Permulaan yang baik dalam mana-mana perniagaan, seperti yang diketahui, adalah separuh kerja yang dilakukan telah selesai. Perdagangan juga sama! Tajuknya boleh dikatakan umum, dan anda mungkin telah mengetahui perbezaan utama antara akaun demo dan akaun cent; oleh itu, saya tidak akan mengulangi kebenaran yang sama. Sebaliknya, saya cadangkan anda untuk menetapkan pada sasaran yang lebih global dan menganggap akaun jenis ini hanya sebagai alat, di mana setiap langkah diperlukan untuk menguasai kemahiran perdagangan anda. Anda mungkin belum tahu, tetapi matlamat sebenar anda dalam perdagangan bukanlah menjana wang yang banyak dalam masa yang singkat. Objektif sebenar anda adalah untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya.

Dan, untuk menjadi seorang pedagang yang baik, anda memerlukan metodologi tertentu, beberapa langkah yang perlu diikuti dengan cara yang berdisiplin dan keyakinan yang tinggi dan juga pendekatan anda. Untuk setiap langkah, jenis akaun tertentu adalah diperlukan. Saya akan menekankan bahawa artikel ini adalah dari pengalaman praktikal saya, kelebihan dan kekurangan yang dihadapi oleh saya sendiri, dan bukan sekadar membaca mengenainya dari sebuah buku dan membuat pemikiran logik =)

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


1. Latar belakang ringkas

Apabila seorang pedagang kurang memahami definisi seperti "carta harga", "sistem perdagangan", "petunjuk", "trend/flat", dan turut membaca beberapa buah buku, terdapat persoalan yang tidak dapat dielakkan, "Apakah seterusnya?" Apabila saya berada dalam situasi seperti ini, saya tidak akan memikirkan terhadap akaun demo, kerana saya berpendapat bahawa ianya tidak memberi manfaat. Terdapat harga, carta dan sistem dagangan saya (saya akan menerangkannya kemudian), oleh itu saya perlu menunggu isyarat kemasukan, untuk memasuki dan menutup posisi saya. Oleh itu, mengapa saya perlu meletakkan jutaan pertama saya? Jadi, saya pun segera memulakannya. Sekiranya saya tidak salah, saya meletakkan deposit $55 ke akaun saya yang sebenar (saya berpendapat bahawa akaun cent tersebut tidak berguna ketika itu), dan sepanjang perdagangan saya…

LiteFinance: 1. Latar belakang ringkas

Saya harus akui, sebelum saya mula, saya telah menguji beberapa strategi dari Internet, tersedia untuk akses percuma, dan membentuk “strategi” saya sendiri. Strategi "testing" saya dari Internet, tentu saja, bukan testing sebenar - selepas satu siri mengalami kerugian, saya bertukar ke sistem seterusnya (kerana, "Ia kelihatan seperti tidak berfungsi"); tetapi saya sekurang-kurangnya mengenal pasti peraturan masuk/keluar pertama yang bersesuaian dengan saya sendiri. Selepas itu, saya mengkaji data sejarah dari setahun yang lepas dan membuat statistik, apakah parameter RSI yang membuatkan peraturan saya berkesan (sebagai contoh setiap bulan kelihatan beberapa keuntungan). Didorong oleh semangat saya sendiri, saya mula berdagang dengan akaun sebenar dengan segera, dan berjaya pada mulanya. Tetapi suatu hari, satu siri kerugian bermula (di mana ianya adalah normal bagi mana-mana sistem perdagangan) dan saya kecewa. Dan apakah sebabnya? Saya akan terangkan di bawah.

2. Perkara yang paling penting pada permulaan langkah

Perkara yang paling penting pada permulaan perdagangan (apabila anda sudah mengetahui teori tetapi masih belum mempraktikkannya) adalah pemahaman mengenai apakah yang dimaksudkan dengan pedagang dan perdagangan itu sendiri. "Tidak perlu mengambil berat terhadap perkara yang remeh”, mungkin kebanyakan pedagang berpendapat sedemikian, mengabaikan perkara yang membosankan seperti kepentingan psikologi dan pengurusan risiko. Walau bagaimanapun, saya tidak akan membincangkan mengenai perkara tersebut, ia selalunya diterangkan dalam artikel untuk pedagang baru. Kebiasaannya isi kandungan artikel tersebut, ya, perkara yang paling penting adalah pengurusan risiko, mematuhi peraturan sistem perdagangan, "tidak berdagang dengan banyak", atau petua lain-lain. Dan SETIAP KALI, artikel tersebut terlupa untuk menyebut, MENGAPA pedagang gagal mematuhi peraturan pengurusan risiko.

Walaupun SEMUA hedge fund mengawasi mereka, dan mereka kelihatan agak baik dalam perdagangan. Dan MENGAPA TIDAK BOLEH atau TIDAK MAHU oleh pedagang itu sendiri untuk mengikutinya? Dan mengapa mereka tidak mengikuti kaedah-kaedah strategi perdagangan, kerana ia ditulis DI MANA-MANA SAHAJA bahawa ianya harus diikuti, dan ia juga munasabah, betul? Sekiranya sistem perdagangan tersebut baik, teruskan untuk mengikutinya, dan anda akan menjana jika tidak dalam seminggu, untuk minggu yang akan datang. Dan, sekali lagi, MENGAPA seseorang TIDAK GEMAR untuk membangunkan dan menguji strategi mereka SENDIRI? Ianya jelas bahawa, lambat laun, mereka HARUS membangunkan dan mengujinya; walaupun ianya berdasarkan oleh strategi orang lain, mereka MASIH PERLU lakukan sesuatu dengan sendirinya, untuk menyesuaikannya dengan diri mereka sendiri. Oleh itu, mengapa mereka tidak melakukannya pada peringkat awal?

Perkara yang paling penting pada permulaan perdagangan (apabila anda sudah mengetahui teori tetapi masih belum mempraktikkannya) adalah pemahaman mengenai apakah yang dimaksudkan dengan pedagang dan perdagangan itu sendiri.

LiteFinance: 2. Perkara yang paling penting pada permulaan langkah

Ianya tidak dapat dilakukan oleh kerana satu alasan yang sangat mudah - kerana tiada siapa yang boleh lakukan pada mulanya. Mengapa? Kerana setiap orang MAHUKAN SESUATU. Saya mungkin betul untuk berpendapat bahawa kebanyakan orang turut serta dalam pasaran bukan kerana mereka berminat untuk belajar dan memahaminya dan selepas beberapa jam diluangkan untuk praktikal, membangunkan sistem dagangan kelas pertama yang menguntungkan, dan berasa seperti seorang profesional dan pakar dalam perdagangan. Adakah saya betul? Kebanyakan orang mula berdagang kerana wang. Atau bermimpi. Dan mereka juga mengatakan dalam iklan yang anda boleh menghadiri webinar percuma atau memuat turun buku seperti "100500 rahsia perdagangan" dan dengan SEGERA!!! Anda telah memahami segala-galanya dan berada di bawah pohon pokok sawit berserta komputer riba anda, menjana lebih dari 10,000 dolar. Ianya bertukar supaya seorang pedagang baru, dengan harapan yang tinggi, tidak mempunyai alasan untuk mengambil risiko 1% daripada deposit untuk mendapatkan 2%, berbanding 10% risiko dan mendapatkan 20%. Ianya adalah logik mudah, betul? Kenapa saya perlu menunggu dan menjana dengan sedikit daripada semua perdagangan mini, jika saya boleh membuat 10, 20, 50 lebih banyak lagi pada WAKTU YANG SAMA? Ianya juga berlaku dengan peraturan sistem perdagangan: seorang pedagang melihat harga bergerak dalam arah yang bertentangan dan menghampiri stop loss. Oleh itu mengapa mereka perlu menunggu sehingga stop loss berfungsi, jika mereka BOLEH KELUAR LEBIH AWAL? Dan oleh itu, kerugian akan menjadi berkurangan. Dan sekali lagi, mengapa mereka perlu take profit jika harga boleh reverse pada bila-bila masa sahaja dan mereka akan kehilangan beberapa keuntungan selepas itu. Adakah saya betul?

Apa yang saya maksudkan ialah, pada mulanya, seorang pedagang TIDAK mempunyai pengalaman yang diperlukan, TIADA sasaran terhadap HASIL KONSISTEN. Mereka mensasarkan "lebih banyak dan cepat". Mereka masih belum mengetahui tentang "sifat bersiri dagangan", di mana ia boleh menyebabkan sesuatu strategi untuk menghasilkan 60% daripada perdagangan yang menguntungkan, kepada satu siri kerugian yang akan mengurangkan deposit tersebut jika seseorang meletakkan 10% risiko oleh setiap perdagangan. Mereka kurang memahami bahawa perdagangan yang berjaya bukanlah MENJANGKAKAN harga, atau strategi perdagangan yang baik bukanlah seseorang untuk tidak membiarkan harga menentang anda dan membolehkan anda sentiasa menang; strategi yang baik adalah apabila seseorang menghasilkan lebih banyak keuntungan daripada kerugian, dan perdagangan yang masih dapat menghasilkan keuntungan walaupun harga bergerak bertentangan dengan pedagang pada awalnya.

Pada mulanya, seorang pedagang TIDAK mempunyai pengalaman yang diperlukan, TIADA sasaran terhadap HASIL KONSISTEN. Mereka mensasarkan "lebih banyak dan cepat".

Adakah saya berpendapat bahawa maklumat ini akan mengelakkan anda dari berbuat demikian? Sudah tentu tidak. Saya telah pun menulis bahawa seorang pedagang baru kebanyakannya akan bertindak mengikut naluri, oleh itu, pada mulanya, SEMUA ORANG akan melakukan kesalahan ini. Walau bagaimanapun, kini, sekurang-kurangnya anda faham bahawa ianya bukan kesalahan peribadi anda sendiri dan anda bukanlah seorang pedagang yang tidak baik. Tindakan seperti ini hanya berpunca daripada kekurangan pengalaman di mana anda akan beransur-ansur menjadi lebih baik dengan praktikal. Oleh itu, ianya lebih mudah bagi anda untuk mengenal pasti kelakuan naluri anda dan mengatasinya, supaya ia tidak akan mengganggu anda untuk berkembang secara beransur-ansur (!).

Anda mungkin tidak mempercayai saya dan ingin membuktikan bahawa diri anda sendiri adalah berbeza dan anda boleh berdagang dengan cara yang betul sejak dari awal lagi. Saya tidak akan cuba untuk menghalang anda, tetapi, oleh disebabkan artikel ini bermanfaat, saya ingin memberikan anda beberapa petua untuk lulus pada permulaan langkah dengan berkesan dengan kerugian yang minimum.

3. Saya bukanlah yang paling pandai

Ianya adalah salah satu kaedah perdagangan yang paling penting. Ianya adalah "petunjuk" bagi pedagang, di mana ia menunjukkan tahap perkembangan terkini. Ianya sangat mudah untuk dikenal pasti: semakin kuat anda menafikan kenyataan ini, semakin besar kemungkinan anda akan bertindak "dengan cara yang salah". Jika anda membenarkan frasa ini, lebih banyak psikologi anda dapat ditingkatkan dari segi perdagangan. Nota penting: "Saya bukanlah yang paling bijak" tidak bermaksud "Saya bodoh dan tidak memahami apa-apa dalam perdagangan". Ianya bermaksud "Saya tidak boleh mengambil kira semuanya" kerana pasaran kewangan sangat terperinci. Ianya kurang wajar untuk menyatakan sebaliknya. Dan oleh itu, "walaupun saya mempunyai alasan yang kukuh untuk mendakwa bahawa harga akan meningkat, ia masih boleh menurun".

Seterusnya, jika kita mengetahui bahawa kita bukanlah "yang paling bijak", ia juga mencadangkan bahawa tiada perkara yang kritikal dalam membuat kesilapan pada permulaannya. Kita akan memasuki perdagangan bukan mengikut sistem (kerana kita yang akan menginginkannya), kita akan menjadi terlalu malas untuk menguji sistem yang sama pada satu tempoh yang lama (saya mencadangkan simulator dagangan khas, ia akan menjimatkan banyak masa anda) kerana kita tidak akan sentiasa mematuhi pengurusan risiko.

Tetapi kita bukanlah yang paling bijak, dan oleh itu, kita masih belum mengetahui bagaimana untuk bertindak dengan betul di pasaran. Ya, kita telah membaca dalam artikel bahawa kita harus mematuhi peraturan pengurusan risiko, kita harus mengikuti sistem perdagangan kita dengan penuh disiplin, dan, rahsianya adalah hasil yang konsisten, tetapi masih belum dapat dibuktikan dalam praktikal. Dan mengapa kita harus mempercayai seseorang yang mendakwa sesuatu perkara itu adalah betul? Mengapa kita harus mengambil pendapat dan cadangan seseorang sebagai satu kebenaran? Tetapi, bagaimana untuk anda tahu dengan segera, jika saya perkara yang sebenar atau tidak? Anda boleh menyemaknya hanya dengan pengalaman anda sendiri semasa menjalani perdagangan praktikal anda. Supaya anda boleh membuat perbandingan, melihat dan memahami jika hasil yang konsisten adalah lebih baik berbanding "meletakkan kesemua wang untuk beberapa kali". Atau, jika ianya benar teruk untuk mengabaikan peraturan pengurusan risiko? Dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, anda perlu mengetahui dan memahami kesemuanya dengan sendiri, oleh itu, anggaplah artikel ini sebagai satu set cadangan, dan bukannya peraturan yang ketat.

Nota penting: "Saya bukanlah yang paling bijak" tidak bermaksud "Saya bodoh dan tidak memahami apa-apa dalam perdagangan". Ianya bermaksud "Saya tidak boleh mengambil kira semuanya" kerana pasaran kewangan sangat terperinci. Ianya kurang wajar untuk menyatakan sebaliknya. Dan oleh itu, "walaupun saya mempunyai alasan yang kukuh untuk mendakwa bahawa harga akan meningkat, ia masih boleh menurun".

LiteFinance: 3. Saya bukanlah yang paling pandai

Sekiranya kita mempelajari bahawa kita bukanlah yang paling bijak, kita tidak dapat mengetahui terlebih dahulu apakah hasil keputusan perdagangan tersebut, oleh itu, apakah yang kita perlukan? Kita perlukan sesuatu yang dapat membantu kita mencuba seberapa banyak keputusan perdagangan yang boleh dibuat dengan kerugian minimum.

Dalam erti kata mudah, anda perlu membuat "trial dan error" yang tidak akan menjejaskan begitu banyak, dari segi wang dan kesihatan.

Tetapi malangnya, untuk mendapatkan wang dalam sebarang perniagaan, anda perlu menguasai kemahiran anda terlebih dahulu. Ianya membosankan dan meletihkan, dan, kebiasaannya, akan mengambil satu tempoh yang lama; oleh itu ramai yang tidak gemar melakukannya. Di samping itu, sepanjang proses tersebut, anda perlu melihat diri anda (seperti orang yang tidak memahami apa-apa), sentiasa melakukan kesilapan, dan melakukan segala-galanya dengan cara yang salah; Sudah tentu ianya tidak menyenangkan. Itulah sebabnya setiap orang cuba mencari "jalan yang mudah", dengan mencari cara untuk MENGHINDARI proses pembangunan dan meningkatkan kemahiran mereka, tetapi untuk MENDAPATKAN semua kelebihannya, tanpa perlu berusaha. Dagangan hanya menimbulkan sifat manusia, untuk mencari "wang yang cepat dan mudah" berserta perasaan seperti "Sayalah yang paling bijak". Dari situlah ia bermula: mereka membeli pelbagai ribot untuk 200", di mana ia berdasarkan oleh beberapa algoritma yang meragukan; menghadiri kursus latihan tanpa henti dengan harapan untuk "mempelajari rahsia pasaran", dan, berdasarkan rahsia itu, untuk mendapatkan satu billion dolar dan memandang rendah kepada orang yang bekerja keras untuk memperbaiki dan menguasai kemahiran mereka. Perkara yang sama juga berlaku dengan hasil cadangan dari “pedagang yang lebih maju”. Oleh itu, anda akan bersetuju dengan segala-galanya hanya untuk mengelak dari proses pembelajaran =) Jika anda memahami bahawa tanpa proses latihan anda tidak akan berjaya, ianya lebih mudah bagi anda, sebagai contoh, bagi saya; saya juga pernah mempunyai tanggapan bahawa diri saya adalah paling bijak =)

Jika anda memahami bahawa tanpa proses latihan anda tidak akan berjaya, ianya lebih mudah bagi anda, sebagai contoh, bagi saya; saya juga pernah mempunyai tanggapan bahawa diri saya adalah paling bijak =)

Oleh itu, anda perlu berlatih untuk membolehkan semua kemungkinan kesalahan dan secara perlahan-lahan meningkatkan beberapa "pendekatan" terhadap perdagangan, mengenal pasti perkara yang berkesan dan sebaliknya. Bagaimana anda boleh melakukannya? Ianya sangat mudah. Anda harus mula berdagang. Bagaimanakah anda dapat mengurangkan kos "latihan perdagangan" ini? Ianya juga sangat mudah. Anda harus membuka akaun demo atau cent untuk tujuan ini. Dan yang manakah lebih baik? Teruskan membaca.

4. Akaun demo atau akaun cent?

Soalan tersebut adalah salah =) Ia boleh dibandingkan dengan soalan seperti, "30 batu per jam atau 100 batu per jam?" apabila anda baru sahaja belajar memandu. "Oh, lihat, terdapat sedikit perbezaan, anda kehilangan cents pada akaun cent", sesetengah orang akan berpendapat sedemikian. Saya tidak akan cuba untuk menghalang anda, tetapi saya mahu berkongsi idea.

Mari kita beralih dari perdagangan. Apabila seseorang memasuki mana-mana industri, mereka adalah seperti "kertas kosong", anda boleh memanggil keadaan ini apa sahaja yang anda mahukan; ianya adalah apabila mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan sama sekali. Oleh itu, mereka memerlukan beberapa idea asas tentang perniagaan, dan berdasarkan idea tersebut, mula beralih kepada perkara yang lebih rumit. Sebagai contoh, seperti bola sepak. Seorang pemain baru berlatih terlebih dahulu untuk berlari dengan bola, bertujuan untuk membiasakan badan mereka melakukan perkara-perkara baru.

Ia disebabkan oleh badan mereka tidak mempunyai pengalaman seperti itu sebelum ini. Seterusnya, mereka akan dilatih untuk menendang bola, bukan dengan cara yang istimewa, dan bukan untuk membuat gol, tetapi hanya untuk menendang bola dengan betul. Pada mulanya, kebanyakan bola akan pergi dengan cara yang salah, kerana sekali lagi, badan tersebut MASIH BELUM MEMAHAMI cara menendang dengan betul. Tubuh badan hanya menguji kedudukan yang berbeza dan memilih yang paling bersesuaiaan, dengan mempertimbangkan cadangan jurulatih. Apabila mereka sudah dapat berlari bersama bola dan menendangnya, mereka akan dilatih teknik tendangan yang berbeza, seperti bagaimana membuat lintasan pendek/panjang, bagaimana untuk mensasarkan bahagian atas/bawah gol dan sebagainya.

Tetapi kesemua di atas bukanlah asas. Seseorang akan menjadi sangat mahir apabila mereka menambah kemahiran teknikal mereka (berlatih untuk membiasakan diri) keperibadian mereka, iaitu ketika mereka benar-benar memahami apa yang mereka gemar lakukan: bermain dalam posisi penyerang atau pertahanan; bermain di sisi kiri atau kanan, atau "mengatur" permainan dari pertengahan. Dan apabila mereka faham apa yang mereka boleh lakukan dengan baik dan dengan cara yang mereka sukai, itulah apabila, dengan syarat, usaha yang mencukupi, mereka menjadi sangat mahir.

LiteFinance: 4. Akaun demo atau akaun cent?

Walau bagaimanapun, ianya mustahil untuk mengajar seseorang sesuatu perkara yang rumit, jika mereka melakukan asas-asas dengan cara yang salah. Kaedah "langkau" kepada perkara-perkara yang lebih rumit adalah tidak relevan, dan, akhirnya, seseorang perlu kembali dan memulakan kesemuanya dari awal, dari asas-asas, justeru kehilangan masa mereka.

Ianya mustahil untuk mengajar seseorang melakukan sesuatu yang rumit, jika mereka melakukan asas-asas dengan cara yang salah.

Maaf, saya telah terganggu =) Oleh itu, seperti dalam bola sepak, saya melihat proses untuk menjadi seorang pedagang adalah seperti di bawah:

1. Anda pilih dari beberapa sistem perdagangan dan hanya berdagang mengikutnya untuk beberapa waktu (adalah lebih baik anda mengaplikasikan prinsip kemasukan yang berbeza, untuk mengelakkan test yang sama). Pada peringkat ini, anda mengenal pasti apakah yang lebih sesuai untuk anda.

2. Setelah menguji dan memilih 1-2 strategi dari langkah 1, anda berdagang setiap satu daripadanya dalam jangka masa yang berbeza. Sebagai contoh, pertama anda mencubanya di M5, seterusnya, dalam H1, dan kemudian, dalam D1. Sekali lagi, anda harus mengenal pasti strategi yang paling sesuai untuk anda, secara peribadi. Anda masih TIDAK mensasarkan kepada "membuat keuntungan".

3.Tambahkan elemen pengurusan risiko. Anda mengambil risiko yang sama untuk semua perdagangan anda, 5% daripada deposit. Anda boleh mencari di Internet untuk mengetahui cara menghitung angka dengan tepat. Ianya penting untuk kesemua dagangan anda adalah sama.

4. Apabila anda mengetahui strategi apa yang paling disukai, jangka masa yang paling sesuai untuk anda, dan bagaimana untuk meletakkan risiko dalam jumlah yang sama pada setiap perdagangan, anda baru sahaja mula berdagang dengan sistem dan mengumpul statistik (hanya sekadar mencukupi). Anda menggunakan kedua-dua sistem dan kadang-kadang ("tertekan tanpa sengaja", "saya pasti saya tidak boleh membeli, oleh itu saya menjual tidak mengikut sistem" dan sebagainya.) Pada langkah ini, sistem seperti “langkau” adalah biasa; semakin lama anda mengabaikan perdagangan seperti itu dan tidak memasukkannya ke dalam statistik, semakin banyak waktu yang anda akan habiskan untuk belajar menjadi pedagang).r).

5. Setelah menyelesaikan 50 dagangan, anda menganalisis hasil mengikut sistem dan perdagangan bukan sistem. Jika perdagangan sistem anda menjana lebih banyak hasil, ia sangat baik. Sekiranya bukan sistem yang menjana lebih banyak keuntungan, fikirkan apa yang perlu anda ubah. Pertama sekali, sebagai contoh, anda boleh meningkatkan/mengurangkan saiz stop loss, meningkatkan/mengurangkan saiz take profit, masuk/keluar lebih awal/lebih lewat dan sebagainya. Banyak perkara yang boleh disentuh dalam hal ini. Anda tidak hanya perlu mendapatkan hasil yang positif sahaja; jika sistem perdagangan anda menghasilkan "- $30", dan bukan sistem "- $ 100", ia membawa maksud bahawa berdagang mengikut sistem adalah lebih baik daripada perdagangan menggunakan naluri anda.

Itulah peringkat yang paling mengerikan. Anda mungkin akan mula untuk berfikir bahawa semuanya tidak masuk akal, cenderung untuk berputus asa, bahawa anda adalah seorang pedagang yang tidak baik, di mana anda perlu "cuba sedikit demi sedikit pada akaun cent, anda mungkin bertuah" dan sebagainya. Oleh itu, fikiran anda akan memberikan pelbagai idea lucu untuk membuatkan anda mengabaikan keputusan yang mungkin berkesan dan menghentikan penderitaan anda. Sekiranya anda kekal bersemangat dan melepasi peringkat ini, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah selepas ini. Saya, sebagai contoh, akhirnya memahami bahawa ia penderitaan saya akan berkurangan jika saya mendengar muzik yang lembut dan halus; dan saya masih melakukannya (Apakah pendapat anda? Tiada kesempurnaan dalam perdagangan; anda hanya boleh berusaha untuk mencapainya). Terdapat pelbagai stesen radio dalam talian; anda hanya perlu memilih irama jazz atau irama yang lebih lembuat, buatkan secawan kopi/teh untuk diri anda dan mula berdagang. Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, satu jam sehari, dan anda sedang dalam perjalanan menuju kejayaan, berada jauh di hadapan KEBANYAKAN pedagang pada peringkat awal.

6. Langkah demi langkah, anda akan menjadi lebih baik dan lebih baik dalam menyesuaikan sistem perdagangan anda terhadap pasaran; dan, apabila hasil akhir adalah sekitar 0 atau menjana keuntungan yang sedikit, anda harus…

7. Anda perlu menambah beberapa unsur psikologi. Saya ingin menekankan bahawa anda harus menambah psikologi hanya pada langkah ke-7, apabila fikiran anda telah memperoleh pengalaman yang diperlukan dalam perdagangan sistem dan menganalisis prestasi anda terhadap setiap perdagangan; supaya anda boleh mengawal emosi dalam perdagangan. Sekiranya anda cuba menambah psikologi sebelum ini, anda mungkin akan berasa lebih teruk disebabkan dari kerugian dalam perdagangan; dan apabila anda menderita, anda akan tertumpu pada kesakitan anda, dan bukannya pada latihan anda. Oleh itu, anda mungkin akan membuatkan perjalanan anda lebih lama dan lebih rumit dan juga membuang masa anda.

Bagaimana anda boleh mengintegrasikan psikologi? Ianya sangat mudah; anda perlu mula berdagang dengan wang sebenar. Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa matlamat anda adalah untuk membuat "trial dan error" dan memberi kesan yang paling minimum, dari segi wang dan kesihatan. Oleh itu, untuk tidak memberi kesan yang tinggi terhadap modal dan kesihatan anda, buka akaun cent dan berdagang dengan DALAM CARA YANG SAMA, terus mengembangkan statistik dan meningkatkan sistem perdagangan anda.

8. Apabila anda baru memulakan perdagangan pada akaun cent, anda bermungkinan akan mempunyai lebih banyak perdagangan bukan sistem. Fikiran anda belum disesuaikan (dan anda perlu diingatkan bahawa, jika badan anda tidak mempunyai pengalaman tertentu, ia perlu mencuba dan menguji segala-galanya). Oleh itu, jangan kecewa, ianya merupakan salah satu elemen proses juga. Bila tiba masanya, anda dapat membiasakan diri dan tidak akan merasakan sebarang perbezaan di antara dagangan pada akaun demo dan yang sebenar.

9. Seterusnya, anda terus membentuk statistik, meningkatkan sistem perdagangan anda dan, sedikit demi sedikit, meningkatkan jumlah dagangan anda.

Itulah kesemua perkara yang perlu dilakukan oleh seorang pedagang. Ia kelihatan agak mudah dari segi teknologi, tetapi, ianya lebih sukar dalam praktikal. Semakin tinggi tahap kesabaran anda, untuk memberikan diri anda masa dan peluang untuk melakukan kesilapan, iaitu kesilapan yang sangat banyak, semakin baik hasil yang akan anda perolehi. Keajaiban tidak berlaku dalam perkara ini. Lihatlah di sekeliling dan anda dapat melihat bahawa dalam sebarang perniagaan, jika seseorang bersungguh-sungguh, terus-menerus dan sabar dalam melakukan apa-apa jenis pekerjaan untuk masa yang agak lama, mereka akhirnya akan menjadi pakar dalam perkara yang mereka lakukan dan boleh menjana pendapatan daripadanya. Sudah tentu, akan terdapat orang yang berbakat dalam mana-mana industri, di mana beliau mencapai segalanya dengan lebih cepat, tetapi mereka juga tidak akan menjadi profesional sehingga mereka mengamalkan SETIAP langkah dengan cara yang betul dan penuh bersemangat.

Semakin tinggi tahap kesabaran seseorang pedagang itu, dalam memberikan diri mereka masa dan peluang untuk membuat kesilapan, semakin baik hasil yang mereka akan perolehi.

Jika anda ingin menjimatkan masa anda, jangan langkau ke langkah seterusnya sehingga anda menyelesaikan langkah sebelumnya. Saya sendiri, pernah melangkau langkah-langkah tersebut dan masih tidak mempunyai sebarang kelebihan; Saya harus "kembali" dan lakukan semuanya dengan cara yang betul. Saya berharap, anda akan dapat bersabar.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Akaun Demo atau Cent? Itulah Persoalannya

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat