Helo rakan-rakan semua. Pada hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman perdagangan saya menggunakan penunjuk volum mendatar. Kaedah ini boleh digunakan secara universal, tetapi ia mempunyai ciri berbeza untuk pasaran berbeza yang mempengaruhi perdagangan instrumen tertentu. Menggunakan volum mendatar ialah alat cekap yang akan membantu anda membuat keputusan perdagangan yang bijak dalam pasaran kewangan.

Pertama sekali, saya ingin memberitahu beberapa aspek teori. Sebagai peraturan, seorang pedagang mempunyai sumber kewangan terhad dan jumlah masa yang boleh diluangkan dalam analisis pasaran untuk menentukan sama ada untuk membeli atau menjual. Satu-satunya sumber maklumat tentang sentimen pasaran dan perubahan harga biasanya adalah carta harga.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Bagaimana cara untuk menggunakan volum mendatar bagi meningkatkan prestasi perdagangan?

Kebanyakan pedagang tidak menggunakan analisis fundamental dalam perdagangan, beranggapan yang penggunaannya hanyalah sedikit dalam membuat keputusan perdagangan. Walau bagaimanapun, kejayaan perdagangan tertentu bergantung pada cara pedagang mentafsir data analisis carta harga. Jadi, formalisasi, algoritma dan kebolehan untuk membaca carta adalah sangat penting untuk setiap pedagang.

Berdagang dengan analisis teknikal, pedagang biasanya menggunakan pola carta harga dan penunjuk yang kebanyakannya menggambarkan pergerakan harga. Walau bagaimanapun, volum perdagangan tidak menunjukkan harga, tetapi amaun perdagangan yang dimasukkan untuk satu instrumen. Andaikan satu pesanan dibuat pada setiap minit dan harga naik sebanyak $1. Jika kita lihat carta harga dalam rangka masa 5 minit, kita akan melihat harga naik sebanyak $5 yang mana akan ditunjukkan oleh bar, kaki lilin atau garisan.

Namun demikian, jumlah aset yang didagangkan semasa tempoh ini dan jumlah wang yang dibelanjakan pada pergerakan harga tidak akan diketahui. Ia boleh menjadi 5, 50 atau 150 kontrak yang dibeli dan dijual pada harga yang diberi. Mengapa data-data ini penting dan bagaimana kita boleh menggunakannya dalam perdagangan?

Pertama sekali, mari jelaskan maksud Volum Perdagangan. Volum perdagangan ialah jumlah aset perdagangan yang dijual dan dibeli pada tempoh tertentu. Masa ialah unsur penting bagi penunjuk ini dan saya akan jelaskan sebabnya.

Kebanyakan pedagang berdagang dalam pasaran derivatif dan hanya sebahagian daripadanya berdagang dalam pasaran saham. Kita melihat kadar harga dalam terminal perdagangan LiteFinance apabila berdagang Forex atau CFD diterbitkan daripada harga pasaran derivatif yang kontraknya berkait rapat dengan jumlah wang, kecairan dan tempoh pesanan dibuat.

Harga ditentukan apabila terdapat pembeli dan penjual yang berurus niaga. Jika kecairan pasaran rendah, harga akan bergerak mendadak. Jika pembeli dan penjual tidak berjumpa antara satu sama lain, transaksi akan jarang berlaku. Jika jumlah tunai tinggi, harga akan berjalan lancar dan ia akan menjadi mudah untuk mencari pihak lawan.

Sifat jangka pendeknya menentukan kecairan Forex. Kita melihat sejarah harga dalam terminal perdagangan. Akan tetapi, tiada lagi sokongan/rintangan yang terdiri daripada wang sebenar yang ditunjukkan dalam sejarah tiga bulan. Dalam kata lain, harga wujud tetapi tiada pedagang pada harga ini.

Dengan melihat harga dalam sejarah terminal, kita hanya melihat jejak transaksi sebaik sahaja ia dilaksanakan, bayang-bayangnya jika anda suka. Walau bagaimanapun, jika anda menganggap paras harga sebagai pertempuran antara pembeli dan penjual di mana harga boleh berhenti, tiada wang sebenar pada paras ini dalam masa lebih dari tiga bulan.

Jadi, tiada siapa yang akan bertempur untuk paras ini. Pasaran minyak mempunyai kaitan dengan data kecairan yang sama dari masa ke masa. Pasaran emas berbeza sedikit, ia ditentukan oleh sifat pelaburan perdagangan emas. Tetapi secara umum, struktur masa pasaran emas juga boleh dipermudahkan dengan mengehadkan pengiraan penunjuk kecairan kepada sejarah tiga bulan.

Kesimpulan pertama yang boleh kita buat ialah dengan menganalisis paras sokongan dan rintangan sebagai paras untuk pertempuran antara pembeli dan penjual. Tiga bulan ialah tarikh akhir di mana paras-paras ini akan menjadi wajar dalam analisis teknikal. Semua sebut harga yang telah direkodkan lebih lama sebelum ini tidak lagi akan relevan.

Seperti yang ditunjukkan oleh pengalaman saya, anda boleh pertimbangkan paras sejarah tiga bulan untuk menganalisis rangka masa harian. Untuk memeriksa rangka masa empat jam, paras sejarah dua bulan akan menjadi relevan. Untuk rangka masa jam, sejarah satu bulan sudah mencukupi.

Untuk perdagangan intrahari, menganalisis sejarah satu-dua minggu sudah mencukupi. Pertimbangkan tempoh-tempoh ini bukan sahaja untuk analisis data sejarah, tetapi juga untuk menganalisis prospek kedudukan yang telah anda buka dalam pasaran.

Dalam hal ini, menganalisis carta minggu dalam pasaran derivatif adalah membazir masa dan sumber. Namun, dalam pasaran saham di mana pelabur membuka kedudukan jangka panjang, sebut harga mingguan adalah wajar. Saya lebih suka mengkaji pergerakan harga dalam pasaran saham selama enam bulan, maksimum setahun. Bagi saya, carta harian sudah mencukupi.

Kita telah meneroka rangka masa yang relevan untuk analisis carta dan mendapati yang kita perlu menganalisis sejarah tidak lebih dari tiga bulan. Sekarang, kita akan meneroka volum mendatar dan cara ia dipaparkan dalam terminal perdagangan. Volum perdagangan menandakan aktiviti pasaran dan kecairan yang didagangkan pada paras tertentu.

Jadi, semakin tinggi volum, semakin banyak pedagang membuat pesanan pada paras tersebut, dan ia semakin penting untuk analisis carta kita. Volum menegak menunjukkan bilangan transaksi yang selesai semasa tempoh tertentu. Volum mendatar menjumlahkan volum perdagangan semasa bagi satu tempoh dan mengagihkannya pada paras harga tertentu. (Rjh. 1).

LiteFinance: Bagaimana cara untuk menggunakan volum mendatar bagi meningkatkan prestasi perdagangan?

Rjh.1: kadar EURUSD, rangka masa Н4 – volum mendatar dan menegak.

Mari kita kaji situasi pasaran EURUSD. Volum mendatar di bahagian bawah carta menunjukkan  kecairan pasaran telah meningkat dengan ketara sejak 24 Februari. Kita boleh simpulkan yang trend naik agak kuat, ini kerana semakin tinggi kecairan, semakin kuat pergerakan harga. Selain itu, kita dapat melihat volum mendatar yang dipaparkan oleh histogram di bahagian kanan adalah tinggi pada paras 1.1081, 1.1002, dan 1.0839 yang boleh bertindak sebagai paras sokongan dan rintangan.

Perhatikan pada Mac 2020, harga melantun semula dari paras 1.1081 setelah menyentuhnya. Ia bermaksud yang pedagang besar membuat keputusan untuk menginsuranskan kedudukan panjang daripada kejatuhan harga dan membelinya pada volum euro yang signifikan. Dengan itu, jika pedagang besar menganggap yang kadar EURUSD akan terus naik, paras 1.1080 akan menjadi sokongan terbaik. Jadi, pedagang boleh meletakkan ‘stop loss’ di bawah paras pengumpulan volum yang seterusnya, iaitu di atas 1.1000.

Mengapa saya memilih 15 Jan sebagai titik untuk mengira volum? Saya memilih tarikh tersebut kerana dua minggu pertama pada tahun baharu kecairannya adalah rendah. Wang mula memasuki pasaran pada minggu ketiga.

Walau bagaimanapun, saya perlu nyatakan yang pilihan titik permulaan bagi titik rujukan adalah subjektif. Ia tidak mempunyai peraturan tetap; segala-galanya bergantung pada pilihan peribadi pedagang. Akan tetapi, pedagang perlu memahami sebab mereka memilih tarikh tertentu.

Titik rujukan biasanya adalah permulaan bulan kalendar, permulaan trend atau mana-mana tempoh lain yang menjadikan perdagangan itu wajar.

Sekarang, saya akan terangkan cara untuk menggunakan penunjuk volum mendatar dalam rangka masa jam. (rjh. 2). Titik permulaan ialah permulaan trend naik, 20 Feb. Seperti yang ditunjukkan histogram, volum maksimum perdagangan ialah sekitar 1.1180.

Di bawah, terdapat paras sokongan untuk rangka masa yang lebih panjang, 1.1082, dan 1.1002. Untuk perdagangan jual EURUSD, paras-paras ini boleh berfungsi sebagai sasaran. Henti rugi hendaklah di atas 1.1180. Paras henti rugi yang betul ialah di sekitar paras tinggi 1.1216.

Oleh itu, jika anda gabungkan paras sokongan dan rintangan yang ditunjukkan oleh volum mendatar dengan kaedah analisis teknikal yang lain, anda akan mempunyai situasi pasaran yang lebih tepat. Analisis anda bukan sahaja akan berdasarkan alat teknikal analisis carta harga, tetapi juga berasaskan kecairan pasaran. Jadi, prestasi perdagangan anda akan menjadi lebih tinggi.

LiteFinance: Bagaimana cara untuk menggunakan volum mendatar bagi meningkatkan prestasi perdagangan?

Rjh.2: Harga EURUSD, rangka masa H1 — volum mendatar dan menegak

Kesimpulannya, saya ingin menjawab satu soalan yang munasabah, dari mana volum itu datang jika pasaran Forex tidak mempunyai tempat perdagangan yang berpusat. Terdapat satu helah kecil di sini. Sebagai peraturan, jawapan paling tepat ialah volum perdagangan sebenar dalam kontrak dan saham niaga hadapan, tetapi anda perlu membayar volum tersebut kerana data masa nyata adalah agak mahal.  

Namun demikian, berbanding dengan volum sebenar, anda boleh menggunakan volum tanda yang mengira bilangan tanda harga sepanjang tempoh tertentu. Seperti yang saya lihat berdasarkan pengalaman sendiri, perbezaan antara volum sebenar dan tanda adalah kecil. Jadi, anda boleh menjimatkan masa dan wang.

Anda boleh muat turun penunjuk volum mendatar secara percuma di laman web pembangun. Pasang penunjuk volum mendatar untuk MT5 atau MT4 dalam terminal perdagangan LiteFinance dan gunakannya. Satu-satunya batasan kaedah ini ialah penunjuk akan mula mengira volum dari saat ia mula dipasang sahaja.

Lebih awal anda memasang penunjuk ini pada carta perdagangan, lebih cepat ia akan membantu anda menjana wang. Semoga anda beroleh keuntungan yang banyak. Namun, ingat peraturan pengurusan wang kerana tiada penunjuk perdagangan atau strategi yang menjamin 100% peluang kejayaan!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Penunjuk volum mendatar dalam perdagangan Forex

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat