Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Teori NeoWave oleh Glenn Neely. Konsep asas. Prinsip-prinsip utama dan peraturan membina Gelombang Neo
Rakan-rakan dikasihi!
Terdapat banyak alat yang boleh digunakan untuk menganalisis pasaran, bermula daripada pasaran saham sehingga forex, berdasarkan pada teori gelombang Elliott. Sistem-sistem analisis untuk harga pasaran ini mencari tindak balas daripada pelbagai ahli dalam perdagangan pertukaran. Kita telah mengkaji bacaan klasik teori gelombang Elliott yang disediakan oleh Robert Prechter dan Bill Williams, dan saya tidak boleh tidak menyatakan pendekatan NeoWave yang lebih moden dan revolusi yang telah dibangunkan oleh penganalisis kewangan, Glenn Neely.
Ini sememangnya satu pendekatan baharu dalam analisis gelombang yang menurut penulis dan pengikutnya, mempunyai kuasa ramalan yang lebih kuat berbanding kajian-kajian sebelumnya. Kita akan mengetahuinya jika ia betul dalam proses mempelajari teori NeoWave. Kita akan mulakan dengan jawapan kepada soalan-soalan utama teori Gelombang yang belum pernah diterbitkan sebelum Glenn Neely’s Mastering Elliott Waves ditulis.
Apa itu gelombang, gelombang mono dan kompleks?
Dalam buku yang ditulis Elliott dan pengikutnya, kini terdapat definisi yang jelas bagi gelombang, iaitu asas kepada seluruh teori. Neely mendefinisikan gelombang sebagai garis lurus mana-mana panjang yang bergerak dalam mana-mana arah, kecuali menegak. Gelombang terhasil daripada ketidakseimbangan bilangan pesanan beli dan jual dalam pasaran. Neely juga memperkenalkan satu istilah baharu, Gelombang Mono, iaitu sejenis blok pembinaan bagi semua pola gelombang. Gelombang mono adalah jenis gelombang yang paling ringkas, iaitu pergerakan harga bermula daripada perubahan dalam arah harga sehingga perubahan yang seterusnya dalam arah harga berlaku.
Gelombang mono ditandakan oleh garis biru dalam carta, garis kuning menandakan pergerakan dalam arah bertentangan. Gelombang mono boleh menjadi bahagian carta harga bagi mana-mana panjang di mana harga bergerak dalam arah yang sama, sebelum bahagian ini dan selepas berlaku perubahan dalam tindakan harga.
Gelombang mono ideal ialah garis lurus, tetapi secara praktikal, ia jarang berlaku.
Dalam carta di atas, garis biru menandakan pergerakan harga dengan banyak perubahan yang tidak penting dalam arah harga. Pergerakan ini boleh dipanggil sebagai gelombang mono sehingga perubahan dalam arah biasa berlaku, ia terjadi apabila pergerakan naik berbalik kepada turun (ditandakan oleh garis jingga).
Neely memanggil kombinasi tiga atau lima gelombang mono sebagai gelombang poli, gelombang yang mempunyai tiga atau lima gelombang poli dirujuk sebagai gelombang berbilang, dan kombinasi tiga atau lima gelombang berbilang adalah gelombang makro. Pola darjah tinggi juga boleh dipanggil gelombang makro, jadi penulis telah mengabaikan hierarki klasik yang telah di terangkan dalam artikel, khusus untuk darjah gelombang.
Peraturan pembinaan carta
Satu perbezaan utama Glenn Neely’s Mastering Elliot Wave berbanding pendekatan yang telah diterangkan oleh Prechter dan Williams ialah prinsip pembinaan carta. Penganalisis telah membangunkan satu sistem analisis teknikal baharu dan pengurusan data yang kita akan pelajari.
Pada peringkat pertama, kita bahagian carta kepada beberapa tempoh masa yang serupa.
Dalam contoh kita, unit masa adalah sesi harian yang ditandakan oleh garis putus-putus biru dalam carta.
Kemudian, kita bahagikan tempoh yang ditetapkan kepada dua bahagian. Sekarang, kita perlu tentukan tahap rendah dan tinggi setiap tempoh (bukan separuh, tetapi sepanjang hari). Anda boleh menggunakan paras tinggi dan rendah sepanjang hari dan memplotkannya dalam turutan ia berlaku.
Jika paras rendah hari itu datang terlebih dahulu, letakkan titik di tengah-tengah separuh pertama (bahagian kiri), di tengah-tengah separuh yang lain (bahagian kanan), anda letakkan titik sepadan dengan tinggi. Jika situasi bertentangan dan paras tinggi hari datang dahulu, anda plotkannya terlebih dahulu dan paras rendah diplotkan selepas itu.
Carta di atas memaparkan satu contoh analisis tersebut. Di tempoh masa pertama kiri, paras rendah datang dahulu, jadi kita plotkan paras rendah di slot masa kiri (titik biru pertama dalam carta) dan kita plotkan paras tinggi di slot masa kanan (titik biru lebih sedikit ke kanan). Situasi sama berlaku pada hari kedua. Pada hari ketiga, paras tinggi diplotkan terlebih dahulu pada slot masa kiri, dan paras rendah diplotkan di slot kanan.
Sekarang, kita sambungkan titik-titik tersebut dengan garisan dan lihat pola yang terdiri daripada gelombang mono.
Perhatikan bahawa beberapa gelombang mono boleh digabungkan kepada satu gelombang, iaitu dua gelombang di bahagian hijau dan dua gelombang di bahagian kuning.
Untuk penggunaan kaedah Neely yang praktikal, kita tidak perlu melukis susun atur secara manual. Jika anda menukar susun atur sesi harian dalam tetapan carta TradingView, anda akan melihat susun atur automatik bagi sesi harian di mana anda boleh terus memplot titik permulaan dan akhir gelombang mono.
Terdapat cara yang lebih ringkas untuk membina carta menggunakan penunjuk NeoWave V0 yang boleh ditemui dengan mudah dalam perpustakaan Trading View.
Pengenalpastian titik sifar (permulaan) dan penskalaan
Kecekapan analisis NeoWawe banyak bergantung pada pilihan titik permulaan yang tepat untuk pemerhatian anda. Pada peringkat pertama, kita ambil pasaran dan plotkan carta tinggi dan rendah bulanan mengikut cara yang saya terangkan di atas.
Paras tinggi dan rendah dihubungkan oleh garis biru dalam carta. Sekarang, kita perlu tentukan gelombang mono yang paling dekat dengan pusat tempoh masa. 
Pertama sekali, kita plotkan paras tinggi dan rendah untuk tempoh yang kita kaji. Paras tinggi berada pada 17215 USD, ia ditandakan oleh bulatan hijau. Paras rendah ialah 3204 USD. Saya tandakannya dengan bulatan merah.
Kita perlu mencari min aritmetik untuk kedua-dua nilai tersebut.
(17215 + 3204)/2 = 10209
Saya tandakan paras ini dengan garis melintang merah jambu dalam carta. Sekarang, gelombang mono sudah kelihatan dengan jelas, titik permulaan dan akhirnya adalah yang paling dekat dengan pusat julat seluruh harga yang baru sahaja dikenal pasti.
Gelombang mono ini melintasi garis merah jambu di atas paras sifar. Saya tandakan dengan bulatan merah jambu dalam carta.
Ini akan menjadi titik permulaan untuk carta darjah rendah. Jika kita menggunakan rangka masa empat hari, sekarang kita perlu beralih kepada carta empat jam. Neely menyatakan yang carta kedua mestilah merangkumi kira-kira 60 bar.
Carta di atas memaparkan turutan 60 bar yang bermula dengan titik sifar yang telah dikenal pasti sebelum ini. Untuk melihatnya dengan lebih jelas, saya letakkan bulatan merah jambu di sekitar titik ini. Sekarang, kita perlu mengenal pasti paras tinggi dan rendah yang penting. Dalam turutan yang dikaji, terdapat paras rendah yang penting, ia ditandakan oleh bulatan merah dalam carta.
Sekarang, kita beralih kepada rangka masa dua jam dan lukis carta yang dua kali lebih terperinci berbanding carta sekarang. Paras rendah penting akan menjadi titik mula carta akhir untuk analisis, ia ditandakan dengan bulatan merah. Selain itu, kita mesti memerhatikan peraturan perkadaran yang akan saya jelaskan di bawah.
Jika mahu, anda juga boleh menggunakan rangka masa lain yang lebih sesuai dengan tugas anda. Paling penting adalah memerhatikan peraturan bahagian yang akan saya jelaskan di bawah.
Di peringkat akhir, kita semak jika kita boleh menggabungkan gelombang mono sekiranya ia bergerak dalam arah yang sama. Carta di atas memaparkan dua kes tersebut (ditandakan dengan warna hijau) apabila dua gelombang mono boleh disatukan kepada satu pembentukan.
Peraturan bahagian
Kecekapan analisis visual situasi pasaran banyak bergantung kepada penampilan carta. Dalam bukunya, Glenn Neely memperkenalkan konsep ideal berdasarkan Prinsip Gelombang Elliot, carta yang mengikut tindakan pasaran.
Terdapat dua jenis tindakan: Berarah (Directional), terdiri daripada siri gelombang mono yang secara keseluruhan membentuk peningkatan atau penurunan dalam nilai pasaran; tindakan Tidak Berarah (Non-Directional) yang sering kali dipanggil sebagai trend sisi atau mendatar, membentuk nilai pasaran yang tidak berkembang.
Tindakan berarah akan terus berlaku sehingga panjang gelombang mono menurun kelihatan lebih pendek berbanding gelombang naik (ia bertentangan untuk trend bear). Di samping itu, gelombang mono kedua bagi tempoh Berarah tidak melebihi 161.8% daripada gelombang pertama.
Carta di atas memaparkan sebahagian pola yang telah dianalisis, iaitu satu contoh jelas untuk tindakan Berarah. Bulatan hijau menandakan paras rendah pembetulan. Seperti yang anda lihat, ia berada pada 0.618. Pembetulan seterusnya yang paras rendahnya ditandakan oleh bulatan merah berada lebih jauh daripada paras 0.618, ini mengisyaratkan yang tindakan Berarah akan berakhir tidak lama lagi.
Dalam tempoh Tidak Berarah, gelombang kedua sentiasa menjejak semula gelombang mono pertama lebih daripada 61.8%. Tambahan lagi, semua fasa tindakan Tidak Berarah mesti dijejak semula sekurang-kurangnya 61.8% (dengan pengecualian berkala bagi satu fasa dan penjejakan semula dalam siri gelombang mono). Apabila harga melepasi julat seluruh tempoh Tidak Berarah, ia biasanya membawa maksud penamatan tindakan Tidak Berarah.
Carta di atas memaparkan tindakan Tidak Berarah. Saya sengaja menandakan penjejakan semula pertama dengan garis merah jambu untuk menunjukkan bahawa ia boleh dilihat sebagai gelombang mono mengikut Peraturan Berkecuali yang akan saya jelaskan sebentar lagi. Hasilnya, penjejakan semula pertama hampir-hampir sama dengan pergerakan naik sebelumnya. Penjejakan semula seterusnya juga jauh lebih panjang berbanding perkadaran 0.618.
Carta ini memaparkan isyarat penamatan tindakan Tidak Berarah. Tindakan harga seterusnya tamat di bawah paras 1.618 (ditandakan dengan bulatan merah) bagi seluruh tempoh tidak berarah (paras harga ekstrem ditandakan dengan garis melintang berwarna hitam).
Penggunaan cekap kaedah Neely memerlukan anda mengikut nisbah harga kepada masa yang betul yang akan menghasilkan sudut naik atau turun mengikut jenis tindakan pasaran yang akan dilihat. Jika ia adalah tindakan Berarah, ia sepatutnya bergerak dari bahagian kiri bawah ke kanan atas atau kiri atas ke sudut kanan bawah segi empat sama. Dalam kata lain, harga sepatutnya naik pada sudut kira-kira 45 darjah. Mungkin terdapat sisihan kecil (tidak melebihi 25% daripada panjang satu sisi segi empat sama).
Apabila tindakan itu tidak berarah, Neely mencadangkan supaya membina carta dalam cara tempoh atas dan bawah meliputi kira-kira separuh daripada segi empat sama.
Carta BTCUSD di atas memaparkan perkadaran tindakan berarah dan tidak berarah yang betul. Gelombang mono berarah berada dalam segi empat berwarna hijau. Melainkan sisihan yang tidak ketara, peraturan perkadaran telah dipenuhi (ia bergerak dari bahagian kiri atas ke bahagian bahawa kanan).
Tindakan tidak berarah berada dalam segi empat sama berwarna merah. Perhatikan yang semua gelombang mono berada di bahagian atas separuh segi empat sama tersebut.
Gelombang mono kompleks
Seperti yang anda lihat daripada contoh-contoh sebelumnya, saya telah memperkenalkan gelombang mono yang boleh digabungkan menjadi satu gelombang. Tetapi ia tidak selalu dapat dilakukan kerana ketiadaan beberapa maklumat tentang pergerakan harga.
Glenn Neely menawarkan cara alternatif untuk melabelkan gelombang mono. Beliau mencadangkan untuk meletakkan titik pada akhir gelombang mono yang sedang dikaji dan begitu juga di permulaan gelombang seterusnya. Pada titik gelombang mono digabungkan bersama sebagai elemen pembentukan yang kompleks, titik tersebut akan hilang, menandakan yang turutan ini telah digabungkan menjadi satu gelombang mono.
Peraturan Berkecuali
Kebanyakan gelombang mono bergerak di pepenjuru ke paksi harga/masa. Gelombang mono sering kali boleh berkembang secara melintang berbanding menegak. Untuk mengenal pasti gelombang tersebut, anda perlu bingkaikan segi empat sama dan lukis garis pepenjuru dari titik asal pada sudut 45 darjah. Peraturan berkecuali diambil kira sekiranya tindakan harga bergerak di bawah garis pepenjuru ini (dalam pergerakan naik) atau di atasnya (dalam pergerakan turun), jika sebaliknya, peraturan berkecuali tidak diambil kira. Oleh itu, sekiranya gelombang mono membentuk pada sudut kurang daripada 45 darjah, gelombang tersebut boleh dianggap melintang.
Mari kita lihat turutan tiga gelombang mono yang saya nyatakan sebelum ini (ditandakan dengan garis merah jambu). Gelombang mono tengah kelihatan seperti tindakan melintang. Untuk mengesahkan sama ia adalah tindakan melintang yang betul, saya melukis segi empat sama hijau dan melukis garis pepenjuru daripada asal gelombang mono dikaji. Seperti yang anda lihat, sudut tindakan harga itu kurang daripada 45 darjah, maka peraturan berkecuali perlu dipertimbangkan. Secara praktikal, anda tidak perlu sentiasa melukis carta kompleks tersebut untuk mengenal pasti jenis setiap gelombang mono, kerana kebanyakannya anda boleh menilainya secara visual.
Tindakan harga melintang boleh memisahkan dua gelombang yang bergerak dalam arah yang sama atau berbeza
Apabila tindakan melintang memisahkan gelombang mono yang bergerak dalam arah bertentangan, kita rujuk Aspek-1 peraturan berkecuali. Aspek-1 menyatakan gelombang mono pertama tamat di titik akhir tempoh melintang yang berada di atas paras rendah tempatan atau di bawah paras tinggi tempatan, iaitu kita seperti memindahkan puncak ideal gelombang mono pertama ke titik akhir gelombang kedua yang mewakili tindakan melintang. Selain itu, perlu diingat bahawa tindakan melintang tidak seharusnya melebihi 38.2% daripada gelombang mono sebelumnya (pertama di sebelah kiri). Selain itu, penjejakan semula yang mengikuti tindakan melintang (gelombang mono ketiga dalam pola) hendaklah sekurang-kurangnya 61.8% daripada gelombang mono pertama.
Tindakan melintang jangkaan berada dalam segi empat sama merah jambu pada carta di atas. Disebabkan ia berada di atas pepenjuru merah jambu segi empat sama tersebut, sudutnya kurang daripada 45 darjah dan ia sememangnya tindakan melintang. Keadaan seterusnya, katakan penjejakan semula selepas aktiviti melintang hendaklah sekurang-kurangnya 61.8% daripada gelombang mono pertama, juga telah dipenuhi dalam contoh ini. Syarat iaitu tindakan melintang hendaklah lebih kurang daripada gelombang mono sebelumnya juga telah dipenuhi. Dengan itu, kita boleh nyatakan yang Aspek-1 peraturan berkecuali telah diperhatikan di sini.
Aspek-2 Peraturan Berkecuali menurut Neely mengatakan bahawa apabila tindakan harga melintang (atau hampir melintang) memisahkan dua gelombang yang bergerak dalam arah sama, tindakan melintang boleh diabaikan, hanya perhatikan gelombang mono yang lebih besar. Sekiranya menganalisis pola pembentukan yang dibahagikan kepada tiga gelombang mono yang lebih kecil adalah lebih mudah, interpretasi ini juga boleh diterima.
Melihat contoh sebelumnya, kita boleh menganalisis struktur yang ditandakan dengan garis merah jambu sebagai satu gelombang mono besar yang jelas kelihatan dengan titik merah dalam carta, atau sebagai gabungan tiga gelombang lebih kecil.
Walau bagaimanapun, Aspek-2 peraturan berkecuali tidak boleh digunakan kerana tindakan melintang dihalakan pada arah berlawanan gelombang sebelumnya dan seterusnya.
Peraturan Kedudukan Relatif Gelombang (Peraturan Pengenalpastian)
Sama seperti Prechter dan Williams, Neely menawarkan untuk melabelkan gelombang mono dengan nombor, bermula dengan 1 mengikut susunannya; beliau juga membahagikan pergerakan harga kepada Impulsif dan Pembetulan. Anda boleh baca lebih lanjut tentang gelombang pembetulan impuls dan pembetulan pada artikel saya sebelum ini.
Jika gelombang tidak mempunyai ciri-ciri tersendiri, strukturnya ditentukan berdasarkan struktur sebelum dan selepasnya. Dalam kursus analisis, gelombang semasa dilabelkan sebagai m1, gelombang sebelumnya m0 dan gelombang berikutnya m2.
Peraturan kedudukan menyatakan gelombang sebelum dan berikutnya mempunyai struktur yang sama dengan gelombang semasa. Mari kita lihat contoh.
Gelombang m1 yang kita sedang analisis ditandakan dengan garis hijau dalam carta. Garis biru menandakan gelombang sebelum dan berikutnya. Garis melintang merah jambu menandakan paras tinggi dan rendah gelombang mono m1. Selepas harga melepasi paras tinggi m1 (bulatan hijau dalam carta), m2 tamat pada titik paling rendah yang telah disahkan. Situasi bertentangan juga betul apabila titik penamat m2 disahkan apabila harga melepasi paras rendah m1.
Jika m2 melepasi paras rendah m1 dan ia bukannya sekelompok gelombang yang padat (konsep ini akan diterangkan secara terperinci dalam artikel seterusnya), pembalikan tindakan harga yang pertama selepas melepasi paras rendah m1 (bulatan hijau) adalah titik akhir gelombang m2. Tesis bertentangan juga tepat apabila gelombang m2 melepasi paras tinggi m1. Selain itu, peraturan-peraturan ini boleh digunakan dalam cara sama untuk menganalisis gelombang m0 dan gelombang sebelumnya.
Sekiranya sebelum harga melepasi satu paras ekstrem M1, terdapat lebih daripada satu gelombang mono, maka m0 dan m2 boleh dianggap sebagai sekelompok gelombang mono, ia akan dilabelkan, dalam kes ini, sebagai mg0 dan mg2. Paling biasa, kumpulan gelombang yang disebutkan terdiri daripada lebih lima gelombang mono ringkas, dan bilangan gelombang unsur dalam kumpulan berbeza adalah sama. Jika hanya satu gelombang yang terbentuk sebelum harga melepasi paras tinggi atau rendah m1, gelombang m0 dan m2 hanya boleh ditafsirkan sebagai gelombang mono ringkas.
Carta di atas memaparkan satu contoh apabila gelombang mono selesai sebelum harga melepasi paras rendah m1. Titik pertemuan dalam kedua-dua kes ditandakan dengan bulatan hijau.
Hasilnya, peraturan kedudukan gelombang boleh dibawa kepada satu tesis: untuk mengesahkan gelombang yang tamat pada m1 yang betul (gelombang akan datang), harga hendaklah melepasi paras tinggi atau rendah gelombang sebelumnya; untuk mengenal pasti titik akhir gelombang di sebelah kiri, kita perlu mengenal pasti waktu sebelum ini apabila harga melepasi paras ekstrem gelombang mono yang berikutnya.
Peraturan ini tidak diguna pakai hanya untuk gelombang mono m0 dan m2, tetapi juga kepada kumpulan gelombang mg0 dan mg2, ia juga relevan kepada gelombang sebelum dan selepasnya. Dalam analisis, anda perlu merujuk paras tinggi dan rendah yang paling hampir.
Mari kita kaji contoh dalam carta di atas. Garis pepenjuru hijau menandakan gelombang mono m1, garis hijau melintang menandakan paras tinggi dan rendahnya. Selepas gelombang mono m2 berikutnya melepasi paras tinggi pertama di atas (bulatan hijau), seterusnya, ke bawah, ia memberi isyarat penamatan gelombang m2.
Gelombang m3 seterusnya melepasi paras rendah dan juga mencapai paras rendah baharu yang ditandakan dengan garis melintang merah jambu. Apabila m4 hampir kepada paras rendah sebelumnya, m3 sudah selesai. Apabila menganalisis gelombang seterusnya, m5, kita akan melihat paras rendah lebih rendah (garis merah jambu). Apabila paras rendah dikemas kini (bulatan merah jambu), m4 telah disahkan selesai.
Di sini, saya akan tamatkan artikel pertama yang khusus untuk teori NeoWave. Dalam artikel seterusnya, saya akan bincangkan konsep yang lebih menarik tentang teori yang diberi nama peraturan Penjejakan Semula dan hubungan antara panjang gelombang.
Jaga diri dan wang anda!
Langgan dan jadi orang pertama yang membaca artikel-artikel baharu!
Semoga anda berjaya dan beroleh keuntungan yang banyak!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.
































