MyFxBook adalah platform yang digunakan sebagai alat analisis automatik dalam talian untuk akaun dagangan forex anda. Ianya mempunyai banyak kelemahan, tetapi MyFxBook adalah satu-satunya perkhidmatan web yang mempunyai ciri-ciri penuh di mana seorang pedagang boleh melakukan analisis matematik dan statistik lengkap, dan seorang pelabur perlu mengetahui prestasi dagangan para pedagang dengan risiko yang lebih rendah untuk berurusan dengan penipu.
MyFxBook mempunyai fungsi lain yang menarik dengan mengubah perkhidmatan menjadi alat analitik sepenuhnya. Dalam ulasan ini, anda akan mempelajari tentang kapasiti platform, bagaimana untuk menyambungkan akaun dan menganalisis aktiviti perdagangan; Saya juga akan menerangkan kekurangan MyFxBook ini.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
- Gambaran keseluruhan fungsi MyFxBook
- Bagaimana seorang pedagang dapat menggunakan MyFxBook
- Bagaimana pelabur boleh menggunakan MyFxBook
- Bagaimana cara menggunakan MyFxBook: pemantauan akaun dan menganalisis statistik
- 1. Bagaimana untuk menyambungkan akaun anda ke MyFxBook
- 2. Bagaimana untuk menganalisis prestasi dagangan akaun dengan MyFxBook
- 3. Cara untuk mengenali akaun palsu dan sebenar di MyFxBook
- Kelebihan dan kekurangan MyFxBook
- Kesimpulannya
Artikel ini bertujuan untuk membantu pembaca membuat pendapat umum mengenai perkhidmatan ini. Sekiranya ulasan ini menjadi manual pengguna untuk platform, tambahkannya ke shortcut dan komen perkara lain yang boleh ditambah kepada ulasan ini. Saya akan berbincang mengenainya mengikut kehendak pembaca saya!
Gambaran keseluruhan fungsi MyFxBook
Apakah program lain yang anda gunakan kecuali platform tersebut? Saya yakin kebanyakan pedagang menggunakan kalkulator untuk mengira saiz lot atau stop loss, kalendar ekonomi tersebut. Sepanjang anda meningkatkan kemahiran perdagangan anda dan menjadi pedagang yang lebih maju, anda mula menyimpan jurnal pedagang, menggunakan pelbagai program untuk membentuk atau test Expert Advisors dan petunjuk, skrip untuk platform. Pada satu tahap, akan tiba keperluan terhadap satu alat yang dapat menggabungkan pelbagai fungsi asas yang sering digunakan oleh pedagang, supaya ia boleh menggantikan sedozen program. Alat ini dipanggil perkhidmatan pengawasan.
Perkhidmatan pemantauan akaun adalah platform yang membolehkan anda menguruskan pelbagai akaun forex dan menganalisis aktiviti perdagangan anda. Ia juga menyediakan dan memberi akses kepada bahan analisis, membolehkan anda menerbitkan penyata akaun anda. Perkhidmatan lengkap terhadap kelas ini tidak begitu banyak. Salah satu alat yang terkenal ialah FX Blue, tester untuk MT4 telah pun saya bincangkan dalam ulasan sebelum ini. Ia mempunyai semua fungsi yang diperlukan, tetapi dari segi operasi, keupayaan dan reka bentuk visual, ia tidak semudah seperti monitor MyFxBook.
Idea untuk mencipta MyFxBook berlaku pada tahun 2007. Ia mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk melancarkan versi pertamanya. Pengguna dapat mengakses perkhidmatan tersebut pada tahun 2009, tetapi ia tidak begitu popular. Masalah yang dihadapai adalah kekurangan fungsi penuh dan idea utama platform itu sendiri. Pada mulanya, MyFxBook hanya dicipta sebagai alat analisis untuk MT4 dan MT5. Tetapi pada tahun 2014, pereka mendapat idea yang tepat terhadap fungsi sebenar perkhidmatan tersebut. Setelah menerima lesen (sokongan) daripada pengawal selia Cyprus CySEC, MyFxBook diiktiraf oleh pedagang. Pada tahun yang sama, fungsi urus niaga copy telah ditambah, dan fungsi bahagian analisis telah menjadi lebih berkesan.
MyFxBook adalah platform yang menggabungkan fungsi platform perdagangan, jurnal pedagang, berserta alat analisis lanjutan, analisis forex dan forum. Semuanya tersedia untuk membuatkan perdagangan menjadi lebih selesa, menganalisis sistem perdagangan dan akaun anda, berkongsi idea dengan pedagang lain. Pedagang yang lebih berpengalaman mengoptimumkan sistem perdagangan forex mereka dan dapat memantau prestasi dagangan mereka, pelabur dan pengurus mencari antara satu sama lain, dan MyFxBook menyediakan jaminan, keselamatan dan ketelusan interaksi bersama. Ia menyokong platform dagangan seperti MetaTrader 4 dan 5, cTrader dan lain-lain, senarai penuh terdapat di laman web rasmi.
Bagaimana seorang pedagang dapat menggunakan MyFxBook
- Ianya boleh dikatakan seperti kad perniagaan seorang pengurus akaun. MyFxBook adalah satu platform bebas broker yang memastikan kepentingan penggunanya. Pedagang boleh membuat halaman mereka terbuka untuk umum dan menunjukkan hasil dagangan mereka yang telah diaudit (menghantar kata laluan kepada pelabur, akses awam), di mana pelabur yang berpotensi dapat melihat semua statistik tanpa gangguan terhadap sesi perdagangan. Seorang pelabur boleh mendapatkan laporan backtesting dari MT4, tetapi dari segi keselamatan dan kebolehpercayaan, MyFxBook adalah platformnya.
- Anda boleh menganalisis akaun anda dengan analisis statistik lanjutan. Terdapat banyak keupayaan dalam filter, dan secara statistik dapat menganalisis pelbagai jenis data prestasi berbanding MyFxBook MT4 tester. Ianya cuma bergantung kepada para pedagang jika mereka sanggup mengkaji atau dapat menerima keupayaan MetaTrader.
- Anda boleh menyimpan statistik untuk tempoh terdahulu. Terdapat situasi apabila, berdasarkan jenis akaun anda, MT4 menyimpan hanya beberapa bulan sejarah perdagangan. Dalam MyFxBook semua sejarah sejak akaun disambungkan akan disimpan.
- Komuniti pedagang. MyFxBook menghubungkan pelanggan lebih daripada 100 broker, ia adalah sejenis platform sosial, forum. Saya pasti semua orang akan mendapat manfaat daripadanya.
Terdapat juga alat tambahan seperti kalkulator, simulator dan lain-lain. Saya akan menerangkan tab tersebut secara terperinci. Anda tidak perlu mendaftar untuk melihat statistik perdagangan.
Bagaimana pelabur boleh menggunakan MyFxBook
- Para pelabur mempunyai akses kepada beratus-ratus sistem perdagangan forex (kedua-dua manual dan algorithm), boleh melanggan isyarat perdagangan, mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai topik berkaitan. Ianya adalah platform antarabangsa di mana anda boleh mencari banyak pilihan pelaburan.
- MyFxBook dapat mengenal pasti akaun palsu dan menjalankan pengesahan menyeluruh terhadap pengguna. Pelabur boleh meminta kata laluannya dan mendapatkan akses kepada maklumat terperinci mengenai akaun dagangan. Pelabur sendiri harus memutuskan bagaimana untuk menggunakan maklumat ini. Sebagai contoh, anda boleh mengambil jenis strategi berdasarkan perubahan ekuiti tertentu, anda boleh menilai tahap risiko atau menganalisis prestasi dagangan.
Bagaimana cara menggunakan MyFxBook: pemantauan akaun dan menganalisis statistik
Myfxbook adalah sejenis perkhidmatan, yang melaksanakan semua analisis aktiviti dagangan anda secara automatik. Anda hanya perlu menyediakan perkhidmatan tersebut dengan data laporan dari terminal. Bahagian analisis kelihatan seperti profil pedagang forex, tetapi terdapat lebih banyak indicator.
Fungsi dan keupayaan MyFxBook (kecuali pemantauan akaun yang akan diterangkan dalam bahagian berasingan):
- Kalendar ekonomi. Ia berada di tab Home pada top dashboard. Ia adalah sejenis kalendar di mana anda boleh filter peristiwa berdasarkan tarikh, kepentingan dan aset dagangan tersebut. Anda tidak boleh filter peristiwa mengikut jenis berita (contohnya, hanya siaran atau berita bank pusat semata-mata)
- Kalkulator Forex. Terdapat lima kalkulator: Kalkulator Fibonacci, Kalkulator Margin, Kalkulator Titik Pivot, Kalkulator Pip, Kalkulator Saiz Posisi. Mereka juga boleh ditemui di tab Home.
- Autotrade. Ia adalah perkhidmatan mirroring akaun di mana anda boleh menyalin pedagang yang menyambungkan akaun mereka ke MyFxBook. Terdapat tab berasingan di menu utama. Penyalinan dilancarkan dengan cara yang sama. Pelabur mendaftarkan akaun dengan broker MyFxBook dan membolehkan penyalinan automatik. Anda boleh test isyarat yang disalin pada akaun demo. Untuk menjadi penyedia aktiviti perdagangan, anda harus mempunyai pengambilan tidak melebihi 50%, mempunyai akaun dengan Myfxbook sekurang-kurangnya selama 3 bulan, melakukan sekurang-kurangnya 100 dagangan selama tiga bulan dan mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya $1000 untuk 3 bulan terakhir dagangan. Pedagang yang disalin tidak boleh menggunakan perdagangan Martingale atau Grid.
- Satu set alat untuk analisis pasaran (tab Market). Terdapat beberapa pilihan yang berguna: analisis volatiliti mata wang forex dalam masa sebenar, di mana anda boleh menetapkan filter yang berbeza, data mengenai liquidity dan perkaitan pasangan mata wang antara satu sama lain. Terdapat beberapa idea mengenai corak teknikal perdagangan untuk 4 pasangan mata wang utama, MyFxBook mengenal pasti lebih daripada 30 corak dan mengemas kini pedagang mengenainya (jadual dikemas kini setiap 30 saat).
- Forex broker spreads. Maklumat tersebut tersedia di tab Broker. Alat ini membolehkan anda membandingkan spread pada instrumen tertentu, ditawarkan oleh broker berbeza yang disambungkan ke rangkaian MyFxBook. Ianya berguna kepada mereka yang berdagang menggunakan strategi "sensitif", di mana spread merangkumi kebanyakan keuntungan.
Di menu utama, terdapat tab System. Ia menyediakan senarai semua sistem perdagangan yang didaftarkan di platform. Menu ini akan menarik minat kebanyakan pelabur, di mana seseorang boleh menetapkan filter yang berbeza untuk mencari strategi forex yang sesuai.
Bahagian lain MyFxBook adalah forum (komunikasi terutama dalam bahasa Inggeris), komuniti pedagang yang juga mengandungi statistik umum mengenai transaksi yang dilakukan di platform, pertandingan.
1. Bagaimana untuk menyambungkan akaun anda ke MyFxBook
Secara umum, prosedurnya kelihatan seperti ini. Anda, sebagai pedagang, mempunyai akaun sebenar yang dibuka dengan broker. Broker harus menjadi rakan kongsi MyFxBook (jika tidak, anda tidak dapat menyelaraskan akaun anda dengan platform tersebut). Anda mendaftar dengan MyFxBook, dapatkan akses ke profil anda dan tambahkan akaun anda. Anda akan berdagang dengan broker anda dan statistik perdagangan anda akan dipaparkan secara automatik dalam MyFxBook apabila anda menyelaraskan akaun anda. Pelabur juga boleh melihat portfolio anda. Kedua-dua pedagang dan pelabur boleh menganalisis sebarang maklumat melalui analisis statistik MyFxBook.
Secara praktikal, ia kelihatan seperti ini:
- Anda mendaftar di laman web. Di sini, prosedurnya adalah seperti biasa: anda masukkan e-mel anda, kata laluan, mengesahkan pendaftaran menggunakan surat yang anda terima pada e-mel anda. Anda tidak memerlukan pengesahan tambahan seperti FX Blue.
- Di bahagian atas menu, klik Portfolio-> Accounts dan klik pada butang Add Account. Semuanya jelas berserta senarai platform perdagangan yang ditawarkan, saya hanya akan menentukan beberapa point. MT4 (EA) - data dihantar daripada akaun ke server menggunakan Expert; MT4 (Publisher) - sambungan disediakan melalui laporan FTP; MT4 (Kemas Kini Automatik) - MyFxBook menyambungkan akaun dengan sendirinya menggunakan kata laluan pelabur. Mengikut pilihan yang dipilih, berdasarkan arahan, memasuki data atau memasang aplikasi.
- Kaedah yang paling mudah ialah memilih MT4 (Auto Update), ia akan mengambil masa anda kira-kira 15 minit. Anda hanya perlu mengikuti arahan. Pemantauan dikemas kini secara automatik, sama ada MT4 dihidupkan atau tidak (jika pedagang berada dalam talian atau di luar talian).
- Kaedah yang lebih rumit adalah menggunakan MTH (Publisher), tetapi ianya disyorkan. Pilih platform Metatrader4 (Publisher) dan tentukan semua yang diperlukan untuk diisi (anda mungkin tidak menunjukkan kata laluan pelabur, tetapi dalam hal ini sejarah perdagangan anda tidak akan disahkan). Pergi ke halaman Setting sekali lagi, cari akaun baru kami dan hafal nombornya. Buka terminal MT4 dan klik pada Tools -> Options-> FTP. Dalam kotak server FTP, masukkan ftp.myfxbook.com, laluan FTP dibiarkan kosong, dalam kotak login FTP, masukkan nombor akaun yang diberikan oleh MyFxBook. Klik OK dan selesai.
Sekiranya anda mempunyai masalah dengan pendaftaran akaun dan meletakkannya ke platform, nyatakan dalam ruangan komen. Sekarang, anda boleh menggunakan profil anda untuk memasukkan butiran peribadi anda, melanggan/mengurus langganan, berkongsi maklumat pemantauan dengan Public, dan sebagainya. Saya tidak akan pergi dengan lebih mendalam ke dalam butiran mengenai fungsi profil, ianya jelas berdasarkan bahagian menu. Saya lebih gemar membincangkan mengenai bahagian pemantauan dengan lebih terperinci.
2. Bagaimana untuk menganalisis prestasi dagangan akaun dengan MyFxBook
Mari kita mengkaji analisis akaun dari sudut pandangan pelabur yang berpotensi. Saya akan mengambil akaun rawak sebagai contoh dan menganalisis semua statistik yang dikemukakan. Untuk melakukannya, klik pada Community → Strategies dan pilih strategi. Anda tidak perlu mendaftar.
2.1.Blok maklumat umum (kotak kuning)
Ia memaparkan maklumat mengenai:
- Jenis akaun (real, cent atau demo);
- Broker;
- Jenis analisis yang digunakan dan kaedah dagangan (dalam kes ini, perdagangan dijalankan secara manual, mengikut analisis fundamental, iaitu tanpa Expert Advisors).
- Platform perdagangan
Dan di sini, terdapat kelemahan yang jelas. Sebagai contoh, saya tidak dapat mencari sejarah perubahan kepada maklumat ini. Seorang pedagang tidak akan mengubah platform perdagangan, tetapi saiz leverage sudah semestinya bukan nilai yang tetap. Dan jika ia merupakan leverage maksimum, apakah maksud maklumat tersebut kepada pedagang?
Seterusnya, maklumat mengenai pengesahan data pedagang. Saya akan menerangkannya dengan lebih mendalam tentang bagaimana untuk membezakan laporan pemantauan sebenar dan palsu. Butang Copy membolehkan anda secara automatik menyalin perdagangan strategi perdagangan yang diberikan. Anda hanya perlu membuka akaun pelabur dari mana-mana broker yang disokong oleh MyFxBook.
2.2. Blok data statistik (kotak biru)
- Gain – keuntungan sebagai peratus, termasuk pelaburan semula, yang dibuat sejak permulaan dagangan, tanpa menghitung pengeluaran atau penambahan akaun. Keuntungan adalah peningkatan deposit mudah tanpa mengambil kira pelaburan semula.
- Drawdown – drawdown maksimum sepanjang sejarah dagangan. Formula untuk mengira drawdown terkini adalah nisbah nilai ekuiti semasa/maksimum.
- Balance – fund semasa pada akaun
- Equity – hasil (jumlah semasa) semua posisi, termasuklah posisi yang dibuka. Sekiranya nilai tersebut adalah lebih dari 100%, ini bermaksud posisi yang dibuka sedang menjana keuntungan, jika kurang dari 100%, ini bermaksud dagangan semasa sedang mengalami kerugian. Sekiranya nilai tersebut adalah 100% (ekuiti = baki), tiada posisi yang dibuka pada ketika ini.
- Highest – fund maksimum yang pernah terdapat pada akaun (tarikh berada dalam kurungan).
- Profit – jumlah keuntungan posisi yang ditutup untuk keseluruhan tempoh (jumlah hasil).
- Interest – jumlah kos swap
- Withdrawals – jumlah pengeluaran daripada deposit
- Updated – masa kemas kini pemantauan. Secara teori, ia perlu dikemas kini secara automatik sekurang-kurangnya sekali dalam beberapa jam, atau beberapa kali dalam satu jam. Jika ia tidak dikemas kini untuk masa yang lebih lama, ini bermakna terdapat masalah dengan penyelarasan akaun atau pedagang telah menukar pemantauan akaun utama (mengubah tetapan). Kedua-dua situasi ini harus diberi perhatian oleh pelabur.
- Tracking – bilangan pengguna MyFxBook yang menambah pemantauan ke Favorites.
2.3 Blok carta (kotak hijau)
Tidak semua orang dengan mudah dapat memahami nombor. Carta adalah lebih mudah untuk difahami, kerana ia memperlihatkan statistik pada tempoh sejarah. Terdapat empat jenis carta dalam MyFxBook:
- Growth. Ia menunjukkan statistik baki dan ekuiti dalam bentuk peratusan. Secara teori, nilainya adalah sama, tetapi anda boleh melihat zigzag berwarna kuning dalam screenshot di atas. Ini bermaksud kadang-kadang terdapat kerugian berlaku kerana pedagang mungkin hold sesuatu posisi terlalu lama atau menggunakan perdagangan grid atau Martingale. Di bahagian bawah carta, terdapat kolum yang mewakili jumlah urusniaga harian. Sekiranya anda membandingkan dengan perubahan jumlah deposit, anda boleh menentukan jenis strategi perdagangan yang digunakan. Dalam tab More, anda boleh menukar bawah carta tersebut dari lot ke pips. Tab Export membolehkan anda untuk mengeksport data carta ke dalam dokumen yang diperlukan (HTML, CSV, PDF).
- Balance mewakili baki dan ekuiti dalam bentuk wang, iaitu jumlah wang pada akaun dengan dan tanpa pertimbangan posisi yang dibuka. Secara teori, baki yang lebih rendah pada akaun mungkin mencetuskan kerugian, jadi bahagian ini harus dianalisis bersama dengan bahagian Growth dan Profit. Sekiranya terdapat perbezaan (terdapat keuntungan, tetapi baki pula menurun), ini bermaksud wang tersebut telah dikeluarkan dari akaun, ianya merupakan maklumat penting untuk pelabur yang berorientasikan PAMM. Maklumat ini tersedia dalam monitor PAMM awam. Untuk akaun PAMM bukan awam, ia boleh dilihat hanya di MyFxBook. Sekiranya garis kuning bergerak ke arah yang lain, ini bermaksud tempoh hold adalah terlalu lama.
- Profit. Carta tersebut menunjukkan keuntungan yang dibuat. Maklumat yang diberikan tidak begitu banyak, tetapi ianya masih boleh digunakan. Sekiranya pedagang tidak menambah deposit atau mengeluarkan wang, carta itu sepatutnya kelihatan seperti dalam tab growth. Tidak seharusnya terdapat perbezaan di antara carta tersebut. Sekiranya pedagang tidak lagi menyambung akaun dari pemantauan, keluarkan wang dan kemudian menyambungnya semula, statistik MyFxBook akan menunjukkan baki sebenar, dan garisan itu akan segera menggambarkan pengeluaran tersebut. Fakta yang lain adalah carta tersebut tidak berfungsi apabila keuntungan $20 dengan deposit sebanyak $100 adalah 20%. Keuntungan $2,000 dengan deposit $20,000 hanya 10%. Walaupun untungnya lebih tinggi dalam kes kedua, peratusannya tetap menjadi rendah.
- Drawdown. Ianya adalah jumlah pengeluaran, dinyatakan dalam peratusan. Ianya sangat jarang ditemui pada skrin akaun broker. Adalah relevan untuk mengkaji carta pengeluaran bersama-sama dengan kalendar ekonomi dan carta Growth, di mana tarikh-tarikh besar mungkin selaran dengan penurunan mendadak dalam ekuiti. Kembali ke screenshot tab Growth dan tab Balance dan perhatikan tarikh pada 14 Ogos dan 26 September. Terdapat penurunan nilai ekuiti yang jelas.
Pada pendapat saya, blok pertama dan terakhir adalah yang paling bermaklumat berbanding kesemua empat. Yang pertama memberikan maklumat tentang tempoh pedagang hold posisi yang dibuka, jika dia menggunakan Martingale, kekerapan menambah deposit atau mengeluarkan wang tersebut. Pengeluaran tidak boleh lebih daripada 50% (idealnya, ia harus kurang daripada 15%), ia harus bertahan lama. Berdasarkan penurunan dalam rajah di atas, strategi ini melibatkan risiko yang agak tinggi, tetapi masih berada dalam julat normal.
Ianya jelas bahawa pengeluaran adalah lebih daripada 50% dalam screenshot terakhir, tetapi di blok kiri, penurunan maksimum adalah 18.62%. Ralat tersebut perlu diperiksa oleh pelabur, kerana ia akan membuatkan anda tertanya-tanya jika pedagang melakukannya dengan baik. Dalam contoh yang diberikan, penjelasannya adalah bahawa ianya adalah jenis penurunan yang berbeza.
- Di bahagian kiri, terdapat penurunan maximal pada ketika penyelarasan.
- Tab Drawdown menunjukkan pesanan yang telah ditutup pada tarikh yang berlainan.
Ianya adalah kelemahan yang jelas dari pereka MyFxBook. Dengan sambungan semula akaun, ia menunjukkan pengambilan maksimum yang telah dikesan pada saat sambungan semula akaun. Sebagai contoh, seorang pedagang mendapat pengambilan 40%, tetapi kemudian dia berjaya kembali ke tahap 18.62 (seperti dalam screenshot di atas). Pedagang memutuskan akaun dari MyFxBook dan menghubungkannya semula; dan perkhidmatan tersebut menunjukkan pengambilan maksimum 18.62%, manakala carta menunjukkan pengurangan 40% pada hari penutupan.
Menurut arahan MyFxBook, Drawdown dikira berdasarkan nisbah keuntungan/kerugian untuk posisi yang telah ditutup. Oleh itu, pelabur hanya dapat melihat baki drawdown tersebut, sementara float loss (termasuk posisi yang dibuka) tidak dihitung oleh MyFxBook. Terdapat satu lagi contoh kelemahan paparan data. Pedagang baru sahaja mengetahui mengenai MyFxBook. Selepas menyambungkannya, perkhidmatan tersebut akan menunjukkan drawdown hanya dari saat penyelarasan akaun. Dalam erti kata lain, pelabur tidak dapat melihat nilai sebenar maximal drawdown di MyFxBook.
2.4 Blok dagangan
2.4.1 Blok Period
Dalam blok Period, terdapat statistik perdagangan untuk beberapa tempoh berbanding dengan keputusan untuk tempoh sebelumnya.
Sebagai contoh, dalam baris "This Year/Gain", hasil untuk setiap satu tahun adalah 122.88%, perbezaan di antara hasil semasa dan terdahulu ditunjukkan dalam kurungan. Iaitu, hasil untuk 2018 adalah 122.88 + 1422.74 = 1545.62%. Penting: keuntungan itu dibandingkan dengan tempoh "year/year", dan bukan hasil selama 12 bulan. 122.88% adalah keuntungan bagi bulan pertama tahun 2019.
Tafsiran kolum tersebut:
- Gain - pkeuntungan pada masa ini sejak permulaan tempoh (hari, minggu, bulan, tahun) dalam peratusan.
- Profit - keuntungan dalam segi kewangan.
- Pips - unit harga (empat titik perpuluhan, sesetengah broker menawarkan quote mata wang dalam 5 digit).
- Win -peratus transaksi ditutup dengan keuntungan.
- Trades - jumlah bilangan transaksi
- Lots - jumlah dagangan dalam tempoh tertentu.
Maklumat ini membantu pelabur membuat gambaran keseluruhan mengenai prestasi strategi forex dan membandingkan keuntungan selama seminggu/bulan/tahun.
2.4.2. Tab Goals
Tab Goals adalah automatik dan masa sebenar untuk mengenal pasti kemajuan sasaran anda pada jangka masa yang berbeza.
Anda boleh memasukkan beberapa jenis goal untuk beberapa tempoh masa. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan satu keperluan bahawa hasil tahunan sebanyak 30%. Walau bagaimanapun, saya tidak nampak kebaikannya. Strategi ini akan menghasilkan keuntungan yang mampu, dan goal yang ditetapkan dalam bahagian ini tidak akan mempengaruhi apa-apa.
2.4.3. Tab browser
Ianya adalah browser dagangan. Jika pemilik monitor membuka akses ke sesuatu carta, anda boleh melihat kesemua dagangan pada waktu yang sama: open order, close order, sejarah perdagangan keseluruhan dalam mana-mana tempoh masa. Perkara lain terpulang kepada pedagang jika mereka ingin mengumumkan maklumat ini, kerana secara asasnya ia mewakili strategi perdagangan yang dapat difahami setelah menganalisis prinsip masuk/keluar. Walau bagaimanapun, alat tersebut tidak disediakan di window ini. Sekiranya pelabur melihat urus niaga lengkap dalam carta, lampiran corak atau petunjuk tidak lagi boleh dilakukan. Peraturan strategi pedagang masih tidak diketahui. Saya ingin mengajak anda untuk berbincang dalam komen jika ianya baik atau buruk dari segi ketelusan.
2.5 Bahagian Advanced Statistics
2.5.1. Trades
Ia merupakan bahagian seterusnya yang kelihatan seperti penyata backtesting MT4. Ia menunjukkan keuntungan perdagangan, jumlah hasil komisyen (kecuali swap dan spread), purata win/loss, perdagang terbaik dan sebaliknya, dan macam-macam lagi.
Kebanyakan parameter adalah jelas seperti nama yang diberit, saya akan menerangkan beberapa daripadanya:
- Profitability. Band ini memaparkan nisbah win (hijau) dan lose (merah) dalam perdagangan. Petunjuk itu sendiri tidak membawa maksud apa-apa, mungkin terdapat banyak perdagangan menang dengan keuntungan kecil yang telah melebihi beberapa kerugian dalam perdagangan. Parameter ini dianalisis bersama dengan purata nisbah win/loss. Pendekatan untuk menentukan nisbah optimum adalah subjektif. Tetapi ianya jelas bahawa nisbah, sebagai contoh, 20/80 memihak kepada loss (20 keuntungan yang mengimbangi kerugian dalam jumlah) bermaksud ianya didagangkan dengan menggunakan Martingale atau terdapat ketidakseimbangan sistem. Nisbah 90/10 yang memihak kepada perdagangan yang menang mungkin menunjukkan bahawa masa hold adalah terlalu panjang.
- Average Trade Length. Ianya adalah tempoh purata hold. Parameter tersebut menentukan jenis strategi dagangan (scalping, trading day, strategi perdagangan jangka panjang).
- Profit factor. Ianya adalah jumlah yang dihasilkan oleh dagangan yang menang dibahagikan dengan jumlah kerugian yang dihasilkan oleh kerugian perdagangan. Ia mewakili keuntungan, yang menyumbang kepada 1 USD kerugian.
- Standard deviation, Volatiliti, diwakili dalam US dollar. Tidak terdapat dalam bentuk pertaus, oleh itu membuatkannya menjadi salah satu kelemahan MyFxBook.
- Sharpe Ration. Saya telah menerangkan Sharpe Ratio dalam salah satu artikel sebelum ini. Anda boleh mengetahui mengenainya, keperluannya, bagaimana ia dihitung dan bagaimana ia digunakan untuk membandingkan keberkesanan sistem perdagangan dalam kajian ini
- Z-Score. Ianya adalah kebarangkalian dalam satu siri perdagangan dengan hasil yang sama. Kebarangkalian 99.99% dalam screenshot di atas menunjukkan bahawa perdagangan yang menguntungkan kemungkinan besar akan diikuti oleh satu lagi perdagangan yang menguntungkan, dan perdagangan yang merugikan akan diikuti oleh yang lain dengan hasil yang sama.
- Expectancy. Ia memaparkan keuntungan purata dari satu perdagangan yang dinyatakan dalam pip dan dalam mata wang simpanan. 19.8 pips dalam strategi ini adalah prestasi cemerlang. Akaun juga harus dikaji dengan lebih terperinci jika expectancy telah melebihi 10 pips.
Definisi AHPR dan GHPR masih tidak jelas. Parameter ini dinyatakan secara ringkas dalam artikel mengenai MQL5, tetapi ia tidak membawa maksud apa-apa. Sebagai contoh, formula GHRP: (baki terkini pada masa semasa - baki permulaan) ^ (1 / bilangan transaksi). Tetapi maksudnya masih tidak jelas.
2.5.2 Tab seterusnya adalah Summary
Ia menyediakan statistik mengenai kemenangan dan kehilangan perdagangan (dalam pip dan dollar) membawa maksud jumlah dalam konteks posisi panjang dan pendek (pertukaran mata wang dalam satu arah atau sebaliknya). Anda boleh memaparkan statistik dalam bentuk grafik, anda perlu klik pada ikon tersebut terletak di akhir baris. Statistik diberikan untuk keseluruhan akaun, iaitu, untuk semua pasangan matawang, di mana posisinya telah dibuka.
2.5.3 Tab Hourly dan Daily
Carta tab ini menunjukkan jumlah transaksi dalam konteks jam dan hari. Tab information, di mana ia membolehkan kesimpulan dibuat mengenai masa apabila transaksi dilaksanakan dan jenis strategi yang digunakan. Contohnya, jika bilangan transaksi terbesar berlaku pada 9-10 pagi setiap hari, maka kita boleh menganggap bahawa pedagang kebanyakannya menggunakan strategi scalping pada waktu pagi.
2.5.4. Tab Risk of Ruin
Satu lagi tab yang luar biasa, di mana saya mencadangkan untuk skip, kerana terdapat banyak perkara yang tidak jelas mengenainya. Ia menunjukkan risiko kehilangan bahagian tertentu oleh deposit dan bilangan dagangan yang sepatutnya dimasukkan, supaya bahagian deposit ini akan kehilangan.
Berdasarkan rajah di atas, untuk kehilangan 10% daripada deposit, seseorang perlu membuat 64 perdagangan yang merugikan secara berturut-turut di mana ianya mustahil. Marilah kita kembali ke permulaan bahagian artikel ini, di mana terdapat screenshot ruangan kerja yang dibahagikan kepada tiga blok. Kotak biru menunjukkan seksyen di mana parameter drawdown adalah 18.62%, menunjukkan ianya tidak sesuai dengan hampir risiko sifar untuk kehilangan 10% daripada deposit.
Dalam Internet, saya pernah melihat blok tersebut, di mana pada keseluruhan baris ke-3 terdapat tanda infiniti, iaitu risiko strategi menjadi kurang daripada minima. Penjelasan untuk ini masih tidak jelas. Rumusan untuk mengira risk of ruin adalah mudah: jumlah semasa deposit dibahagikan dengan nilai kerugian purata dari tab Trades. Jika seseorang tidak keluar dari kehilangan perdagangan tetapi hanya hold, maka tiada kehilangan perdagangan yang ditunjukkan dalam statistik. Iaitu, penyebutnya akan menjadi "0", maka tanda infiniti akan terbentuk dalam statistic tersebut. Ianya logikal bahawa apabila membuat pengeluaran/meningkatkan deposit, tahap risiko akan berubah.
Tidak masuk akal? Sudah tentu, ianya tidak masuk akal. Risiko yang minimum, yang ditunjukkan dalam statistik, menjadikannya sangat tinggi dalam praktikal. Selain itu, pedagang boleh memanipulasi analisis kinetic mereka, kerana formula MyFxBook tidak mempertimbangkan banyak faktor.
2.5.5. Duration
Tidak seperti bahagian sebelumnya, tab ini agak berguna, walaupun analitiknya masih meninggalkan banyak persoalan. Ia memaparkan statistik yang menunjukkan beberapa keadaan:
- Tempoh dagangan. Semakin ke kanan titik tersebut dalam carta, semakin lama pedagang hold posisi yang dibuka. Dalam contoh yang dipelajari, pedagang kebanyakannya berdagang secara intraday, keluar dari dagangan dalam beberapa jam (kurang dari 24 jam). Posisi telah hold selama lebih dari satu hari, kebanyakannya ditutup dalam masa seminggu.
- Kehadiran sistem perdagangan forex. Terdapat lebih banyak titik hijau yang tertumpu di kawasan yang sama adalah lebih baik. Ini bererti bahawa perdagangan masih mengikut strategi dagangan yang sama, tidak hold posisi yang dibuka lebih lama daripada yang dicadangkan oleh pengurusan risiko, dengan menggunakan stop loss dan mengambil keuntungan, pada posisi yang ditutup di tahap yang dijangka. Rajah di atas menunjukkan strategi perdagangan yang terdiri daripada 3 bahagian. Separuh daripada dagangan dikeluarkan pada tahap sehingga 50 pips pada siang hari. Tahap lain untuk mencapai keuntungan sasaran adalah 100 pips, pedagang tidak akan mengambil risiko yang lebih tinggi. Dagangan yang belum dikeluarkan sebelum ini, ditutup dalam 1.5 hari sejak dibuka, atau pada akhir minggu. Hanya sebahagian kecil daripada perdagangan yang masih hold dalam jangka masa panjang, tergolong dalam kumpulan perdagangan ini, adalah perdagangan yang merugikan kerana stop loss berada dalam jarak yang dekat, sehingga 30 pips.
Kelemahan graf adalah kerana ia memaparkan maklumat hanya pada 200 perdagangan terakhir, ia tidak menawarkan akses kepada sejarah tempoh perdagangan terdahulu. Tab Advanced Statistic juga tidak memberikan sebarang maklumat mengenai jumlah maksimum kemenangan/kerugian berturut-turut, serpeti yang disediakan dalam MT4 tester. Dan satu lagi persoalan yang tidak dapat difahami oleh saya: jika anda melihat kepada tab Trades di blok yang sama, peratusan kehilangan transaksi adalah 10-15%. Iaitu, 20-30 dari 200. Dalam screenshot tersebut, nilainya jelas lebih rendah. Saya masih tertanya-tanya jika ia datangnya dari ketidakstabilan MyFxBook itu sendiri, atau percubaan pedagang untuk menyesuaikan hasilnya. Walau apa pun jawapannya, kedua-dua pilihan ini tidak menyumbang dengan kelebihan platform.
2.5.6. Tab MAE/MFE
Tab tersebut menunjukkan kerugian maksimum atau keuntungan. Tetapi apakah maklumat ini mencadangkan kepada pelabur?
2.6 Trading activity block
Ia memaparkan maklumat terperinci mengenai setiap perdagangan, seperti dalam laporan backtesting MT4, di mana statistik umum diikuti dengan senarai lanjutan. Ia menentukan aset, jenis perdagangan, jenis open/close, keuntungan bersih dan sebagainya. Terdapat tab berasingan untuk posisi yang dibuka untuk semua posisi dan pending order. Sekiranya kita menganggap strategi pedagang tersebut adalah berdasarkan tab terdahulu, kita dapat melihat segala-galanya mengenai sistem perdagangan: bagaimana pending order dibuka, jika trailing stops digunakan, tempoh hold dan sebagainya. Ianya luar biasa kerana seperti dalam contoh yang diberikan, pedagang telah menyembunyikan semua maklumat.
2.7 Monthly Analysis block
Ianya adalah tab bermaklumat. Tab am memaparkan jumlah hasil untuk sesuatu bulan pada tahun ini dan tahun sebelumnya. Semakin stabil prestasi perdagangan, adalah lebih baik. Terdapat variasi lain, di mana bulan yang akan datang mungkin mengalami kerugian, ditunjukkan dalam statistik bulanan dan untuk beberapa bulan, sebaliknya, boleh menjadi sangat menguntungkan, Ini menunjukkan bahawa strategi berisiko tinggi telah digunakan.
Dalam kes ini, pedagang menunjukkan secara konsisten keuntungan yang tinggi tanpa satu bulan yang tidak menguntungkan. Ianya sangat menghairankan tetapi benar. Jika anda klik pada bulan tertentu, statistik yang lebih terperinci akan muncul. Mungkin seseorang mempunyai minat terhadapnya. Perkara utama ialah ia seharusnya selaras dengan realiti.
2.8 Blok Custom Analisis
Blok Custom Analisis adalah blok terakhir untuk pemantauan akaun.
Pergi ke bahagian paling atas, di mana tertulis, " The account uses a custom start date – for full history analysis use the “Custom Analysis” tool”.
Semua statistik terdahulu adalah relevan untuk keseluruhan tempoh dagangan. Dalam Custom Analysis, pelabur boleh menentukan sebarang tempoh masa. Sebagai contoh, tiga bulan terakhir, selepas itu halaman pengawasan akan memaparkan statistik hanya untuk jangka waktu tertentu. Sebagai tambahan kepada jurang masa, statistik boleh dilengkapkan oleh parameter lain, misalnya, pasangan mata wang tertentu. Filter boleh didapati di tab "Timing", "Trade".
Ringkasan. Pemantauan MyFxBook menyediakan statistik yang lengkap, tetapi ianya tidak sempurna. Terdapat percanggahan yang jelas, kerana beberapa parameter tidak dipertimbangkan, atau terdapat tab yang tidak memberi maklumat. Saya percaya, statistik MT4 dengan kemungkinan untuk memprosesnya dalam jurnal pedagang akan dilaksanakan, tetapi bagi seorang penganalisis, MyFxBook adalah disyorkan.
3. Cara untuk mengenali akaun palsu dan sebenar di MyFxBook
Perdagangan adalah cara yang baik untuk menjana pendapatan, dan setiap pedagang, terutamanya pedagang baru harus mendapatkan alat ini untuk menghasilkan wang.
- Para pelabur ingin mencari pengurus wang yang berpengalaman, di mana mereka dapat memberikan hasil yang meyakinkan dari kerjanya
- Pedagang baru yang ingin menyalin perdagangan pedagang berpengalaman, harus membeli Expertd Advisors yang berkesan.
Penipu hanya ingin mendapatkan wang dan lesap. Mereka menggunakan skim yang berbeza: laporan backtesting palsu, ujian/perdagangan pada akaun demo dan sebagainya. Kebanyakan skim ini telah disekat oleh MyFxBook, tetapi anda perlu mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti akaun palsu
Anda klik pada Community → Strategies, pilih sistem yang diperlukan dan pertama sekali harus merujuk kepada maklumat berikut (ia ditunjukkan dengan kotak berwarna merah):
- Tanda hijau yang mengatakan "Track record verified" mestilah muncul di bahagian atas akaun, yang menunjukkan bahawa maklumat yang disediakan di Myfxbook selaras dengan maklumat broker. Ini bermakna semua dagangan, deposit dan pengeluaran yang dipaparkan telah disahkan oleh broker. Ia juga memberitahu anda jika akaun itu adalah nyata atau demo.
- Tanda hijau yang memaparkan "Trading privileges verified" juga adalah tetapan lain untuk pengesahan pada bahagian atas akaun. Ini bermakna pemegang akaun yang menyediakan hasil ini adalah orang sebenar dan mempunyai hak untuk menggunakan akaun dagangan. Ini adalah cara untuk menghalang orang lain menggunakan akaun orang lain setelah mendapat kata laluannya. Terdapat juga keadaan apabila scammer membuat pemantauan akaun orang lain, dan menggunakannya seperti miliknya sendiri. Ianya terjadi apabila pedagang, tanpa mengetahui apa-apa, dan scammer tersebut membuat kenyataan dari akaun ini dan menjual strategi/Experts. MyFxBook menghalangnya dengan meminta pengesahan bahawa pemegang akaun dan pemilik pemantauan adalah satu dan orang yang sama. Oleh itu, beberapa tugas untuk mengawal integrity pedagang telah dilakukan oleh MyFxBook. Sekurang-kurangnya, saya berpendapat sebegitu. Tambahan lagi, tiada sebarang aduan terhadap MyFxBook mengenai topik ini, tidak seperti monitor pengguna di laman web broker, di mana mereka tidak disahkan dengan berhati-hati.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian:
- Periksa broker. Platformnya adalah antarabangsa, oleh itu pelabur dari Kanada, misalnya mungkin tidak mempunyai maklumat mengenai broker Belgium. Lawati laman web broker, baca komen, analisis peraturan, klik pada tab, ianya tidak akan mengambil masa anda lebih dari 20 minit.
- Umur akaun. Anda sering menjumpai akaun yang telah berjalan dengan lancar selama beberapa bulan dan kemudian mengalami kerugian. Itulah sebabnya anda perlu mencari akaun dengan sejarah dagangan yang panjang, kerana ianya sukar untuk membuat kejayaan palsu pada jangka masa yang panjang, contohnya 2 atau 3 tahun. Sudah tentu, sesiapa yang berjaya mengaut keuntungan untuk masa lama adalah pakar forex sebenar.
- Tarikh terakhir mengemas kini pemantauan.
- Equity curve tidak sepatutnya berada di bawah balance curve (jika sebaliknya, pedgang akan cenderung untuk berdagang dengan cara Martingale).
Anda juga harus menganalisis sejarah perdagangan, statistik, kerana perkara tersebut merupakan sesuatu oleh pembeli/pelabur yang berpotensi lakukan ketika menilai prestasi pedagang.
Kelebihan dan kekurangan MyFxBook
MyFxBook baru sahaja menjadi terkenal. Ia masih dibangunkan dan dinaik taraf, tetapi ianya jauh dari sempurna; setelah mengalami pengemas kini tahunan ianya menjadi lebih dan lebih berkesan. Saya ingin menekankan bahawa saya akan menulis tentang kebaikan dan keburukan yang terdapat ketika ini. Pada masa akan datang, semuanya mungkin berubah.
Kebaikan MyFxBook
- Tiada analogi kelas sedemikian. Kelebihan utama MyFxBook adalah tiada jenis platform yang sama dan mempunyai kemampuan yang sama. Dagangan masih dikategorikan sebagai perniagaan dan pelaburan khusus dalam membangunkan perisian berkualiti tinggi. Di sini saya juga dapat memberikan contoh MetaQuotes, di mana masih belum cuba untuk menghapuskan ralat MT4 yang terkenal pada tempoh masa yang lama. Ianya sama seperti MyFxBook. Perkhidmatan pemantauan ini memenuhi sepenuhnya keperluan kebanyakan pedagang dan tiada manfaat daripada membuat analog lain yang kompetitif, ianya adalah perkara yang sia-sia.
- Akses percuma fungsinya. Ianya adalah munasabah. Sekiranya pereka meletakkan harga ke atas akses untuk kapasiti platform, pedagang lebih cenderung untuk menggunakan program standard yang cukup dan bebas di Internet.
Saya mencadangkan anda mengenal pasti merit lain dengan diri anda sendiri, kerana setiap orang mempunyai pendekatan mereka tersendiri dalam perdagangan.
Kelemahan MyFxBook
- Tidak semuanya berfungsi dengan betul. Apabila memantau setiap tab pemantauan akaun, saya telah menunjukkan beberapa ketidakstabilan di mana data di tempat yang berbeza jelas bertentangan antara satu sama lain. Ianya juga merupakan kelemahan pereka. Apabila anda baru sahaja mula menggunakan MyFxBook, percanggahan dalam statistik mungkin mengelirukan anda, hanya apabila anda mempunyai lebih banyak pengalaman, anda dapat mengenal pasti tab yang tidak betul dan harus diabaikan sama sekali.
- Perlindungan data tidak terlalu kuat daripada scammer. Iaitu, salah satu tugas utama perkhidmatan tugas ini adalah untuk menjamin integriti pengguna, tidak sepenuhnya dilaksanakan. Malangnya, jaminan 100% tidak wujud, kenyataan MyFxBook boleh dipalsukan atau dimiliki oleh scammer (pelanggan broker yang menipu). Di Internet, terdapat arahan terperinci mengenai bagaimana untuk memuat naik statistik palsu ke MyFxBook, yang dibuat dalam editor tabular dan teks oleh pihak ketiga. Artikel tersebut menggambarkan perisian yang diperlukan, bagaimana dan di mana untuk menulis kod yang diperlukan, dan lain-lain - semuanya cukup jelas, secara konsisten dan terperinci. Saya tidak mempunyai idea bagaimana ia berfungsi, dan jika terdapat cara lain untuk membuat statistik palsu, tetapi sebagai bukti, saya akan menunjukkan screenshot akaun yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang dikenali dalam komuniti perdagangan.
- Masalah penyelarasan akaun. Maklumat akaun pada server harus dipaparkan secara automatik di MyFxBook. Tetapi apa yang berlaku adalah hasil perdagangan untuk dipaparkan dalam monitor mengambil tempoh masa yang lama. Percubaan untuk menghubungi perkhidmatan sokongan, menurut tinjauan pedagang yang menghadapi masalah yang sama, tidak membantu. Tambahan lagi, pengguna mengadu tentang masalah mengesahkan "Track records" dan "Trading Privileges" apabila menyambungkan akaun melalui mod MT4 (Publisher). Terdapat penyelesaian kepada masalah ini, tetapi mengapa ia begitu rumit?
- Kekurangan penyimpanan sejarah akaun dan pergantungan pada sejarah yang disimpan oleh broker. Sekiranya broker menyimpan sejarah perdagangan maksimum (broker yang secara jujur memaklumkannya), maka hanya tempoh ini sahaja yang akan diambil kira dalam statistik. Sekiranya kita mempertimbangkan bagi kebanyakan petunjuk sekurang-kurangnya 3-5 tahun yang disyorkan, statistik pemantauan akan mencerminkan prestasi sebenar secara umum.
- Tiada perbezaan di antara akaun dollar dan sen. Secara visual, pelabur melihat statistik dengan jumlah urus niaga yang besar, tetapi, sebenarnya, perdagangan dijalankan pada satu sen akaun.
- Terdapat masalah dengan penterjemahan laman web ke dalam bahasa selain bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama, apabila anda cuba menukar ke beberapa bahasa lain, separuh daripada tab dan teks masih berada dalam Bahasa Inggeris. Ia tidak mudah, tetapi ia masih boleh digunakan.
Kesimpulannya
MyFxBook adalah platform yang menarik, dan ia patut diberi perhatian. Seseorang sekurang-kurangnya harus mengenalinya dan menguji fungsi dan keupayaannya. Ia jauh dari sempurna dan ia tidak semestinya memenuhi jangkaan anda. Walau bagaimanapun, ia memberikan lebih banyak peluang untuk analisis berbanding dengan penguji dan simulator lain.
Saya, secara peribadi, percaya bahawa kelebihan utama platform ini ialah ia memberikan jaminan (walaupun ia bukan jaminan 100%, tetapi ianya lebih baik daripada tiada) bahawa perdagangan pada akaun adalah nyata. Pedagang pula menarik perhatian pelabur. Tiada perkara yang menarik dalam alat-alatan analitikal. Pertama, tidak semua orang akan membuat kajian statistik sedalam itu. Kedua, terdapat jurnal pedagang atau Excel, contohnya, di mana anda boleh membina model untuk analisis. Tetapi ianya adalah pendapat subjektif. Oleh itu, saya masih mengesyorkan untuk melawat laman web platform untuk memahami kapasitinya. Saya menjemput anda untuk membincangkan merit dan kelemahan MyFxBook dalam ruangan komen, di mana anda juga boleh bertanya sebarang soalan mengenai fungsi dan bagaimana untuk menggunakannya!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.
























