Apa itu akaun pelbagai mata wang? Apa kegunaannya dan kesannya? Apakah mata wang yang lebih baik untuk membuka akaun perdagangan forex? Anda akan mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini dalam artikel ini.

Akaun pelbagai mata wang telah dibangunkan dan diperkenalkan untuk memberi lebih banyak peluang perdagangan dan memudahkan proses perdagangan dalam pasaran kewangan. Ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding akaun dolar biasa. Kelebihan utamanya sudah tentu adalah anda boleh mendapat manfaat daripada situasi pasaran yang berubah mendadak. Kadar mata wang tertentu boleh berubah dengan sangat cepat dan jika anda mempunyai beberapa mata wang, anda boleh segera memindahkan dana anda antara akaun-akaun dan mengaut keuntungan daripada perubahan dalam kadar mata wang.

Sebagai contoh, apabila anda menjangkakan bahawa mata wang akaun tertentu akan turun nilainya, anda boleh pindahkan dana tersebut ke akaun lain, buka dalam mata wang selamat lain pada waktu itu juga. Secara ringkas, anda melindungi diri sendiri daripada perubahan mendadak harga mata wang atau mengambil kesempatan daripada perubahan-perubahan ini.

Pada masa ini, terdapat strategi-strategi perdagangan tertentu yang mencadangkan pengurusan pelbagai mata wang daripada satu akaun.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Apakah mata wang yang disediakan oleh broker untuk membuka akaun perdagangan?

Sebagai peraturan, broker menyediakan akaun dalam mata wang yang paling popular dan stabil.

Dolar A.S. (USD)

Dolar A.S. ialah mata wang yang paling banyak didagangkan dalam forex dan di dunia secara umumnya. Oleh itu, mata wang ini mendominasi, didagangkan dalam pasangan mata wang paling cair dalam forex. Dolar juga dipanggil sebagai aset selamat, iaitu aset kewangan yang merupakan pelaburan yang dijangka nilainya kekal atau naik semasa pergolakan pasaran. Disebabkan dolar disertakan dalam banyak pasangan mata wang, ia paling munasabah dan mudah untuk membuka akaun dalam mata wang ini; ia akan memudahkan anda untuk mengira parameter-parameter utama perdagangan anda, seperti risiko, deposit, margin.  Persamaan utama, kita semua sudah tahu asas-asas laluan perdagangan pertukaran asing ialah 1 USD = 0.1 lot. Ia membantu anda tahu dengan cepat mengenai risiko dan keuntungan sasaran. Tetapi, itu hanya terjadi apabila mata wang akaun ialah USD. Dalam kes untuk mata wang lain, anda perlu gunakan formula yang lebih panjang untuk mengira nilai satu lot, jadi ia akan mengambil lebih banyak masa anda.

Paun sterling British (GBP)

Secara umum, paun British agak stabil dan merupakan mata wang yang kukuh, tetapi terdapat satu butiran penting untuk berdagang menggunakan akaun dalam mata wang ini. Ia jauh lebih rumit untuk mengira parameter-parameter utama pengurusan wang berbanding akaun dolar. Sudah tentu berdagang akaun GBP jauh lebih mudah bagi mereka yang tinggal di UK dan yang menggunakan pembayaran harian dalam paun British. Atau, ia akan sesuai bagi kebanyakan mereka yang menggunakan mata wang ini dalam perdagangan mereka dan mengharapkan nilainya naik dengan banyak.

(EUR) Euro (EUR)

Akaun perdagangan dalam euro adalah lebih baik bagi mereka yang tinggi di Eurozone dan kebanyakannya yang menggunakan mata wang ini; atau bagi mereka yang akan berkunjung ke negara-negara EU dalam masa terdekat kerana ia adalah lebih relevan untuk mengeluarkan wang anda daripada akaun dalam mata wang ini. Akaun euro juga boleh digunakan oleh pedagang yang akan membuat lindung nilai terhadap risiko-risiko kewangan yang berkaitan dengan pembayaran asing dalam mata wang ini dan penukaran seterusnya ke mata wang lain. Bagi pengiraan parameter-parameter risiko untuk perdagangan dengan euro, perbezaannya tidaklah terlalu besar kerana kadar euro dan dolar tidak mempunyai terlalu banyak perbezaan dan mungkin akan sama dalam masa terdekat.

Franc Swiss (CHF)

Sebagai tambahan kepada ciri-ciri utama akaun perdagangan dalam mata wang ini, sama dengan mata wang lain, CHF sangat sempurna untuk pedagang yang menggunakan strategi-strategi konservatif. Ia mungkin sedemikian kerana franc Swiss dianggap sebagai mata wang paling stabil yang kurang terdedah kepada perubahan harga mendadak. Jadi, jika strategi anda mencadangkan risiko yang rendah dan kestabilan, anda boleh memilih jenis akaun ini.

Rouble Rusia (RUB)

Sudah tentu akaun rouble kebanyakannya sesuai dengan pedagang yang tinggal di Persekutuan Rusia, iaitu kawasan yang dipanggil sebagai kawasan rouble. Mereka yang tinggal di Rusia menerima pendapatan masing-masing dalam rouble dan sudah tentu pembayaran mereka juga dalam rouble. Mereka tidak memerlukan mata wang lain dalam kehidupan seharian. Dan sudah tentu mereka kadang-kadang perlu menukar rouble untuk membeli mata wang lain apabila pergi ke negara-negara luar. Tetapi ia satu situasi yang jarang berlaku berbanding aktiviti harian. Jika anda berdagang Forex, dalam apa-apa jua cara, anda perlu menukar rouble kepada dolar apabila anda menambah nilai akaun dan dolar ke rouble apabila anda mengeluarkan keuntungan anda. Jadi, anda membelanjakan wang yang agak banyak mengikut kos komisen. Jika anda mempunyai akaun rouble, anda akan mengelakkan kos-kos ini. Jika anda membuat deposit kecil ke akaun perdagangan anda, ia lebih mudah untuk membuat pengiraan dalam rouble, jadi anda boleh mengurus saiz lot anda dengan agak mudah.

Jika anda membandingkan akaun-akaun dolar dan rouble, anda akan melihat beberapa perkara utama:

  1. Apabila anda berdagang menggunakan akaun rouble, ia jauh lebih mudah untuk membuat pengiraan utama.
  2. Dana dalam akaun anda tidak bergantung kepada pertukaran kadar kerana anda tidak perlu menukar cara wang tersebut.
  3. Anda melihat dolar dan rouble dalam cara yang berbeza daripada segi psikologi. 1000 rouble merupakan jumlah yang agak besar dan anda tahu nilainya, benda yang anda boleh beli menggunakannya dan anda membuat anggaran berdasarkan perkara ini. Tetapi anda melihat 14 dolar dalam cara yang tidak jelas. Jadi, lebih mudah bagi anda kehilangan 14 dolar berbanding 1000 dolar dari segi emosi. Itulah sebab akaun rouble lebih konservatif dan dapat menjadikan anda pedagang yang lebih berdisiplin; dan mendisiplinkan diri sendiri itu ialah kunci kepada kejayaan perdagangan.

Milibitcoin (MBT)

Milibitcoin (milibit) ialah satu perseribu bitcoin. Titik perpuluhan mata wang kripto yang popular ini muncul disebabkan bitcoin agak mahal dalam istilah dolar, iaitu beberapa ribu dolar untuk satu syiling. Agak jarang bagi sesiapa yang berminat dalam ekonomi untuk tidak mengenal mata wang Bitcoin atau tentang kisah-kisah individu yang telah menjadi kaya disebabkan kenaikan nilainya.

Akhir-akhir ini, Bitcoin agak popular walaupun puncak popularitinya telah lama tamat. Sebagai contoh, broker LiteFinance menyediakan instrumen perdagangan yang agak banyak, berdasarkan mata wang kripto utama, dan sudah tentu ia jauh lebih mudah untuk berdagang aset digital jika akaun anda dalam mata wang kripto.

Bagaimana anda membuka akaun dalam mata wang tertentu?

Dalam bahagian artikel ini, saya akan jelaskan cara anda boleh membuka akaun pelbagai mata wang.

Untuk membuka akaun perdagangan, anda perlu membuka profil klien anda dan klik pada tab METATRADER pada menu sebelah kiri.

LiteFinance: Bagaimana anda membuka akaun dalam mata wang tertentu?

2. Sebaik sahaja tetingkap dibuka, klik pada OPEN ACCOUNT di bahagian bawah tetingkap utama.

3. Tab ke Open trading account akan terbuka dan anda perlu melaraskan beberapa parameter. Pertama sekali ialah Account type.

4. Kemudian, pilih jumlah leveraj kewangan yang anda akan gunakan pada akaun baharu tersebut

5. Kemudian, anda boleh memilih mata wang akaun baharu dalam menu Currency. Ia boleh menjadi:

Dolar A.S. - USD

Euro - EUR

Ruble Rusia - RUB

Franc Swiss - CHF

Milibitcoin - MBT

LiteFinance: Bagaimana anda membuka akaun dalam mata wang tertentu?

6. Selepas anda memilih mata wang yang diperlukan, akaun dalam mata wang baharu akan muncul; dalam contoh yang diberikan ia adalah MBT.

7. Sekarang, anda boleh sama ada menambah nilai akaun anda atau membuat pindahan dalaman daripada akaun lain anda yang dinamakan dalam mata wang lain, dalam kes yang diberikan, USD.

8. Dalam kotak seterusnya, anda masukkan jumlah yang anda mahu pindahkan ke akaun baharu.

9. Kemudian, anda tentukan akaun tempat anda mahu memindahkan wang.

10. Selepas itu, anda hanya perlu klik pada butang TRANSFER.

LiteFinance: Bagaimana anda membuka akaun dalam mata wang tertentu?

11. Apabila pemindahan selesai, anda akan melihat jumlah wang telah anda pindahkan, tetapi ia dalam mata wang akaun baharu.

12. Bagi membolehkan anda berdagang menggunakan akaun baharu, anda perlu tukar ke akaun utama dengan mengklik pada butang yang sepadan.

LiteFinance: Bagaimana anda membuka akaun dalam mata wang tertentu?

13. Untuk mula berdagang, kembali ke tab Trading.

14. Di situ anda pilih instrumen yang ingin didagangkan. Dalam kes ini, ia adalah mata wang kripto kerana akaun baharu adalah dalam MBT.

15. Di bahagian bawah skrin terminal, anda melihat akaun baharu dan ia sudah bersedia untuk melaksanakan perdagangan.

LiteFinance: Bagaimana anda membuka akaun dalam mata wang tertentu?

Kesimpulan, saya ingin tambah bahawa hampir setiap perkara bergantung kepada strategi perdagangan anda. Jika ia berdasarkan pengiraan dalam mata wang tertentu, mata wang akaun anda akan bergantung kepadanya. Jika anda belum tahu tentang had risiko sendiri dan sukar bagi anda untuk mengiranya, jika boleh, adalah lebih baik untuk anda memilih mata wang tempatan atau mata wang dompet anda supaya anda lebih memahami risiko yang diambil dan sebabnya. Dan sudah tentu jika anda berusaha untuk membangunkan strategi perdagangan universal sendiri dan mahu mempertimbangkan semua keunikan proses perdagangan, jelas sekali anda perlu menggunakan akaun pelbagai mata wang untuk mempelbagaikan baki anda dalam mata wang berbeza supaya anda boleh memiliki prestasi yang lebih baik dalam akaun anda.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Keterangan lanjut tentang akaun perdagangan pelbagai mata wang

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat