Jenis-jenis pembetulan. Lima peluru. Pelan perdagangan

Hai rakan semua!

Dalam artikel sebelumnya, saya telah menulis tentang Gelombang Elliot, menerangkan struktur gelombang dan cara-cara untuk mengenal pasti titik mula dan akhir bagi setiap gelombang motif dalam pola Gelombang Elliott.

Pada hari ini, saya akan terangkan beberapa jenis pembetulan yang berlainan dalam Forex, perbezaannya, peraturan pembentukan gelombang yang akan mengurangkan peluang kesilapan. Dan akhir sekali, saya akan beritahu cara anda boleh menggunakan pembentukan gelombang Elliot pada satu trend untuk mendapatkan keuntungan maksimum.

Jenis-jenis pembetulan

Seperti yang saya telah tulis dalam artikel sebelum ini, pembetulan biasanya dikelaskan sebagai mudah atau kompleks. Mari kita lihat setiap perbezaannya.

Pembetulan mudah

Pembetulan mudah merujuk kepada pembetulan zigzag yang terdiri daripada tiga unsur A, B, dan C. Gelombang pertama, A, biasanya mengandungi lima gelombang yang lebih kecil. Jadi, di awal pembetulan, anda boleh kira jumlah gelombang yang berada dalam gelombang A. Oleh itu, jika lima gelombang dikenal pasti berada dalam satu gelombang A, jangkakan pola zigzag yang boleh didagangkan untuk mendapatkan keuntungan.

Gelombang seterusnya, gelombang B biasanya mengandungi tiga gelombang yang lebih kecil. Selepas lima gelombang dalam gelombang A tamat, pembetulan gelombang B biasanya tidak akan menjejak semula lebih daripada 62% panjang gelombang A. Jarang sekali pembetulan berlaku sehingga 75% daripada panjang gelombang A.

Dan gelombang terakhir, gelombang C yang serupa dengan gelombang 3 dalam pola impuls biasanya merupakan gelombang yang paling panjang (100%-162% daripada panjang gelombang A), memberi peluang terbaik untuk menjana keuntungan. Ia terdiri daripada lima gelombang yang lebih kecil.

LiteFinance: Pembetulan mudah

Carta di atas memaparkan struktur pola gelombang pembetulan yang mudah.

Pembetulan kompleks

Bill Williams mentakrifkan tiga jenis pembetulan kompleks:

  • pembetulan mendatar
  • pembetulan tak sekata
  • pembetulan tiga segi

Pembetulan mendatar

Pembetulan mendatar terdiri daripada tiga gelombang dengan struktur 3-3-5. Dalam pembetulan mendatar, setiap gelombang hampir serupa/sama.

LiteFinance: Pembetulan mendatar

Carta BTCUSD di atas memaparkan satu contoh pembetulan mendatar. Semua gelombangnya hampir sama.

Pembetulan tak sekata

Pembetulan tak sekata adalah pembentukan tiga gelombang dengan struktur 3-3-5, iaitu apabila gelombang B melebihi tinggi gelombang impuls terakhir (gelombang 5). Pembetulan adalah kompleks, iaitu gelombang B menjejak semula lebih daripada 75% gelombang A. Di samping itu, dalam kebanyakan kes, panjang gelombang B berada dalam julat 115%-125% daripada panjang gelombang A. Gelombang paling panjang ialah gelombang C, ia mempunyai panjang 162% hingga 262% daripada gelombang A secara purata. Ia bermakna gelombang ini adalah gelombang yang paling menguntungkan untuk berdagang.

LiteFinance: Pembetulan tak sekata

Carta BTCUSD memaparkan pembetulan tak sekata. Gelombang B melebihi tinggi gelombang A, dan selepas gelombang B selesai, muncul gelombang yang paling panjang dalam pola, gelombang ke bawah C yang melepasi paras bawah gelombang A.

Segi tiga

Pembetulan segi tiga adalah satu pola lima gelombang yang biasa terjadi dalam gelombang B bagi pembentukan tiga gelombang atau gelombang 4 impuls. Semua gelombang pola bertindih antara satu sama lain. Di situ terbentuk gelombang A yang besar, diikuti oleh gelombang B, C, D, dan E yang kecil. Ciri segi tiga yang membezakan adalah ia diikuti serta-merta oleh ayunan harga mendadak dalam arah yang bertentangan dengan gelombang E.

LiteFinance: Segi tiga

Carta di atas memaparkan satu segi tiga. Ia ditandakan oleh garis ungu yang menunjukkan gelombang-gelombang yang terbentuk kemudiannya adalah lebih kecil berbanding gelombang awal. Seperti yang anda lihat dalam carta, penghujung gelombang E diikuti oleh pembetulan bulis.

Memahami Profitunity oleh Bill Williams

Ini merupakan masalah utama bagi analisis Gelombang Elliot. Dalam artikel sebelumnya, saya telah tulis tentang penunjuk Indeks Aliran Wang Bill Williams atau MFI daripada buku beliau, Trading Chaos yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, Bill Williams telah melangkah lebih jauh dan mereka bentuk satu lagi penunjuk analisis teknikal yang mengesan volum tick dan MFI, mencipta penunjuk tepat yang menunjukkan situasi pasaran semasa.

Anda boleh menemui penunjuk ini yang dirujuk sebagai Indeks Pemudahan Pasaran (Market Facilitation Indeks - MFI) di platform TradingView. Saya ingin tekankan sekali lagi yang penunjuk ini menganalisis perubahan volum untuk satu ‘tick’. Jangan keliru dengan penunjuk volum klasik. Volum tick menganalisis perubahan harga untuk satu tick semasa tempoh pembentukan bar. Jangan keliru antara Indeks Pemudahan Pasaran dan Indeks Aliran Wang, nama singkatannya adalah sama (MFI - Market Facilitation Index dan Money Flow Index).  

Bill Williams mentakrifkan keadaan-keadaan penunjuk Indeks Pemudahan Pasaran:

TindakanNama IsyaratWarna Bar dalam TradingView
Nilai MFI dan pertumbuhan volumBar hijauhijau
Nilai volum dan penunjuk yang jatuh serentakBar Witheringcoklat
Volum tick jatuh tetapi nilai MFI menaikBar palsubiru
Volum tick menaik, tetapi nilai MFI jatuhBar cangkung (squatting)Merah jambu

Mari kita lihat setiap isyarat dengan lebih terperinci.

Bar Hijau

Bar ini adalah bar berwarna hijau terang kepada trend pasaran yang sedang berkembang. Ia bermaksud bilangan transaksi yang dibuat oleh pedagang meningkat dan berlaku pergerakan aktif pasaran dalam arah trend. Pedagang baharu menambah volum ke dalam pasaran dengan harapan kesinambungan kecenderungan. Ia adalah waktu terbaik untuk memasuki perdagangan mengikut arah trend dalam situasi semasa.

LiteFinance: Bar Hijau

Dalam carta di atas, anak panah hijau menandakan bar hijau yang sepadan dengan arah pergerakan gelombang, tanda palang merah menandakan bar yang bergerak dalam arah berlawanan dengan trend. Seperti yang anda lihat, kebanyakan bar hijau boleh dianggap sebagai pengesahan tak langsung kepada kesinambungan trend. Akan tetapi, dalam keadaan yang jarang berlaku, penunjuk ini mungkin menghantar isyarat palsu dan dengan itu, isyaratnya perlu dianalisis bersama-sama dengan isyarat lain.

Bar Withering

Situasi ini berlaku apabila nilai-nilai volum dan penunjuk jatuh secara serentak. Pedagang hilang minat dalam trend semasa, memilih untuk menutup kedudukan, maka trend akan menjadi perlahan. Dalam kes ini, penunjuk MFI berwarna bar coklat/perang. Isyarat ini mencadangkan yang nilai aset sama ada telah jauh daripada jangkaan kebanyakan pedagang atau masih belum memenuhi jangkaan tersebut.

Bar ‘withering’ kadangkala boleh dilihat di bahagian puncak Gelombang Elliott, terutamanya di bahagian puncak gelombang 1. Pada satu sisi, ia memberi isyarat yang trend semasa berada di peringkat akhir dan dari sisi lain, anda tidak boleh melihatnya sebagai isyarat awal untuk trend baharu yang kuat. Jadi, apabila bar ‘withering’ muncul, pedagang mesti peka untuk menjejak isyarat lain yang menunjukkan permulaan baharu.

LiteFinance: Bar Withering

Bar perang di permulaan gelombang (ditandakan dengan warna hijau) menunjukkan kesukaran dalam pasaran. Beberapa perdagangan mahukan harga yang tinggi untuk bitcoin, manakala yang lain masih lagi tidak mempercayai trend baharu, menganggapnya hanya pembetulan. Dalam bahagian kedua gelombang, terdapat dua bar ‘withering’ yang muncul. Ia memberi isyarat yang beberapa pedagang enggan untuk membeli apa-apa dan harga akan dibetulkan tidak lama lagi.

Bar palsu

Bar ini muncul apabila MFI naik, tetapi pergerakan yang lemah tidak disokong oleh volum perdagangan.

Dalam sesetengah kes, bar palsu menandakan pembetulan yang terhenti seketika, dalam kes lain, ia memberi isyarat kepada manipulasi “lubang perdagangan”, iaitu apabila pedagang kedudukan cuba untuk mencetuskan henti kerugian ahli pasaran lain sebelum perdagangan sebenar bermula.

LiteFinance: Bar palsu

Penunjuk palsu muncul dengan kerap. Oleh itu, saya tidak akan beri perhatian kepada kelompok bar palsu yang menggerakkan pengira kepada trend major. Jika anda lihat dengan lebih dekat, anda akan melihat yang pergerakan menurun bukanlah asli. Terdapat kelompok bar biru dengan volum menaik dalam carta MFI. Ia membawa maksud yang pedagang profesional cuba untuk mencetuskan henti kerugian pedagang lain melalui pembetulan yang singkat.

Bar cangkung (squatting)

Ini merupakan bar yang paling memberi harapan. Hampir setiap trend yang berakhir dengan bar cangkung sering mengenai titik ekstrem tempatan atau ditutup di sekitarnya. Ia memberi isyarat pergelutan antara bul dan bear yang mengakibatkan volum tinggi dengan pergerakan harga yang sedikit.

Dalam sistem perdagangan kami, bar cangkung akan menjadi isyarat kepada gelombang semasa yang sedang tamat dan pergerakan berlawanan yang baharu akan terhasil tidak lama lagi. Di samping itu, bar cangkung juga mungkin muncul di tengah-tengah trend, terutamanya jika terdapat gelombang 3 Elliot yang sedang membentuk. Dalam kes ini, ia dipanggil bar cangkung. Jika trend tidak berbalik selepas isyarat muncul, bar cangkung seterusnya akan muncul selepas tempoh sama dengan jarak antara permulaan trend dan bar cangkung pertama. Oleh itu, kita mempunyai julat sasaran harga baharu yang lebih sempit.

LiteFinance: Bar cangkung (squatting)

Tanda betul hijau dalam carta menandakan puncak gelombang yang diiringi oleh bar cangkung; tanda palang merah menandakan titik bahawa isyarat tersebut tiada. Seperti yang anda lihat, puncak gelombang hampir sentiasa sepadan dengan bar cangkung. Walaupun sekiranya isyarat itu belum berhasil, di hadapan harga ekstrem terdapat dua bar cangkung, dan puncaknya itu sendiri ditandakan dengan bar palsu MFI.

LiteFinance: Bar cangkung (squatting)

Pada contoh gelombang 1, jelas kelihatan bar cangkung pengukur berwarna merah jambu terbentuk pada tempoh yang sama. Secara praktik, turutan tepat itu tidak berlaku dengan kerap, tetapi secara umum, tempoh sebelum ini adalah lebih baik untuk digunakan bagi meramal bar cangkung di masa akan datang.

Lima peluru

Sebagai tambahan kepada pengenalpastian gelombang yang betul, satu tugas penting lagi ialah mengetahui titik di mana gelombang tersebut selesai. Untuk mengenal pasti pengakhiran trend, Bill Williams menggunakan perkara yang beliau gelar lima peluru magik. Syarat-syarat dan isyarat ini saya telah jelaskan secara ringkas dalam artikel sebelumnya

Apabila kesemua 5 syarat ini dipenuhi, dan semua 5 peluru magik ada, ia bermaksud gelombang yang sedang terbentuk itu hampir tamat dan gelombang baharu akan terbentuk. 5 peluru selalunya akan menamatkan gelombang, mengosongkan laluan untuk gelombang baharu.

Baiklah, 5 peluru magik yang menghapuskan setiap trend adalah:

  1. Bar yang membentuk harga ekstrem dalam zon sasaran.
  2. Terdapat pencapahan antara penunjuk MFI dan harga (sebagai isyarat tambahan, ia mungkin memasuki zon terlebih beli/terlebih jual).
  3. Terdapat fraktal di puncak tinggi (atau puncak rendah jika trend menurun).
  4. Terdapat bar cangkung pada salah satu daripada tiga bar menaik atau menurun.
  5. Terdapat perubahan momentum pada penunjuk MACD, momentum naik berbalik kepada momentum turun dalam pasaran bulis dan momentum turun berbalik kepada momentum naik dalam pasaran bearis.

Mari kita lihat setiap syarat-syarat tersebut dengan lebih terperinci.

Zon sasaran

Apabila menjelaskan tentang struktur gelombang dan pembetulan, saya tulis tentang zon sasaran. Untuk gelombang impuls, ia adalah seperti berikut:

  • Gelombang 2 – 38%-62% daripada panjang gelombang 1
  • Gelombang 3 – 100%-162% daripada panjang gelombang 1
  • Gelombang 4 – 38%-50% daripada panjang gelombang 3, dalam keadaan yang jarang berlaku, ia kurang daripada 38%.
  • Gelombang 5 – kira perbezaan antara titik permulaan gelombang 1 dan puncak gelombang 3, kemudian, tambah 62% dan 100% daripada nilai yang telah dikira kepada titik akhir gelombang 4. Julat harga yang telah dikenal pasti adalah zon sasaran.

Untuk pembetulan:

  • Mudah: Gelombang B adalah 62% daripada panjang gelombang A, kadang-kadang, 75%. Gelombang C adalah 100%-162% daripada panjang gelombang A.
  • Mendatar: gelombang B dan C hampir sama dengan gelombang A.
  • Tak tetap: gelombang B adalah 115%-125% daripada gelombang A, gelombang C adalah 162%-262% daripada gelombang A.
  • Segi tiga: gelombang seterusnya adalah lebih panjang daripada gelombang A

Mari saya jelaskan cara untuk mengenal pasti zon sasaran pada contoh pasaran BTCUSD:

LiteFinance: Zon sasaran

Terdapat sesuatu seperti pembetulan segi tiga pada carta di atas, di mana syarat yang paling penting ialah gelombang seterusnya hendaklah kurang daripada gelombang sebelumnya.

Secara umum, syarat ini telah dipenuhi dan gelombang E sepatutnya akan terbentuk tidak lama lagi.

Penunjuk MFI oleh Bill Williams

Saya telah terangkan tentang penunjuk ini secara terperinci dalam artikel sebelumnya berkenaan Teori Gelombang Elliot. Ingat, dua isyarat menandakan pengakhiran gelombang:

  • Penumpuan (pencapahan) indikator dan harga. Ia mungkin telah lama muncul sebelum pembalikan trend
  • Penunjuk memasuki zon terlebih beli/terlebih jual di sekitar harga ekstrem.

Bill Williams juga menggunakan isyarat MFI untuk mengenal pasti Gelombang Elliot dengan betul. Nilai purata penunjuk adalah lebih besar untuk gelombang 3. Oleh itu, terdapat penumpuan bermula dari akhir gelombang 3 sehingga akhir gelombang 5.

LiteFinance: Penunjuk MFI oleh Bill Williams

Dalam contoh situasi pasaran semasa kita, terdapat pencapahan MFI yang mengesahkan perubahan gelombang.

Situasi sama berlaku apabila gelombang C diubah oleh gelombang D. Terdapat juga pencapahan, penunjuk yang tidak melepasi paras rendah, berbeza seperti di dalam carta. Jadi, trend dalam carta harga dan penunjuk dihalakan antara satu sama lain.

Selain itu, penunjuk MFI meninggalkan zon terlebih beli yang merupakan isyarat awal pembalikan harga dan perubahan gelombang.

Fraktal

Fraktal merupakan pola berbalik yang sering muncul pada puncak gelombang. Saya mencadangkan penggunaan penunjuk Fraktal Williamns (ditetapkan sama) untuk mengenal pasti fraktal.

LiteFinance: Fraktal

Dalam carta di atas, fraktal ditonjolkan dengan segi tiga berwarna merah dan biru. Seperti yang anda lihat, setiap puncak gelombang sepadan dengan fraktal. Isyarat yang sama muncul pada bahagian lain dan ini membuktikan isyarat ini hanya perlu dipertimbangkan bersama dengan peluru lain.

Bar cangkung

Ini merupakan isyarat ‘Profitunity’ yang membolehkan titik pembalikan dikenal pasti. Saya telah jelaskan tentang instrumen ini secara terperinci di atas. Pada Indeks Pemudahan Pasaran, penunjuk MFI oleh Bill Williams yang menggabungkan isyarat MFI dengan volum, bar cangkung berwarna merah jambu

LiteFinance: Bar cangkung

Untuk analisis prestasi Indeks Pemudahan Pasaran yang lebih objektif, saya telah menggunakan rangka masa yang lebih besar (carta mingguan, bukannya carta harian), ini kerana semakin besar rangka masa itu, semakin kuat isyarat yang akan diberikan oleh MFI. Daripada carta di atas, ia jelas (ditonjolkan dengan anak panah merah jambu) bahawa bar terakhir ialah bar cangkung yang mengesahkan peluru lain dalam set penghapusan trend.

LiteFinance: Bar cangkung

Mengikut sejarah isyarat penunjuk ini, sudah jelas yang ia agak tepat. Hanya terdapat satu ralat, ia ditandakan dengan tanda palang merah apabila penunjuk menghantar isyarat hijau yang palsu.

Profitunity MACD

Anda boleh menggunakan penunjuk MACD tradisional untuk menganalisis gelombang Elliot. Walau bagaimanapun, bagi mencapai keputusan terbaik, saya cadangkan anda supaya menggunakan Profitunity MACD oleh Bill Williams dengan tempoh 5/34/5. Bill Williams mencadangkan penggunaannya untuk melakukan yang berikut:

  1. Kenal pasti puncak gelombang 3, 4, dan 5 (berdasarkan pengalaman saya, penunjuk juga boleh digunakan untuk mengesahkan isyarat pembalikan pada pembetulan).
  2. Kenal pasti kuasa motif (momentum) untuk memilih bahagian pasaran yang betul untuk berdagang.

Saya juga perlu beritahu yang Bill Williams mencadangkan untuk menggunakan Profitunity MACD bagi mengenal pasti gelombang bar 100-140. Jika syarat ini dipenuhi, penunjuk akan memberi ketepatan isyarat yang paling tepat.

LiteFinance: Profitunity MACD

Bulat berwarna biru dalam carta menandakan zon-zon harga ekstrem gelombang terakhir, gelombang 5 dan juga gelombang A, B, C, D, E, pada carta MACD, ia menandakan isyarat berbalik. Ingat, isyarat pembalikan MACD adalah pertemuan penunjuk MA dan perubahan arahnya, serta peralihan histogram daripada zon hijau ke zon merah (zon yang dipanggil zon sifat) dan sebaliknya. Seperti yang anda lihat, isyarat MACD sedikit lewat. Akan tetapi, dalam rangka masa yang pendek, kelewatan ini tidak begitu penting.

MACD juga boleh menghantar isyarat pencapahan atau penumpuan seperti dalam contoh kita, serupa dengan isyarat MFI. Ia juga boleh digunakan sebagai isyarat tambahan bagi mengesahkan isyarat utama.

Akhir sekali, semua lima peluru boleh dilihat dan dengan itu, kita boleh menjangkakan kitaran bulis baharu akan bermula. Kita hanya perlu tunggu dan melihat jika ia benar.

Ringkasan

Penerangan saya tentang teori Gelombang Elliot daripada buku Bill Williams hampir sampai ke penghujungnya. Mari kita simpulkan semua perkara yang telah kita pelajari.

Apabila anda mengenal pasti gelombang Elliot, anda perlu mengikuti beberapa peraturan mudah:

  • Gelombang impuls 2 yang rendah hendaklah lebih tinggi berbanding titik permulaan gelombang satu. Jika ia sama dengan tahap gelombang pertama atau lebih rendah, trend mungkin tidak terbentuk.
  • Puncak ketiga gelombang impuls dalam trend naik hendaklah lebih tinggi berbanding tinggi gelombang 1, atau lebih rendah daripada puncak rendah dalam trend bearis.
  • Gelombang 3 tidak boleh menjadi gelombang yang paling pendek daripada tiga gelombang impuls.
  • Titik rendah gelombang 4 mesti lebih besar daripada puncak gelombang pertama dalam trend bulis, dan lebih kecil dalam trend bearis. Jika keadaan ini tidak dipenuhi, lihat gelombang 5, puncaknya hendaklah lebih tinggi daripada puncak gelombang ketiga (sebaliknya jika dalam trend bearis). Jika keadaan ini tidak dipenuhi, turutan gelombang tidak dikenal pasti dengan betul.
  • Gelombang pembetulan yang terbentuk dalam impuls utama hendaklah berbeza antara satu sama lain sekurangnya-kurangnya satu daripada parameter ini, saiz, masa pembentukan atau kerumitan. Jika tiada perbezaan yang jelas, model pembetulan yang kompleks mesti terbentuk berbanding trend.
  • Masa pembentukan ketiga-tiga gelombang yang berhampiran antara satu sama lain yang terbentuk dalam impuls hendaklah berbeza.
  • Satu daripada gelombang impuls hendaklah dikembangkan oleh saiz nominal, ia perlu lebih besar daripada dua lagi gelombang.
  • Gelombang ini akan membantu anda mengelak daripada membuat tafsiran turutan gelombang yang salah. Jadi, walaupun sekiranya satu peraturan tersebut tidak dipatuhi, anda hendaklah menutup kedudukan yang dibuka dan mengkaji semula ramalan.
  • Apabila anda menganalisis lima peluru, pertama sekali, anda perlu mengira titik sifar permulaan turutan lima gelombang. Kemudian, semasa gelombang pertama, kita melihat trend membentuk dan cari masa apabila pembetulan pertama bermula. Untuk membuat ini, kita boleh beralih ke rangka masa yang lebih singkat dan melihat urutan lima gelombang membentuk dalam gelombang pertama, sekali gus mengesan lima peluru untuk gelombang-gelombang tahap rendah ini.

Kedudukan pendek pertama dibuka pada permulaan gelombang kedua. Henti rugi diletakkan lebih tinggi berbanding paras tinggi tempatan. Jika anda tidak dapat memantau pasaran dengan kerap, anda hendaklah memilih sasaran antara anjakan 50% dan 62% daripada panjang gelombang 1. Jika anda rancang untuk memantau dalam tempoh pendek, gelombang 2 hendaklah dibahagikan kepada pembentukan lima gelombang di mana penghujung gelombang kelima akan menjadi isyarat keluar.

Anda juga mungkin tidak mengenal pasti titik sifar dengan betul. Dalam kes ini, harga akan menjadi lebih rendah dan dengan itu, anda hendaklah keluar daripada perdagangan semasa dan menjangkakan isyarat selanjutnya bahawa pembetulan yang panjang telah tamat.

Apabila gelombang tiga mula membentuk, Williams mencadangkan untuk membeli bilangan kontrak yang kecil. Henti kerugian seperti dalam kes sebelum ini, ditetapkan di sekitar puncak gelombang 2.

Anda buka belian tambahan apabila panjang impuls mencapai 100% atau lebih daripada gelombang 1. Dalam kes ini, ia sudah tentu gelombang 3. Sasaran akan berada dalam julat 150%-163% daripada panjang gelombang pertama. Selain itu, jika tiada isyarat pembalikan semasa harga menghampiri sasaran, anda tidak sepatutnya keluar daripada perdagangan sehingga muncul isyarat pembalikan tersebut. Dalam kes ini, akan muncul gelombang 3 yang dikembangkan, dan dengan itu, anda perlu ingat yang gelombang 5 mungkin pendek.

Dagangkan gelombang keempat dan kelima dengan cara yang sama, bahagikannya dalam pembentukan gelombang tahap yang lebih rendah dan keluar perdagangan apabila terdapat lima peluru. Untuk mengambil keuntungan maksimum, anda perlu gunakan kelebihan gelombang pembetulan. Penamat untuk gelombang kelima adalah titik sifar.

LiteFinance: Ringkasan

Dalam carta di atas, saya gariskan sistem perdagangan William secara kasar. Zon biru, iaitu gelombang pertama digunakan untuk mengesahkan yang trend itu benar-benar berkembang. Zon hijau menandakan zon beli, zon merah – zon untuk memasuki perdagangan jual.

Itu sahaja untuk hari ini.

Semoga perdagangan anda berjaya dan menguntungkan!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Jenis-jenis pembetulan dalam Forex. Bahagian 2. Bill Williams

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat