Analisis Forex dan ramalan: jenis, kaedah, pautan kepada sumber berguna

Anda tidak boleh meyakini bahawa ramalan Forex paling tepat terbukti 100% betul. Walaubagaimanapun, ramalan oleh penganalisis forex adalah satu peluang yang baik untuk mempelajari pendapat pakar pedagang forex dan membuat keputusan anda sendiri. Analisis forex dan ramalan, berbanding dengan teori kebarangkalian, adalah lebih berkesan. Dalam ulasan ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk membuat ramalan terhadap situasi pasaran forex; juga boleh mendapatkan banyak maklumat berguna daripada penganalisis LiteFinance.

Bagaimana analisis forex dan ramalan dilaksanakan – teknik analisis dan prosedur.

Pasaran berubah sepanjang masa. Ini bermaksud ramalan forex paling tepat tidak menjamin harga akan mengikutinya, yang dijangkakan oleh penganalisis. Namun begitu, terdapat kaedah analisis yang membolehkan pedagang forex untuk meramal price action dengan tahap ketepatan yang lebih tinggi berbanding teori kebarangkalian (dengan kebarangkalian lebih daripada 50%). Elliot Wave Theory mengatakan bahawa pasaran adalah berbentuk kitaran dan ia mengambil satu tempoh masa yang akan melalui fasa kitaran (pertumbuhan, puncak, penurunan, bawah). Lebih pendek sesuatu tempoh ramalan, lebih tepat ramalan tersebut. Dalam erti kata lain, ramalan Forex untuk hari esok akan menjadi lebih tepat berbanding ramalan mingguan forex atau ramalan untuk sebulan.

Analisis pasaran Forex dan analisis

Analisis pasaran forex terdiri daripada teknikal dan analisis asas. Analisis teknikal terbahagi kepada petunjuk, grafik (analisis tahap perdagangan dan corak perdagangan) dan analisis wave. Pembahagian ini bersyarat, kerana terdapat klasifikasi lain. Anda akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai analisis forex dan ramalan perdagangan di bawah, tetapi sebelum itu, saya mencadangkan anda memahami fungsi analisis oleh profil pelanggan LiteFinance, di mana anda boleh mendapati ulasan pasaran sedia ada, ramalan forex dan analisis perdagangan.

Ramalan Forex oleh penganalisis LiteFinance

Profil pelanggan LiteFinance menawarkan akses terhadap pelbagai analisis (ramalan harian forex dan ramalan mingguan forex) untuk intstrumen perdagangan. Ianya bertujuan untuk memudahkan setiap pedagang memahami situasi pasaran forex dengan lebih cepat, untuk mengkaji situasi dagangan forex dan mempelajari ramalan pasaran Forex untuk hari ini dan minggu hadapan. Oleh itu, ia menjadi semakin mudah dan senang untuk mengenal pasti objektif tahap pelaburan. Penganalisis LiteFinance telah melakukan apa yang anda boleh lakukannya sendiri.

Sebagai contoh, untuk membaca analisis forex percuma dan ramalan terhadap EUR/USD (jika anda berminat dalam perdagangan mata wang), anda perlu klik icon pasangan mata wang tersebut pada profil halaman utama yang terus dipaparkan sebaik sahaja anda log in akaun anda. Dalam contoh yang diberikan, ia adalah EUR/USD. Klik pada tab Analysis dengan carta pasangan mata wang tersebut yang terbuka.

LiteFinance: Ramalan Forex oleh penganalisis LiteFinance

Analisis forex dalam profil peribadi ditunjukkan dalam tiga blok utama. Anda boleh membacanya di bawah:

  • Analisis teknikal forex terhadap pasangan mata wang berserta cadangan dalam memasuki dagangan, tahap ramalan untuk stop loss dan take profit (kotak kuning dalam skrin di bawah). Terdapat senario utama dan alternatif yang juga ditunjukkan secara visual dalam carta.
  • Ramalan terkini, berdasarkan 10 petunjuk teknikal. Mengikut data yang disediakan oleh semua petunjuk, di mana terdapat pelbagai oscillators dan alat trend, penilaian umum dilakukan. Dalam window (kotak biru), anda boleh melihat data untuk setiap petunjuk dan cadangan umum sebagai peratus petunjuk.
  • Sentimen pasaran umum (kotak hijau). Parameter tersebut berdasarkan perbandingan oleh bilangan order jual dan beli dalam order book.

LiteFinance: Ramalan Forex oleh penganalisis LiteFinance

Ralaman forex EUR/USD hari ini dikeluarkan dalam profil pelanggan setiap pagi. Sebelum sesi perdagangan bermula, pedagang akan melihat semua informasi yang relevan terhadap ramalan forex untuk hari ini. Anda juga boleh lihat analisis forex pada hari sebelumnya, sebagai contoh, untuk menilai ketepatan ramalan harga forex. Dalam profil pelanggan, terdapat ramalan pasaran yang diterbitkan untuk pasangan mata harian terpilih (ramalan wave, analisis umum, dan ramalan umum untuk semua pasaran mata wang, ramalan mingguan forex.

Saya akan membincangkan kaedah analisis pasaran forex dengan lebih lanjut. Saya juga akan memberitahu anda di mana anda boleh mencari analisis tersebut yang telah dilakukan dengan cara tertentu berserta strategi perdagangan forex.

Teknik analisis pasaran dan jenis ramalan pasaran forex

1. Ramalan umum perdagangan forex, berdasarkan kepada analisis teknikal. Ini bermaksud anda menghubungkan petunjuk teknikal (trend dan alat ramalan, oscillators) kepada carta harga dan mencari kebetulan serentak beberapa faktor untuk membentuk satu isyarat entry. Petunjuk berdasarkan formula yang membandingkan harga terkini dan sebelumnya mengikut prinsip berlainan oleh smoothing.

Tahap ketepatan forex yang lebih tinggi untuk hari ini dan esok dicapai disebabkan oleh analisis carta harga dalam jangka masa panjang dan optimum strategi yang diaplikasikan terhadap tempoh yang lalu. Anda boleh mempelajari dengan lebih mendalam mengenai ramalan harian dan jangka masa sederhana berdasarkan petunjuk, dari penganalisis terbaik, dan pakar pedagang forex dalam blog pedagang LiteFinance.

2. Ramalan forex, berdasarkan analisis asas. News Trading. Ia membawa maksud terhadap peristiwa ekonomi dan faktor geopolitik boleh menjejaskan kadar mata wang asing. Analisis asas termasuk unsur-unsur seperti:

  • Petunjuk makroekonomi dan statistic: kadar faedah, perdagangan seimbang, kadar inflasi, pekerjaan, indeks harga pengguna dan banyak lagi.
  • Arah politik negara, kenyataan dari pegawai tinggi. Arah oleh European Union, sebagai contoh, komuniti dan persatuan antarabangsa (seperti OPEC, jika anda mahu meramal harga minyak).
  • Polisi ekonomi bank-bank pusat
  • Geopolitik: peperangan perdagangan, sekatan, konflik kententeraan dan sebagainya.
  • Force majeure

Anda boleh merujuk ramalan mingguan perdagangan forex, berdasarkan kalendar ekonomi untuk minggu tersebut di sini. Anda juga boleh mempelajari ramalan harian forex hari ini oleh penganalisis pasaran terbaik. Pautan untuk kalendar ekonomi dan bagaimana untuk memohonnya di sini. Contoh ramalan perdagangan terhadap berita-berita tersebut di sini.

3. Analisis Forex Wave. Ianya adalah sejenis analisis teknikal, berdasarkan teori Elliot wave, yang membuatkan satu ramalan terhadap corak wave pasaran. Ia mencadangkan bahawa sebarang peningkatan akan diikuti oleh satu penurunan. Trend yang semakin menaik digelar sebagai impulse wave dan trend menurun digelar sebagai pembetulan. Ramalan forex terperinci eur gbp, analisis forex wave dan ramalan untuk GBP/USD, EUR/USD, USD/CHF dan pasangan mata wang utama yang lain di sini. Tambahan lagi, pada hari Isnin, terdapat satu ramalan mingguan perdagangan untuk mata wang crypto.

4. Analisis grafik. Ianya termasuk dalam analisis teknikal dan mencadangkan ramalan forex terhadap corak candlestick: fractals, corak trend, corak flat dan banyak lagi.

5. Analisis tahap perdagangan forex. Ia mengkaji tahap penting perdagangan dan kombinasi teori Elliot wave dan analisis grafik. Ia mencadangkan bahawa satu trend kitaran yang sedang terbentuk kebiasaannya melantun daripada tahap support dan resistance, dan kembali ke harga median. Apabila harga melepasi tahap tersebut, anda boleh menjangkakan satu permulaan trend yang kuat. Terdapat beberapa jenis ramalan forex berdasarkan kepada tahap kepentingan dagangan.

  • Ramalan forex, berdasarkan saluran petunjuk. Sempadan saluran tersebut digelar sebagai tahap dinamik. Mereka kelihatan seperti curve, yang berubah dengan tahap harga.
  • Ramalan, berdasarkan tahap yang kuat (sasaran). Sebagai contoh, tahap Adversa, atau tahap dengan nombor genap.
  • Ramalan forex berdasarkan Fibonacci retracement

6. Teknik analisis luar biasa Forex. Ianya adalah unik, kaedah asal, berdasarkan peraturan matematik dan statistik serta psikologi. Sebagai contoh:

  • Gann square of 9 (diaplikasikan dalam pasaran mata wang crypto). Ianya adalah kombinasi dua set nombor, satu daripadanya adalah nombor yang disusun secara kitaran, yang berfungsi sebagai sistem koordinat dari 0 ° hingga 360 °. Set kedua adalah nombor yang membentuk sebuah lingkaran persegi, yang mempunyai persamaan dalam susunan diagonal.
  • Petunjuk digital dan market spectrum analysis method (ATCF). Ianya adalah analisis forex yang menggunakan alat teknikal, di mana formulanya berdasarkan kepada statistic dengan penggunaan spektrum.
  • Analisis forex, berdasarkan psikologi perdagangan. Ia mencadangkan ramalan pasaran forex, berdasarkan pendapat majority dan pemikiran stereotaip. Sebagai contoh, jika anda memahami bahawa majority pedagang akan bertindak dalam cara yang tertentu, anda boleh membuat satu ramalan forex terhadap pergerakan trend, tahap support dan resistance. Pembuat pasaran besar, pembacaan dan ramalan tahap di mana terdapat banyak stop loss, boleh mengubah trend harga kepada keuntungan.

Dalam blog perdagangan LiteFinance, terdapat ulasan video dengan ramalan eur usd forex dan banyak lagi pasangan mata wang.

Kesimpulan: tiada kedudukan untuk broker forex atau ramalan forex yang sesuai terhadap semua pelabur atau meramal dengan 100% kepastian bagaimana pasaran akan berubah pada masa hadapan. Anda perlu berhati-hati dalam pelaburan anda, mengikut objektik tahap pengalaman; mempertimbangkan pengalan anda dan risiko. Anda perlu bijak dalam menilai pendapat pakar dan menggunakannya dengan betul untuk mengelak risiko yang tinggi. Analisis forex dan ramalan harga adalah maklumat untuk dikaji dan sebagai pembelajaran kepada pedagang baru. Saya mencadangkan untuk membiasakan diri dengan pemilihan 100 corak paling berkesan forex, ianya akan menjadi satu langkah yang baik terhadap penciptaan analisis teknikal anda sendiri.

Saya berharap anda tidak berkelakuan seperti orang dalam gambar tersebut untuk meramal harga forex (:

LiteFinance: Teknik analisis pasaran dan jenis ramalan pasaran forex


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Ramalan Forex

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat