Helo!
Mungkin ada yang sudah yakin dalam menggunakan mata wang kripto, tetapi ada juga yang baru mula menerokai peluang-peluang yang diberikan oleh mata wang kripto. Pekerjaan saya mencadangkan penggunaan mata wang kripto setiap hari, jadi saya mahu menawarkan satu sesi umpama Soalan Lazim untuk pedagang baharu yang pernah mendengar tentang Bitcoin, tetapi tidak pernah menemui mata wang digital ini secara realiti. Saya akan cadangkan panduan langkah demi langkah untuk sesiapa yang mahu membeli dan menjual bitcoin, serta mata wang kripto lain dan juga cabang dalam Bitcoin (contohnya, bitcoin cash bch). Saya akan mulakan dengan teori dan kemudian diikuti dengan contoh-contoh praktikal.
Baiklah, mari kita lihat semua perkara mengenai bitcoin.
Apa itu Bitcoin?
Jika anda baru dalam bidang ini, saya sarankan anda untuk mula menerokai dunia kripto dengan Bitcoin atau BTC.
Bitcoin merupakan mata wang kripto yang paling popular di dunia. Ia mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang sama seperti mata wang biasa; ia merupakan satu cara pembayaran. Akan tetapi, terdapat perbezaan yang ketara melainkan awalan “kripto”. Anda boleh membeli, contohnya, komputer baharu dengan bitcoin. Anda boleh membayar balik hutang anda kepada kawan anda. Anda boleh berdagang bitcoin dalam pertukaran. Atau, anda boleh tunggu sehingga harga BTC menjadi lebih tinggi berbanding mata wang tempatan anda dan mengaut keuntungan daripada penjualan BTC. Segala-galanya sama seperti mata wang biasa. Tetapi...
Mata wang kripto hanya boleh dikendalikan dalam Internet. Syiling BTC yang boleh dilihat dalam Internet pada dasarnya merupakan satu kod yang berada dalam medium fizikal. Mata wang ini muncul dengan cara melaksanakan operasi pengiraan pada komputer di seluruh dunia, dan bilangan syiling yang boleh muncul adalah terhad. Tiada siapa yang boleh mencetak wang ini. Tiada siapa yang boleh mengawal rangkaian ini kerana anda perlu memiliki majoriti komputer di dunia supaya anda dapat mempengaruhinya.
Mata wang disimpan pada alamat bitcoin. Alamat Bitcoin adalah satu set huruf dan nombor Latin sepanjang 34 aksara (huruf besar/kecil penting!).
Bitcoin boleh dikendalikan dengan cara teknologi blockchain.
Apa itu blockchain?
Blockchain ialah satu rantaian blok (saya sentiasa ada, Kapten Jelas anda). Ia seperti log data atau lembaran hamparan yang mengandungi kemasukan semua transaksi dalam mata wang ini. Ia sentiasa dikemas kini dengan “baris” atau “lajur” baharu yang merupakan satu blok.
Setiap blok baharu mengandungi kemas kini jurnal transaksi. Blok dimuatkan dengan pemindahan bitcoin anda, borang dan hasil untuk pengesahan rangkaian yang terdiri daripada berjuta atau mungkin bilion komputer di seluruh dunia. Rangkaian meluluskan blok, bitcoin dihantar ke alamat destinasi dan komputer yang mengambil bahagian dalam kelulusan akan menerima ganjaran.
Ini adalah huraian secara kasar, anda boleh lihat maklumat yang tepat dan terperinci di sini atau nantikan artikel seterusnya :)
Untuk menggunakan bitcoin, anda tidak perlu faham mengenai cara blockchain berfungsi. Kita semua menggunakan komputer, tetapi kita mungkin tidak tahu apa itu papan ibu (motherboard) atau cara kad grafik berfungsi. Memahaminya secara umum sudah mencukupi sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam membincangkannya. Jika ramai yang berminat untuk mengetahui cara blockchain berfungsi, saya akan terangkan prosesnya secara terperinci, berserta gambar dan contoh pada masa akan datang. Sementara itu, mari kita teruskan.
Sebagai contoh, saya akan gunakan diari elektronik pelajar. Ini juga seperti satu log data. Markah pelajar hanya boleh dilihat oleh guru, ibu bapa dan pelajar tersebut. Dalam blockchain, semua perkara berada dalam domain awam, setiap pemindahan boleh ditemui pada rangkaian, anda hanya perlu tahu id unik (tanda pagar) transaksi, alamat destinasi atau alamat asal pemindahan tersebut dibuat. Bagi setiap alamat BTC, anda boleh menemui sejarah untuk semua pemindahannya. Segala-galanya adalah terbuka dan telus.
Anda boleh menukar markah lama pelajar dalam diari elektronik, tetapi anda tidak boleh berbuat demikian dalam blockchain. Tiada siapa yang boleh menukar butiran transaksi atau deposit anda. Semuanya selamat dan akaun anda dilindungi daripada gangguan luar.
Oh ya, diari-diari elektronik sekolah ini boleh disimpan menggunakan teknologi blockchain!
Apakah kelebihan menggunakan bitcoin? Ada apa-apa kelebihan?
- Ia sulit sepenuhnya. Anda boleh membayar apa-apa sahaja menggunakan bitcoin. Tiada alamat BTC yang akan dihubungkan dengan nama anda, tempat tinggal atau perkara lain yang biasanya diperlukan di bank.
- Komisen rendah dikenakan untuk memindahkan sebarang jumlah wang ke mana-mana bahagian di dunia. Ia sememangnya menguntungkan jika anda mahu memindahkan sejumlah besar wang berbanding sistem pembayaran atau bank. Perkara yang penting adalah penerima itu menerima bitcoin.
- Ia agak mudah digunakan. Anda hanya perlu muat turun dompet, pasang dan anda sudah boleh menggunakannya! Tiada komisen untuk sambungan, aplikasi berbayar atau perkara-perkara lain.
- Ia tidak terpusat. Rantaian data (blockchain) diperuntukkan antara semua ahli rantaian, tiada organisasi yang mengawal rangkaian ini, semua ahli mempunyai hak yang sama.
- Tiada pelayan, dan dengan itu tiada serangan ddos sekali gus ia mempunyai tahap keselamatan yang sangat tinggi. Selain itu, tahap keselamatan sistem yang tinggi dijamin oleh kerumitan kekunci kriptografi. Tiada siapa yang boleh mencuri bitcoin daripada dompet anda jika anda tidak membuat kesilapan. Tiada siapa yang boleh mengintip pemindahan anda, tiada siapa yang boleh menyekatnya atau bertanya tentang sumber pendapatan.
- Anda boleh mempercayai blockchain, ia dilindungi dalam cara yang lebih kompleks berbanding kad kredit bank atau kad debit anda, tetapi pada masa yang sama ia telus.
- Desentralisasi memberi pemprosesan transaksi berkelajuan tinggi kerana keupayaan rangkaian pada dasarnya adalah keupayaan sejumlah besar komputer. Tiada sistem perbankan yang boleh menyainginya.
- Dan sudah tentu kebanyakan pembaca berminat dalam cara mengaut keuntungan daripada kadar bitcoin kepada mata wang fiat. Ini melibatkan risiko yang tinggi tetapi sangat menarik. Disebabkan ketidakstabilan BTC yang tinggi (perubahan harga), anda boleh mendapat sejumlah wang yang banyak dengan BTC. Anda beli bitcoin → simpan dalam dompet anda buat seketika → harga BTC naik → anda jual = keuntungan.
- Transaksi tidak boleh dibatalkan. Ia satu kelebihan yang boleh dipertikaikan. Jika pemindahan memasuki blockchain bitcoin, ia sama ada mendapat jumlah pengesahan yang diperlukan dan penerima akan menerimanya; atau ia akan terperangkap dalam rangkaian jika anda tidak mahu membelanjakan wang untuk komisen (ia boleh dinaikkan walaupun selepas transaksi dibuat). Dalam kes kedua, anda tidak boleh mendapatkan semula bitcoin anda.
Mengapa bitcoin mahal? Apa yang mempengaruhi harga bitcoin?
Jika wang fiat dilindungi oleh KDNK negara dan dasarnya, maka bitcoin tidak dilindungi oleh perak atau emas ataupun KDNK. Bitcoin adalah matematik tulen. Ia hanya dilindungi oleh minat pelabur dalam teknologi ini.
Kadar BTC/USD, BTC/EUR dan sebagainya, sama seperti mata wang normal yang bergantung pada pasaran. Sebagai contoh, terdapat siaran berita bahawa sesebuah negara menerima BTC sebagai cara pembayaran yang sah, maka harga BTC akan naik. Atau, sebuah kedai internet yang besar membuat pengumuman yang ia menerima bayaran dalam bentuk bitcoin, kadar bitcoin akan naik. Sebaliknya, jika sesebuah negara mengharamkan bitcoin secara rasmi dalam kawasannya, maka harga bitcoin akan jatuh
Terdapat berita positif dan negatif untuk mata wang kripto. Ini secara dasarnya mempengaruhi kadar bitcoin kepada mata wang fiat kerana mata wang fiat juga ada dalam pasangan ini… Buat masa ini ia tidak boleh dielak.
Saya perlu beritahu yang jumlah bitcoin adalah terhad. Di sini, bitcoin sama dengan emas. Sama seperti emas, jumlah bicoin yang boleh dilombong/diperoleh (saya akan jelaskan perkara ini kemudian) adalah terhad. Terdapat hanya 21 juta Bitcoin. Sebahagian daripadanya telah dilombong, sebahagian daripadanya sedang dilombong dan selebihnya akan dilombong. Kesukaran perlombongan bitcoin diselaraskan pada setiap 2016 blok berdasarkan masa yang diambil untuk mencari 2016 blok sebelumnya. Satu blok dilombong selama 10 minit. Ia menjadi semakin sukar untuk dilombong pada setiap tahun kerana lebih banyak komputer yang terlibat dalam perlombongan ini dan pengiraan untuk mengesahkan blok akan kekal sama – 10 minit. Kesukaran melombong bitcoin yang semakin meningkat membuktikan bahawa orang ramai mula berminat dengan mata wang kripto ini. Menurut ramalan, syiling terakhir akan dilombong pada tahun 2140.
Bagaimana cara untuk mula menggunakan dompet Bitcoin?
Dompet Bitcoin digunakan untuk menyimpan kekunci digital peribadi yang memberi akses ke alamat bitcoin dan tandatangan pemindahan, cth. akses ke dana anda dalam rangkaian bitcoin.
Oleh itu, pertama sekali anda perlu menentukan jenis dompet yang anda akan gunakan. Terdapat beberapa jenis perisian:
1. Dompet komputer Bitcoin
- Bitcoin Core – dompet komputer rasmi Bitcoin yang dibangunkan oleh pembangun teras. (https://bitcoin.org/en/download over 50 GB)
- Dompet nipis komputer Electrum (https://electrum.org/#download 35 MB)
- Armory (https://www.bitcoinarmory.com/download/ 24 MB, berfungsi untuk Bitcoin-Qt sahaja)
- Dompet nipis komputer Multibit (https://multibit.org/download.html 32 MB)
Aplikasi dompet komputer dibahagikan kepada dua jenis, nipis dan tebal. Dompet Bitcoin yang “tebal” adalah sejenis storan yang melibatkan muat turun semua blok dan memeriksa kebolehpercayaannya. Ia memerlukan kapasiti yang tinggi dan ruang kosong cakera keras yang banyak. Dompet nipis (Electrum, Multibit) dibezakan oleh sistem ringkas saling sambungan dengan blok yang dimilikinya – melalui pelayan TCP pembangun dompet. Ia tidak memerlukan ruang yang besar pada komputer anda dan berfungsi dengan lebih cepat.
Walau bagaimanapun, keselamatannya tidak begitu kuat, ini kerana dompet-dompet ini tidak memuat turun seluruh rantaian blok, tetapi ia mengambil maklumat daripada pelayan pembangun yang mewujudkan kebergantungan.
Di samping itu, jika anda menggunakan Bitcoin Core and Armory, anda boleh meningkatkan tahap kerahsiaan sehingga tahap jaringan gelap dengan mengakses rangkaian menggunakan Tor.
Saya menggunakan Electrum, dan saya akan terangkan nanti cara untuk mula menggunakan dompet Electrum.
Kelebihan dompet tebal Bitcoin: tahap keselamatan yang tinggi, kawalan penuh untuk semua transaksi.
Kelemahan: ia tidak begitu mudah untuk digunakan
2. Dompet Mudah Alih Bitcoin
- Dompet mudah alih bitcoin untuk iOS: Blockchain, BitWallet, Coinbase, Circle, Xapo
- Dompet mudah alih bitcoin untuk Android: Blockchain, BitcoinWallet, Mycelium, CoinBase, Xapo
Muat turun aplikasi mudah alih dan pasangkan pada telefon mudah alih anda mengikut sistem operasinya. Fungsinya sama seperti dompet komputer – untuk menyimpan kekunci peribadi dan membuat pemindahan. Disebabkan kita tidak akan membiarkan telefon walaupun 5 minit, bitcoin akan sentiasa berada bersama. Ia mudah untuk membaca kod QR menggunakan kamera telefon dan memindah bitcoin dengan serta-merta ke alamat BTC yang diperlukan. Saya juga ada mendengar kemungkinan sesetengah orang yang membuat bayaran dengan pemindahan tanpa perhubungan seperti pada telefon (NFC), tetapi secara realitinya, saya belum pernah menyaksikan pemindahan tersebut.
Saya menggunakan dompet Blockchain pada telefon saya. Jadi, saya juga cadangkan anda untuk menggunakannya.
Kelebihan: ia mudah alih, mudah digunakan.
Kelemahan: ia kurang selamat dan tidak sulit.
3. Dompet web Bitcoin
Dompet web yang paling popular ialah Blockchain, BitGo, Xapo.
Dompet web biasanya diguna bersama-sama dengan versi mudah alih. Saya mempunyai dompet web, anda boleh memasang versi mudah alihnya pada telefon bimbit anda. Alamatnya adalah sama dan jumlah bitcoin juga sama.
Dompet Web BTC mempunyai kekunci tertutup yang disimpan di tempat selamat yang lain, ia hanya boleh diakses oleh anda. Dari satu sisi, ini adalah kelebihan kerana dompet jenis ini diakses secara terus dalam pelayar web anda. Dari sisi yang lain pula, ia satu kelemahan kerana anda tidak mengawal sendiri bitcoin anda. Akses ke kekunci rahsia dan kawalan penuh BTC hanya disediakan untuk syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.
Bukan sahaja anda bertanggungjawab terhadap keselamatan storan ini (dengan akses anda ke akaun), tetapi anda juga bertanggungjawab terhadap keselamatan perkhidmatan ini. Apa-apa pun, organisasi menyimpan kripto anda dalam dompet “hangat”. Ini dilakukan supaya anda boleh mendapat akses kepada semua bitcoin anda pada bila-bila masa. Tetapi ini memberi ketegangan apabila anda kehilangan semua bitcoin sekiranya berlaku serangan penggodam.
Untuk dompet web, saya memilih Blockchain. Ia merupakan dompet web yang paling popular, lagipun saya mempunyai aplikasi Blockchain dalam telefon mudah alih, jadi saya mempunyai akses ke bitcoin melalui komputer dan telefon mudah alih saya.
Kelebihan: ia mudah digunakan, senang, komisen yang rendah.
Kelemahan: ia kurang selamat dan tidak sulit.
4. Dompet perkakasan (hardware) Bitcoin
Terdapat juga dompet perkakasan Bitcoin. Tetapi ia terlalu awal untuk dipertimbangkan pada peringkat ini. Ini satu kisah yang berbeza.
Apabila anda memilih dompet Bitcoin, anda perlu pertimbangkan tujuan anda menggunakannya. Dan sudah tentu anda boleh gunakan beberapa jenis dompet berbeza. Saya akan terangkan perkara ini kemudian
Saya ingin cadangkan supaya anda mula dengan dompet komputer Electrum (https://electrum.org/#download). Muat turun di laman web rasmi sahaja. Jangan gunakan pautan lain, torrent dan lain-lain. Ia demi keselamatan syiling digital pertama anda.
Electrum dianggap sebagai yang terbaik di antara dompet nipis. Ia memberi storan selamat untuk data dan membolehkan dompet dipulihkan jika ia dimusnahkan atau kata laluan hilang. Apabila anda membuat dompet, anda akan diberikan frasa ‘seed’ 12 perkataan. Jika komputer anda rosak, kata laluan anda akan hilang atau jika anda membuat keputusan untuk menukar penyedia dompet, anda boleh gunakan frasa ‘seed’ untuk mengeksport dompet anda. Electrum boleh dipasang dengan apa-apa sistem operasi dan disokong oleh alat mudah alih.
Selepas anda muat turun dompet, anda perlu pasang dan selaraskan untuk menerima BTC.
1. Pasang Electrum pada komputer atau pemacu kilat USB anda.
Anda tidak perlu mencipta apa-apa, anda hanya perlu memilih sambungan Auto ke pelayan.
2. Jika anda tidak mempunyai dompet BTC sebelum ini, anda hanya perlu klik Seterusnya.
3. Mari kita lihat secara terperinci tentang cara anda memilih jenis dompet baharu yang akan dibuat.
a)Saya cadangkan pedagang baharu untuk menggunakan dompet Standard dan pergi ke langkah 4. Dan jika anda seperti saya yang tidak mahu membayar wang lebih dan mahu mengurangkan masalah dengan menandatangani transaksi.
b)Pengesahihan dua faktor diterangkan oleh Electrum itu sendiri, saya akan ambil petikan daripada aplikasi.
Pengesahihan dua faktor ialah satu perkhidmatan yang disediakan oleh TrustedCoin. Ia menggunakan dompet tandatangan berbilang yang membolehkan anda memiliki 2 atau 3 kekunci. Kekunci ketiga disimpan pada pelayan jauh yang menandatangani transaksi bagi pihak anda. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlukan telefon pintar yang dipasang dengan Google Authenticator.
Sedikit bayaran akan dikenakan pada setiap transaksi yang menggunakan pelayan jauh. Anda boleh menyemak dan mengubah suai pilihan bil sebaik sahaja pemasangan selesai.
Sila ambil perhatian bahawa syiling anda tidak dikunci dalam perkhidmatan ini. Anda boleh mengeluarkan dana anda pada bila-bila masa tanpa bayaran, tanpa pelayan jauh dengan menggunakan pilihan ‘pulihkan dompet’ dengan ‘seed’ dompet anda.
Langkah seterusnya akan menghasilkan ‘seed’ bagi dompet anda. ‘Seed’ ini TIDAK akan disimpan dalam komputer anda dan ia mesti disimpan pada kertas. Untuk menyelamatkannya daripada perisian hasad, anda mungkin mahu melakukannya pada komputer yang tidak bersambung dengan internet dan kemudian mengalihkan dompet anda ke komputer yang mempunyai talian internet.
c) Dompet tandatangan berbilang menaik taraf keselamatan dana anda. Dompet tandatangan berbilang memerlukan beberapa kekunci peribadi untuk membenarkan transaksi bitcoin. Struktur alamat bitcoin tandatangan berbilang membolehkan anda membahagikan kekunci peribadi itu merentasi banyak peranti atau dalam kalangan orang ramai. Jika salah satu dompet anda digodam, anda boleh simpan syiling anda pada dompet lain.
Anda juga boleh, sebagai contoh, memasang dua dompet berlainan pada dua komputer berlainan dan anda akan mengawal kedua-dua kekunci rahsia dan tandatangan tersebut, dengan itu tahap keselamatan bitcoin anda menjadi setinggi yang mungkin.
Dompet tandatangan berbilang sering digunakan dalam projek-projek perniagaan berbeza yang mempunyai beberapa rakan kongsi yang mengawal dana yang boleh dikembalikan (shred fund). Mereka menyimpan satu daripada beberapa kunci untuk mengakses dana.
Jika anda mahu menggunakan dompet anda dalam perniagaan untuk menyimpan jumlah bitcoin yang agak banyak dalam dompet anda. Dalam hidup seharian dan dengan bilangan syiling yang sedikit, adalah tidak wajar untuk merumitkannya. Jadi, saya cadangkan pedagang baharu untuk mula dengan dompet Standard.
d) cara keempat adalah untuk sesiapa yang pernah memiliki dompet BTC.
4. Sekali lagi, jika anda tidak mempunyai dompet, ‘seed’ dan banyak lagi, anda pilih “Cipta seed baharu”.
5. Dalam kes ini, saya cadangkan anda memilih Legacy.
6. Di sini, anda perlu memasukkan ‘seed’ yang mengandungi 12 perkataan.Ia membolehkan anda mendapatkan semula akses ke dompet jika, sebagai contoh, komputer anda rosak. Anda perlu masukkan perkataan tersebut dan menulisnya di atas kertas dalam susunan yang sama. Jangan salin ke papan keratan kerana ia akan dipadam secara automatik selepas anda klik Seterusnya (Next).
Nasihat. Simpan ‘seed’ pada kertas, susunan perkataan juga agak penting. Saya menyimpannya secara elektronik, tetapi bukan pada peranti tempat saya memasang dompet tersebut.
7. Pada langkah ini, anda perlu taip semula ‘seed’, sebab itulah anda perlu menyimpannya dengan betul. Ingat, papan keratan dikosongkan apabila anda beralih ke langkah seterusnya.
Dan ingat amaran ini. “Seed itu penting! Jika anda kehilangan seed tersebut, duit anda akan hilang selamanya. Bagi memastikan anda telah menyimpannya dengan betul, sila taip semula di sini.
8. Pilih kata laluan yang kuat untuk menyulitkan dompet anda sebagai perlindungan tambahan.
Ambil serius tentang penyimpanan data peribadi. Jika anda tidak tahu mengapa, baca di sini Kisah dongeng epik daripada dunia mata wang kripto
Cara menggunakan Electrum
Pada asalnya, terdapat tiga tab yang dibuka:
1.Sejarah menunjukkan senarai semua transaksi BTC anda (ia kosong pada awalnya).
2. Pada tab Hantar, anda akan menghantar bitcoin anda
Dalam “Bayar kepada”, anda masukkan alamat destinasi pembayaran. “Keterangan” – nota untuk pemindahan dalam dompet anda sahaja (ia akan muncul dalam Sejarah). “Jumlah” – bilangan pemindahan BTC (sekarang ia adalah mBTC), “Yuran” – yuran pemindahan. Ke kanan lagi ialah ‘slider’, cth. semakin banyak yuran yang anda bayar, semakin cepat pemindahan akan selesai. Komisen purata agak berpatutan bagi saya dari segi nisbah harga/kelajuan.
3 Tab Terima menunjukkan alamat BTC anda supaya anda boleh menerima wang. Barisan “Keterangan” mempunyai fungsi yang sama seperti tab Hantar. “Jumlah” – permohonan untuk jumlah BTC (dalam kes ini, setakat millibitcoins), “Tamat tempoh permohonan” dipilih mengikut pilihan anda.
Saya cadangkan anda untuk membuka “Alamat” dan “Konsol” pada tab “Papar”. Terdapat dua jenis alamat dalam tab “Alamat”: penerimaan dan pertukaran. Penerimaan – alamat yang akan dikeluarkan dalam tab penerimaan, pertukaran – alamat di mana pertukaran daripada pemindahan diterima. Secara umum, anda boleh menggunakan alamat-alamat BTC ini untuk transaksi harian biasa.
Tetapan asas Electrum:
Jika bulat berwarna hijau berada di sudut kanan bawah, maka semuanya sudah OK, sambungan ke pelayan sudah ada dan kita boleh membuat pemindahan. Jika bulat itu berwarna merah, cuba mulakan semula dompet, kemas kini atau tetapkan sambungan ke pelayan secara manual.
Pilih bahasa yang sesuai, paparkan dalam BTC (disarankan), Millibitcoins (mBTC), Satoshi (sat – unit bitcoin paling kecil yang pernah direkodkan dalam blockchain) dalam General-Tools-Preferences.
Untuk menghasilkan lebih banyak alamat (penerimaan) dan mengira baki dengan betul dalam tab “Konsol”, taip:
Untuk satu jenis dompet baharu dalam konsol electrum:
wallet.create_new_address(False)
Untuk 100 jenis dompet baharu dalam konsol electrum:
untuk i dalam julat (0, 100): wallet.create_new_address(False)
atau hanya untuk (berkesan selepas mulakan semula aplikasi) pengiraan yang berkaitan untuk baki anda selepas alamat baharu dihasilkan:
wallet.storage.put('gap_limit',100)
Dalam bahagian “Wallet”, anda boleh semak ‘seed’ anda.
Alamat Bitcoin adalah seperti akaun bank, anda hanya menyimpan bitcoin di dalamnya. Baki BTC anda dalam dompet adalah jumlah semua bitcoin anda yang disimpan dalam semua alamat anda. Anda hantar/terima bitcoin dengan memindahkan BTC dari satu alamat (akaun) ke alamat lain. Tandatangan membolehkan anda mendapat akses ke operasi alamat-alamat ini.
Sekarang saya sudah ada dompet BTC. Bagaimana saya boleh dapatkan bitcoin?
Anda boleh melombongnya! :) Perlombongan Bitcoin adalah proses menambah rekod transaksi ke lejar umum Bitcoin untuk transaksi atau blockchain sebelumnya. Blockchain bertindak untuk mengesahkan transaksi ke seluruh rangkaian yang sedang berlaku. Jadi, anda mengesahkan transaksi dengan cara pengiraan matematik yang dijalankan oleh komputer anda dan menerima bitcoin sebagai ganjarannya.
Umumnya, melombong menggunakan satu komputer sahaja tidak lagi relevan atau menguntungkan. Jadi, saya rasa ini tidak akan sesuai untuk anda.
Bagaimana cara anda dapatkan bitcoin?
Cara paling mudah untuk mendapatkan bitcoin adalah dengan menggunakan penukar. Terdapat banyak varian untuk menukar beberapa mata wang lain dan mata wang kripto kepada bitcoin atau sebaliknya. Anda mesti menggunakan penukar yang boleh dipercayai sahaja! Sebagai contoh, saya cadangkan Bestchange. Pada Bestchange, saya menemui kadar pertukaran terbaik untuk sistem saya dan beberapa ulasan (keselamatan adalah parameter terbaik bagi saya). Dan jika terdapat simpanan mencukupi untuk menukar jumlah wang yang diperlukan, saya akan menukarnya.
Sebagai tambahan kepada laman web ini, terdapat banyak lagi penukar lain yang membolehkan anda menukar mata wang biasa kepada mata wang digital. Tetapi anda hendaklah sentiasa menggunakan platform yang selamat, boleh dipercayai dan mempunyai skor terbaik!
Anda menukar bitcoin untuk mata wang biasa, iaitu anda dapatkan wang anda semula ke kad bank anda dalam cara yang sama.
Terdapat banyak lagi pertukaran mata wang kripto (EXMO (mempunyai cermin), Binance, Kraken, Bitfinex, Coinbase), iaitu tempat anda boleh menukar mata wang kripto kepada wang fiat dan sebaliknya, tetapi ia agak rumit sedikit. Namun, ia selamat dan mempunyai kadar pertukaran yang bagus. Pada beberapa pertukaran, terdapat kelompok harga atau jadual harga (Bisq), iaitu senarai harga tawaran untuk mata wang tertentu dan senarai harga bidaan yang ditawarkan oleh ahli pertukaran. Di sini, organisasi bertindak sebagai orang tengah antara dua orang pengguna. Selain daripada kerumitan ini, pertukaran ini mempunyai kelemahan lain, ia selalunya memerlukan pengesahan profil dan tidak semua orang mahu menghadapi perkara ini kerana kelebihan bitcoin ialah kerahsiaannya. Tetapi, pilihan terletak di tangan anda.
Apabila anda menggunakan perkhidmatan penukar atau pertukaran, kriteria paling penting adalah kadar pertukaran.
Dan ini soalannya:
Apakah harga rasmi Bitcoin pada hari ini?
Anda tidak akan menemui kadar pertukaran rasmi Bitcoin di mana-mana :) Ingat perkara yang telah diterangkan sebelum ini: tiada siapa yang mengawal bitcoin.
Sebagai contoh, anda boleh melihat kadar pertukaran rujukan euro ECB kepada sebilangan mata wang di laman web rasmi ECB. Harga bitcoin berubah pada siang hari dan ia tidak dinyatakan oleh bank negara atau mana-mana pertubuhan rasmi yang lain. Harga Bitcoin dibentuk berdasarkan nisbah bekalan/permintaan. Itulah sebabnya mustahil untuk mengetahui harga semasa rasmi bitcoin yang tepat pada hari ini. Anda boleh ketahui nilai purata sahaja. Ia dikemas kini pada setiap saat, sebagai contoh, nilai mana-mana mata wang normal lain dalam Forex.
Anda boleh ketahui harga purata Bitcoin apabila anda mengkaji kadar pertukarannya di beberapa sumber yang dipercayai. Biasanya perbezaan itu tidak terlalu besar. Saya gunakan perkhidmatan percuma, XE yang menyediakan kadar pertukaran langsung.
Penukar sering menyediakan kadar pertukaran yang lebih baik berbanding pada perkhidmatan, jadi saya mendapat sejenis kepuasan dari segi psikologi. Secara umum, saya akan sarankan anda untuk mempelajari harga Bitcoin daripada pelbagai sumber, pertukaran, penukar atau laman web kripto supaya anda boleh mendapatkan harga yang lebih tepat. Lebih baik anda melihat dengan teliti kadar pertukaran BTC kepada USD.
Ingat, bitcoin merupakan mata wang kripto yang sangat tidak menentu, harganya tidak stabil dalam jangka masa yang lama. Semasa kenaikan atau kejatuhan mendadak, tidak semua penukar berjaya mengemas kini harga bitcoin tepat pada masanya. Penukar melindungi diri mereka dengan melaksanakan transaksi anda pada kadar yang teruk buat anda berbanding kadar sebenar pada masa tersebut. Jadi, dalam kes ini, perkara utama adalah memohon pertukaran: tetapkan kadar pertukaran dan buat pertukaran pada had masa penukar (jangan belanja yuran komisen yang banyak dalam kes ini!) Anda juga boleh merekodkan kadar pertukaran di mana-mana atau mengambil syot layar supaya pada pertikaian akan datang dengan penukar, anda boleh sentiasa merujuknya sebagai bukti. Penukar kripto yang boleh dipercayai biasanya bekerjasama dengan klien yang bertanggungjawab dan membuat konsesi sekiranya ia tidak melibatkan beratus-ratus ribu dolar.
Apa kekurangan utama Bitcoin?
Saya melihat dua kekurangan utama Bitcoin: ketaktentuan yang tinggi dan pemprosesan pembayaran yang agak lama (bukan segera).
Secara kasarnya, dalam kes pertama, apabila anda pergi ke kedai, harga susu sebagai contoh dalam BTC akan berbeza dengan harganya semalam, walaupun harga susu itu sama. Ini adalah kadar BTC kepada wang fiat yang telah berubah. Jadi, bitcoin tidak akan menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan biasa sehingga harganya menjadi sedikit stabil.
Dari segi istilah ekonomi, saya boleh tambah yang bank negara, dalam kes mata wang biasa, ia mengawal bekalan wang, jadi ia sepadan dengan bekalan barang dan perkhidmatan. Namun demikian, untuk Bitcoin, harganya sering berubah, jadi ia lebih baik untuk menggunakan bitcoin dalam menjana pendapatan pada spekulasi berbanding menggunakannya sebagai cara pembayaran.
Saya rasa semuanya sudah jelas tentang masa pemprosesan bayaran. Anda tidak boleh luangkan masa sepuluh minit di dalam kedai hanya untuk menunggu pengesahan pertama pembayaran. Dan kadangkala ia mungkin memerlukan pengesahan ketiga.:) Ia mungkin lebih mudah untuk membayar pembelian Internet dengan bitcoin kerana anda tidak perlu memindahkan wang dengan segera; tapi dalam kehidupan harian, ia menyusahkan.
Sebagai kesimpulan, bitcoin sesuai untuk pemindahan wang antarabangsa, pembelian dalam Internet, menjana wang daripada kadar pertukarannya dan sudah tentu sebagai deposit LiteFinance :)
Keselamatan:
Sekiranya penggodam mendapat akses ke dompet anda, itulah pengakhirannya. Dalam 99% kes, mustahil untuk mengesan penggodam dan mendapatkan semula bitcoin anda.
Tetapi, jika anda perhatikan peraturan-peraturan keselamatan siber dan mengambil setiap langkah untuk melindungi dompet kripto anda, anda mungkin tidak perlu risau mengenai keselamatan dompet bitcoin anda.
Pertama sekali, dalam kes Electrum, simpan seed anda. Anda mesti menyimpan seed pada sumber berbeza, bukan pada tempat anda memasang dompet anda. Anda juga boleh mencetaknya pada sekeping kertas dan menyimpannya di dalam peti besi :)
Kedua, tetapkan kata laluan yang rumit untuk dompet digital anda. Ia seharusnya mengandungi huruf besar dan kecil, nombor dan aksara-aksara lain, dan anda sendiri sahaja yang perlu mengingatinya. Jika ada peluang, gunakan pengesahihan dua faktor. Apabila anda (atau orang lain) cuba untuk log masuk ke akaun anda, anda akan diminta untuk mengesahkan tindakan ini dalam cara berbeza, contohnya, anda mungkin diminta untuk memasukkan kod sekali yang dihantar kepada anda melalui SMS.
Ketiga, anda perlu memiliki dompet BTC versi mudah alih yang dipasang pada pemacu kilat USB berformat dan kosong yang anda hanya akan gunakan untuk Bitcoin. Periksa dan lindungi komputer yang anda akan gunakan untuk pemindahan BTC daripada virus atau perisian hasad lain dengan perisian antivirus (versi percuma ialah dr WEB) dan jangan layari laman web yang telah diberi amaran oleh pelayar anda. Dan secara umum, anda perlu sentiasa memerhatikan peraturan-peraturan utama keselamatan komputer anda.
Dan akhir sekali, buat salinan sandaran. Mungkin terjadi kegagalan sistem atau komputer anda menjadi tidak berfungsi, jadi buat salinan simpanan untuk dipulihkan jika perlu. Untuk menyimpan bitcoin anda, walaupun unit paling sedikit BTC, anda perlu selalu membuat salinan dan sudah tentu perlu menyulitkannya setiap masa.
Sekiranya anda mempunyai BTC yang agak banyak, jangan simpan semua bitcoin anda dalam satu dompet web! Simpan mata wang kripto anda pada dompet berbeza. Hantar jumlah-jumlah kecil ke dompet yang sering anda gunakan untuk transaksi BTC, dan simpan selebihnya pada dompet komputer yang selamat dan dilindungi.
Saya simpan kebanyakan BTC saya pada pemacu kilat USB dengan versi mudah alih Electrum yang mempunyai kata laluan paling sukar. Seed disimpan pada kertas dan media digital yang disembunyikan dengan selamat. Jumlah kecil bitcoin untuk transaksi disimpan dalam dompet Blockchain yang boleh diakses melalui telefon mudah alih saya dan juga komputer.
Anda juga boleh mendapatkan dompet luar talian BTC, sekali gus meningkatkan keselamatan dana anda dan tahap kerahsiaan, tetapi ini adalah untuk pengguna BTC yang lebih mahir.
Apa pendapat anda tentang bitcoin dan mata wang digital yang lain? Adakah mata wang kripto merupakan instrumen kewangan yang mudah atau rumit bagi pedagang baharu?
Sila beritahu idea anda, soalan dan sebarang maklum balas dalam ruangan komen. Saya pasti akan menyukainya!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.






















