimbangkan portfolio pelaburan

Semakin banyak potensi keuntungan, semakin tinggi risiko kerugian. Strategi yang mencadangkan dua perdagangan dibuat dalam masa seminggu (secara konvensional) adalah lebih berisiko berbanding strategi dengan 10 perdagangan seminggu dengan keuntungan mingguan yang sama. Walaupun strategi pertama itu tidak mengambil banyak masa.

Sebelum mula mencipta portfolio pelaburan anda yang seimbang, jawab soalan-soalan berikut yang akan menentukan pengurusan pelaburan anda:

  • Apa yang lebih penting bagi anda, risiko yang rendah atau keuntungan maksimum?
  • Adakah akan lebih suka keuntungan sekali tetapi berisiko tinggi, atau pendapatan yang stabil tetapi lambat dan mengambil banyak masa? Apa yang lebih penting bagi anda, jimat masa tetapi berisiko atau memerlukan banyak masa, tetapi risiko kerugian yang rendah.

Terdapat dua jenis strategi pelaburan untuk mengoptimumkan portfolio pelaburan:

  • “Jangan simpan semua telur dalam satu raga”. Ini melibatkan peruntukan aset di antara kelas-kelas aset yang berasingan. Cipta portfolio pelaburan yang seimbang. Bahagian aset utama di sini adalah aset kewangan dengan tahap hasil sederhana dan ketaktentuan yang sederhana, perkadaran aset adalah kira-kira 60%-80%.

Majoriti aset adalah aset yang harganya kurang bergantung pada turun naik pasaran Forex dan faktor-faktor fundamental. Aset selebihnya adalah aset berisiko tinggi/hasil tinggi dan instrumen perdagangan konservatif. Sebagai contoh, mata wang kripto dan aset selamat (emas, Perbendaharaan A.S.).

  • “Simpan semua telur dalam satu raga, tetapi jaga raga itu sahaja”. Cipta beberapa portfolio dengan kelas aset berbeza, usaha niaga, berisiko tinggi, bagi yang bersedia merisikokan wang mereka dan mahukan keuntungan yang besar. Atau beberapa portfolio konservatif, untuk pelabur yang berminat dalam risiko minimum dan pendapatan jangka panjang yang stabil.

Anda boleh gunakan prinsip pelaburan portfolio yang sama apabila mencipta portfolio pelaburan dalam perdagangan salin.

Kriteria untuk menyeimbangkan portfolio pelaburan dalam perdagangan salin

Kriteria asas penyeimbangan dan pengoptimuman portfolio pelaburan terbaik termasuk parameter-parameter berikut:

  • Keberuntungan pedagang. Pedagang yang mempunyai keberuntungan yang sangat tinggi dalam pasaran kewangan biasanya berdagang dalam cara Martingale dan strategi perdagangan berisiko tinggi yang lain. Skrin di bawah menunjukkan perbezaan radikal dari segi tahap keberuntungan dalam tempoh 4 bulan yang lalu.

LiteFinance: Kriteria untuk menyeimbangkan portfolio pelaburan dalam perdagangan salin

  • Jenis strategi yang digunakan. Pedagang-pedagang tidak bersedia untuk mendedahkan sistem perdagangan yang mereka gunakan, tetapi ia boleh ditafsirkan separa daripada perubahan ekuiti. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang prinsip-prinsip penilaian strategi perdagangan di sini.
  • Volum aset milik pedagang. Semakin banyak wang yang disimpan dalam akaun pedagang, semakin cenderung untuk mereka berdagang dalam cara yang selamat.
  • Kekerapan membuat transaksi.

Cara mengoptimumkan risiko portfolio pelaburan:

1. Bandingkan keperluan-keperluan strategi perdagangan bagi pedagang yang anda akan salin mengikut keupayaan anda. Saya maksudkan amaun deposit, leveraj kewangan/ volum kedudukan dan banyak lagi. Sebagai contoh, deposit anda berjumlah 100 USD, deposit pedagang yang anda salin pula 1000 USD. Jadi, pedagang boleh bertahan dengan penurunan mendadak, manakala perdagangan anda dalam perdagangan cermin akan dihentikan.

Sama juga dengan volum kedudukan. Jika anda menggunakan leveraj kewangan, tetapkan volum perdagangan yang besar, kedudukan anda perlu ditutup lebih awal dengan ‘stop-out.’

Tip. Jika deposit anda terlalu berbeza dengan deposit pedagang yang menguruskan perdagangan anda, tukar jenis perdagangan salin. Tetapkan parameter jenis salin yang berbeza “In proportion to my funds” atau “% of each trade volume”.

Pilihan kedua lebih sesuai dengan anda jika anda menyalin perdagangan beberapa pedagang secara serentak. Perhatikan jumlah pelaburan minimum yang ditetapkan oleh pedagang.

LiteFinance: Kriteria untuk menyeimbangkan portfolio pelaburan dalam perdagangan salin

2. Pelbagaikan strategi perdagangan pedagang berdasarkan parameter-parameter berikut:

  • Keberuntungan dan risiko. Parameter-parameter ini adalah yang paling biasa, tetapi selalunya tidak mempunyai korelasi negatif. Jika anda menyaksikan keberuntungan 100%-200%-500% sebulan, ambil kira bahawa ia mungkin berlaku sekali sahaja. Ia juga mungkin “nasib” sahaja, kalau tidak, semua orang sudah menjadi jutawan.
  • Tetapi jika pedagang masih mempunyai keberuntungan tersebut, anda memang bertuah kerana dapat menyalin perdagangan pedagang tersebut!

Kestabilan dalam membuat keuntungan adalah penting. Keberuntungan pedagang yang rendah tidak bermaksud risiko yang rendah, ia mungkin memberi isyarat kepada kurangnya kemahiran profesional. Dan begitu juga sebaliknya, pendapatan tinggi yang stabil tidak sentiasa bermaksud risiko yang tinggi, ia membuktikan pedagang tersebut seorang yang profesional.

Penting! Untuk memudahkan bakal pelabur, pengurus risiko LiteFinance telah pun mengira paras risiko maksimum untuk setiap pedagang dalam khidmat perdagangan salin.

LiteFinance: Kriteria untuk menyeimbangkan portfolio pelaburan dalam perdagangan salin

Skala risiko mempunyai nilai dari 1 sehingga 10, dengna 10 adalah paras risiko maksimum (ditetapkan ke akaun baharu). Apabila mengira paras risiko, broker forex mengambil kira beberapa parameter dalam masa nyata. Parameter tersebut adalah beban deposit pedagang, tahap penurunan, jangka hayat akaun dan banyak lagi. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang cara paras risiko dikira di sini (perenggan 4).

  • Bilangan dan masa perdagangan dibuat. Pilih pedagang dan strategi supaya anda tidak mencipta bebanan deposit serentak. Dalam kata lain, perdagangan mengikut strategi berbeza hendaklah dibuka pada masa yang berbeza (contohnya, semasa sesi perdagangan berbeza), bukan secara serentak.
  • Jenis strategi perdagangan. Tambah kedua-dua strategi jangka panjang dan jangka pendek ke portfolio anda.
  • Instrumen perdagangan. Tambahkan ke portfolio pelaburan anda pedagang yang bukan sahaja berdagang pasangan mata wang, tetapi juga jenis aset perdagangan berbeza, seperti saham atau komoditi. Dengan ini, anda boleh membuat keuntungan dalam pasaran saham, forex, komoditi atau pasaran bon.

3. Beri perhatian kepada parameter-parameter berikut:

  • Komisen pedagang. Ini merupakan bayaran pengurusan. Pedagang pertama dengan purata keberuntungan 100% sebulan mengenakan komisen 50%.

    Pedagang kedua mempunyai keberuntungan 70%, tetapi komisennya 20%. Dengan risiko yang sama, pilihan kedua adalah lebih menguntungkan.

  • Jangka hayat akaun pedagang. Dalam situasi sempurna, akaun pedagang yang anda ingin salin hendaklah wujud sekurang-kurangnya setahun. Pastikan tiada perdagangan yang terhenti pada akaun tersebut.
  • Penurunan maksimum sepanjang jangka hayat akaun dan penurunan sepanjang tempoh tertentu. Penurunan yang berterusan bermaksud sistem perdagangan tidak berfungsi secara konsisten.
  • Kekonsistenan prestasi dalam setiap bulan. Semakin besar perbezaan antara prestasi bulanan, semakin kurang kekonsistenan strategi perdagangan dan semakin tinggi risiko.
  • Bilangan individu (pelabur) yang menyalin tingkah laku perdagangan pedagang. Semakin ramai pelabur, ia semakin bagus. Jumlah wang yang disimpan dalam akaun pedagang yang disalin juga penting.

Tetapi, pertimbangkan juga bahawa tidak semua pelabur mempunyai pendekatan yang wajar dalam memilih pedagang. Mungkin ramai yang menyalin pedagang disebabkan komisen yang rendah dan keberuntungan tinggi (bermaksud risiko tinggi).

  • Kekerapan pedagang menambah nilai depositnya. Jika pedagang kerap meningkatkan volum perdagangan, itu bermaksud yang beliau yakin dan mempunyai semangat kejayaan yang serius.

Dan akhir sekali, saya ingin beri satu lagi tip berkenaan pengurusan portfolio pelaburan anda. Tiada strategi perdagangan yang akan menang selamanya. Jika pedagang menukar strategi, pendekatan perdagangan ataupun berehat seketika, ini akan memberi impak langsung kepada struktur portfolio pelaburan. Jika anda menyedari penurunan deposit yang banyak, penurunan mendadak keberuntungan atau lain-lain sejak kestabilan tersebut dilanggar, seimbangkan semula portfolio anda.

Kesimpulan. Tiada strategi pelaburan yang sempurna tentang cara untuk mencipta portfolio pelaburan seimbang yang optimum. Tetapi, pasti ada cara untuk mengoptimumkan portfolio pelaburan anda mengikut personaliti anda, matlamat dan penerimaan risiko.

Segala-galanya bergantung kepada diri anda! Jika anda mempunyai sebarang soalan atau perlukan rundingan, penganalisis LiteFinance akan membantu anda pada bila-bila masa. Hantarkan soalan dan idea anda di ruangan komen!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Cipta portfolio pelaburan terbaik dalam perdagangan salin Forex

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat