Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Seorang pedagang pada mulanya akan berhadapan dengan pembuat pasaran dalam keadaan yang hangat secara sedar. Setelah merasai kerudian berdagang untuk kali pertama dan terjerumus untuk mencari kesilapan sebab kesilapannya, mereka akan mencari penjelasan untuk kegagalan mereka. Rupanya dalam pasaran terdapat satu kuasa hebat yang menarik harga ke stop loss yang telah dikira dah dijangkakan dengan tepat.
Kuasa apakah ini? Adakah ia benar-benar berkuasa? bagaimana kita untuk tidak melawannya dan adakah mungkin untuk mengaut keuntungan dengan bantuannya?
Manipulasi market maker forex
Benarkan yang Pasaran Forex dimanipulasi oleh banyak bank dan market maker? Jika begitu, bagaimana kita tahu yang mereka manipulasi pasaran forex dan ianya sesuatu uang memerlukan satu pendekatan untuk alat canggih? Baiklah, mari mula dengan meluruskan beberapa perkara. Pertama ianya benar yang pasaran forex adalah dimanipulasi dan sementara anda tidak perlu apa apa alat kosmopolitan atau kenalan rahsia untuk tahu ini berlaku, mengenal pasti bila ia berlaku bukannya mudah untuk pedagang retail.
Setiap dagangan yang dilengkapkan dalam pasaran forex memerlukan pembeli dan penjual, dan bila ini berlaku, kita kemudian akan ada dagangan. Ini berlaku selalunya dalam seperdetik secara elektronik, tetapi pada asasnya, setiap kali anda mulakan dagangan, anda akan dipasangkan bersama seseorang yang suka membuka dagangan jual dan mengambil sisi yang bertentangan dengan dagangan anda. Jika ini tidak berlaku, maka tidak akan ada dagangan. Kenapa ini sangat penting? Kerana ia menunjukkan permasalahan yang bank bank besar ada, yang mana pedagang kecil tidak ada. Mana mana pedagang retail boleh meletakkan apa apa saiz posisi mereka suka di dalam pasaran tanpa takut kepada slippage atau bad fill.
Satu satunya alternatif ialah untuk membeli atau menjual secara senyap tanpa membenarkan pedagang lain untuk tahu apa yang sedang berlaku. Bagaimana ini berlaku? Ini berlaku oleh pembelian ke atas tekanan penjualan atau menjual ke atas tekanan pembelian. Dalam kata lain, market maker akan melakukan yang sebaliknya dari apa yang mereka mahukan pada mulanya untuk menolak harga ke paras tertentu.
Apa itu Market Maker?
Disebalik topeng musuh utama ini adalah satu daripada peserta pasaran - pembuat pasaran. Tidak seperti spekular pertukaran biasa yang mengaut keuntungan daripada perbezaan harga apabila membeli dan menjual elbagai jenis instrumen perdagangan, pembuat pasaran menyebabkan sesuatu yang lebih menyeluruh - ia memberikan kecairan pasaran, bertindak seperti pihak kedua dalam perdagangan (dalam ketiadaan pihak lain). Jika terdapat satu kecenderungan stabil, ia akan terjadi melawan arus. Memandangkan setiap sumber mempunyai hadnya, dan tidak terkecuali tahap kewangan seseorang, pembuat pasaran mengenakan sistem lindung nilai terhadap transaksi melalui pelbagai pilihan strategi. Semua kerja perlu berbayar dan setiap pedagang membayar pembuat pasaran untuk setiap dagangan. Bayaran ini merupakan spread, bukan stop loss anda, dan perbezaan antara belian dan bayaran mengikut kehendak pembuat pasaran.
Ianya ketetapan utusan kewangan dengan satu sasaran iaitu memadankan pembeli dan penjual bersama untuk menjana komisen di dalam proses. Sebagai contoh, konglomerat besar Eropah mahu membeli syarikat AS untuk $10 Billion. Ia tidak boleh pergi ke bank untuk menukar amaun wang itu. Tetapi, ia akan pergi kepada broker kewangan atau bank besar, yang akan melengkapkan transaksi dengan pergi kepada pasaran wang via kakitangan brokeraj mereka. Apabila market maker mendapat tempahan untuk transaksi itu, mereka akan menukar wang konglomerat daripada Euro kepada USD. Mereka akan, dan kemudian, akan berdagang pasangan EUR/USD dan menjual euro sementara membeli USD. Apabila transaksi menjual euro dan membeli USD berlaku dengan segera, market maker mahu mendapat kadar pertukaran tertinggi yang mereka boleh untuk Euro kepada USD.
Bagaimana untuk berdagang seperti market maker?
Sekarang kita pertimbangkan cara yang logik untuk mengaut kentungan daripada pelbagai tindakan pembuat pasaran. Untuk bermula, ia tidak tertarik dengan cara dan strategi yang mana spekulator memasuki pasaran. Ia tertarik di dalam kawasan yang wang duit pedagang tertumpu. Dan sacara naturalnya, untuk mendapatkannya, ia bersedia untuk melakukan usaha dan memaksa petikan di zon di mana nilai terbesar operasi dagangan tertumpu.
Carta ini menunjukkan harga nilai USDCAD dan nilai dagangan pada jangka masa H! (carta sejam). Di sini, nilai pasaran dipaparkan dalam setiap sesi dagangan dan sebagai kumulatif untuk tempoh-tempoh tersebut.
Data yang serupa juga dipaaprkan dalam selang harian.
Apabila membandingkan jumlah dagangan dalam selang masa yang dinyatakan, ia boleh dirumuskan bahawa pada masa tersebut, ketika harga dalam trend menurun, menuju tahap di mana kepentingan peserta pasaran yang meningkat dalam pasangan matawang ini terwujud. Sehubungan itu, pada tahap ini, sebilangan besar tempahan belian dan jualan diletakkan. Yang pertama akan membeli daripada tahap sokongan dengan stop-order untuk dijual di bawah, yang lambat akan menjual sekiranya sokongan dilepasi dengan stop-order untuk dibeli di atas. Kedua-dua mereka akan menggunakan stop order untuk perlindungan ( semakin pendek jangka masa, semakin hampir mereka dengan posisi titik kemasukan). Tidak susah pon untuk mengumpulkan kesemua stop order yang ditetapkan dalam kedua-dua arah, asalkan ianya terletak antara kawasan harga, yang mungkin menarik ramai peserta ke dalam satu posisi yang terkumpul. Di sini, segitiga terbentuk, ianya lebih mudah dan lebih menarik untuk berkerja dalam keadaan rata, kerana ia perlu mengimbangi perbezaan antara jumlah belian/jualan dan tidak perlu pergi ke jarak yang jauh untuk memicu stop order yang ditetapkan oleh pedagang untuk melindungi posisi mreka.
Ada satu cara untuk menjana dengan pembuat pasaran - untuk membuat diri sendiri berfikir dengan cara yang mereka lakukan.
Untuk berbuat demikian, mari kita lihat carta harga H1 sekali lagi.
Sepatutnya pembuat pasaran nampak akan pembentukan tahap permintaan daripada pembeli aset pada nilai 1.3400, diikuti dengan pergerakan harga pada arah rintangan pada 1.3500. Situasi ideal terbentuk - pada tahap ini, kegigihan spekulator paling berkemungkinan terjadi dan ia mungkin akan sedar akan kesemua tujuannya. Jangan lupa pembuat pasaran ini, dengan penampakan jumlah besar pebezaan permintaan, boleh bertindak sebagai spekulator. Ini adalah strategi yang win-win, di mana pada 1.3400 nilai terbukanya akan diliuti sepenuhnya dengan perbezaan permintaan. Dalam hal ia boleh memaksa harga melepasi tahap rintangan tertentu, ia mungkin menghalakan pergerakan dalam arah trend menggunakan jumlah yang spekulatif.
Adakah mungkin terjadi untuk kita berdagang dengan pembuat pasaran? Ya dan anada patut, tetapi anda perlu fikir sepertinya. Asas untuk membina strategi ialah jadual jumlah (anda boleh gunakan tanda jumlah yang broker berikan sebagai elemen analisis). Dengan pengetahuan ini, bina visi anda daripada situasi pasaran seperti pembuat pasaran. Wujudkah kawasan kepentingan pedagang yang meningkat? Bagaimana anda akan gunakannya?
Dan yang paling penting, anda tidak boleh melupakan perkara bahawa pembuat pasaran selalu melawan arus, dan kebolehannya melebihi kemampuan pedagang dalam semua perkara. Tambahan pula, anda datang ke pasaran untuk duitnya, dan ianya sukar untuk memuaskan hati anda. Tetapi tidak seperti pembuat pasaran, seorang pedagang bila bila masa sahaj boleh keluar daripada posisi yang menguntungkan dan merugikan, di mana, pembuat pasaran tidak boleh lakukan.
Strategi perdagangan berdasarkan pilihan penyedia likuiditi
Sukar untuk membayangkan pasaran kewangan moden tanpa pembuat pasaran iaitu syarikat yang menyediakan likuiditi. Sekiranya bukan kerana mereka, pasaran bergerak perlahan dan akan mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk pedagang memanipulasi di mana harga akan naik dan turun tanpa alasan. Namun, walaupun pembuat pasaran tidak dapat menyelamatkan Forex dari risiko kejatuhan harga dalam pasaran yang “sepantas kilat”, yang dihadapi oleh yen Jepun, franc Swiss dan mata wang lain dalam 5 tahun terakhir. Tetapi kejadian seperti ini jarang berlaku, terima kasih kepada penyedia likuiditi.
Pembuat pasaran mendapat keuntungan dari jumlah perbezaan antara harga jual dan beli. Sekiranya terdapat penyatuan yang panjang di tengah jumlah perdagangan yang rendah, pembuat pasaran tidak akan tenang. Sebaliknya, apabila harga membuat ekstrimum terbaru, di mana stop order atau pending order sudah pasti dibuat, penyedia likuiditi sudah tentu merasa tenang.
Tahap TPSL1 dan TPSL2 di mana kemungkinan besar sejumlah pesanan telah dibuat:
Bagaimana pedagang biasa boleh menggunakan maklumat ini? Pertama, perhatikan jangka panjang aktiviti pasaran yang lemah. Mereka biasanya menampakkan diri dengan membentuk julat perdagangan yang kecil dan jumlah dagangan yang rendah. Kedua, periksa jumlah perdagangan bertindak ketika meninggalkan julat perdagangan atau ketika mereka berada di dekat TPSL1 / TPSL2 ekstremum. Versi yang ideal adalah pertumbuhan jumlah dan spread yang besar. Mereka akan meramalkan arah harga dalam jangka pendek.
Harga GBP/USD keluar dari julat perdagangan:
Sepanjang sesi Amerika dan Asia GBP/USD didagangkan secara tidak aktif. Itu tidak memuaskan hati pembuat pasaran. Mendorong pasaran ke arah penjualan, penyedia likuiditi membuat peniaga ingin melakukan perdagangan. Mengetahui di mana harga akan beralih, pedagang dapat menjual pound semasa pertumbuhan. Dalam strategi ini, stop order harus diletakkan sedikit di atas had bawah julat penyatuan sebelumnya. Dalam senario yang ideal, harga tidak akan kembali ke julat tersebut. Ini akan bermaksud momentum kenaikan melemah. Pedagang yang ingin menjual tidak boleh terlalu gembira dan menetapkan sasaran kerana ini adalah spekulasi jangka pendek. Enam puluh atau tujuh puluh mata akan mencukupi.
Strategi berdasarkan rangsangan aktiviti perdagangan pembuat pasaran:
Situasi sama juga berlaku pada mata wang lain, termasuk EUR/USD yang didagangkan secara aktif di pasaran Forex. Sekiranya ia didagangkan dalam jarak yang kecil di tengah-tengah jumlah yang rendah sebahagian besar sesi Amerika dan Asia dan kemudian akan "meletup" secara tiba-tiba, penutupan bar penembusan akan menunjukkan arah harga yang akan datang. Ia berlaku pada 5 Mei ketika EUR/USD meningkat ke had bawah julat penyatuan sebelumnya, yang menjadikannya terus menurun. Perkara yang sama boleh berlaku sekarang sekiranya momentum kenaikan gagal kembali ke julat perdagangan sebelumnya yang terbentuk kerana aktiviti pedagang yang rendah.
Harga EUR/USD keluar dari julat perdagangan:
Oleh itu, pedagang dapat membentuk strategi dengan mengetahui bahawa pembuat pasaran berminat untuk merangsang pedagang dan mengingatkan bahawa jumlah dagangan luar jangkaan ketika berada di luar julat penyatuan. Strategi seperti itu berdasarkan pada pemahaman proses pasaran, bukan pada tindakan tidak tentu hala iaitu isyarat "cuba-dan-lihat".
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.















