Sebelum menggunakan sesuatu strategi, seseorang perlu memahami situasi pasaran yang sedang dihadapi

Jika anda berada dalam pasaran hanya untuk menjana wang, anda akan kehilangan wang tersebut. Untuk mendapatkan sesuatu daripada pasaran, anda perlu mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya selaras dengan situasi tersebut. Apabila terdapat satu perubahan dalam situasi tersebut, strategi yang digunakan untuk mendapatkan keuntungan tidak lagi berkesan. Robot dagangan adalah contoh yang tepat terhadap idea tersebut. Ianya sangat berkesan apabila menjalankan analisis berdasarkan sejarah, tetapi realitinya ia tidak berfungsi dengan baik dan sering mengalami kerugian deposit. Oleh kerana situasi telah berubah. Pasaran sedang berkembang dan anda pula tidak. Oleh itu, adakah ianya sesuatu perkara yang mengejutkan untuk lihat wang anda dimasukkan ke dalam poket orang lain?

Pasaran berubah secara berterusan, tetapi ia masih dianggap sebagai subjek terhadap undang-undang ekonomi. Untuk memahami situasi yang sedang anda hadapi, anda perlu menjawab beberapa persoalan seperti berikut:

- apakah kitaran ekonomi semasa?

- adakah ekonomi sedang bergerak dengan perlahan atau cepat?

- apakah tindakan yang akan diambil oleh bank-bank pusat?

Semakin panjang satu kitaran ekonomi, semakin tinggi kebarangkalian untuk ia berakhir dengan cepat. Bank pusat mungkin akan menurunkan kadar faedah jika terdapat pergerakan GDP perlahan, di mana ianya merupakan faktor penurunan untuk sebarang mata wang. Sebaliknya, pergerakan ekonomi yang cepat adalah satu sebab untuk penguatkuasaan dan penyatuan polisi monetari. Mengapa analisis fundamental yang berdasarkan prinsip bahawa ekonomi kukuh membawa maksud mata wang yang kukuh? Ini kerana hanya ekonomi yang kukuh sahaja boleh mengatasi kadar faedah yang tinggi, di mana ianya akan menarik pelabur lain seperti maget. Anda tidak akan melaburkan wang anda di bank pada kadar 5% jika bank jiran anda menawarkan kadar 10% bukan?

Merujuk kepada dinamik US dan Eurozone GDP, kita dengan mudah dapat memahami mengapa euro secara aktif meningkat terhadap USD pada 2017 dan mengapa situasi tersebut reverse pada tahun 2018.

Dinamik Eurozone dan GDP US

LiteFinance: Sebelum menggunakan sesuatu strategi, seseorang perlu memahami situasi pasaran yang sedang dihadapi  

Sumber: Bloomberg.

Dua tahun lepas, ekonomi Eropah sedang berkembang lebih pesat berbanding US tetapi fiskal stimulus berskala besar oleh Donald Trump dan peperangan perdagangan mengubah situasi tersebut secara drastik. US GDP berkembang manakala Eropah sebaliknya. Perbezaan di antara Fed dan monetari polisi ECB dan kadar yang tinggi oleh hasil US menyatu dollar terhadap euro. Para pelabur mula melihat bahawa ekonomi US adalah lebih kuat berbanding Eropah, tetapi pada tahun 2019 situasi tersebut berubah sekali lagi.

Kesan exhaustion fiskal stimulus mengakibatkan peningkatan kadar dalam US GDP daripada nilai yang sangat tinggi (hampir 3% pada tahun 2018) kepada nilai normal (2%). US telah bersedia untuk mengemas kini nilai tersebut sebagai perkembangan ekonomi paling lama apabila pembalikan yield curve menunjukkan satu kemelesatan yang akan datang. Dalam situasi tersebut, Fed sepatutnya menurunkan kadar, di mana akan mendorong kepada kelemahan dollar.

Economic cycles and Fed’s rate dynamics

LiteFinance: Sebelum menggunakan sesuatu strategi, seseorang perlu memahami situasi pasaran yang sedang dihadapi

Sumber: Bloomberg.

Jika ekonomi EU mampu pulih dan ECB mula melonggarkan polisi monetari di bawah situasi tersebut, kadar euro akan meningkat. Alas! Masalah mata wang bloc didorong oleh Brexit dan peperangan perdagangan. Britain dan China mahukan bahagian penting dalam demand terhadap barangan Eropah dan disebabkan ini kadar perlahan dalam GDP memberi kesan kepada Germany dan negara jirannya. Apabila peningkatan kadar ekonomi US dan EU perlahan, penyatuan EUR/USD berkemungkinan akan mengambil tempat.

Oleh itu, jika tahun 2017 – 2018 menunjukkan trend yang jelas dalam pasangan mata wang, pada tahun 2019 mungkin akan mengalami turun naik dalam julat yang terhad. Prinsip “buy dan hold” tidak lagi berkesan di sini dan strategi berdasarkan pemulihan hanya akan menyebabkan kerugian. Sebaliknya, pedagang yang berpuas hati dengan keuntungan yang sederhana adalah lebih baik. Mereka berjaya untuk berubah selaras dengan pasaran.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
 

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Mengapa dagangan robot tidak berkesan

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat