Sama ada anda merupakan pedagang baharu di pasaran Forex atau mempunyai pengalaman yang kukuh, anda pasti tahu tentang konsep leveraj. Jika anda baru sahaja mengetahui tentang perdagangan Forex, anda mungkin tertanya-tanya maksud istilah ini. Dalam kes ini, saya cadangkan anda untuk membaca artikel “Apa itu leveraj”.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Disebabkan broker terkemuka di seluruh dunia menawarkan nisbah leveraj yang berbeza di Forex, di sini kita akan menilai perkara-perkara utama perdagangan menggunakan alat kewangan ini dan cuba menjawab persoalan: Apa nisbah leveraj yang bagus? Tetapi, terlebih dahulu, mari kita takrifkan konsep utama.
Apa Itu Nisbah Leveraj?
Leveraj di Forex ialah jumlah dana perdagangan yang sanggup dipinjamkan oleh broker pada pelaburan anda berdasarkan nisbah modal anda kepada jumlah dana kredit.
Jumlah amaun leveraj yang diberikan oleh broker adalah tidak tetap. Broker menetapkan kadarnya, dalam sesetengah kes ia boleh mencapai 1:100 atau lebih. Leveraj Forex kebiasaannya diungkapkan sebagai nisbah. Dalam contoh ini, ia bermaksud dengan ekuiti bernilai $1, anda boleh membuka kedudukan sehingga $100.
Apakah Nisbah Leveraj yang Bagus untuk Pedagang Baharu
Mari kita ketahui tahap leveraj terbaik untuk pedagang baharu. Ramai pedagang baharu tertarik dengan strategi pendapatan berdasarkan leveraj kerana mereka mahu membuat lebih banyak wang dalam tempoh masa yang singkat.
Walau bagaimanapun, ingat bahawa leveraj dikaitkan dengan risiko-risiko tertentu. Anda sekurang-kurangnya perlu memahami konsep yang berhubung secara langsung dengan pengurusan wang dalam perdagangan yang diberi leveraj, seperti:
- Baki dan Ekuiti akaun anda;
- Margin;
- Margin bebas;
- Tahap Akaun;
- Panggilan Margin dan “Stop Out.”
Jika mana-mana konsep ini tidak anda ketahui, pastikan anda membaca artikel ini untuk penerangan terperinci dengan contoh-contoh yang jelas.
Kelebihan menggunakan leveraj
Pertama sekali, mari kita lihat kelebihan leveraj untuk pedagang baharu:
1. Peluang untuk mengaut keuntungan yang sangat tinggi
Menggunakan leveraj di Forex memberi peluang kepada pedagang untuk meningkatkan pelaburan awal mereka untuk berdagang jumlah yang besar.
Contoh nisbah leveraj terbaik
Sebagai contoh, pedagang yang hanya mempunyai 1 ribu dolar dalam akaun mereka sebenarnya boleh berdagang dalam pasaran Forex dengan 50 ribu dolar dengan leveraj 1:50 atau 100 ribu dolar menggunakan leveraj 1:100. Pendek kata, pedagang ini merisikokan kerugian 1,000 dolar daripada dana mereka sendiri, tetapi jika berjaya, mereka akan menerima keuntungan sebanyak $100,000 jika kedudukan dibuka pada margin 100% dan leveraj 1:100.
2. Meningkatkan kecekapan modal
Sebagai contoh, jika baki akaun anda ialah $1000 dan anda menggunakan leveraj 1:100, anda mempunyai 100,000 USD untuk diuruskan. Ini bermaksud anda mempunyai peluang untuk membuka lebih banyak perdagangan dengan pelbagai instrumen perdagangan dan menggunakan teknik lindung nilai untuk perlindungan tambahan terhadap risiko. Ini membolehkan anda mempelbagaikan portfolio anda, mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang untuk mengaut keuntungan.
3. Tahap kemasukan yang rendah
Mari lihat kelebihan ini dengan menggunakan contoh sebelumnya – anda mempunyai 1,000 dolar dalam akaun. Katakan anda tidak menggunakan leveraj, cthnya, anda berdagang 1:1.
Di bawah syarat-syarat ini, paling baik pun anda akan dapat membuka satu kedudukan dengan lot minimum 0.01, dan bukan pada pasangan EURUSD.
Ini kerana dalam Forex, satu lot biasanya 100,000 unit mata wang. Dalam kata lain, untuk membuka kedudukan minimum dalam salah satu pasangan yang paling banyak didagangkan dalam pasaran Forex – EURUSD – anda perlukan 100,000 * 0.01 * 1.17470 = 1,174.70 USD.
Dengan 1,000 dolar dalam akaun anda dan tanpa leveraj, anda tidak akan berpeluang untuk membuka kedudukan yang kecil. Akan tetapi, disebabkan leveraj yang besar, pedagang dengan jumlah deposit rendah bernilai 50-100 dolar berpeluang untuk menilai seni perdagangan dan berdagang setaraf dengan pedagang profesional.
4. Keadaan kewangan yang memihak
Sebelum ini, apabila broker tidak memberi leveraj, satu-satunya peluang untuk berdagang dengan leveraj adalah meminjam jumlah dana yang sangat terhad daripada Bank dengan kadar faedah yang tinggi, cagaran yang besar dan jaminan.
Dalam menghadapi persaingan yang serius, broker Forex memberi leveraj yang besar untuk menarik perhatian klien yang mempunyai jumlah deposit yang sangat rendah dan dengan komisen yang minimum. Jika anda berdagang intrahari, gunakan leveraj hampir percuma. Jika anda membuat keputusan untuk membawa perdagangan itu semalaman, ambil kira SWAP– komisen semalaman broker.
Pertumbuhan deposit bagi pedagang berisiko tinggi boleh mencapai keberuntungan sehingga 300-500% sebulan dengan mudah, iaitu lebih tinggi berbanding di mana-mana bank.
5. Kemudahan
Penting untuk memahami bahawa pendapatan utama broker yang baik datang daripada komisen membuka perdagangan, SWAP dan spread. Oleh itu, ia sangat penting bagi broker agar setiap klien menggunakan perkhidmatan mereka selama yang boleh, memperoleh kejayaan dalam perdagangan dan menjadi kaya. Broker yang baik tidak memerlukan anda untuk menghabiskan semua deposit anda dan bersumpah tidak lagi akan berdagang di Forex.
Oleh itu, dalam suasana persaingan yang sangat sengit, broker Forex menyediakan peluang untuk memilih leveraj pada terma-terma yang menguntungkan dengan kadar faedah yang rendah, jadual tarif yang fleksibel dan komisen yang minimum. Broker yang mempunyai reputasi biasanya menawarkan khidmat pengurus peribadi. Pengurus peribadi akan membantu anda memahami semua selok-belok, memilih leveraj yang optimum dan mengimbangi strategi perdagangan anda.
6. Keselamatan
Anda mungkin pernah mendengar tentang Panggilan Margin. Ramai pedagang yang sangat gerun dengan dua perkataan ini. Tetapi sebenarnya, fungsi ini direka untuk melindungi deposit anda. Malangnya, ia biasanya berlaku yang pedagang baharu sering tersalah tafsir risiko mereka. Apabila ia ketara kepada broker yang peluang untuk anda kehilangan deposit itu tinggi, mereka akan menghubungi atau menghantar kepada anda mesej auto tentang keperluan untuk menambah baki anda bagi melindungi risiko yang tinggi.
Kadang-kadang pedagang yang cuai lupa tentang leveraj dan kewajipan yang berkaitan dengannya. Akibat perdagangan yang tidak munasabah, mereka boleh menjadi penghutang syarikat. Untuk mengelak ini, gunakan perkhidmatan broker yang menjamin baki sifar dalam kes pencairan perdagangan. Disebabkan ciri ini, anda tidak akan hilang lebih daripada jumlah yang terdapat dalam baki anda.
Kekurangan leveraj forex
Walau bagaimanapun, leveraj mempunyai sisi gelapnya tersendiri. Pedagang baharu perlu memberi perhatian kepada kekurangan leveraj forex.
Mari kita pecahkan kekurangannya:
1. Risiko tinggi untuk kehilangan deposit
Risiko ini adalah perangkap psikologi yang menjerat pedagang apabila menggunakan leveraj yang tinggi. Wujud perasaan yang anda mempunyai banyak wang yang perlu anda gunakan dan laburkan dalam sesuatu. Ia sangat penting untuk setiap pedagang baharu ingat bahawa leveraj bukan sahaja memberi peluang tambahan, tetapi juga mencipta kewajipan. Perkara paling penting ialah menanggung kerugian dana anda sendiri untuk menghalang Stop Out (anda boleh lihat butiran terperinci dengan contoh-contoh di sini).
Oleh kerana anda boleh membuka kedudukan beratus-ratus kali lebih besar daripada dana sebenar anda dengan leveraj yang besar, wujud risiko kerugian yang besar untuk baki anda. Situasi ini sangat bahaya apabila beberapa kedudukan besar dibuka sekali. Jika anda rugi dalam satu perdagangan, tahap akaun anda menurun untuk semua kedudukan terbuka lain dan risiko Stop Out dalam perdagangan ini meningkat. Dalam kata lain, jika anda tersalah guna margin bebas, struktur kedudukan anda yang besar boleh runtuh dalam masa yang singkat seperti sekumpulan kad dan deposit anda hangus begitu sahaja.
2. Sangat sukar untuk mendapatkan semula deposit
Seperti yang dinyatakan di atas, ia sangat mudah untuk menyebabkan kerugian yang besar pada baki anda dengan leveraj yang besar. Pedagang baharu percaya bahawa disebabkan leveraj besar, ia agak mudah untuk mengembalikan semula akaun kepada saiz sebelumnya. Tetapi anda perlu ingat, untuk menggantikan semula kerugian, keberuntungan mestilah lebih tinggi. Sebagai contoh, jika dengan 100 USD dalam baki anda, anda mendapat kerugian 50%, untuk kembali ke kedudukan “break-even”, anda perlu membuat keuntungan 100% daripada baki 50 USD.
Berikut ialah jadual untuk mengira peratus keuntungan untuk kembali ke titik breakeven sekiranya kerugian berlaku. Saya cadangkan anda untuk mencetaknya dan meletakkannya pada skrin sebagai peringatan untuk mengikuti peraturan pengurusan risiko.
% kerugian daripada baki permulaan | % keuntungan untuk menampung kerugian |
10% | 11.11% |
20% | 25.00% |
30% | 42.85% |
40% | 66.66% |
50% | 100.00% |
60% | 150.00% |
70% | 233.00% |
80% | 400.00% |
90% | 900.00% |
100% | Deposit anda sudah habis ☹ |
Dalam kes leveraj yang besar, dengan kerugian pada baki, kuasa pembelian anda juga jatuh, dana tersedia untuk cagaran menjadi kurang dan dengan itu, risiko Stop Out meningkat. Ini biasanya diganti semula oleh penurunan dalam volum kedudukan yang seterusnya mengurangkan potensi keberuntungan, cth. ia akan menjadi lebih sukar untuk pulih di akhirnya.
Ia sangat penting untuk sentiasa mengingati bahawa menggunakan leveraj rendah, sederhana atau maksimum di Forex ialah satu komitmen. Anda kembalikan nilai utama leveraj dalam bentuk swap tanpa mengira sama ada anda telah berjaya atau gagal di penghujung hari perdagangan. Kos leveraj mesti ditampung oleh akaun pedagang dan akan ditolak secara automatik daripada baki mereka.
Swap merupakan komisen daripada penggunaan leveraj yang dikeluarkan secara automatik daripada baki pedagang. Sudah tentu kos leveraj bergantung secara langsung pada volum penggunaannya. Broker biasanya mengenakan komisen hanya untuk amaun sebenar dana yang telah digunakan.
Apakah tahap leveraj terbaik untuk pedagang baharu?
Jika anda baharu dalam Forex, permulaan yang sebaiknya adalah leveraj 1:100 dan baki 1,000 USD. Jadi, leveraj terbaik untuk pedagang baharu sudah tentu tidak tinggi berbanding nisbah daripada 1 hingga 100.
Bagaimana anda mencari leveraj terbaik dalam Forex untuk diri sendiri? Sudah tentu jawapan kepada soalan ini berbeza bagi setiap pedagang.
Jadi, mari kita cuba ketahui nisbah leveraj yang baik.
Jadi, apakah leveraj yang paling selamat?
Jadual di bawah menunjukkan pengiraan cagaran yang diperlukan dan perubahan deposit untuk leveraj dengan lot klasik bernilai 100,000 USD.
| Leveraj | Perubahan dalam pasangan mata wang, % | Kedudukan saiz dalam lot | Margin, USD | Perubahan baki, % |
1:100 | 1% | 1 | 1000 | 100% |
1:50 | 1% | 1 | 2000 | 50% |
1:33 | 1% | 1 | 3000 | 33% |
1:20 | 1% | 1 | 5000 | 20% |
1:10 | 1% | 1 | 10000 | 10% |
1:5 | 1% | 1 | 20000 | 5% |
1:3 | 1% | 1 | 33000 | 3% |
1:1 | 1% | 1 | 100000 | 1% |
Katakan yang kita bersedia untuk mula berdagang dengan deposit 1000 USD, dengan risiko boleh terima bagi setiap perdagangan 1% kepada baki dan penggunaan pinjaman kedudukan 1% dengan kepelbagaian portfolio maksimum.
| Leveraj | Penggunaan pinjaman kedudukan, % | Bilangan maksimum kedudukan | Baki, USD | Risiko untuk setiap akaun bagi setiap kedudukan, % |
1:100 | 1% | 100 | 1000 | 0.01% |
1:50 | 1% | 50 | 1000 | 0.02% |
1:33 | 1% | 33 | 1000 | 0.03% |
1:20 | 1% | 20 | 1000 | 0.05% |
1:10 | 1% | 10 | 1000 | 0.10% |
1:5 | 1% | 5 | 1000 | 0.20% |
1:3 | 1% | 3 | 1000 | 0.33% |
1:1 | 1% | 1 | 1000 | 1.00% |
Sekarang, kita akan mengira saiz maksimum kedudukan yang kita boleh buka dan risiko bagi setiap perdagangan, tertakluk kepada peraturan-peraturan di atas.
Dalam jadual di atas, kita nampak bahawa dengan syarat pengurusan risiko tersebut, leveraj optimum pada Forex ialah 100:1, kerana dalam kes ini kita akan dapat membuka 100 kedudukan sekali yang memenuhi peraturan pengurusan risiko kita, atau beberapa kedudukan dengan risiko minimum.
Daripada contoh ini, ia jelas untuk perdagangan dengan leveraj yang rendah, anda perlu tambah deposit supaya anda boleh berdagang secara aktif dengan tahap kepelbagaian yang diperlukan.
Anda mungkin kata yang ini bercanggah. Bagaimana perdagangan dengan leveraj yang besar mengurangkan risiko? Sebenarnya, ia tidak bercanggah. Risiko kecairan juga menurun dengan leveraj yang lebih tinggi, dengan syarat volum perdagangan kekal sama.
Semua kelemahan leveraj tinggi yang telah saya nyatakan di atas berkait dengan psikologi pedagang dan pelanggaran peraturan pengurusan wang, inilah sebab penting untuk mengkaji strategi perdagangan anda dan berdisiplin semasa berdagang. Dengan itu, leveraj yang tinggi tidak akan menjadi masalah dan tidak akan menyebabkan kerugian deposit.
Jadi, sekarang apa yang tinggal untuk pedagang baharu yang dinasihatkan untuk menggunakan leveraj 1:100, tetapi tidak mempunyai wang $1,000 dan mahu berjaya dalam perdagangan dan menjana pendapatan?
- Tentukan gaya perdagangan anda. Adakah anda akan berdagang intrahari atau trend tempoh sederhana secara aktif? Atau mungkin anda mahu mengumpul portfolio dan melupakannya buat seketika? Saya harap ia jelas daripada bahan yang diterangkan di atas – semakin panjang sempadan perdagangan, semakin besar saiz deposit yang diperlukan.
- Ia sangat penting untuk mengkaji teori dan pasaran yang anda akan dagangkan. Anda perlu menguasai analisis teknikal asas. Fahami spesifik pasaran – berita, laporan, pengganda, penunjuk dan faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi harga instrumen kegemaran anda.
- Berdagang menggunakan wang yang anda sedia terima kerugiannya. Ia mungkin kedengaran lapuk, tetapi ia benar! Dengan mengikut peraturan ini, anda dapat menjauhkan diri daripada tekanan yang tidak perlu dan anda dapat berdagang dengan rasa tenang dan yakin.
- Jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat daripada rakan pedagang yang lebih berpengalaman. Anda boleh bertanya soalan, tetapi penting untuk bertanya soalan yang betul. Cuba tanya soalan dengan jawapan ya atau tidak. Soalan tersebut memerlukan persediaan dan usaha yang akan memberi anda jawapan yang tepat dalam 80% kes.
- Jika anda rasa anda tidak boleh meluangkan masa yang cukup untuk perdagangan aktif, tetapi mahu melabur, penyelesaiannya boleh menjadi perdagangan sosial, anda boleh menyalin pedagang lain yang berpengalaman (lihat di sini ). Memilih pedagang sebenar yang mahir adalah satu misteri dan saya perlukan artikel berasingan untuk ini. Tetapi, jangan serahkan seluruh deposit kepada seorang pengurus. Agihkan risiko antara pedagang yang berbeza.
- Jangan gunakan semua margin untuk satu perdagangan. Mempunyai 100 kedudukan berbeza dengan lot minimum 0.01 adalah lebih baik berbanding berdagang dengan lot bersaiz 1.
- Ingat untuk menggunakan henti kerugian! Jangan benarkan kerugian pada satu kedudukan melebihi 2% daripada deposit.
- Jangan berhenti menyempurnakan sistem pengurusan risiko anda. Tentukan risiko maksimum yang dibenarkan untuk amaun kedudukan yang terbuka. Pantau pematuhan dengan risiko bagi setiap kedudukan. Sentiasa jejak tahap akaun. Elakkan “stop out.”
- Jangan buka kedudukan tanpa pelan perdagangan yang telah ditetapkan. Kenal pasti paras kemasukan, ambil keuntungan dan henti kerugian, isyarat untuk meningkatkan kedudukan dan isyarat untuk keluar dari pasaran.
- Simpan jurnal perdagangan! Tulis parameter perdagangan, isyarat kemasukan dan keluar dan juga keadaan emosi apabila masuk dan keluar pasaran. Menyimpan jurnal akan menjadikan anda lebih tahu tentang perdagangan sendiri dan memberi asas untuk pemeriksaan dan belajar daripada kesilapan anda.
Cara Memilih Broker Forex Terbaik dengan Leveraj Tinggi
Daripada contoh di atas, kami telah menyimpulkan yang leveraj tinggi adalah dibolehkan. Jika anda mengikut peraturan pengurusan risiko dan mempunyai disiplin perdagangan yang baik, leveraj yang tinggi adalah satu kelebihan.
Namun, adakah anda perlu mencari broker dengan leveraj 1:1,000 atau lebih?
Jawapannya TIDAK.
Wujud penyedia kecairan di pasaran pertukaran asing yang akan meliputi leveraj lebih daripada 1000:1. Jadi, mana-mana broker Forex dengan leveraj seperti 1:2,000 sepatutnya meningkatkan kecurigaan yang serta-merta. Kemungkinan besar leveraj broker ini sama ada dicipta oleh perdagangan bertindih pedagang lain dalam arah berbeza atau secara maya, bermaksud ini adalah broker yang tidak mempunyai kebenaran dan anda sedang ditipu.
Satu lagi tanda broker yang tidak boleh dipercayai ialah anda tidak boleh berdagang secara terus dengan penyedia kecairan menggunakan spread pasaran mentah. Broker yang tidak mempunyai kebenaran biasanya tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.
Beri juga perhatian kepada khidmat pelanggan. Broker yang menjaga kliennya mempunyai perkhidmatan yang beroperasi 24 jam dan menjawab sebarang permintaan dengan cepat. Broker tersebut juga menyediakan perkhidmatan pengurus peribadi untuk klien-klien besar dan julat tarif yang pelbagai bagi setiap klien.
Jika anda menganalisis pasaran broker, anda pasti mengenali Litefinance. Ia mempunyai banyak kelebihan berbanding broker-broker lain:
- pengalaman lebih 15 tahun dalam pasaran Forex;
- pelbagai pilihan instrumen perdagangan (mata wang, CFD, saham, indeks, logam, hidrokarbon dan mata wang kripto);
- akses langsung ke pasaran dengan spread minimum;
- swap rendah pada Forex klasik atau tanpa swap pada akaun Islamik;
- perlindungan terhadap baki negatif;
- leveraj tersuai daripada 1:1 hingga 1:1000;
- sokongan pelanggan 24/7;
- mempunyai program pendidikan dan bahan latihan yang percuma;
- sokongan analisis yang hebat;
- komuniti yang besar, platform untuk komunikasi dan pertukaran pengalaman;
- akses ke perdagangan sosial.
Seperti yang anda ketahui, LiteFinance boleh menawarkan nisbah leveraj terbaik yang anda perlukan.
Bagaimana nisbah leveraj yang tinggi beroperasi?
Mari kita lihat pasangan mata wang popular - GBPUSD.
Tanpa leveraj, membuka perdagangan dengan saiz kontrak 100,000 per lot memerlukan pedagang membuat pelaburan kira-kira $130,000.
Dengan menggunakan leveraj 1:1000, seorang pedagang boleh mengurangkan jumlah modal yang diperlukan secara drastik. $130,000 / 1000 (leveraj yang telah digunakan) = $130.
Baki 130 USD mencukupi untuk memasuki perdagangan penuh!
Walau bagaimanapun, sila ingat yang paras Stop Out dengan LiteFinance ialah 20%. Dengan 130 dolar dalam baki anda, nilainya ialah 26 dolar.
Setakat ini, perdagangan ditutup oleh Stop Out, penurunan akan menjadi 104 USD.
Dengan mengambil kira anda memasuki perdagangan dengan lot penuh, harga hanya perlu pergi pada 104 mata (dalam bentuk 5 digit) dari titik kemasukan dalam arah “salah” untuk perdagangan anda ditutup oleh “Stop Out.” Seperti yang anda sudah faham, ini adalah risiko yang sangat besar.
Leveraj terbaik keseluruhan untuk Forex berserta dengan Contoh
Seperti yang telah kita lihat, nisbah leveraj terbaik pada Forex adalah satu istilah relatif. Selain itu, alat ini mesti digunakan dengan berhati-hati. Menggunakan leveraj yang terlalu tinggi boleh membawa sama ada keuntungan yang sangat besar ataupun menghampakan pedagang.
Leveraj terbaik untuk perdagangan Forex bergantung pada modal yang boleh dilaburkan oleh pedagang. Nisbah tersebut adalah 1:100 sehingga 1:200, ini merupakan leveraj terbaik untuk Forex. Dalam kes ini, pedagang boleh mendapat keuntungan ketara daripada perdagangan margin, dengan syarat ia diiringi oleh pengurusan risiko yang betul. Leveraj 1:100 bermaksud dengan $500 dalam akaun, pedagang boleh membuka perdagangan dengan jumlah keseluruhan $50,000, iaitu jumlah optimum untuk mula berdagang dalam pasaran pertukaran asing. Pada masa yang sama, ia sangat penting untuk mengikut peraturan pengurusan risiko anda sendiri, tidak menyalahgunakan margin bebas dan sentiasa menyimpan dana untuk potensi menutup semua kedudukan terbuka oleh henti kerugian untuk mengelakkan pencairan awal bagi perdagangan yang aktif.
Leveraj terbaik dalam perdagangan forex bergantung pada modal yang dimiliki oleh pedagang. Ia telah dipersetujui bahawa nisbah 1:100 hingga 1:200 adalah nisbah leveraj forex yang terbaik.
Leveraj 1:100 bermaksud dengan jumlah $500 dalam akaun, pedagang mempunyai $50,000 dana kredit yang disediakan oleh broker untuk membuka perdagangan. Jadi, leveraj 1:100 merupakan leveraj terbaik untuk digunakan dalam perdagangan forex.
Soalan Lazim Leveraj
Leveraj adalah pilihan pedagang sepenuhnya. Kebanyakan pedagang profesional menggunakan nisbah 1:100 sebagai baki antara risiko perdagangan dan kuasa membeli.
Jika anda merupakan pedagang baharu dan baru sahaja mula berdagang dalam pertukaran, cuba gunakan leveraj yang rendah terlebih dahulu (1:10 atau 1:20). Selepas anda memperoleh sedikit pengalaman dalam perdagangan Forex, anda boleh meningkatkannya secara perlahan-lahan. Semasa berbuat demikian, sentiasa ingat tentang sistem pengurusan risiko. Ikut peraturannya!
Baki permulaan purata untuk pedagang Forex adalah tinggi. Jika anda membuat keputusan untuk mula dengan $100, maka saya cadangkan anda untuk mengambil leveraj maksimum 1:500, sambil berdagang dengan lot minimum dan dalam jumlah yang sangat terhad. Buka lebih daripada satu kedudukan dengan berhati-hati.
Jika anda mempunyai $500 dalam akaun anda, 1:100 adalah nisbah leveraj yang baik. Dengan ini, anda akan mempunyai $ 50,000 untuk dibelanjakan. Ini sudah cukup untuk memulakan perdagangan jika anda berdagang dengan lot minimum dan mengehadkan diri anda kepada 5 pesanan terbuka.
Kebanyakan pedagang profesional menggunakan leveraj 1:100.
Secara teori, memang boleh. Tetapi, anda berkemungkinan tidak dapat mengaut keuntungan yang banyak dengan strategi tersebut (melainkan anda mempunyai $100,000 dalam baki anda). Dalam kes ini, risiko pencairan adalah minimum, tetapi bagi kebanyakan pedagang, kaedah perdagangan ini kekal tidak dapat diakses. Baca lebih lanjut tentang perdagangan tanpa leveraj di Forex dalam artikel ini.
Pakar-pakar menasihatkan untuk berberhati-hati apabila menggunakan leveraj. Nilai sumber dan pengalaman dengan mencukupi. Jika anda menggunakan leveraj yang terlalu tinggi atau membuat pelaburan menggunakan sebahagian besar deposit anda semasa membuka perdagangan, anda boleh menanggung kerugian yang besar.
Nisbah ini bermaksud bagi setiap dolar yang dimiliki, pedagang boleh membuka kedudukan bernilai $500.
Persaingan yang tinggi dalam pasaran broker menyebabkan broker memberi leveraj yang tinggi. Dalam erti kata lain, leveraj adalah satu alat pemasaran. Sebaliknya pula, jika tiada leveraj, Forex tidak akan menjadi pasaran yang berpatutan dengan ambang kemasukan beberapa ratus dolar. Disebabkan leveraj, pedagang boleh menjana pendapatan dalam Forex.
Kesimpulan
Leveraj ialah alat progresif untuk mencapai keputusan yang bagus. Kelebihan yang ketara apabila menggunakan leveraj ialah anda boleh mendapat lebih banyak wang hanya dengan jumlah modal yang terhad. Akan tetapi, mustahil untuk memilih leveraj terbaik untuk digunakan dalam Forex bagi kedua-dua pedagang baharu dan profesional. Pilihan ini bergantung kepada baki permulaan, strategi perdagangan dan model pengurusan risiko yang dipilih. Pada masa yang sama, leveraj Forex yang terbaik dianggap pada 1:100. Ini adalah kompromi antara kuasa pembelian yang mencukupi dan risiko pencairan yang automatik bagi kedudukan Stop Out. Nisbah leveraj ini menjadi pilihan kedua-dua pedagang baharu dan berpengalaman. Walau bagaimanapun, seorang pedagang perlu sentiasa ingat tentang risiko yang dibawa oleh leveraj yang tinggi.
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.






















