Pelanggan yang dihormati,
Kami memaklumkan kepada anda bahawa sejarah transaksi di semua akaun CENT2 dan CLASSIC1 yang dibuka sebelum 30.05.2022 akan dikemaskini pada hujung minggu ini.
Kerja-kerja penyelenggaraan akan dibuat dari 00:00:01 pada 27.08.2022 hingga 00:00:01 pada 28.08.2022 — sepanjang hujung minggu.
Sejarah semua urusniaga perdagangan dan urus niaga baki (semua jenis caj dan urus niaga kredit: komisyen afiliate,pembahagian rollover, caj swap, pindahan dalaman, deposit dan pengeluaran, dll) yang dibuat pada akaun dagangan dalam tempoh sebelum 30.05.2022 akan dimampatkan ke dalam satu operasi baki keseimbangan nilai terakhir yang akan bersamaan dengan jumlah kesemua urusniaga sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas.
Sejarah akaun perdagangan yang terperinci sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas tidak akan dapat diakses selepas dikompres.
Kami meminta anda mengambil langkah dan menyimpan laporan perdagangan anda, jika perlu. Untuk melakukannya, buka tab "Sejarah akaun" di platform MetaTrader, klik pada tab dan pilih "Simpan sebagai laporan" pada menu yang dibuka.
Perdagangan mata wang kripto di server akaun MT4 CLASSIC1 dan MT4 CENT2 tidak dapat dilakukan dari 00:00:01 pada 27.08.2022 hingga 00:00:01 pada 28.08.2022 kerana kerja-kerja penyelenggaraan. Harap maklum bahawa anda juga tidak dapat membuka atau menutup perdagangan mata wang kripto dalam tempoh tersebut. Pending order juga tidak dapat dilakukan.
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, pastikan anda mempunyai margin yang mencukupi dalam akaun dagangan anda sebelum kerja-kerja penyelenggaraan bermula. Juga, dinasihatkan jangan biarkan perdagangan mata wang kripto anda terbuka semasa kerja-kerja penyelenggaraan.
Profil Pelanggan kemungkinan tidak berfungsi dengan stabil kerana penutupan server semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Kemaskini sejarah transaksi adalah keperluan untuk memastikan fungsi server perdagangan dalam keadaan optimum. Ia mesti dilaksanakan untuk mengekalkan tahap kelajuan yang tinggi terhadap pesanan pelanggan. Kami memohon maaf atas kesulitan dan berharap anda memahami situasi dan keperluan ini!
Selamat sejahtera,
LiteFinance




