Salah satu soalan utama yang di tanya oleh pedagang baru dan pelabur adalah berapa banyak yang boleh dibuat oleh pedagang Forex setiap bulan. Setiap orang ingin mengetahui apa yang akan mereka miliki sebagai ganti masa dan usaha mereka, berbanding dengan peluang memperolehi dari sumber lain. Ada yang menjangkakan bahawa Forex mampu menghasilkan 100% setahun dan lebih banyak, dan ada yang ragu-ragu walau sekitar 30%. Jadi berapa banyak yang dapat dibuat oleh pedagang? Mari kita mengira bersama.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Pengambilan Utama
- Purata pendapatan pedagang Forex bergantung pada pengalaman, modal, strategi dan keadaan pasaran mereka. Pemula memperoleh $100–$500/bulan, manakala profesional memperoleh $5,000–$10,000+/bulan.
- Pedagang baru sering mengalami kerugian dalam beberapa bulan pertama mereka. Membuat keuntungan yang stabil memerlukan latihan dan latihan.
- Pedagang berpengalaman dengan pengurusan risiko yang kukuh boleh membuat sehingga 200% sebulan dengan leverage, walaupun ia berisiko.
- Leverage meningkatkan potensi keuntungan (cth., anda boleh memperoleh $200/hari dengan deposit $2,000 dan leverage 1:1000). Walau bagaimanapun, ia meningkatkan risiko stop out.
- Dengan mengehadkan risiko kepada 2% daripada deposit setiap dagangan, anda mengurangkan kemungkinan kerugian.
- Pendapatan dagangan ditentukan oleh bilangan dagangan, pesanan take profit dan turun naik aset. Purata turun naik harian adalah sekitar 80–100 pip.
- Menyalin dagangan pedagang yang berjaya membolehkan pemula memperoleh wang walaupun tanpa pengetahuan yang luas, dengan itu meningkatkan keuntungan mereka.
Apa itu Purata Pendapatan Trader Forex setiap Bulan?
Ramai orang bergantung pada Forex sebagai sumber pendapatan utama mereka. Persoalannya, Berapakah pendapatan trader Forex profesional setiap bulan? Pendapatan dagangan forex sebulan boleh berbeza-beza dan bergantung kepada banyak faktor. Pendapatan trader dipengaruhi oleh pengalaman mereka, strategi perdagangan, jumlah modal yang dilaburkan dan keadaan pasaran. Trader pemula cenderung memperoleh pendapatan yang lebih sedikit kerana ia memerlukan masa dan latihan untuk mencapai keuntungan yang konsisten dalam Forex. Trader yang lebih berpengalaman yang menggunakan strategi yang terbukti berkesan dan menguruskan risiko dengan baik mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjana pendapatan yang stabil.
Selain itu, berapa banyak yang boleh anda peroleh daripada dagangan Forex setiap hari? Keuntungan dagangan Forex harian boleh berubah-ubah bergantung kepada strategi dagangan. Sesetengah trader memilih untuk membuat banyak dagangan dengan keuntungan kecil, manakala yang lain memberi tumpuan kepada dagangan yang kurang kerap tetapi lebih besar dengan hasil yang lebih tinggi. Oleh itu, potensi pendapatan daripada dagangan Forex sangat bersifat individu dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor unik yang mempengaruhi prestasi setiap trader.
Berapakah pendapatan seorang trader pemula?
Pendapatan trader Forex pemula biasanya terhad kerana mereka berada pada peringkat awal mempelajari kemahiran dan prinsip asas perdagangan. Menurut statistik 2024, seorang trader pemula secara purata boleh memperoleh antara $100 hingga $500, dengan syarat mereka berdagang dengan berhati-hati dan memulakan dengan pelaburan kecil. Namun, kebanyakan trader baru ini mungkin menghadapi kesukaran untuk mencapai keuntungan yang konsisten dalam beberapa bulan pertama dan, dalam beberapa kes, mungkin mengalami kerugian. Akhirnya, jumlah yang boleh diperoleh oleh seorang trader pemula bergantung kepada tahap latihan mereka dan jumlah wang yang dilaburkan.
Berapakah pendapatan trader profesional?
Trader Forex profesional dengan pengalaman yang cukup dan pengurusan risiko yang berkesan boleh memperoleh lebih banyak keuntungan. Purata pendapatan bulanan trader profesional boleh berkisar antara $5,000 hingga $10,000 atau lebih, bergantung pada strategi, modal dan keadaan pasaran. Menurut data Glassdoor 2024, gaji trader di UK boleh mencapai £155,634 setahun, iaitu sekitar £12,970 sebulan. Walau bagaimanapun, ramai trader profesional menerima bonus prestasi, yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan mereka dengan ketara.
Salin pedagang yang berjaya
Buat keuntungan dari hari pertama perdagangan tanpa latihan. Pedagang terbaik dari seluruh dunia berada di platform yang sama untuk berkongsi strategi menjana wang mereka.
Berapa pendapatan seorang trader bebas?
Pendapatan bulanan daripada dagangan Forex untuk trader bebas (independence trader) sebahagian besarnya bergantung pada kemahiran mereka dan jumlah modal yang mereka miliki. Mereka yang berdagang dengan dana mereka sendiri boleh memperoleh dari seratus hingga seribu ringgit sebulan. Menurut sumber 2024, trader bebas yang berjaya boleh membuat dari $2,000 hingga $5,000 sebulan. Namun begitu, kekurangan pendapatan tetap dan keadaan yang stabil menjadikan dagangan sedemikian lebih berisiko dan tidak stabil dari segi keuntungan.
Bagaimana dan Berapa Banyak Trader Forex Menerima Pendapatan?
Bayangkan pasar klasik di mana barang dijual dan dibeli. Anda boleh menjadi penjual atau pembeli di sana. Contohnya anda membeli sesuatu yang murah dan menjualnya dengan harga yang tinggi, dan menjana wang dari itu. Berapakah pendapatan anda akan terhasil?
- Modal permulaan anda (semakin banyak barang yang anda miliki, semakin tinggi keuntungan anda)
- Jumlah kredit bank (anda boleh membuat pinjaman jika anda tidak mempunyai wang yang cukup)
- Kecairan aset dan turun naik harga. Semakin ramai orang ingin membeli / menjual produk anda, semakin cepat anda membuat perdagangan. Semakin cepat harga berubah, semakin banyak perdagangan yang anda dapat buat dalam suatu masa.
Perkara yang sama berlaku untuk Forex, di mana peniaga juga menjual atau membeli barang, menggunakan leverage dan mengambil kira turu naik dan mudah tunai. Berikut adalah dua contoh praktikal. Anggaplah EURUSD adalah 1 hingga 2, dan euro adalah mata wang asas.
Contoh 1: Dengan deposit $2000 tanpa leverage
Anda membuat deposit sebanyak USD 2,000. Satu lot adalah 100,000 unit mata wang asas (baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengiraan ukuran lot). Ukuran minimum perdagangan yang dinyatakan dalam syarat akaun adalah 0.01 lot dan 1.000 unit asas, yang sama dengan 100% deposit anda (2,000 USD atau 1,000 EUR). Dengan 0.01 lot, kos satu mata EURUSD ialah 0.1 USD atau 10 sen untuk sebut harga empat digit (100,000 * 0.01 * 0.0001).
Oleh itu, jika deposit anda 2,000 USD dan anda membuka perdagangan bernilai 2,000 USD, satu langkah variasi harga akan menghasilkan 10 sen jika ramaln anda betul.
Purata turun naik naik matawang adalah sekitar 80-100 mata dalam sehari berdasarkan kalkulator turun naik. Jadi anda boleh menjana wang dari turun naik sedemikian ke arah mana pun! Menurut tinjauan, pedagang baru memperolehi purata 100 mata sehari, menjadikannya 10 seorang pedagang boleh memperolehi 10 USD sehari dengan deposit 2,000 USD jika semuanya berjalan lancar. Ini bermaksud keuntungan bulanan adalah 10% (10*20 hari berdagang = 200 USD).
Walau bagaimanapun, pengiraan ini tidak memberikan spread dan pertukaran yang menelan sebahagian besar keuntungan. Kedua, ada peraturan pengurusan risiko yang mengatakan risiko per perdagangan tidak boleh melebih 2% dari deposit, sedangkan, dalam contoh yang saya berikan, risikonya berjumlah 100%! Ketiga, pedagang tidak selalu mendapat keuntungan. Dengan deposit 1,000 USD dan tanpa leverage, pedagang tidak akan mempunyai dana yang cukup untuk membuka perdagangan kerana lot 0.01 standard adalah 2,000 USD ketika kadarnya adalah 1:2. Kadar sebenar adalah 1.1066, jumlah minimum perdagangan tanpa leverage adalah 1,106 USD.
Berikut adalah contoh di skrin cetak dibawah.
Contoh 2: Dengan deposit $2000 dan leverage 1:1000
Deposit anda adalah sebanyak 2,000 USD. Anda mematuhi peraturan “risiko 2% per perdagangan” dan oleh itu tidak boleh dilakukan tanpa leverage (wang kredit broker). Anggap leverage adalah 1:1,1000. Kemudian anda boleh membuka perdagangan bernilai 40,000 USD (2000*0.02*1,000)USD. Kemudain anda dapat membeli 20,000 EUR, yang sepadan dengan 0.2 lots (20,000/100,000). Mari kita hitung kos satu mata: 100,000 * 0.0001 * 0.2 = 2 USD.
Kesimpulan:
- Dengan deposit sebnyak 2,000 USD dan 100 mata diperolehi sehari, anda dapat memperolehi 200 USD (2 * 100). Ini dapat menghasilkan sekitar 4,000 USD atau 200% sebulan. Seperti yang anda lihat di tangkapan skrin terakhir atau dalam statistik penghasilan pedagang, itu adalah wang yang sebenar.
- Anda hanya mengambil risiko 2% sahaja dari deposit, jadi setiap perdagangan adalah 40 USD.
Itu adalah angka yang cukup optimis, tetapi anda perlu mengurangkan spread, swaps, kerugian sebelumnya, dan yuran pengeluaran untuk mengira keuntungan bersih. Juga ingat bahawa menggunakan leverage tanpa mematuhi peraturan risiko kemungkinan besar akan menyebabkan “stop-out”.
Tidak ada wang “mudah” di Forex. Pedagang berpengalaman yang banyak memperoleh banyak pendapatan dalam pasran pertukaran matawang asing dengan semua tanggungjawab: mereka mengoptimumkan strategi perdagangan mereka dan mengkaji secara menyeluruh instrumen kewangan dan ciri platform perdagangan. Sekiranya anda ingin menjana banyak, gunakan algoritma berikut:
- Mula dengan sederhana. Pastikan keuntungan bulanan bersih anda sekurang-kurangnya 3%-5% daripada pelaburan anda dalam akaun nyata secara stabil. Tidak kira berapa jumlahnya yang setara dengan wang. Yang penting ialah kestabilan dan pengoptimuman risiko sistem perdagangan anda.
- Kumpulkan statistik perdagangan anda (pauttan akauan ke MyFxBook).
- Teruskan berdagang mengikut siste perdagangan anda, menarik pedagang baru, dan menjana keuntungan tambahan dari komisyen (Social trading).
Nasihat: anda boleh menyalin perdagangan dari pedagang yang berpengalaman ke akaun anda. Pilih pedagang dari senarai, tambah nilai akaun anda dan mulailah menyalin!
Mari kita simpulkan
- Jumlah keuntungan anda bergantung kepada faktor berikut:
- Jumlah deposit yang anda gunakan dalam perdagangan. Ingat mengenai peraturan pengurusan risiko.
- Leverage. anda boleh meningkatkan saiz perdagangan anda sebanyak 10, 100 atau bahkan 200 kali. Walau bagaimanapun, jangan lupa tentang “stop-out”
- Strategi Perdagangan Trading strategy (berapa kerap anda buka perdagangan, tahap Take-Profit, etc.)
- Purata turun anik aset.
- Kesedian anda untuk belajar, bersabar, mengutip pengalaman dan kenyakinan diri anda!
Berapa banyak yang dibuat oleh peniaga Forex dalam tiga bulan? Itu semua bergantung pada anda: kesediaan anda untuk mengambil risiko dan masa anda bersedia untuk menghabiskan perdagangan. Langit mempunyai hadnya! Oleh itu buat jadual berdasarkan pengiraan sebelumnya dan tetapkan matlamat anda sendiri!
Lihat berapa banyak pendapatan pedagang terbaik LiteFinance (ini adalah keuntungan yang menjangkau melebih jangka hayat akaun) Column kedua menunjukkan jangka hayat dalam beberapa hari. Maklumat lanjut boleh di dapati di (Personal Profile LiteFinance):
Semua orang mampu menjana kewangan!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.











