Rakan-rakan semua!
Jika anda belum mengetahui teori NeoWave, saya mencadangkan anda supaya membaca semua artikel dalam siri NeoWave berdasarkan buku Glenn Neely, Mastering Elliott Wave, bermula daripada artikel pertama:
Teori Neo Wave. Bahagian 1. Peraturan membina carta
Teori Neo Wave. Bahagian 2. Maklumat asas Gelombang Poli dan Label Struktur
Teori Neo Wave. Bahagian 3. Peraturan Penjejakan Semula 1.
Teori Neo Wave. Bahagian 4. Peraturan Penjejakan Semula 2.
Teori Neo Wave. Bahagian 5. Peraturan Penjejakan Semula 3.
NeoWave. Bahagian 6. Peraturan Penjejakan Semula 4. Keadaan “a” dan “b”
NeoWave. Bahagian 7. Peraturan Penjejakan Semula 4. Keadaan “c”, “d” dan “e”
NeoWave. Bahagian 8. Peraturan Penjejakan Semula 5. Keadaan “a” dan “b”.
NeoWave. Bahagian 9. Peraturan Penjejakan Semula 6, keadaan “a”.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Teori NeoWave oleh Glenn Neely. Peraturan penjejakan semula 6, keadaan “b”, “c’, dan “d”.
Pada hari ini, saya akan meneruskan perbincangan tentang peraturan penjejakan semula 6. Anda akan mempelajari keadaan “b”, “c”, dan “d”, saya telah bincangkan keadaan “a” dalam artikel sebelumnya.
Peraturan 6
Pertama sekali, saya ingin mengingatkan anda bahawa peraturan 6 digunakan apabila m2 bergerak dalam arah bertentangan dengan m1, dan m2 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1. Selepas mengukur hubungan m0 kepada m1, pilih satu atau beberapa keadaan dan tandakan gelombang dengan label struktur yang sepadan.
Keadaan (b). Jika m0 sekurang-kurangnya 100%, tetapi kurang 161.8% daripada m1
Jika m3 adalah gelombang poli yang terdiri daripada lebih tiga gelombang mono:
1. Jika tiga gelombang mono m3 tidak dijejak semula sepenuhnya lebih 61.8% daripada m2, gelombang mono pertama atau kedua (selepas penghujung m2) boleh menyimpulkan pembetulan kompleks. Selain itu, gelombang pertama pembetulan sepatutnya bergerak dalam arah yang bertentangan dengan m2, dan ia mungkin adalah gelombang x. Dalam senario alternatif, m2 mengandungi gelombang x hilang di tengah-tengahnya, atau m2 boleh menjadi gelombang ketiga pola impuls gagal kelima (trending atau akhir). Jadi, tambah “(:5/:s5)” dalam senarai struktur m1.
Dengan mengambil kira senario apabila gelombang x hilang, bulatkan tengah m2 dan letakkan ":5?" di sebelah kiri bulatan tersebut dan ":F3/x:c3?" di sebelah kanan.
Dalam senario yang mencadangkan penamat Pembetulan Kompleks akan disahkan serta-merta sebelum titik apabila pasaran berubah dengan mendadak (dalam arah bertentangan dengan m1) dan m3 melebihi 61.8% m2.
2. Jika tiga gelombang mono pertama m3 dijejak semula lebih 61.8% daripada m2, m2 mungkin menamatkan gelombang a mendatar dengan gelombang b kompleks, atau m1 mungkin menamatkan gelombang ketiga pola impuls gagal kelima. Di bawah keadaan-keadaan ini, letak ":F3/:5" di hujung m1 untuk menunjukkan dua kemungkinan ini.
Jika m3 adalah gelombang poli yang terdiri daripada tiga gelombang mono (atau kumpulan gelombang mono) atau m3 adalah gelombang mono, maka:
1. Jika m1 kurang atau sama dengan m0 dari segi masa, atau m1 kurang atau sama dengan m2 dari segi masa, dan m(-2) lebih pendek daripada m(-1), m1 mungkin menjadi gelombang x pembetulan kompleks; letak "x:c3" di hujung m1.
2. Jika m1 mengambil jumlah masa yang sama (atau lebih) seperti m0, atau m1 mengambil jumlah masa yang sama (atau lebih) seperti m2, dan m0 hampir dengan 161.8% m1, m1 mungkin sebahagian daripada pola zigzag atau impuls. Dalam kes ini, letak ":F3" di hujung m1.
3. Jika m1 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya oleh m2 dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m3 kurang 61.8% daripada m2 atau lebih 100% daripada m2, dan m3 membentuk dalam tempoh masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambil oleh m2, dan m(-1) sekurang-kurangnya 61.8% daripada m1 dari segi harga dan masa, dan jika m1 adalah pola yang mampat, dengan syarat tiada bahagian m1 yang bergerak melebihi permulaan m1 semasa pembentukan m1, maka wujud peluang yang m1 melengkapkan gelombang c mendatar. Jadi, letak ":L5" di hujung m1 untuk menunjukkan kemungkinan ini.
4. Jika m1 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya oleh m2 dalam jumlah masa yang sama diambil m1 untuk membentuk (atau kurang) dan m2 dijejak semula kurang daripada 61.8% dan m(-1) sekurang-kurangnya 61.8% daripada m0 dari segi harga dan masa, wujud peluang yang m1 mungkin melengkapkan segi tiga mengecut atau beberapa variasi mendatar (bergantung pada panjang m(-l)]). Untuk menunjukkan dua kemungkinan ini, letak ":L3/:L5" di hujung m1.
Walau bagaimanapun, jika m1 adalah gelombang poli dan sebahagian m1 melebihi permulaan m1, buang “:L5” daripada senarai struktur.
5. Jika m1 dijejak semula sepenuhnya lebih perlahan berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m2 terdiri daripada tiga atau lebih gelombang mono dan m2 lebih panjang daripada kedua-dua m(-1) dan m0, maka m1 mungkin satu daripada segmen pertengahan segi tiga. Jadi, letak ":c3" di hujung m1.
6. Jika m2 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m0 apabila dibandingkan dengan m(-2) dan/atau m2 dan ia bukannya gelombang yang paling pendek antara ketiga-tiganya, dan harga menghampiri (atau melangkaui) permulaan m(-2) dalam tempoh masa 50% (atau kurang) daripada masa yang diambil oleh sekumpulan gelombang m(-2) sehingga m2, m2 mungkin menyimpulkan pola akhir. Jika ya, tambah ":sL3" dalam senarai struktur m1.
7. Jika m3 berada antara 101%-161.8% m2, Segi Tiga Mengembang mungkin membentuk. Dalam senario ini, jika terdapat ":F3" dalam senarai struktur m1, tambah tanda kurungan untuk menunjukkan yang “:F3” berkemungkinan kurang daripada ":c3".
Mari kita lihat peraturan 6 (b) ditunjukkan dalam contoh.
Mari kita semak jika situasi pasaran semasa memenuhi syarat-syarat keadaan (b) peraturan 6. Daripada carta di atas, ia jelas yang m3 kurang sedikit 261.8% daripada m1. Jadi, syarat-syarat peraturan keenam telah dipenuhi.
Mari kita pilih kriteria keadaan (b) yang sepadan dengan pembentukan gelombang kita. Daripada carta di atas, ia jelas yang m0 berada antara 100% dan 161.8% m1, dan m3 ialah gelombang poli, tetapi ia hanya terdiri daripada dua gelombang mono (ia dapat dilihat dengan jelas daripada carta di bawah). Jadi, dalam kes kita, kriteria kedua peraturan 6 (b) adalah relevan.
Sekarang, kita perlu memilih perenggan yang relevan. Daripada carta, ia jelas yang m1 sama (atau lebih) dengan m0 dari segi masa. Oleh itu, seperti yang telah kita perhatikan dalam carta sebelumnya yang m0 hampir dengan 1.618 m1, kita menyatakan yang m1 mungkin sebahagian daripada impuls atau zigzag, kita letak “:F3” di hujung m1.
Sekarang, mari kita kaji keadaan (c) dan kriterianya
Keadaan (c). Jika m0 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1, maka:
1. m1 boleh menjadi segmen terakhir segi tiga mengecut atau mendatar gagal c teruk, tambah “:L3/(:L5)” dalam senarai struktur m1 untuk menunjukkan dua kemungkinan ini (“:L5” berada dalam tanda kurungan untuk menunjukkan kemungkinan yang rendah), dengan syarat dua kriteria di bawah telah dipenuhi:
- Jika m1 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m3 kurang 61.8% daripada m2.
- Jika m2 melebihi panjang m0, dan m(-1) berada antara 61.8%-161.8% m0, dan liputan harga m2 lebih besar dan pergerakannya lebih menegak berbanding m0.
2. Jika m2 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m(-1) serta m1 berkongsi julat harga yang sama, dan m0 apabila dibandingkan dengan m(-2) dan m2, bukanlah gelombang yang paling pendek antara ketiga-tiga gelombang tersebut, dan harga menghampiri (atau melangkaui) permulaan m(-2) dalam tempoh masa 50% (atau kurang) yang diambil oleh sekumpulan gelombang m(-2) hingga m2, maka m2 boleh menyimpulkan pola akhir. Dan dengan itu, tambah ":sL3" di hujung m1.
3. Jika m3 berada antara 101%-161.8% m2, mungkin terdapat segi tiga mengembang yang sedang membentuk. Tambah "(:c3)" dalam senarai struktur.
4. Jika tiada kriteria 1, 2, atau 3 yang dipenuhi, letak ":F3" di hujung m1.
Mari kita lihat peraturan 6 (c) dalam contoh carta harga BTCUSD:
Pertama sekali, kita semak sekiranya situasi pasaran semasa sepadan dengan peraturan 6. Daripada carta, ia jelas yang m2 lebih sedikit daripada 161.8% m1. Oleh itu, syarat-syarat peraturan keenam telah dipenuhi.
Langkah seterusnya ialah menyemak sekiranya keadaan (c) boleh digunakan dalam situasi ini. Daripada carta, ia jelas yang m0 berada antara 161.8% dan 261.8% m1. Jadi, keadaan (c) peraturan 6 adalah relevan di sini.
Disebabkan m0 adalah gelombang yang agak panjang dan boleh dibandingkan dengan m2 dan m3, dan m2 lebih panjang daripada m3, jadi, tiada kriteria 1,2 atau 3 yang dipenuhi. Jadi, kita letak “:F3” di hujung m1.
Keadaan (d). Jika m0 lebih 261.8% daripada m1.
- Jika m0 atau m2 (tolak satu unit masa dalam kedua-dua kes) adalah kurang atau sama dengan m1 dan selagi m1 kurang secara serentak berbanding m0 dan m2, m1 sama ada fasa pertama pembetulan yang besar atau penyempurnaan pembetulan dalam pola zigzag atau impuls. Dalam kes ini, letak ":F3" di hujung m1.
- Jika m3 kurang 61.8% daripada m2, dan masa gabungan m2 hingga m4 adalah sama atau kurang berbanding masa yang digunakan oleh m0, dan gabungan liputan harga kumpulan gelombang m2-m4 adalah lebih besar dan pergerakannya adalah lebih menegak berbanding m0, wujud peluang yang m1 melengkapkan segi tiga mengecut atau mendatar gagal c teruk. Oleh itu, letak "(:L3)/[:L5]" di hujung m1 untuk menunjukkan dua kemungkinan ini.
- Jika m2 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m(-1) serta m1 berkongsi julat harga yang sama, dan m0 apabila dibandingkan dengan m(-2) dan m2 bukanlah gelombang yang paling pendek antara ketiga-tiganya, dan harga menghampiri (atau melangkaui) permulaan m(-2) dalam tempoh masa 50% (atau kurang) daripada masa yang diambil oleh kumpulan gelombang m(-2) hingga m2, maka, m2 boleh menyimpulkan pola akhir. Dan dengan itu, tambah ":sL3" di hujung m1.
Mari kita lihat peraturan 6 (d) ditunjukkan dalam contoh:
Mari kita semak jika situasi pasaran semasa sepadan dengan syarat-syarat keperluan (d) peraturan 6. Daripada carta, ia jelas yang m2 adalah lebih sedikit 161.8% daripada m1. Jadi, sayat-syarat peraturan keenam telah dipenuhi.
Langkah seterusnya ialah memilih keadaan peraturan 6 yang relevan. Daripada carta, ia jelas yang m0 lebih 261.8% daripada m1. Jadi, keadaan (d) peraturan keenam adalah relevan di sini.
Disebabkan m0 atau m2 (tolak satu unit masa dalam kedua-dua kes) adalah kurang atau sama dengan m1 (bahagian biru dalam carta adalah lebih pendek berbanding bahagian hijau), dan selagi m1 secara serentak kurang dari segi masa berbanding m0 dan m2 (bahagian hijau adalah lebih pendek berbanding liputan gabungan bahagian biru), m1 sama ada fasa pertama pembetulan yang lebih besar atau cabang terakhir pembetulan dalam pola zigzag atau impuls. Jadi, kita letak “:F3” di hujung m1.
Itu sahaja untuk hari ini. Artikel seterusnya akan membincangkan tentang peraturan penjejakan semula 7.
Jaga diri dan wang anda!
Langgan dan jadi orang pertama yang membaca bahan terkini!
Semoga anda berjaya dan beroleh keuntungan yang banyak!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.


















