Pelanggan dan rakan kongsi yang dihormati,

Sekarang kita berada di penghujung tahun 2022. Tahun ini padat dengan acara untuk LiteFinance, dan kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda. Kami mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan diri dan keluarga serta kejayaan dalam pasaran kewangan pada tahun baharu 2023! Kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti, dan semoga impian anda menjadi kenyataan!

Mari kita imbas kembali acara penting untuk LiteFinance pada tahun 2022.

  1. Syarikat kita terus mengembangkan rangkaian di rantau yang berbeza di serata dunia. Pada tahun 2022 sahaja, kami membuka 14 pejabat antarabangsa. Dengan begitu pesat berkembang membolehkan kami meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menjadikan perdagangan dalam pasaran kewangan boleh diakses oleh semua orang.

  2. Terdapat beberapa anugerah antarabangsa yan dimenangi pada tahun 2022. LiteFinance telah diiktiraf sebagai broker Forex runcit terbaik di pameran kewangan terbesar, Smart Vision Investment EXPO-2022, dan broker ECN terbaik di Timur Tengah menurut majalah Gazet International. Pencapaian kami juga diiktiraf dalam majalah UK Global Brands. LiteFinance menerima anugerah Broker ECN Paling Inovatif di Negara MENA dan Broker Forex Serantau Paling Inovatif di Asia.

  3. Kami terus aktif bekerjasama dengan penyedia kecairan dan mengembangkan senarai instrumen perdagangan. Kini, pelanggan LiteFinance mempunyai akses kepada CFD pada saham syarikat Eropah dan gas asli. Selain itu, senarai instrumen yang tersedia untuk NYSE dan NASDAQ juga telah dikembangkan lagi.

  4. Selain itu, pereka kami telah meningkatkan platform dalam talian LiteFinance dengan signifikan dan mengemas kini aplikasi perdagangan mudah alih. Kita telah mengembangkan kit alat indikator teknikal dan kaedah analisis carta. Aplikasi mudah alih telah menjadi lebih pantas, lebih stabil dan lebih mudah untuk digunakan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia. Terima kasih kerana sokongan anda, kami sentiasa menambah baik perkhidmatan kami dan mencapai objektif baharu.

Kami berbesar hati untuk mengumumkan Promo Tahun Baru 2023, dimana anda boleh menang peranti mudah alih terkini jenama Apple dan juga hadiah wamg tunai. Maklumat lanjut boleh lihat pada pautan link ini New Year Promo 2023.

Semoga menjadi yang terbaik untuk Tahun Baru,

Pasukan LiteFinance

Selamat bercuti! Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru!
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat