Hai rakan-rakan semua! Pada hari ini, saya akan menjelaskan peraturan penjejakan semula lima dan enam.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Teori NeoWave oleh Glenn Neely. Peraturan penjejakan semula 5 - keadaan “c” dan “d” untuk menggunakannya. Peraturan penjejakan semula 6, keadaan “a”.

Jika anda belum lagi membaca tentang teori NeoWave, saya sangat menggalakkan anda untuk membaca semua artikel dalam siri NeoWave, berdasarkan buku Glenn Neely, Mastering Elliott Wave, bermula daripada artikel pertama:

Peraturan 5

Pertama sekali, saya ingin mengingatkan anda bahawa peraturan 5 digunakan apabila m2 bergerak dalam arah bertentangan dengan m1, dan m2 hendaklah sekurang-kurangnya 100%, tetapi kurang daripada 161.8%. Selepas mengukur hubungan antara m0 dan m1, pilih satu daripada keadaan-keadaan di bawah dan tandakan gelombang dengan label struktur yang relevan.

Keadaan (c). m0 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1

  1. Jika m3 berada antara 61.8-161.8% m1 (termasuk), dan m2 kurang 61.8% daripada m0, dan m4 lebih besar atau sama dengan m2, dan m4 atau kumpulan gelombang m4 sehingga m6 sama atau lebih daripada m0, m1 boleh menjadi segmen pertama mana-mana variasi bagi pola mendatar tak tetap atau pola segi tiga yang sedang berlangsung. Oleh itu, letak ":F3" di hujung m1.
  2. Jika m3 berada antara 101%-161.8% m2, hampir tiada peluang bagi segi tiga mengembang; letak ":c3 di hujung m1.
  3. Jika m2 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa diambilnya untuk membentuk, dan m(-1) lebih pendek daripada m0, dan m0 apabila dibandingkan dengan m(-2) dan m2 bukanlah gelombang yang paling pendek daripada ketiga gelombang tersebut, dan m(-1) serta m1 berkongsi julat harga yang sama, dan harga mendekati (atau melangkaui) permulaan m(-2) dalam tempoh masa yang tidak lebih daripada separuh masa yang diambil oleh m(-2) sehingga m2, m2 mungkin akan melengkapkan pola akhir. Jadi, tambah “(:sL3)” dalam senarai struktur untuk menunjukkan kemungkinan ini. Ingat, saya telah menjelaskan perbezaan antara pola akhir dan trend dalam artikel kedua siri NeoWave.
  4. Jika m3 kurang 61.8% daripada m2, gelombang m1 dan m3 berkongsi sedikit julat harga yang sama, dan m4 lebih pendek daripada m2, dan m4 (tambah satu unit masa) dijejak semula lebih pantas sepenuhnya berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk dengan pasaran menghampiri (atau melangkaui) permulaan m0 dalam tempoh masa yang sama atau kurang berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk sekumpulan gelombang m0 sehingga m4, maka m4 mungkin menamatkan pola akhir m4. Letak ":c3" di hujung m1.
  5. Jika ml (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m2 hampir dengan 161.8% m1, dan m2 dijejak semula kurang 61.8% dan m(-l ) sekurang-kurangnya 61.8% daripada m0, dan m(-2) berada antara 61.8%-161.8% m(-1), dan m(-3) berada antara 61.8%-161.8% m(-2), dan jumlah panjang kumpulan gelombang m2 hingga m4 lebih panjang daripada m0, m1 mungkin menamatkan segi tiga mengecut. Tambah ":L3" dalam senarai struktur.
  6. Jika ml (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m1 adalah kira-kira 61.8% daripada m0, tetapi m1 tidak lebih daripada 161.8% m(-1), dan m2 sangat hampir dengan 161.8% m1, dan m2 dijejak semula kurang daripada 61.8% dan liputan harga gabungan m2 sehingga m4 adalah lebih panjang berbanding m0, m1 mungkin melengkapkan pola mendatar. Dan dengan itu, anda perlu letak ":L5" dalam senarai struktur.
  7. Jika tiada satu keadaan di atas yang dipenuhi, letak “:F3” di hujung m1.

Mari kita lihat peraturan 5 (c) di tunjukkan dalam contoh.

LiteFinance: Keadaan (c). m0 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1

Pertama sekali, kita semak sekiranya situasi pasaran semasa memenuhi syarat-syarat keadaan (c) peraturan 5. Gelombang m2 bergerak dalam arah bertentangan dengan m1 dan m2 berada dalam julat 100% - 161.8% m1. Jadi, syarat-syarat peraturan 5 telah dipenuhi.

LiteFinance: Keadaan (c). m0 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1

m0 tidak lebih daripada m1. Jadi, keadaan (c) peraturan 5 boleh digunakan dalam kes kita.

LiteFinance: Keadaan (c). m0 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1

m3 berada antara 100% dan 161.8% (termasuk) m1.

LiteFinance: Keadaan (c). m0 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1

Dan m2 kurang 61.8% daripada m0.

LiteFinance: Keadaan (c). m0 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1

Dan m4 (bahagian merah dalam carta) lebih besar daripada m2 (bahagian biru), dan m4 lebih sedikit daripada m0 (bahagian hijau), maka perenggan pertama peraturan 5 (c) adalah relevan dalam kes kita. Jadi, m1 berkemungkinan menjadi segmen pertama bagi mana-mana variasi pola mendatar tak tetap atau segi tiga yang sedang berlangsung. Jadi, kita letak “:F3” di hujung m1.

Keadaan (d). m0 lebih 261.8% daripada m1

  1. Jika m2 adalah gelombang poli dan terdiri daripada lebih tiga gelombang mono, letak “:F3” di hujung m1.
  2. Jika m2 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m(-2) lebih pendek daripada m0, dan selepas m2 tamat harga menghampiri (atau melangkaui) permulaan m(-2) dalam 50% (atau kurang) daripada masa yang diambil untuk membentuk sekumpulan gelombang m(-2)–m2, m2 mungkin menamatkan pola akhir lanjutan ketiga. Tambah “(:sL3)” dalam senarai struktur.
  3. Jika m3 kurang 61.8% daripada m2, serta m1 dan m3 berkongsi beberapa julat harga yang sama, dan m4 lebih pendek berbanding m2, dan m4 dijejak semula sepenuhnya lebih pantas daripada masa yang diambilnya untuk membentuk, permulaan m0 dicapai lebih cepat berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk sekumpulan gelombang m0 – m4, m4 mungkin melengkapkan pola akhir. Jadi, letakkan “:c3” di hujung m1.
  4. Jika m3 kurang 61.8% daripada m2, dan liputan harga gabungan bagi kumpulan gelombang m2-m4 lebih besar dan ia mengambil masa yang sedikit (pergerakannya lebih menegak) berbanding masa yang diambil m0, dan m(-1) sekurang-kurangnya 61.8% daripada m0, terdapat sedikit peluang yang m1 akan melengkapkan segi tiga mengecut. Jadi, tambah "(:L3)" dalam senarai struktur m1.
  5. Jika m3 kurang 61.8% daripada m2, jumlah panjang kumpulan gelombang m2–m4 lebih besar dan pergerakannya lebih menegak berbanding m0 dan m(-1) kira-kira hampir sama dengan m0, dan m1 mengambil lebih banyak masa berbanding m(-1) dan m1, wujud peluang yang m1 menamatkan pola mendatar gagal c “teruk”. Tambah “[:L5]” dalam senarai struktur. Saya akan terangkan tentang pola yang kompleks seperti pola mendatar gagal c “teruk” dalam artikel yang seterusnya.
  6. Jika m3 berada antara 61.8% dan 100% m2, m4 kurang 61.8% daripada m0, dan m1 mengambil masa yang sedikit berbanding m0, m1 berkemungkinan menjadi gelombang x dalam pembetulan kompleks. Letak “x:c3” di hujung m1.
  7. Jika m3 berada antara 61.8% -100% m2, dan m4 adalah 61.8% daripada m0 (atau lebih), letak":F3" di hujung m1.
  8. Jika m3 kurang 61.8% daripada m2, letak ":F3/:c3" di hujung m1.
  9. Jika m3 sekurang-kurangnya 61.8% daripada m1 tetapi kurang 100% daripada m2, dan m4 sama atau lebih panjang daripada m2, dan m4 (atau kumpulan gelombang m4 hingga m6) tanpa melepasi penghujung m3 adalah sekurang-kurangnya 61.8% daripada m0, m1 boleh menjadi cabang pertama pola mendatar gagal tak tetap. Letak":F3" di hujung m1.
  10. Jika tiada satu pun daripada keadaan di atas dipenuhi, letak “:F3” di hujung m1.

Mari kita lihat peraturan 5 (d) ditunjukkan dalam contoh.

LiteFinance: Keadaan (d). m0 lebih 261.8% daripada m1

Pertama sekali, kita perlu semak sekiranya situasi pasaran semasa sepadan dengan kriteria keadaan (d) bagi peraturan penjejakan semula 5.

LiteFinance: Keadaan (d). m0 lebih 261.8% daripada m1

Panjang m0 jelas lebih 261.8% daripada m1. Jadi, keadaan (d) peraturan 5 adalah relevan dalam kes kita.

LiteFinance: Keadaan (d). m0 lebih 261.8% daripada m1

Disebabkan m3 adalah sekurang-kurangnya 61.8% (ia sebenarnya lebih sedikit daripada 100%) daripada m1, m3 juga lebih pendek daripada m2.

LiteFinance: Keadaan (d). m0 lebih 261.8% daripada m1

m4 adalah lebih panjang berbanding m2, dan kumpulan gelombang m4 sehingga m6 tidak melebihi penghujung m3, dan m4 lebih panjang 61.8% daripada m0, perenggan kesembilan keadaan (d) adalah relevan. Ia bermaksud m1 berkemungkinan akan menjadi cabang pertama pola mendatar gagal tak tetap. Jadi, kita letak “:F3” di hujung m1.

Peraturan 6

Peraturan penjejakan semula 6 menyatakan yang m2 bergerak dalam arah bertentangan dengan m1, dan m2 berada antara 161.8% dan 261.8% (termasuk) m1. Selepas mengukur hubungan m0 kepada m1, kita pilih satu atau beberapa keadaan di bawah dan tandakan gelombang dengan label struktur yang sepadan.

Keadaan (a). m0 kurang 100% daripada m1.

Keadaan ini merangkumi dua kes, apabila m2 terdiri daripada tiga atau kurang gelombang mono atau m2 mengandungi lebih daripada tiga gelombang mono.

Jika m2 adalah gelombang poli dan terdiri daripada lebih tiga gelombang mono.

1. Jika tiga gelombang mono pertama m2 tidak dijejak semula lebih 61.8% daripada m1, pembetulan kompleks mungkin mula dengan gelombang mono pertama atau kedua (serta-merta selepas penghujung m1), bergerak dalam arah bertentangan dengan m1, mewakili gelombang x. Dalam senario alternatif, m1 mengandungi gelombang x “hilang” di tengah-tengahnya atau m1 adalah gelombang ketiga pola impuls gagal kelima (trending atau akhir). Jadi, letak ":5/:s5" di hujung m1

Dengan mengambil kira situasi gelombang x hilang, bulatkan tengah m1 dan letak “:5?” di kiri bulatan dan “F3?” di kanan.

Keadaan penghujung pembetulan kompleks akan disahkan serta-merta sebelum titik apabila pasaran berubah secara mendadak (dalam arah bertentangan dengan m1), dan m2 lebih 61.8% daripada m1.

2. Jika tiga gelombang mono pertama m2 adalah lebih 61.8% daripada m1, m1 mungkin menamatkan gelombang a mendatar dengan gelombang b kompleks. Atau m1 boleh menyimpulkan gelombang ketiga pola impuls gagal kelima. Dalam kes ini, letak “:F3/:5” di hujung m1.

Jika m2 adalah gelombang poli dan terdiri daripada tiga gelombang mono atau kurang.

1. Jika m3 sekurang-kurangnya 61.8% daripada m2, letak “:L5” di hujung m1. Jika m(-2) dan m0 berkongsi beberapa kawasan harga dalam kes ini, tambah “:L3” dalam senarai struktur.

2. Jika m1 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam tempoh masa yang tidak lebih daripada masa diambilnya untuk membentuk, m1 mungkin menjadi segmen terakhir pola impuls trending. Letak “:L5” di hujung m1.

3. Jika m1 (tambah satu unit masa) dijejak semula sepenuhnya dalam jumlah masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m3 lebih pendek berbanding m2, dan m2 (atau kumpulan gelombang m2 hingga m4) menghampiri (atau melangkaui) permulaan m(-3) dalam masa iaitu 50% (atau kurang) yang diambil oleh kumpulan gelombang m(-3) hingga m1, serta m0 dan m(-2) berkongsi beberapa kawasan harga yang sama, maka m1 mungkin menjadi segmen terakhir pola Impuls akhir, tambah "(:L3)" dalam senarai Struktur m1.

Jika di bawah keadaan-keadaan di atas, m4 berada antara 61.8%-100% (tidak termasuk) m2, dan ":L3" digunakan sebagai label Struktur pilihan, m2 berkemungkinan menjadi gelombang x, atau m1 boleh melengkapkan pola akhir dalam segi tiga darjah lebih tinggi. Dalam kes ini, letak "x:c3?" di hujung m2.

4.  Jika m1 dijejak semula sepenuhnya lebih perlahan berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk, dan m2 tidak melebihi penghujung m(-2), dan m(-1) sekurang-kurangnya 61.8% daripada m1, dan m(-2) lebih pendek daripada m(-1), maka m1 berkemungkinan akan menjadi gelombang z bagi pola mendatar. Dalam kes ini, m0 akan menjadi gelombang x. Jadi, letak “x:c3?” di hujung m0, dan “:F3” – di hujung m1.

Mari kita lihat peraturan 6 (a) ditunjukkan dalam contoh.

LiteFinance: Jika m2 adalah gelombang poli dan terdiri daripada tiga gelombang mono atau kurang.

Pertama sekali, mari semak sekiranya situasi pasaran semasa sepadan dengan keadaan (a) peraturan 6. m2 lebih sedikit 161.8% daripada m1. Jadi, kriteria peraturan 6 telah dipenuhi.

LiteFinance: Jika m2 adalah gelombang poli dan terdiri daripada tiga gelombang mono atau kurang.

m0 kira-kira separuh (iaitu kurang 100%) daripada m1. Jadi, kes kita merujuk kepada keadaan (a) peraturan 6.

LiteFinance: Jika m2 adalah gelombang poli dan terdiri daripada tiga gelombang mono atau kurang.

Disebabkan m3 sekurang-kurangnya 61.8% daripada m2, kita letak “:L5” di hujung m1. Kemungkinan ini disahkan oleh fakta yang m1 (permulaan ditandakan dengan garis melintang merah jambu) dijejak semula sepenuhnya dalam tempoh masa yang tidak panjang berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk m1 (bahagian merah dan hijau). Oleh itu, m1 boleh menjadi segmen terakhir pola impuls trend.

Dalam contoh kita, m(-2) dan m0 berkongsi kawasan harga yang sama, dan dengan itu, tambah “:L3” dalam senarai struktur m1. Kemungkinan ini disahkan oleh fakta yang m1 (permulaannya ditandakan dengan garis melintang merah jambu) dijejak semula sepenuhnya dalam masa yang sama (atau kurang) berbanding masa yang diambilnya untuk membentuk (kawasan merah dan hijau), m3 lebih pendek daripada m2, dan m2 (atau kumpulan gelombang m2–m4) mencapai (atau melebihi) permulaan m(-3) dalam tempoh masa yang tidak lebih daripada 50% masa yang diambil untuk membentuk kumpulan gelombang m(-3)–m1, dan gelombang m0 serta m(-2) berkongsi beberapa kawasan harga. Jadi, m1 boleh melengkapkan pola impuls akhir.

Itu sahaja untuk hari ini. Artikel seterusnya akan menyambung perbincangan peraturan penjejakan semula 6.

Semoga anda berjaya dan beroleh keuntungan!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

NeoWave. Bahagian 9. Peraturan penjejakan semula 5. Keadaan “c” dan “d”. Peraturan penjejakan semula 6. Keadaan “a”

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat