Selepas bubble dotcom dan krisis pajak gadai, penganalisis kewangan, berdasarkan teori wave, meramalkan kemelesetan ekonomi dunia yang baru. Pertumbuhan US GDP telah meningkat lebih dari 10 tahun di mana ia merupakan satu rekod. Kemerosotan global, perang perdagangan US-China, dan masalah geopolitik adalah isyarat awal bahawa ekonomi global mungkin akan mengalami kemelesetan pada tahun 2020. Bagaimana anda boleh memastikan pelaburan anda selamat dalam keadaan seperti itu? Apakah itu safe-haven? Apakah faktor beta dan bagaimana ia berfungsi dalam mempelbagaikan portfolio anda? Bagaimanakah anda dapat mengimbangi portfolio anda dan meminimumkan risiko sekiranya berlaku krisis kewangan global? Baca pada ulasan dan anda akan temui jawapan kepada persoalan ini dan banyak soalan lain.

Safe haven dan cara membuat keuntungan

Pada tahun 2018, kesemua orang berpendapat bahawa pasaran saham US yang semakin meningkat adalah satu bubble. Indeks saham US telah meningkat selama tiga tahun, bermula dari Januari-Februari 2016 saham-saham US terus meningkat dalam nilai, di mana hanya sedikit pembetulan yang berlaku. Pasaran Eropah juga positif, mengikut ekonomi terkuat di dunia. Pasaran Asia juga semakin berkembang, walaupun keadaannya agak sukar.

Perhitungan tersebut adalah pada bulan Disember 2018. Ia mengambil masa hanya tiga bulan, dari Oktober hingga Disember, dan pada pengakhiran tahun:

  • S&P 500 mengalami kerugian tahunan melebihi 7%
  • NASDAQ, salah satu saham yang mempunyai daya tahan paling tinggi terhadap indeks kemelesetan, kerugian nilai hampir 5%.
  • DAX menurun kepada tahap low dua tahun; penurunan tersebut adalah sekitar 17%.
  • Nikkei 225 Jepun berada di kawasan merah buat pertama kalinya dalam tempoh 7 tahun, kerugiannya kira-kira 12%.

Pelabur, mengambil risiko pada salah satu aset paling progresif ekonomi dunia, telah mengalami kerugian 2 tahun pada akhir 2018. Saya tidak mempertimbangkan mata wang crytpo; ianya masih belum dapat dianggap sebagai aset pelaburan jangka panjang akibat dari volatiliti dan statusnya.

Masa depan bagi pelabur saham agak pudar pada tahun 2019. Sudah tentu, kini, setelah pulih dengan kadar yang cepat, seseorang pastinya akan mengatakan bahawa indeks US berpotensi tinggi, tetapi, ketika itu, semuanya kelihatan berbeza.

LiteFinance: Safe haven dan cara membuat keuntungan

Pada awal tahun 2019, penganalisis membandingkan kelajuan penurunan indeks dengan kemelesetan pada tahun 2008 dan satu-satunya persoalan ketika itu adalah jika ianya hanya satu kemelesetan atau pengakhiran bubble. Ramalan penganalisis tidak menjadi kenyataan. Setakat ini.

Perang perdagangan US dengan China memberi kesan kepada sistem global. Semakin hampir pengakhiran tahun 2019, semakin tinggi kebimbangan terhadap hutang negara US, mengenai Brexit dan pergolakan politik di Itali. Dengan mempertimbangkan kadar global yang perlahan, Fed menurunkan kadar faedahnya.

Penganalisis sekali lagi mencadangkan ramalan yang kurang baik, berdasarkan analisis wave. Sekiranya kadar US GDP meningkat pada 2019, ianya akan menjadi rekod baru dalam tempohnya. Penganalisis mengingatkan bahawa rekod 10 tahun sebelum ini berakhir dengan dotcom, di mana ia diikuti oleh krisis pajak gadai.

Apakah pelaburan yang boleh dibuat untuk melindungi modal anda dari inflasi dan meningkatkannya?

Di bawah syarat-syarat ini, kepelbagaian risiko kelihatan relevan. Sebagai contoh:

  • Ekuiti Sistem Adobe (NASDAQ), walaupun berlaku penurunan umum dalam sektor perindustrian, peningkatan dalam nilai pada tahun 2018. Dengan Cisco, keadaannya semakin buruk. Walaupun ekuiti menghasilkan keuntungan kepada pelabur pada tahun 2018, ianya tidak kelihatan menguntungkan pada tahun 2019.

Minyak juga tidak memberi tindak balas positif kepada para pelabur dalam jangka masa panjang. Dasar-dasar OPEC, peperangan perdagangan, geopolitik terhadap Iran, Venezuela, shale oil - kesemuanya menggerakkan harga ke atas dan ke bawah, membuatkan hanya keuntungan dari dagangan pendek sahaja yang boleh dilakukan. Saya tidak boleh mengatakan bahawa aset ini berpotensi dalam portfolio pelaburan jangka panjang.

Tetapi niaga hadapan gas asli, pada akhir 2018, memperlihatkan pertumbuhan yang kukuh di mana kali terakhir hanya dapat dilihat pada tahun 2014. Walaupun kenaikan harga yang berlaku adalah untuk jangka pendek (beberapa bulan), ia boleh memberi keuntungan lebih daripada kerugian yang dialami oleh pelaburan dalam stok.

LiteFinance: Safe haven dan cara membuat keuntungan

Di sini, saya akan membincangkan mengenai konsep Safe Haven. Teruskan membaca, dan anda akan mempelajari kategori aset yang boleh dipertimbangkan sebagai aset yang selamat dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk mengimbangi portfolio anda dan meminimumkan risiko di pertengahan krisis ekonomi global.

Apakah itu aset safe-haven dan bagaimana anda berdagang dengannya?

Aset safe-haven adalah instrumen kewangan yang dijangka dapat mengekalkan, atau bahkan meningkat dalam nilai ketika berlakunya kemerosotan ekonomi. Harga aset tersebut akan sentiasa berubah dengan kadar yang konsisten dan tidak bergantung kepada ekonomi secara keseluruhannya. Oleh itu, terdapat permintaan yang tinggi untuk safe haven ketika berlakunya krisis.

Safe haven harus mempunyai ciri-ciri tertentu termasuklah:

  • Kestabilan tanpa mengira volatiliti pasaran umum. Force majeure tidak sepatutnya memberi kesan terhadap safe haven. Sebaliknya, pada ketika force majeure modal pelabur mengalir ke aset hedging, kerana dalam kes ketidakstabilan, keyakinan pelabur terhadap safe haven meningkat.
  • Perlindungan daripada inflasi. Semakin tinggi hasil, semakin tinggi risiko. Itulah sebabnya safe haven tidak mempunyai hasil yang tinggi, tetapi haruslah sekurang-kurangnya meningkat dalam harga selepas inflasi.
  • Pendedahan minimum kepada perubahan harga. Itulah sebabnya ia harus mempunyai volatiliti yang paling sedikit dan liquidity terbesar.

Kadang-kadang, aset yang meningkat dalam harga apabila instrumen lain menyusut dalam nilai, telah disalah anggap sebagai safe haven. Sebagai contoh, gas asli bukanlah safe haven untuk minyak. Gas asli mempunyai faktor fundamental tersendiri yang mempengaruhi harga, dan ia tidak mempunyai hubungan kait terhadap harga minyak. Situasi apabila kejatuhan harga minyak dan gas asli boleh dianggap sebagai kebetulan.

Secara ideal, safe haven tidak seharusnya bergantung kepada geopolitik dan ekonomi dunia, tetapi harus mempunyai liquidity yang tinggi. Tiada apa pun yang sempurna, tetapi terdapat beberapa aset yang mempunyai lebih banyak ciri-ciri tersebut berbanding instrumen yang mempunyai hasil yang tinggi. Seorang pedagang mempunyai dua pilihan. Anda boleh menambah portfolio instrumen dengan korelasi negatif (jika satu instrumen menurun, instrumen lain akan meningkat dalam harga). Atau, anda boleh mempertimbangkan dalam pembelian safe haven. Pilihan kedua adalah lebih baik kerana korelasi negatif tidak selalu berjaya.

Tempoh yang baik untuk analisis adalah krisis jangka panjang 2008-2009. Walaupun banyak syarikat memulakan IPO selepas tempoh ini, anda masih boleh mencari carta yang menarik untuk dibandingkan.

1. Emas

Ia adalah safe haven yang biasa, di mana modal pelabur dimasukkan walaupun sedang berada dalam pertengahan masalah ekonomi yang besar. Ia sebahagiannya terbentuk daripada sejarah stereotaip. Pembekalan dan permintaan yang terhad dari industri adalah faktor utama yang memastikan kestabilan harga emas.

Sebelum tahun 2008, pertumbuhan harga niaga hadapan emas telah memberi idea bahawa aset ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi, berbanding dengan mata wang, stok dan komoditi lain. Stereotaip ini telah terjejas ketika krisis pada tahun 2008.

LiteFinance: Apakah itu aset safe-haven dan bagaimana anda berdagang dengannya?

Semasa krisis 2008-2009, emas juga menurun dalam nilai. Dan walaupun berlaku pertumbuhan tertinggi pada tahun 2012, pelaburan, dalam jangka masa yang panjang, bukan sesuatu yang menguntungkan. Sebaik sahaja pasaran saham antarabangsa pulih ke tahap sebelum berlakunya krisis, hargaemas serta merta menurun. Bulatan hijau menandakan pengakhiran tahun 2018 apabila pasaran saham menurun. Walaupun ianya adalah contoh apabila emas ternyata dianggap sebagai aset safe-haven, ia masih tidak meyakinkan jika dibandingkan dengan trend umum.

Kesimpulan. Emas boleh dianggap sebagai safe haven hanya ketika berlakunya krisis ekonomi jangka pendek. Kemudian, wang pelabur masih berada dalam sistem, dengan memindahkan dari satu pasaran ke pasaran yang lain. Tetapi, sekiranya berlakunya krisis global, para pelabur akan mengeluarkan wang mereka dari semua pasaran. Seperti yang dibuktikan oleh sejarah, emas juga boleh menurun dalam harga sepanjang situasi ini. Dan trend jangka panjang emas juga tidak kelihatan seperti carta safe haven yang boleh dipercayai.

Masalah lain dengan pelaburan emas adalah bentuknya. Ianya tidak relevan untuk melabur dalam emas fizikal, margin penghantaran mencapai 20% - 30% (aloi emas cenderung untuk teroksida). Anda memerlukan permulaan modal yang besar untuk membeli niaga hadapan emas (bermula dari beberapa ribu USD). Terdapat juga masalah dengan cukai.

2. Saham safe-haven

Saham safe haven adalah saham di mana harganya adalah stabil dan tidak terkesan terhadap trend menurun. Sekuriti ini tidak menarik buat para spekulator, kerana ia tidak meningkat dengan kadar yang cepat ketika berlakunya trend menaik global. Sekuriti ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Terdapat permintaan tertentu terhadap produk syarikat tanpa mengira struktur pasaran dunia.
  • Produk adalah kepentingan strategik.
  • Syarikat tersebut tidak mempunyai prestasi kewangan yang baik tetapi disokong oleh kerajaan.

Semasa pertumbuhan ekonomi global, pelabur memberi perhatian kepada syarikat-syarikat ekonomi yang lebih maju di mana sahamnya akan jatuh dengan cepat ketika berlakunya krisis. Disebabkan itu, safe haven akan menjadi saham syarikat-syarikat pasaran baru. Industri yang berpotensi dalam konteks ini adalah industri perlombongan (logam, berlian) dan tenaga.

Satu contoh yang baik adalah beberapa syarikat di Rusia yang dianggap sebagai pasaran baru berkembang. Carta dua syarikat Rusia selama 10-11 tahun yang lalu ditunjukkan di bawah.

LiteFinance: Apakah itu aset safe-haven dan bagaimana anda berdagang dengannya?

Carta ini menunjukkan saham syarikat negera, PJSC Gazprom. Seperti yang saya tulis di atas, stok industri minyak dan gas tidak termasuk dalam kategori safe haven, di mana ianya jelas dari carta. Selepas kejatuhan harga pada tahun 2009, stok tidak kembali ke tahap pra-krisis.

LiteFinance: Apakah itu aset safe-haven dan bagaimana anda berdagang dengannya?

Apabila sebahagian besar pasaran saham menurun pada tahun 2008-2009, saham McDonald, selepas penurunan kecil, sebaliknya, meningkat dalam nilai. Perlu diberi perhatian bahawa tiada penurunan yang ketara pada akhir tahun 2018 bagi syarikat teknologi. Sebagai contoh, stok Apple menghadapi krisis tahun 2008 dengan mudah, menunjukkan penurunan yang serius pada pengakhiran tahun 2018. Dan IBM pada 2008 menurun lebih daripada 30%. Tesco dan Walmart, yang mewakili segmen runcit, mempunyai carta yang sama dengan McDonald's. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun berikutnya, saham syarikat-syarikat ini mempunyai penurunan yang tinggi, oleh itu, saham sektor pengguna dan sektor makanan adalah lebih selamat berbanding dengan saham syarikat runcit.

Kesimpulan. Universal Safe haven tidak wujud, dan ianya boleh berbeza pada masa yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sekuriti yang semakin meningkat seperti yang ditunjukkan dalam contoh McDonald's.

Saya perlu menekankan bahawa tiada panduan tunggal untuk mengenal pasti safe haven. Oleh itu, pelabur perlu membuat keputusan mengenai safe haven paling sesuai mengikut situasi ekonomi. Perlu diingatkan bahawa perkara yang menjadikan sesuatu safe haven yang baik dalam satu penurunan pasaran mungkin tidak menunjukkan hasil yang sama dalam situasi yang lain. Cadangan di atas mengenai negara-negara dan industri adalah perlu untuk diberi perhatian dan ciri-ciri yang perlu diketengahkan oleh sekuriti.

  • Penting! Saham safe-haven tidak dianggap sebagai safe haven berbanding emas atau bon kerajaan. Ya, ianya menurun secara sedikit ketika krisis, tetapi ianya dapat menghasilkan kerugian apabila sekuriti lain sedang meningkat pada waktu yang berbeza. Adalah wajar untuk mempertimbangkan saham sebagai safe haven hanya dalam tempoh kemerosotan, selepas itu, seseorang harus memutuskan saham setiap syarikat secara sendiri.

Pelabur tidak seharusnya mempertimbangkan stok minyak dan gas industri, teknologi dan syarikat bioteknologi melainkan syarikat-syarikat tersebut berada di bawah naungan kerajaan. Anda juga tidak sepatutnya menggunakan saham kedua sebagai safe-haven, kerana para pelabur kebiasaannya akan menjual saham tersebut ketika krisis sedang berlangsung. Semakin besar sesuatu permodalan syarikat, semakin tinggi kebarangkalian syarikat tersebut akan disediakan oleh pembiayaan negara. Syarikat dengan permodalan yang kecil akan menghadapi risiko yang tinggi. Sebagai alternatif, anda boleh melabur dalam dana indeks.

3. Bon Kerajaan

Bon kerajaan juga digelar sebagai bon berdaulat. Ianya dianggap sebagai salah satu aset yang paling selamat, walaupun tiada apa-apa pun yang selamat secara dasarnya. Pertama sekali, ianya adalah mengenai bon kerajaan U.S.,  Perbendaharaan, di mana risikonya adalah hampir kepada sifar. Beberapa situasi yang penting:

  • Bon jangka pendek (kurang daripada 3 tahun) adalah lebih utama. Kertas kerja jangka panjang lebih responsif terhadap turun naik pasaran.
  • Kertas dengan kadar floating adalah lebih utama.
  • Bon kerajaan oleh ekonomi yang lebih maju diutamakan. Bon-bon perbandaran dan bon pasaran yang baru terbentuk dianggap mempunyai liquidity yang rendah.

Salah satu kelemahan bon kerajaan adalah hasilnya yang rendah di mana ia tidak selalu mumulihkan inflasi. Tetapi dalam pasaran yang sedang menurun, aset yang mempunyai hasil adalah perkara yang jarang-jarang berlaku, dan bon mungkin menjadi alternatif kepada deposit.

Bon korporat bukanlah safe haven. Semasa tempoh krisis, terdapat sejumlah besar bankrupsi firma yang berbeza, termasuklah syarikat-syarikat besar. Sekiranya anda masih ingin menambahkan bon korporat ke portfolio anda, tumpuan terhadap perkara seperti penarafan kredit, pendapatan pertukaran asing dan kemungkinan sokongan kerajaan. Alternatif kepada sekuriti hutang individu adalah dana bon.

4. Mata wang

U.S. dolar setakat ini adalah salah satu daripada beberapa mata wang di mana penganalisis mengesyorkan untuk ditambah kepada portfolio pelaburan seseorang dengan tujuan untuk kepelbagaian. Keyakinan global dalam mata wang adalah kukuh, walaupun terdapat hutang yang semakin meningkat. Euro semakin menurun dengan lebih rendah pada ketika masalah ekonomi tempatan berlarutan; Oleh itu, ianya tidak dianggap sebagai aset safe-haven.

Ketika krisis, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk Swiss franc, tetapi mempunyai masalah dengan liquidity. Sebagai contoh, pelabur dari Afrika, India atau Rusia akan menghadapi kesukaran untuk membeli atau menjualnya dengan cepat. Jepun yen juga kadang-kadang digelar sebagai safe-haven. Ia pernah digunakan sebagai safe-haven, tetapi kini, ketika Jepun sedang berusaha untuk mengurangkan deflasi, dan kerajaan Jepun, sebaliknya, mencari jalan untuk menurunkan nilai kerajaan tempatan, yen kini tidak boleh lagi dianggap sebagai safe haven.

Safe-haven yang lain:

  • Hartanah. Sesetengah penganalisis berpendapat bahawa hartanah boleh berfungsi sebagai safe haven. Kesemuanya mempunyai hubungan masing-masing. Jika pelancong hartanah di Mediterranean pernah menjadi satu permintaan (contohnya, Sepanyol), maka, semasa krisis, permintaan akan menurun secara mendadak, dan harga hartanah juga akan menurun. Di samping itu, terdapat juga kos perkhidmatan hartanah (dan sewa tidak selalu mencukupi untuk membiayainya), maka pelaburan tersebut tidak kelihatan berpotensi.
  • Mutual fund dan ETF. Ianya juga boleh dianggap sebagai safe haven, kerana ianya sering dipelbagaikan. Tetapi, ketika krisis, fungsi hedging akan menjadi lemah – ianya menjadi lebih murah bersama-sama dengan aset yang lain. Pelaburan ini melepaskan tanggungjawab pelabur terhadap pembentukan portfolio seimbang, tetapi risiko terhadap kesilapan dalam pengurusan masih kekal.
  • Deposit bank. Ianya dianggap sebagai instrumen pelaburan konservatif di mana ia mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Sistem perbankan disokong oleh Bank Negara dan negara itu sendiri, oleh itu, kebarangkalian bankrupsi oleh bank-bank besar, walaupun ketika mengalami krisis, adalah kecil (masih terdapat pengecualian). Dana insurans sepenuhnya atau sebahagiannya mengimbangi deposit dalam kes force majeure. Deposit mempunyai satu masalah, dalam ekonomi yang lebih maju, bank pusat akan bertindak hanya untuk menghasilkan wang. Oleh itu, kadar deposit kadang-kadang tidak merangkumi inflasi.

Mengimbangi dan mempelbagaikan portfolio pelaburan

Persoalan yang sering ditanya adalah bagaimana membuat portfolio pelaburan dari segi mengoptimumkan keuntungan dan risiko. Adakah boleh untuk menggabungkan portfolio yang dapat mengatasi indeks saham dari segi keuntungan (iaitu purata instrumen dari segi keuntungan) dan apakah risiko pelaburan dalam kes ini? Jawapan kepada persoalan ini telah disediakan oleh matematik dan statistik.

Nisbah berikut digunakan untuk menilai keberkesanan strategi pelaburan:

  • α digunakan untuk mengenal pasti jangkaan kadar pulangan
  • β digunakan untuk mengukur tahap risiko

Oleh kerana artikel ini membincangkan topik safe haven, iaitu, dengan risiko yang minimum, saya hanya akan mempertimbangkan pekali beta di sini.

Nisbah risiko (β) digunakan untuk membuatkan portfolio kita lebih mudah dijangka. Kaedah penilaian menyerupai analisis portfolio yang menggunakan ratio Sharpe. Ia boleh digunakan untuk menentukan nilai kedua-dua aset dan portfolio. Tetapi pekali pada portfolio kebiasaannya dibandingkan dengan petunjuk purata pasaran (kekerapan yang tinggi - dengan indeks, kekerapan yang rendah - dengan industri). Jenis-jenis instrument kewangan yang sama dibandingkan, sebagai contoh, saham dan indeks saham. Perbandingan, sebagai contoh, stok dan bon akan menjadi salah. Ianya juga tepat untuk mengambil data dalam tempoh yang sama untuk kedua-dua instrumen.

Formula yang selalu digunakan:

LiteFinance: Apakah itu aset safe-haven dan bagaimana anda berdagang dengannya?

 

r bermaksud pulangan atas aset individu dan penanda aras perbandingannya. Ianya adalah covariance saiz pulangan penanda aras. Penyebutnya adalah variance (ukuran spread) dari nilai rawak keuntungan pasaran secara langsung dengan jangkaan matematiknya.

Anda tidak perlu menghitung pekali secara manual. Anda boleh membuat model dalam Excel, tetapi pekali ini telah dikira dari banyak sumber analisis apabila menentukan nilai petunjuk kewangan. Walau bagaimanapun, ianya mungkin berbeza untuk sumber yang berlainan kerana perbezaan pendekatan terhadap pengumpulan maklumat dan prinsip pengiraan. Oleh itu, pekali digunakan untuk membandingkan perbandingan portfolio atau instrumen.

Semakin hampir β kepada sifar, semakin rendah sensitiviti aset/portfolio terhadap keadaan pasaran. Sekiranya pelabur individu membeli instrumen pada pertumbuhannya, maka β haruslah lebih besar dari 1. Ini membawa maksud bahawa dengan pertumbuhan pasaran am, hasil tersebut, sebagai contoh, keselamatan yang dibeli akan mengatasi hasil indeks. Sekiranya terdapat turun naik yang tinggi dalam pasaran kewangan, maka instrument dengan β

Semakin tinggi β dari 1, semakin besar risiko pelaburan terhadap aset ini.

Bagi struktur optimum pada portfolio pelaburan, ianya berbentuk individu. Dalam persekitaran pasaran yang stabil tanpa tanda-tanda krisis, penganalisis mengesyorkan untuk mempunyai sehingga 20%-25% daripada modal pelaburan dalam safe-haven (emas, bon kerajaan, Swiss franc). Aset berisiko tinggi akan menggunakan 10% -15% daripada portfolio. Selebihnya boleh dilaburkan dalam indeks saham, mata wang, komoditi. Portfolio pelaburan harus kerap disemak semula (pengimbangan semula) untuk memastikan pulangan asalnya dan menghapuskan aset yang tidak menguntungkan.

Masalah dengan pengimbangan portfolio pelaburan adalah modal yang besar diperlukan (bermula dari beberapa ribu USD dan lebih banyak). Sebagai alternatif, anda boleh mempertimbangkan instrumen Forex di mana ia merangkumi hampir segala-galanya, dari indeks saham dan mata wang kepada emas dan komoditi lain. Dan anda tidak memerlukan modal permulaan yang besar untuk melabur dalam aset Forex.

Kesimpulan. Tiada panduan tunggal mengenai cara membuat portfolio pelaburan seimbang. Sama seperti tiada instrumen tunggal yang menguntungkan dan akan memberikan risiko paling rendah ketika krisis global atau tempatan. Seperti sejarah membuktikan, setiap krisis mempunyai safe-haven yang berlainan, dan emas, contohnya, kehilangan status ini buat sementara waktu dan kemudian memperolehnya kembali. Segala-galanya bergantung kepada pedagang itu sendiri, semangatnya untuk memperoleh keuntungan, keuntungan yang dikehendaki, kepelbagaian pelaburan, dan jumlah permulaan pelaburan. Saya berharap cadangan yang diberikan dalam artikel ini akan membantu anda membuat portfolio yang seimbang. Pada pendapat anda, apakah instrumen yang dianggap sebagai safe-haven? Apakah cadangan anda untuk mengoptimumkan portfolio pelaburan? Saya ingin mengajak anda untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dalam ruangan komen!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga XAUUSD dalam mode real time

Safe haven dan portfolio seimbang

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat