Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Jenis-jenis pendapatan Forex: perdagangan, perdagangan salin, program afiliasi. Bagaimana cara untuk membina sistem pendapatan pasif sendiri dengan berdagang Forex?
Sebagai tambahan kepada perdagangan biasa mata wang, komoditi dan aset-aset lain, terdapat lagi beberapa cara lain untuk menjana pendapatan pasif di Forex. Sebagai contoh, anda boleh memberi peluang untuk membolehkan perdagangan anda disalin oleh pedagang lain dan mendapat bahagian pendapatan daripada pendapatan mereka. Anda juga boleh mendapat pendapatan tambahan daripada program afiliasi apabila rujukan anda berdagang. Teruskan membaca dan anda akan mengetahui cara-cara ini untuk membina pendapatan pasif dengan Forex dan cara untuk menggabungkannya bagi meningkatkan pendapatan anda.
Cara menjana lebih banyak wang di Forex: cara menjana pendapatan pasif sebagai pedagang Forex
Adakah anda seorang pedagang profesional dan menjana pendapatan daripada perdagangan Forex? Adakah anda tahu cara untuk menjana pendapatan pasif tambahan? Daripada gambaran keseluruhan ini, anda akan mempelajari teknik-teknik berikut untuk menjana lebih banyak wang:
- Cara membuka akaun untuk menyalin perdagangan pedagang lain dan cara menjana wang daripada perdagangan salin.
- Cara menjana pendapatan di Forex tanpa pelaburan dan menjana pendapatan pasif.
Anda juga akan mempelajari tentang beberapa tawaran unik LiteFinance dan rahsia yang akan membolehkan anda menjana lebih banyak wang di Forex!
Gabungkan beberapa cara untuk menjana wang di Forex
Perdagangan Forex bermanfaat kerana ia menyediakan beberapa cara untuk menjana wang supaya anda boleh mendapat pendapatan aktif dan pasif. Anda boleh menggunakan semua cara ini, menggandakan pelaburan anda dan meningkatkan aliran tunai anda tanpa terlalu bekerja keras.
Berdagang itu sendiri satu pendapatan aktif. Dan semasa anda menjana pendapatan daripada perdagangan anda itu, anda juga boleh menjana pendapatan pasif tambahan. Idea-idea pendapatan pasif termasuk rangkaian perdagangan sosial dan ganjaran rujukan pendapatan.
1. Cara menjana wang daripada perdagangan salin forex (perdagangan sosial)
Perdagangan salin atau sosial ialah satu perkhidmatan unik yang membolehkan pedagang berjaya berkongsi isyarat perdagangan dan tingkah laku perdagangan mereka dengan pedagang baharu dan pelabur yang dapat memberi keuntungan tambahan. Anda akan menemui panduan terperinci tentang cara pelabur boleh menyertai platform perdagangan sosial dan mula menyalin perdagangan di sini. Dalam artikel ini, saya akan membincangkan tentang kelebihan dan peluang yang diberikan oleh perdagangan sosial kepada pedagang yang mahu berkongsi tingkah laku perdagangan mereka.
Kelebihan perdagangan sosial:
- Anda menjana pendapatan pasif daripada keuntungan pedagang yang menyalin perdagangan anda. Jika seorang pedagang mengalami kerugian atas beberapa sebab, anda tidak akan mengalami kerugian. Jika pedagang telah membuat keuntungan hasil daripada isyarat perdagangan anda, anda akan mendapat peratusan keuntungan yang anda boleh tetapkan sendiri.
- Menarik pelabur baharu yang menyalin perdagangan anda (kesan domino). Semakin ramai pedagang yang menyalin perdagangan anda, semakin tinggi kedudukan anda dan anda akan menjadi semakin popular di kalangan bakal pelabur. Bakal pelabur melihat bilangan pedagang yang sudah menyalin anda sebagai satu penunjuk kepada prestasi anda.
Begitu juga, semakin ramai pelabur baharu, semakin tinggi pendapatan pasif anda. Anda akan menerima komisen sebaik sahaja pelabur baharu menyertai platform perdagangan, membuat deposit dan menyalin perdagangan pertama.
- Anda boleh menjana keuntungan daripada pautan rujukan mereka yang menyalin pedagang anda (saya akan jelaskan dengan lebih lanjut).
Apabila pedagang lain menyalin perdagangan anda, anda juga akan mendapat kepuasan psikologi. Ia menggembirakan apabila mengetahui bahawa ada orang yang berminat dengan ilmu dan pengalaman anda. Sekurang-kurangnya ia membuat anda menjadi lebih yakin dan bermotivasi untuk mengembangkan kemahiran perdagangan anda.
Cara ia berfungsi. Dalam Client Profile anda, klik pada tab Profile dan buka bahagian “About me”.
Kemudian, klik pada Edit dan hidupkan pilihan “Make available for copy trading”. Jika anda telah mengaktifkan fungsi ini, anda akan melihat soal jawab Pedagang.
Di sini, anda perlu mengisi maklumat tentang strategi dan gaya perdagangan anda: kekerapan transaksi dan tempoh, bilangan instrumen yang anda dagangkan, jenis pesanan dan banyak lagi. Selepas anda menjawab soal selidik, kembali semula ke menu “Make available for copy trading”. Jika ia dilumpuhkan, aktifkan semula dengan menggerakkan slider ke kanan. Anda akan melihat tetingkap pengesahan.
Sahkan yang anda bersetuju untuk menambah akaun anda dalam kedudukan pedagang. Dan akhir sekali, tetapkan kadar komisen (peratus keuntungan daripada salinan perdagangan anda). Komisen untuk hari perdagangan sebelumnya akan dikreditkan pada setiap awal hari perdagangan baharu.
Sedikit nasihat. Sila berpijak di bumi yang nyata. Jika anda tetapkan komisen yang tinggi, ia akan menyebabkan bakal pelabur tidak begitu berminat. Jika komisen anda terlalu sedikit, anda akan kehilangan keuntungan.
Kira komisen berdasarkan parameter-parameter berikut: jumlah pendapatan yang anda ingin terima daripada komisen, bilangan pelabur aktif yang menyalin perdagangan anda, kekerapan transaksi dan jumlah keuntungan daripada perdagangan pada sesuatu masa.
Ketahui komisen yang ditetapkan oleh pedagang lain yang mempunyai kedudukan hampir sama dengan anda. Ingat, pedagang lain yang membolehkan akaun mereka disalin merupakan pesaing anda. Oleh itu, syarat-syarat/prestasi anda hendaklah lebih menarik minat pelabur dalam pasaran kewangan.
2. Program afiliasi (pendapatan rujukan)
Menjana wang daripada program pemasaran afiliasi bermaksud anda menjana pendapatan pasif pintar dengan menarik minat rujukan baharu (pedagang). Dengan bersembang di forum pedagang, anda boleh membantu pedagang baharu mendaftar dengan broker anda dan mula berdagang. Jika mereka menggunakan pautan rujukan anda, anda akan menerima sedikit pampasan daripada LiteFinance kerana menyebarkan transaksi rujukan. Semakin ramai rujukan, semakin banyak pendapatan pasif anda.
Manfaat yang anda akan terima:
- Pendapatan pasif sehingga 70% daripada spread perdagangan yang dibuat oleh pedagang baharu yang anda bawa dalam perdagangan. Anda boleh tidak berdagang sendiri, pendapatan rujukan akan dibayar kepada anda sebagai komisen berulang.
- Anda boleh bangunkan rangkaian afiliasi berbilang peringkat dan menjadikan penyertaan dalam program afiliasi perniagaan anda sendiri.
Penting! Ambil maklum bahawa anda boleh menggabungkan dua jenis pendapatan pasif, pendapatan rujukan dan menjana wang daripada perdagangan anda yang disalin. Apabila anda menarik minat pedagang baharu dan membantu mereka mendaftar menerusi pautan rujukan anda, anda boleh menawarkan mereka untuk menyalin tingkah laku perdagangan anda. Dalam kata lain, anda akan menerima komisen kerana perdagangan yang disalin dan jumlah wang tambahan sehingga 70% daripada spread daripada setiap perdagangan rujukan anda.
Cara ia berfungsi.
Dalam profil pedagang anda, pergi ke menu Affiliate, di situ anda akan menemui pautan rujukan anda
Anda boleh kongsikan pautan ini pada mana-mana pengehosan web dan sumber internet. Penting! Anda akan menerima pampasan daripada spread perdagangan rujukan anda jika rujukan tersebut mendaftar dengan pergi ke halaman pendaftaran melalui pautan rujukan anda sahaja.
Anda boleh menarik minat bilangan rujukan tanpa had. Anda boleh meninggalkan pautan rujukan di forum, senarai mel, mencipta laman web anda dan berkongsi pautan di situ, dll. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang program afiliasi forex dan cara-cara untuk menjana wang daripada program rakan kongsi di sini.
Tawaran istimewa LiteFinance. Bagi sesiapa yang mempunyai $250 dan ke atas dalam akaun sebenar, mereka boleh mengambil kesempatan daripada tawaran istimewa “Bring a friend” ini. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang program ini dengan pergi ke menu profil peribadi anda di sudut kanan atas.
Anda akan mendapat pautan rujukan peribadi anda untuk berkongsi kod promosi hadiah untuk bonus 100% bagi deposit pertama rujukan anda.
Anda akan menerima 50 USD dalam akaun sebenar bagi setiap pedagang baharu yang akan mendaftar melalui pautan anda dengan deposit bermula daripada $250. Anda boleh mengeluarkan ganjaran dengan bebas daripada akaun anda. Pedagang baharu yang mengikut pautan anda akan menerima sehingga 100% daripada deposit pertamanya ke akaun bonus masing-masing.
Kesimpulan. Pasaran Forex memberi banyak peluang untuk menjana wang, anda hanya perlu memanfaatkannya. Anda bukan sahaja boleh menjana pendapatan daripada menggunakan pengetahuan dan pengalaman perdagangan anda, tetapi juga dengan menggunakan kemahiran pengurusan dan pemasaran anda.
Perdagangan sosial dan program afiliasi hanyalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menjana wang di Forex. Anda boleh tentukan sendiri. JANGAN terlepas peluang ini untuk membuat wang tambahan! Jika anda ada sebarang persoalan, jangan segan-silu untuk bertanya soalan di ruangan komen!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.















