Mempunyai strategi dagangan anda sendiri adalah kunci kejayaan perdagangan dalam pasaran Forex. Strategi yang jelas menghapuskan tekaan, meminimumkan risiko dan menghalang kesilapan yang disebabkan oleh emosi, membolehkan pedagang mengikuti algoritma yang jelas. Dengan strategi, anda sentiasa tahu bagaimana untuk bertindak dalam sebarang situasi pasaran. Selain itu, ia membantu melindungi deposit anda daripada perubahan pasaran yang mendadak dalam pasaran mata wang.

Walaupun setiap strategi perlu disesuaikan dengan aliran semasa, keputusan anda hendaklah sentiasa berasaskan logik dan analisis.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Isi Utama

  • Menggunakan strategi semasa berdagang Forex membantu anda mengurangkan ketidakpastian, mengehadkan risiko dan meminimumkan kesilapan yang timbul daripada tindak balas emosi.
  • Jenis strategi utama: strategi berasaskan indikator (Bollinger Bands, MA, Fibonacci), perdagangan corak, dagangan candlestick, dagangan mengikut trend, dagangan pasaran mendatar, scalping dan analisis fundamental.
  • Strategi yang berkesan harus merangkumi bilangan minimum indikator ketinggalan, jelas, dan disesuaikan dengan pendekatan individu pedagang.
  • Dinasihatkan untuk memulakan dagangan pada akaun demo, meneroka blog LiteFinance untuk analisis dan gambaran keseluruhan pasaran, dan menyesuaikan parameter strategi anda kepada keadaan aset dan pasaran tertentu.

Jenis-jenis strategi perdagangan forex

Strategi perdagangan boleh berdasarkan pelbagai kaedah. Strategi-strategi perdagangan yang paling popular ialah:

  • Strategi perdagangan berdasarkan penunjuk teknikal
  • Strategi perdagangan berdasarkan jalur-jalur Bollinger
  • Strategi perdagangan berdasarkan purata bergerak
  • Strategi perdagangan berdasarkan analisis teknikal dan pola harga
  • Strategi perdagangan berdasarkan pembalikan sementara (retracement)
  • Strategi perdagangan kaki lilin
  • Strategi perdagangan trend
  • Strategi perdagangan mendatar
  • Scalping
  • Strategi perdagangan berdasarkan analisis fundamental

Tiga strategi Forex yang paling menguntungkan

Penting! Strategi-strategi ini membentuk asas untuk membangunkan sistem perdagangan forex anda tersendiri. Tetapan yang dicadangkan dan paras-paras yang disarankan untuk membuat pesanan belum selesai hanyalah sekadar cadangan.

Jika anda tidak suka dengan uji semula atau prestasinya pada akaun sebenar, strategi tersebut mungkin bukan satu kegagalan. Anda hanya perlu mencari parameter-parameter individu untuk penunjuk yang sesuai bagi aset tertentu atau situasi pasaran semasa.

  • Nota! Keterangan setiap strategi mengandungi templat sistem perdagangan dengan penunjuk arahan ringkas tentang pemasangannya. Di penghujung artikel, terdapat bahagian khusus untuk cadangan praktikal. Ia menjelaskan cara melancarkan templat-templat ini dalam perdagangan sebenar dan mula jana pendapatan bersama LiteFinance! Jika anda berminat dengan strategi, buka akaun demo dengan LiteFinance, dan ikut cadangan-cadangan yang diberi dalam gambaran keseluruhan ini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila tanya di ruangan komen!

1. Strategi “scalping Bali”

Strategi ini agak popular, sekurang-kurangnya anda boleh menjumpai keterangannya di banyak laman web perdagangan. Walau bagaimanapun, sumber Internet mencadangkan saranan berbeza berkenaan sistem perdagangan Bali.

Menurut pembangun strategi ini, Bali ialah satu strategi forex ‘scalping’ atau sekurang-kurangnya ia direka untuk rangka masa jangka pendek. Ia juga sesuai untuk perdagangan hari. Ia mencadangkan henti rugi yang agak pendek (stop loss -SL) dan ambil keuntungan (take profit -TP). Namun, rangka masa yang disyorkan agak panjang, jadi, isyarat agak jarang dihantar.

Pembangun mencadangkan untuk menggunakan rangka masa H1 dan pasaran mata wang EUR/USD.

Penunjuk digunakan:

  • Purata Bergerak Wajaran Linear (Linear Weighted Moving Average - LWMA). Tempoh 48 (garis merah).

LiteFinance: 1. Strategi “scalping Bali”

Di sini, Purata Bergerak Wajaran Linear bertindak sebagai penapis tambahan. Disebabkan LWMA memberi banyak kepentingan kepada pergerakan harga yang paling terkini, hampir tiada kelewatan dalam rangka masa jangka panjang.

LWMA kadang-kadang menghantar isyarat awal dalam tempoh masa yang lama. Tetapi, strategi ini hanya mempertimbangkan kedudukan MA yang relatif kepada pergerakan harga. Jika LWMA di bawah, ia adalah isyarat beli. Jika garisan berada di atas harga, ia adalah isyarat jual.

  • Trend Envelopes V2. Tempoh 2 (garis oren dan biru).

LiteFinance: 1. Strategi “scalping Bali”

Penunjuk ini juga berdasarkan Purata Bergerak, tetapi ia mempunyai formula pengiraan yang berbeza. Susun aturnya adalah lebih tepat (gangguan harga dikurangkan).

Ia membolehkan anda mengenal pasti ‘break’ dalam trend dengan lebih awal berbanding MA biasa. Trend Envelope mempunyai ciri menarik. Warna garisan dan lokasinya bertukar apabila harga melepasi garisan trend sebelum ini. Ia sejenis isyarat perdagangan.

  • DSS momentum. Tetapan berada dalam syot layar di bawah.

LiteFinance: 1. Strategi “scalping Bali”

Penunjuk dipaparkan dalam tetingkap berasingan di bawah carta. Ini merupakan pengayun (oscillator) yang mengenal pasti titik pivot trend. Ia melakukannya dengan lebih cepat berbanding pengayun standard.

Ia mempunyai dua garis: garis isyarat yang bergaris putus-putus, garis tambahan yang merupakan garis biasa. Tetapi, garis penerimaan mempunyai dia jenis warna (oren dan hijau).

  • Penting! Ambil perhatian bahawa penunjuk dalam strategi perdagangan Bali dipilih supaya ia memberi isyarat awal beli dan jual. Ini memberi pedagang lebih banyak masa untuk mengesahkan pergerakan pasaran dan memeriksa faktor-faktor fundamental.

MA ialah alat MT4 standard, dua penunjuk lain boleh diperoleh secara percuma dalam arkib melalui pautan ini. Untuk menambahnya ke terminal perdagangan, dalam MT4, klik pada “File – Open data folder”. Kemudian, ikut direktori MQL4/Indicators. Gerakkan penunjuk ke dalam folder dan mulakan semula platform.

Syarat-syarat untuk membuka kedudukan panjang:

  • Harga melepasi garis oren Trend Envelope ke atas. Pada kaki lilin yang sama, garis oren ke bawah bertukar kepada garis biru menaik.
  • Kaki lilin berada di atas LWMA. Apabila syarat sebelum ini dipenuhi, jangkakan yang kaki lilin di atas MA akan muncul. Kaki lilin tersebut mesti ditutup di atas garis merah LWMA. Garis biru Trend Envelope mesti ada pada kaki lilin isyarat.
  • Garis tambahan DSS momentum pada kaki lilin isyarat seharusnya berwarna hijau. Garis ini mesti berada di atas garis putus-putus isyarat (iaitu ia sedang melepasi atau sudah melepasinya).

Masuk perdagangan apabila kaki lilin isyarat ditutup. Saya cadangkan untuk menetapkan henti kerugian pada jarak 20-25 mata dalam sebut harga empat digit. Ambil keuntungan ialah 40-50 mata.

LiteFinance: 1. Strategi “scalping Bali”

Anak panah menunjukkan kaki lilin isyarat di mana warna Trend Envelope berubah. Perhatikan (bujur berwarna ungu) garis biru berada di bawah oren dan sedang bergerak (kalau tidak, isyarat itu boleh diabaikan). Pada kaki lilin isyarat, garis hijau DSS momentum berada di atas garis putus-putus.

Syarat-syarat untuk membuka kedudukan pendek:

  • Harga melepasi garis biru Trend Envelope ke bawah. Pada kaki lilin yang sama, garis biru yang menaik bertukar kepada garis oren menurun.
  • Kaki lilin berada di bawah LWMA. Apabila syarat sebelumnya dipenuhi, jangkakan yang kaki lilin muncul di bawah purata bergerak. Ia mesti ditutup di bawah garis merah LWMA. Garis oren Trend Envelope mesti berada pada kaki lilin isyarat.
  • Garis tambahan DSS momentum hendaklah berwarna oren pada kaki lilin isyarat. Ia hendaklah berada di bawah garis putus-putus isyarat (iaitu sedang melepasinya atau sudah melepasinya).

LiteFinance: 1. Strategi “scalping Bali”

Kes-kes anda perlu mengelak daripada memasuki perdagangan:

1. Skrin di bawah memaparkan kaki lilin yang ditutup pada paras MA (garis merah), hampir penuh di bawah garis.

LiteFinance: 1. Strategi “scalping Bali”

2. Skrin di bawah menunjukkan DSS berada di bawah garis isyaratnya pada kaki lilin isyarat. Selain itu, garis isyarat mendatar, bukannya naik.

LiteFinance: 1. Strategi “scalping Bali”

Isyarat agak jarang berlaku, anda boleh tunggu satu isyarat dalam beberapa hari. Dalam 50% kes, adalah lebih baik untuk anda memantau perdagangan dan keluar awal sebelum harga mencecah ambil keuntungan. Jangan berdagang apabila pasaran mendatar. Uji strategi ini pada pelayan dan nilai prestasinya.

2. Strategi kaki lilin “Fight the tiger”

Ini merupakan strategi perdagangan mingguan yang menguntungkan, ia boleh digunakan untuk perdagangan kedudukan dengan pasangan mata wang berbeza. Ia berdasarkan tindakan harga yang anjal – jika harga naik dengan sangat cepat, ia akan jatuh lebih awal atau kemudian.

Kita boleh menggunakan carta pada mana-mana terminal dan rangka masa W1 (anda juga boleh menggunakan rangka masa harian). Anda perlu menganalisis saiz tubuh kaki lilin berbeza untuk pasangan mata wang berbeza. Terdapat pelbagai jenis pasangan mata wang: AUDCAD, AUDJPY, AUDUSD, EURGBP, EURJPY, GBPUSD, CHFJPY, NZDCHF, EURAUD, AUDCHF, CADCHF, EURUSD, EURCAD, GBPCHF.

Kemudian, pilih pasangan dengan jarak paling jauh antara harga buka dan tutup dalam minggu tersebut. Anda akan memasuki perdagangan untuk pasangan ini pada awal minggu hadapan.

Syarat-syarat untuk membuka kedudukan panjang:

  • Kaki lilin bear yang menunjukkan tindakan harga untuk minggu sebelumnya mempunyai tubuh yang agak besar.

Anda masuk perdagangan panjang pada awal minggu hadapan. Anda perlu tetapkan henti kerugian pada jarak 100-140 mata dan ambil keuntungan – pada 50-70 mata.

Pada pertengahan minggu, keluar dari perdagangan. Ia mungkin ditutup dengan ambil keuntungan atau henti rugi. Sekali lagi, tunggu pada awal minggu hadapan dan buat pesanan baharu. Jangan buat pesanan pada hujung minggu.

LiteFinance: 2. Strategi kaki lilin “Fight the tiger”

Daripada carta, ia jelas bahawa selepas setiap kaki lilin bearis, wujud kaki lilin bulis (walaupun ia lebih kecil).

Perkara yang penting ialah pada tempoh mana anda perlu ambil untuk membandingkan panjang relatif kaki lilin. Ia adalah berbeza untuk setiap pasangan mata wang.

Perhatikan bahawa beberapa kaki lilin kecil bear diikuti oleh kaki lilin yang menaik. Akan tetapi, mengikut kepada pengurusan risiko, anda tidak seharusnya membuka perdagangan bertentangan (perdagangan beli). Kejatuhan kecil yang berlaku pada minggu sebelumnya boleh bersambung.

Syarat-syarat untuk membuka kedudukan pendek:

  • Kaki lilin bulis yang menunjukkan tindakan semasa minggu sebelumnya mempunyai tubuh yang agak besar.

Buka kedudukan pendek pada awal minggu hadapan.

LiteFinance: 2. Strategi kaki lilin “Fight the tiger”

Anak panah merah menunjukkan kaki lilin yang mempunyai tubuh besar berbanding kaki lilin bulis sebelumnya. Semua isyarat adalah menguntungkan kecuali bagi perdagangan yang ditandakan dengan perdagangan biru. Kelemahan strategi ini ialah isyarat yang jarang berlaku walaupun peratus keuntungan agak tinggi. Dan anda boleh melancarkan strategi untuk berdagang pelbagai pasangan mata wang.

Strategi ini mempunyai pengubahsuaian yang menarik berdasarkan logik yang serupa. Pelabur, pedagang hari yang berdagang menggunakan volum perdagangan lebih menggemari strategi intrahari. Mereka tidak mempunyai wang mencukupi untuk memberi pengaruh yang kuat dalam pasaran.

Jadi, sekiranya terdapat tindakan pasaran yang kuat dalam carta mingguan, ini mengisyaratkan tekanan yang dibuat oleh pedagang-pedagang besar. Dalam kata lain, jika terdapat tiga kaki lilin mingguan dalam arah yang sama, kaki lilin keempat hendaklah berada dalam arah ini juga.

Faktor psikologi juga penting di sini. 4 kaki lilin adalah sama dengan tempoh sebulan. Bagi pedagang yang telah menolak pasaran dalam satu arah hendaklah mula mengambil keuntungan dalam sebulan.

Prinsip strategi:

  • Terdapat pola “tiga kaki lilin” (naik atau turun) dalam carta mingguan.
  • Ia adalah bagus sekiranya kaki lilin seterusnya adalah lebih besar berbanding yang sebelumnya. Kaki lilin Doji (kaki lilin yang tidak mempunyai tubuh) tidak diambil kira.
  • Henti kerugian ditetapkan pada paras yang hampir dengan kaki lilin pertama dalam turutan. Ambil keuntungan ialah 50%-100% daripada kaki lilin terakhir, tetapi selalunya lebih baik keluar daripada perdagangan secara manual.

Satu contoh tetapan perdagangan tersebut boleh dilihat dalam syot layar di bawah.

LiteFinance: 2. Strategi kaki lilin “Fight the tiger”

4 pola daripada 5 adalah menguntungkan. Kelemahan strategi ini ialah anda boleh menunggu pola muncul untuk tempoh masa yang agak lama. Ia boleh mengambil masa 2 atau 3 bulan.

Tetapi jika anda melancarkan strategi pada pelbagai pasangan mata wang, tempoh menunggu ini adalah wajar. Ambil kira swap!

3. Sistem perdagangan “Parabolik Untung (Profit Parabolic)” berdasarkan Purata Bergerak

Strategi ini dirujuk sebagai satu strategi universal dan ia sering dicadangkan antara strategi-strategi perdagangan untuk pedagang baharu. Ia menggunakan penunjuk biasa MT4, EMA (exponential moving averages - purata bergerak eksponen), dan SAR Parabolik sebagai alat pengesahan.

Ini merupakan strategi trend. Kebanyakan sumber mencadangkan penggunaannya dalam rangka masa yang berbeza, termasuk minit, tetapi gangguan pasaran merendahkan kecekapannya dalam rangka masa yang sangat pendek. Lebih baik menggunakan rangka masa M15-M30. Anda boleh berdagang mana-mana pasangan mata wang, tetapi anda mungkin perlu menyesuaikan tetapan penunjuk.

Penunjuk yang digunakan:

  • EMA dengan tempoh 5, 25, dan 50. EMA (5) berwarna merah, EMA(25) dan EMA (50) berwarna kuning. Digunakan untuk – tutup (harga penutup).

LiteFinance: 3. Sistem perdagangan “Parabolik Untung (Profit Parabolic)” berdasarkan Purata Bergerak

  • Parabolic SAR. Biarkan parameter asal (anda hanya boleh laraskan warna jika mahu).

LiteFinance: 3. Sistem perdagangan “Parabolik Untung (Profit Parabolic)” berdasarkan Purata Bergerak

Syarat-syarat untuk membuka kedudukan panjang:

  • EMA merah (5) melepasi EMA kuning dari bawah.
  • Parabolic SAR berada di bawah kaki lilin.

Syarat-syarat untuk membuka kedudukan pendek:

  • EMA merah (5) melepasi EMA kuning dari atas.
  • Parabolic SAR berada di atas kaki lilin.

Anda boleh memasuki pasaran pada kaki lilin yang sama apabila purata bergerak telah melintasinya. Henti kerugian ditetapkan pada paras terendah tempatan, ambil keuntungan ialah 20-25 mata. Tetapi, jika anda berjaya berdagang secara manual, anda boleh mengaut keuntungan yang lebih besar.

Sebagai contoh, anda boleh keluar dari perdagangan apabila EMA(5) mendatar. Ia menandakan perubahan dalam cerun daripada naik kepada mendatar.

LiteFinance: 3. Sistem perdagangan “Parabolik Untung (Profit Parabolic)” berdasarkan Purata Bergerak

Daripada syot layar ini, jelas bahawa kesemua tiga isyarat (dua panjang dan satu pendek) menghasilkan keuntungan.

Seseorang boleh berdagang pada kaki lilin seterusnya. Ia adalah selepas satu isyarat (untuk kepastian dalam arah trend). Namun, titik kemasukan yang bagus mungkin telah terlepas.

Terpulang kepada anda untuk mengambil risiko atau tidak. Parameter-parameter ini tidak begitu berkesan dalam rangka masa jam. Oleh itu, anda perlu sentiasa mencuba prestasi penunjuk bagi setiap rangka masa menggunakan tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

Sekarang anda sudah mengenali teori. Saya mahu terangkan secara ringkas cara untuk melancarkan strategi-strategi ini dalam perdagangan sebenar.

Sudah bersedia? Ayuh kita lihat perdagangan sebenar dalam pasaran Forex!

Daripada teori kepada penggunaan

Langkah 1. Buka akaun demo. Ia percuma, anda tidak perlu tambah nilai deposit. Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit dan tidak memerlukan pengesahan.

Pada laman utama laman web, terdapat butang Pendaftaran. Klik dan ikut arahan. Anda juga boleh membuka akaun dalam menu lain. Sebagai contoh, pada menu bahagian atas, syarat-syarat perdagangan untuk akaun dan lain-lain.

Langkah 2. Kaji fungsi profil pedagang. Ia tidak mengambil masa yang lama. Ia mempunyai antara muka yang mesra pengguna dan intuitif.

Anda perlu mengkaji instrumen-instrumen pada platform dan mengetahui cara untuk berdagang. Profil pedagang diterangkan dalam gambaran keseluruhan ini.

Langkah 3. Buka platform perdagangan. Dalam ruang klien, ada terminal terbina dalam, tetapi ia tidak membenarkan sebarang penambahan templat. Jadi, strategi-strategi seperti “Bali” atau “Parabolik Untung” hanya boleh dilancarkan dalam MT4.

3.1 Berdagang dengan MT4:

  • Pergi ke tab METATRADER dalam profil klien, anda boleh muat turun daripada pautan berikut (lihat syot layar di bawah).

LiteFinance: Daripada teori kepada penggunaan

  • Muat turun templat (saya berikan pautan lagi. Keterangan strategi di atas menjelaskan cara untuk menetapkan templat dalam MT4).
  • Cuba masukkan perdagangan menurut penerangan strategi “Bali” dan “Parabolik Untung”.

3.2. Berdagang menggunakan terminal terbina dalam LiteFinance:

  • Laraskan visualisasi carta mengikut huraian strategi “Fight the tiger” (pasangan mata wang, rangka masa). Anda boleh menambah penunjuk (tambah beberapa penunjuk yang anda suka).

LiteFinance: Daripada teori kepada penggunaan

  • Cuba sertai perdagangan mengikut isyarat-isyarat seperti yang ia terangkan dalam gambaran keseluruhan.

Berdagang dengan LiteFinance adalah sentiasa cekap kerana:

  • LiteFinance menyediakan huraian terperinci mengenai pelbagai penunjuk dan strategi. Jawapan sentiasa ada untuk soalan-soalan anda dan juga cadangan daripada pedagang-pedagang profesional.

  • LiteFinance merangkumi blog pedagang yang profesional, analisis dan blok pendidikan kompleks. Ia menyediakan semua alat yang perlu untuk membangunkan kemahiran anda daripada seorang pedagang baru kepada pedagang profesional.

Cuba sendiri! Anda hanya perlu membuka akaun demo melalui pautan ini. Ikut arahan, perhatikan cadangan yang ditawarkan dalam artikel ini. Percaya diri sendiri dan jangan takut untuk membuat pelbagai eksperimen sendiri!

Ciri-ciri strategi Forex yang efektif

Dan akhir sekali, mari kita lihat ciri-ciri yang dimiliki oleh strategi perdagangan menguntungkan. Apa yang ada dalam strategi itu? Saya boleh takrifkan tiga ciri paling penting bagi strategi perdagangan yang efektif:

  • Penunjuk lewat yang minimum. Semakin kurang kelewatan, semakin tepat ramalan tersebut.
  • Sifat yang ringkas. Ia sangat penting untuk memahami prinsip-prinsip utama strategi perdagangan anda. Menjadi seorang yang pakar pada strategi yang ringkas adalah lebih bagus daripada menggunakan strategi yang rumit. Ia sangat penting untuk memahami sistem perdagangan anda.
  • Ciri-ciri khusus. Strategi perlu dilaraskan mengikut gaya dan kaedah perdagangan anda, personaliti anda, keadaan-keadaan tertentu dan banyak lagi.

Ia sangat penting untuk membangunkan strategi perdagangan anda. Namun, pertama sekali, anda perlu cuba strategi-strategi lain yang telah dibangunkan dan diuji. Dalam blog Forex, anda akan menemui banyak strategi forex yang boleh dimuat turun secara percuma. Sebelum anda melancarkan sistem perdagangan, uji strategi pada akaun demo dalam terminal MetaTrader.

Kesimpulan. Untuk menjadi pedagang Forex yang berjaya, anda perlu membangunkan strategi perdagangan sendiri.

Kenali sistem perdagangan terkini, kaji strategi perdagangan forex sedia ada, bangunkan dan tingkatkan pelan perdagangan anda. Mengikut arahan mudah ini akan membolehkan anda berasa puas hati dengan prestasi perdagangan anda.

Saya ucapkan semoga perdagangan anda berjaya!

Soalan Lazim

Berikut adalah tiga strategi perdagangan yang mudah dan sangat berkesan.
1. Strategi Triangle Breakout - 85% tepat.
2. Strategi EMA Breakout - 70% tepat. 
3. Strategi Trend Line Breakout - 65% tepat.
Baca lebih lanjut di sini.

Strategi Forex merupakan satu teknik khusus atau teknik perdagangan yang digunakan oleh pedagang untuk menentukan sama ada mereka perlu beli atau jual pasangan mata wang pada masa tertentu. Strategi-strategi berasaskan analisis teknikal memerlukan penggunaan penunjuk, manakala strategi-strategi berasaskan analisis fundamental memerlukan data perniagaan dan berita ekonomi. Berikut adalah koleksi strategi perdagangan Forex dengan contoh penggunaan terperinci.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Tiga strategi perdagangan Forex yang terkini dan paling menguntungkan

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat