Pada hari ini, anda akan mengetahui cara untuk menjana wang daripada Forex dengan menggunakan profil pedagang salah satu broker kewangan terkemuka dunia, LiteFinance. Anda akan mempelajari cara untuk memasuki perdagangan di Forex dan keluar untuk mengaut keuntungan.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Persediaan untuk perdagangan

Baiklah, untuk memulakan perdagangan dan menjana wang sebenar, anda perlu mendaftar profil perdagangan dan membuka akaun perdagangan dengan broker yang akan memberi anda akses ke pasaran pertukaran asing global. Ini mestilah akaun sebenar, akaun demo hanyalah untuk memeriksa pelan perdagangan, anda tidak boleh menyertai perdagangan mata wang atau saham dengan akaun ini.

LiteFinance: Persediaan untuk perdagangan

Halaman utama profil anda akan kelihatan seperti dalam rajah di atas. Sekarang, mari kita lihat maksud setiap bahagian:

1. Sudah tentu kita tidak boleh berbicara tentang apa-apa keuntungan jika tidak memiliki akaun sebenar atau wang dalam akaun tersebut. Di ruang pedagang LiteFinance, akaun perdagangan pertama anda yang sebenar akan dicipta secara automatik apabila anda mendaftar profil peribadi (klien) anda. Jadi, untuk menjana wang, anda perlu menambah nilai akaun anda dengan broker dalam talian anda. Untuk menambah nilai akaun perdagangan anda, klik pada akaun “DEPOSIT”. Satu tetingkap akan muncul yang menawarkan pelbagai cara untuk membuat deposit ke akaun broker anda, bermula daripada pindahan bank atau kad kredit sehingga pelbagai dompet dalam talian atau sistem pembayaran. Secara umum, semuanya mudah sahaja.

2. Selepas anda memasukkan deposit dalam akaun, anda akan melihat perubahan dana anda dalam panel perdagangan di sudut kiri bawah. Tab tersebut dipanggil ASSETS TOTAL.

Memilih instrumen perdagangan

LiteFinance: Memilih instrumen perdagangan

3. Selepas menambah nilai akaun perdagangan, anda boleh mula mendapatkan wang. Pertama sekali, anda perlu memilih instrumen perdagangan (aset yang anda akan dagangkan). Kita tidak pilih yang berlebihan dan memilih pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan, EURUSD sebagai contoh (euro adalah mata wang asas dan dolar adalah mata wang sebut harga atau mata wang lawan, ini kerana anda akan sentiasa berdagang pasangan mata wang, bukannya mata wang tunggal). Klik pada tab EURUSD dan tetingkap terminal dengan pasangan mata wang yang dipilih akan dibuka.

4. Carta harga berada di tengah-tengah tetingkap. Terdapat pelbagai jenis carta harga, tetapi carta kaki lilin akan dipaparkan secara lalai. Carta harga bergantung pada gaya perdagangan anda, penunjuk perdagangan, strategi tindakan harga atau penasihat robot akan menggunakan jenis carta perdagangan yang berbeza. Untuk menentukan arah perdagangan (sama ada beli atau jual), kita perlu lakukan analisis teknikal carta untuk melihat keadaan pasaran semasa. Disebabkan kita boleh mengaut keuntungan daripada kenaikan atau kejatuhan harga, kita perlu tahu perkara yang akan berlaku kepada harga itu nanti, sama ada naik atau turun. Jika kita andaikan harga akan jatuh, maka kita perlu jual pasangan mata wang itu sekarang, jika harga lebih tinggi, maka apabila harga jatuh, kita akan beli pada harga lebih rendah dan mengambil keuntungan daripada perbezaan itu. Jika kita andaikan harga akan terus naik, adalah lebih baik untuk beli sekarang sementara harga masih rendah. Dan apabila harga naik, kita boleh menjualnya pada harga yang lebih tinggi dan mendapat keuntungan. Kita juga perlu buat keputusan perdagangan. Biasanya ia agak mudah jika anda tahu asas-asas analisis teknikal. Anda boleh gunakan bahagian Analytics dalam profil anda. Buat masa sekarang, isyarat jual sedang ditunjukkan untuk pasangan mata wang ini. Kita perlu ikut dan memasuki perdagangan jual.

Memasukkan perdagangan

LiteFinance: Memasukkan perdagangan

5. Untuk memasuki perdagangan jual, pilih perdagangan Sell. Di situ akan terdapat harga anda memasuki perdagangan.

6. Kemudian, kita perlu tetapkan volum perdagangan kita. Ini adalah jumlah wang yang kita mahu laburkan dalam perdagangan. Semakin banyak wang yang dimasukkan dalam perdagangan, semakin tinggi potensi pendapatan. Walau bagaimanapun, semakin banyak pelaburan anda, semakin tinggi risiko. Jadi, kita pilih cara penting. Volum perdagangan dalam pertukaran dipanggil lot. Satu unit lot bersamaan 100,000 unit mata wang asas. Kita tidak boleh memasuki perdagangan jika broker tidak menyediakan leveraj perdagangan. Mujurlah broker kami menawarkan leveraj, jadi 1 lot hanyalah 500 dolar. Akan tetapi, mengikut pengalaman saya, ia agak berisiko untuk memasuki perdagangan dengan seluruh lot. Mengikut asas pengurusan risiko, mengurangkan volum perdagangan sebanyak separuh adalah lebih selamat. Jadi, kita pilih volum 0.5 lot yang bernilai 280 dolar secara kasar.

7. Sekarang kita hanya perlu klik butang “sell”. Selepas menekan butang ini, kita memberi arahan kepada broker kita. Pesanan baharu dibuat dalam pasaran global dengan serta-merta. Dan apabila pesanan anda adalah jual, mesej pengesahan yang menyatakan harga akan dihantar, iaitu harga untuk pesanan anda telah dilaksanakan oleh broker.

8. Anda akan melihat perdagangan dimasukkan oleh perubahan dalam maklumat yang dipaparkan pada panel perdagangan di bahagian bawah skrin anda. Tab Current Change sekarang menunjukkan perubahan baki dalam akaun perdagangan kita dalam masa nyata. Dalam kata lain, kita sekarang boleh melihat keuntungan atau kerugian yang diberi oleh perdagangan kita. Walaupun harga tidak berubah sejak kita memasuki perdagangan, perubahan semasa menunjukkan kerugian sebanyak -5.00 USD. Apa yang telah berlaku? Ia bukan perkara pelik. Kita telah membayar komisen yang dikenakan untuk membuka kedudukan dan spread, iaitu perbezaan antara harga beli dan jual. Sekarang, terlebih dahulu kita perlu mendapatkan dan mengganti komisen ini, dan kemudian selepas itu kita akan membuat keuntungan. Dalam perdagangan sebenar, komisen ini tidak setinggi yang dinampak; ia hanya kira-kira 1%-2% daripada saiz kedudukan. Jika anda membuka kedudukan jangka panjang dengan masa pegangan selama seminggu atau lebih berserta keuntungan beberapa ribu dolar, anda langsung tidak akan menyedari yuran komisen sebanyak 5 USD itu.

Mengurus perdagangan dan membuat keuntungan

LiteFinance: Mengurus perdagangan dan membuat keuntungan

9. Selepas seketika, kita boleh lihat pada carta harga. Tekaan kita betul dan harga turun menghasilkan keuntungan daripada perdagangan jual kita.

10. Lihat pada baris Current Change. Nilainya sekarang positif, berwarna hijau. Ini bermaksud pesanan kita telah membuat keuntungan sebanyak +$18.

11. Jika kita anggap keuntungan ini mencukupi, kita boleh klik pada butang “close”. Ini akan memberi isyarat yang kita akan menutup perdagangan jual pada harga semasa dan mengambil keuntungan untuk menggunakannya pada akaun perdagangan kita. Jika anda selesaikan perdagangan (iaitu masuk dan keluar) dalam hari yang sama, ini adalah perdagangan hari dan anda merupakan seorang pedagang hari.

LiteFinance: Mengurus perdagangan dan membuat keuntungan

12. Selepas keluar dari perdagangan, tiada perubahan yang dibuat pada akaun baki, ia kini ditetapkan pada jumlah yang lebih tinggi daripada sebelum kita memasuki perdagangan, ini kerana kita telah membuat keuntungan.

13. Untuk mengetahui sama ada keuntungan itu benar, wang fizikal, kita boleh mengeluarkannya daripada akaun perdagangan. Untuk mengeluarkannya, kita perlu klik pada butang WITHDRAWAL.

14. Sekarang, mari cuba buat beberapa perdagangan sendiri dan anda akan dapati yang ia agak senang. Tiada apa yang rumit dalam membuat wang daripada pasaran forex.

Kesimpulan

Sudah selesai! Seperti yang anda lihat, proses membuat perdagangan dalam pasaran forex yang moden telah menjadi mudah dan ringkas berbanding pada waktu dahulu. Apabila anda berlatih dan beroleh pengalaman, ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk melepasi semua 14 langkah ini dan memasuki perdagangan. Anda akan belajar cara untuk menganalisis carta harga untuk memanfaatkan sepenuhnya perdagangan anda daripada artikel latihan seterusnya. Saya akan terangkan asas-asas paras sokongan dan rintangan, cara mengira sasaran keuntungan dan melindungi perdagangan anda daripada rugi. Saya berharap anda beroleh keuntungan dan berharap artikel ini akan berguna kepada anda.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Bagaimana cara untuk berdagang Forex?

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat