Kecairan mata wang dan cara ia mempengaruhi pilihan strategi
Kecairan sering dikelirukan dengan ketaktentuan, tetapi kedua-dua ini mempunyai konsep yang berbeza.
Kecairan ialah keupayaan aset untuk dijual dengan cepat pada harga yang hampir sama dengan harga pasaran.
Mata wang cair ialah satu mata wang yang boleh ditukar dengan cepat untuk aset lain. Ini bermaksud bahawa terdapat ramai penjual dan pembeli dalam pasaran cair, dan dengan itu, spread adalah minimum. Tetapi, sebaik sahaja beberapa berita penting keluar, pembeli atau penjual akan hilang daripada pasaran dan mata wang berubah daripada cair kepada tak menentu. Walau bagaimanapun, tiada korelasi songsang yang kukuh antara fenomena ini. Dalam ulasan ini, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini serta definisi kecairan, perkara yang bergantung kepadanya dan banyak lagi.
Apakah pasaran yang paling cair? Logik sekiranya pasaran barangan antik dan koleksi dikatakan pasaran paling tak cair kerana perolehan modalnya adalah agak kecil dan paling penting, ia tidak melibatkan ramai ahli. Pasaran saham dan pertukaran asing berbeza. Pasaran saham dipercayai lebih cair kerana perolehan pasaran mata wang pada kaunter adalah sukar untuk dianggarkan secara tepat. Tetapi, bolehkah anda membeli saham dengan dua klik menggunakan 10 dolar? Bagaimana dengan mata wang? Inilah sebab saya berpendapat bahawa kecairan pasaran pertukaran asing adalah lebih menjanjikan bagi pelabur peribadi yang mempunyai modal kecil.
Dalam ulasan ini, anda akan mempelajari tentang:
- Apa itu kecairan mata wang dan mengapa pedagang perlu tahu mengenainya.
- Apa perbezaan antara mata wang cair dan tak cair serta faktor-faktor yang mempengaruhi kecairan.
- Kecairan dan strategi. Cara untuk memilih pasangan mata wang untuk jenis sistem perdagangan anda.
Istilah kecairan juga sering ditemui dalam laporan kewangan syarikat-syarikat. Ia membawa maksud kepada penilaian keupayaan syarikat untuk membayar semula kewajipannya dengan cepat. Nisbah kecairan adalah satu alat untuk menilai kemampuan bayar bagi entiti perundangan. Saya boleh bincangkan topik ini secara berasingan (jika berminat, tinggalkan komen), tetapi ulasan ini akan bertumpu kepada kecairan mata wang.
Menggunakan kecairan dan ketaktentuan dalam membina strategi
Kecairan mata wang ialah keupayaan menukar satu unit mata wang kepada unit mata wang lain dengan cepat. Semakin cepat perkara ini boleh dilakukan, semakin cair unit tersebut. Mata wang yang boleh ditukar dengan bebas adalah yang paling cair. Semakin kurang penglibatan negara dalam ruang ekonomi global, semakin banyak “peraturan” pasaran negara dan kawalan manual ekonomi, semakin kurang kecairan mata wang.
Contoh. Anda mempunyai dolar AS. Anda pasti akan sentiasa menemui seseorang yang sanggup menukarnya, sebagai contoh, dengan euro kerana kedua-dua mata wang ini disebut di seluruh dunia. Anda juga boleh menukarnya semula dengan mudah. Dolar AS dan euro adalah mata wang paling cair, manakala pasangan EUR/USD adalah pasangan mata wang yang paling cair. Anda juga boleh membeli bolivar Venezuela untuk dolar anda. Negara tersebut sedang mengalami hiperinflasi dan mereka pasti gembira untuk menjual mata wang negara mereka kepada anda. Tetapi, anda kemudiannya tidak akan menemui pembeli untuk mata wang tersebut dan anda akan terpaksa menjualnya dengan murah. Bolivar ialah mata wang yang mempunyai kecairan rendah.
Dalam pasaran cair yang tinggi, bilangan pembeli dan penjual sentiasa sama (atau nisbah bekalan dan permintaan yang sama). Kecairan mencerminkan minat ahli pasaran sebagai bilangan mutlak pedagang dan volum perdagangan untuk satu unit masa. Semakin besar kecairan pasaran, semakin cepat anda boleh jual/beli barangan dan semakin besar jumlah transaksi yang mungkin.
Contoh. Terdapat satu pasaran yang mempunyai 10 orang penjual, setiap satu bersedia untuk memberi 5 euro. Pembeli memerlukan 45 euro, saiz pasaran ialah 50 euro (10*5). Bagi pembeli, ini adalah pasaran cair yang tinggi. Andaikan terdapat 3 orang penjual yang bersedia untuk memberi 15 euro. Pasaran ini boleh digambarkan sebagai sangat cair disebabkan bekalan dan permintaan hampir memuaskan keperluan setiap orang. Andaikan terdapat seorang penjual dan seorang pembeli dalam pasaran. Pembeli memerlukan 40 euro, penjual hanya bersedia untuk memberi 10 euro sahaja mengikut harga semasa. Pembeli sama ada terpaksa menaikkan harga atau menunggu penjual-penjual lain. Ini adalah pasaran cair yang rendah.
Pedagang-pedagang sering terkeliru antara kecairan dan ketaktentuan. Ketaktentuan adalah amplitud perubahan harga untuk satu unit masa. Dalam pasaran cair yang tinggi, carta harga tidak mempunyai kenaikan mendadak dalam satu arah atau arah lain disebabkan pembelian dan penjualan dijalankan hampir serta-merta pada harga yang memuaskan. Harga bergerak lancar dalam langkah-langkah kecil. Sebaliknya pula, pasaran cair yang rendah mempunyai kenaikan harga mendadak yang kerap.
Kecairan yang tinggi tidak bermaksud ketaktentuan yang tinggi. Pasaran cair yang tinggi dicirikan oleh pergerakan yang lancar, manakala dalam pasaran cair yang rendah, tindakan pedagang individu yang utama boleh menyebabkan kekacauan dalam pergerakan. Mengapa kebanyakan orang menasihatkan untuk tidak berdagang semasa siaran berita? Ini kerana apa-apa berita adalah tidak jelas dan penyedia kecairan (contohnya, bank pelaburan) memilih untuk tidak membuka perdagangan. Penurunan kecairan mewujudkan peningkatan dalam ketaktentuan (amplitud) – situasi apabila jumlah yang kecil juga boleh mempengaruhi harga dalam volum perdagangan yang berkurang.
Ciri-ciri mata wang cair:
- Spread kecil (perbezaan antara harga beli dan jual). Jika mata wang tidak menarik minat pembeli, penjual mungkin perlu menurunkan harga sehingga salah seorang pembeli berminat untuk membelinya.
- Akses percuma kepada maklumat. Jika mata wang cair menarik minat kebanyakan pedagang, ia juga menarik minat penganalisis, agensi-agensi berita dan lain-lain. Anda boleh menemui maklumat tentang mata wang tak cair yang kebanyakannya dalam sumber asal.
- Pembentukan sebut harga pasaran. Sebut harga untuk mata wang yang sangat cair ditentukan oleh nisbah bekalan dan permintaan (kadar apungan). Mata wang tak cair (kecairan rendah) paling kerap dikawal dengan ketat oleh bank negara.
- Pembentukan ekonomi. Mata wang kecairan rendah adalah mata wang negara-negara membangun.
Kecairan cenderung untuk berubah. Meskipun mata wang yang boleh ditukar dengan bebas dianggap sebagai pasangan yang paling cair, mungkin wujud situasi apabila harga aset jatuh, tetapi ia tidak dapat dijual disebabkan kurangnya pembeli.
Kecairan mata wang Forex bergantung kepada faktor-faktor berikut:
- Jumlah bekalan dan permintaan. Jumlah perdagangan yang besar memberi mata wang yang mempunyai bekalan dan permintaan yang tetap. Jika terdapat sedikit pembeli dalam pasaran, sebagai contoh, penjual terpaksa menetapkan harga yang lebih rendah untuk menarik pembeli ataupun menunggu. Semakin kurang ahli dalam perdagangan, semakin kurang kecairan sesuatu mata wang.
- Sesi. Aktiviti perdagangan, dan juga kecairan, sehingga satu tahap ditentukan oleh sesi. Sebagai contoh, bilangan perdagangan yang paling besar dalam yen Jepun telah diperhatikan dalam sesi Asia semasa waktu pagi di rantau tersebut. Bagi pasaran pertukaran secara umum, ia paling cair dalam sesi Eropah, dan paling tidak cair dalam sesi Asia.
- Faktor-faktor asas, termasuk cuti. Berita, siaran, ucapan oleh ketua-ketua bank pusat, force majeure – semua ini mempengaruhi volum perdagangan dan juga kecairan sehingga satu tahap. Kecairan mata wang juga dipengaruhi oleh hari-hari perdagangan. Sebagai contoh, pada petang hari cuti (atau musim cuti), volum perdagangan kurang dan begitu juga kecairan.
Mata wang yang paling cair termasuklah EUR, USD, JPY, CAD, GBP, AUD, dan CHF. Bagi kecairan pasangan mata wang pula, semua mata wang di atas ini yang dipasangkan dengan USD, walaupun mungkin terdapat pendapat berbeza di sini. Dalam beberapa sumber, GBP/JPY juga dianggap sebagai sangat cair.
Fakta menarik. Krisis pada tahun 2008 telah menunjukkan bagaimana mata wang cair boleh berubah menjadi tidak menentu dengan sangat cepat. Selain itu, ketidakpuasan pelabur dengan peningkatan hutang awam AS yang kita terus lihat juga adalah satu bom detik yang menunggu untuk meletup. Mengikut satu versi, kecairan USD mungkin berperingkat dan mata wang komoditi akan muncul sebagai paling stabil (kurang terdedah kepada turun naik dan ada permintaan). Di antaranya ialah krone Norwegia dan dolar Australia, New Zealand dan Kanada. Adakah pendapat ini benar? Mari bincangkan di ruang komen.
Kecairan dan pilihan strategi perdagangan
Perlukah saya mengambil kira kecairan apabila membina strategi? Isu ini tidaklah semudah itu. Pedagang kecil sentiasa mengikut trend, cth. mereka mengikut majoriti yang diketuai oleh penggubal pasaran. Apakah pasaran yang menguntungkan untuk pedagang-pedagang besar dari segi kecairan? Terdapat dua versi:
- Pasaran cair tinggi. Kecairan tinggi berperanan sebagai penimbal untuk peningkatan harga yang mendadak. Dalam kata lain, volum yang besar menghalang kenaikan harga yang mendadak. Pasaran ini dianggap lebih tenang kerana ia menarik perhatian penggubal pasaran yang biasa dengan perdagangan pragmatik yang stabil.
- Pasaran cair rendah. Situasi apabila sebilangan kecil pedagang kekal dalam pasaran dipanggil sebagai pasaran tipis. Sebagai contoh, semasa musim cuti atau hari cuti. Untuk perniagaan yang lebih besar, ini adalah lombong emas. Semakin kurang kecairan, semakin mudah untuk menukar (memerlukan sedikit wang) harga dalam arah yang betul, menolaknya terus ke paras-paras utama (memecahkan henti rugi orang lain).
Semuanya bergantung kepada situasi. Logik untuk mengatakan bahawa paras kecairan itu mempengaruhi pilihan strategi, tetapi tidak sebanyak yang dilihat pada pertama kalinya. Sebagai contoh, pasangan EUR/USD dianggap cair dengan paras ketaktentuan yang sederhana. Pada waktu-waktu yang tenang, perdagangan ‘scalping’ dan intrahari boleh dilakukan, tetapi semasa siaran berita, ketaktentuannya meningkat dengan mendadak, menghapuskan sebahagian besar ‘scalping’. Sebagai contoh, berikut adalah carta pasangan yang sama selama 10 tahun.
Kita boleh lihat di sini bahawa meskipun kecairan tinggi pada rangka masa yang pendek, dalam tempoh jangka panjang, amplitud pergerakan adalah agak besar.
Ciri-ciri berdagang pasangan mata wang yang mempunyai kecairan tinggi:
- Mata wang cair memerlukan perhatian maksimum dan kebolehan untuk membuat keputusan dengan serta-merta.
- Rangka masa yang paling kerap digunakan adalah pendek - M5-M30, selang jam jarang digunakan.
- Pedagang mesti memahami makroekonomi dan mikroekonomi, tahu tempat untuk mencari maklumat dengan cepat, memahami proses ekonomi dan politik negara-negara maju dan tahu perkara yang memberi impak paling besar terhadap kadar.
- Sebut harga mata wang yang sangat cair adalah sangat terdedah kepada manipulasi modal yang besar. Semakin besar saiz pasaran dan semakin sedikit ahli pasaran yang terlibat, wujud peluang untuk mencipta latar belakang berita yang betul menggunakan media, ulasan analisis atau statistik yang dibentangkan dalam cara yang betul.
Mata wang dengan kecairan rendah sesuai untuk dua kategori pedagang: mereka yang lebih suka dengan strategi jangka panjang dan mereka yang berdagang dalam Forex demi rasa teruja dan seronok kerana kebarangkalian pendapatan adalah rendah. Tetapi, anda tidak perlu sentiasa memantau berita dalam kes ini.
Kecairan sentiasa berubah, jadi tiada kalkulator untuk kecairan. Tetapi, terdapat kalkulator ketaktentuan dan ia menunjukkan julat perubahan harga semasa.
Kalkulator ini boleh memberi kita maklumat tidak langsung tentang kecairan. Sebagai contoh, ketaktentuan yang rendah mungkin menandakan kecairan yang tinggi buat masa ini. Sebaliknya, ia mungkin membawa maksud mendatar, cth. ketiadaan perdagangan dalam pasangan ini. Dalam kata lain, kalkulator ketaktentuan tidak membenarkan kita membuat kesimpulan tertentu berkenaan paras kecairan, tetapi boleh bertindak sebagai alat tambahan.
Kesimpulan. Kecairan ialah keupayaan menukar satu aset kepada aset lain dengan cepat. Pasaran dengan kecairan rendah tidak dilindungi daripada kenaikan harga yang mendadak. Ia mungkin menarik minat pelabur yang cenderung untuk mengambil risiko bagi mendapat pulangan yang lebih tinggi. Kelebihan utama pasaran dengan kecairan tinggi ialah tiada pedagang utama yang dapat memberi kesan kepada harga dengan ketara. Oleh itu, ia membawa risiko yang kecil dan disebabkan kebolehramalan yang tinggi, ia lebih sesuai untuk analisis teknikal. Tidak wujud resepi untuk memilih pasangan yang optimum dari segi kecairan dan ketaktentuan, oleh itu saya mencadangkan perbincangan untuk isu-isu berikut dalam komen:
- Bagaimana cara untuk memilih strategi bagi pasangan mata wang tertentu dan sebaliknya?
- Apakah tahap kepentingan paras instrumen bagi anda apabila memilih pasangan dan strategi?
- Anda lebih suka pasaran dengan kecairan tinggi atau rendah?
Ayuh sertai perbincangan!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.











