Kalkulator yang baik merupakan alat yang paling berguna untuk pedagang dan pelabur.

Apakah itu kalkulator Forex? Mengapa kita perlukan kalkulator untuk berdagang? Adakah terdapat kalkulator untuk strategi perdagangan? Apakah itu kalkulator partner Forex broker? Bagaimana kalkulator Forex berfungsi? Cari jawapan yang lengkap terhadap persoalan ini dan soalan lain dalam artikel saya.

Apakah itu kalkulator Forex dan mengapa anda perlukannya?

Perdagangan harini melibatkan banyak pengiraan, di mana boleh menjadi penghalang kepada pedagan baru. Apabila anda memulakan perdangan, anda tidak mengharapkan untuk menghitung dan melakukan banyak pengiraan. Anda tahu bagaimana untuk beli atau jual dan satu-satu pengiraan hanyalah terhadap keuntungan. Walaubagaimanapun, apabila keputusan perdagangan tidak seperti yang anda sangka, anda mungkin mula berfikir mengenai tindakan anda yang mungkin salah. Harga telah melepasi 1,000 points dan anda tahu dengan jumlah anda ianya bersamaan 100USD keuntungan. Tetapi atas sebab tertentu keuntungan tersebut bukanlah 100 tetapi 50 USD. Mengapa? Sebenarnya, terdapat beberapa faktor kerana, keputusan terakhir bergantung kepada faktor yang banyak, dan faktor utama adalah faktor pengiraan utama.

Pada awalnya, pedagang Forex harus melalukan pengiraan secara manual. Ia mengambil masa yang sangat panjang dan perdagangan tidak lagi menarik atas sebab pengiraan yang perlu dilakukan. Seorang pedagang harus menghitung parameter seperti harga pada satu titik, saiz komisyen, nilai spread dan swap, saiz order, dan menghubungkannya dengan parameter pengurusan wang untuk deposit anda. Pada tahun pertama saya dalam perdagangan, pengiraan parameter untuk satu dagangan mengambil masa selama satu jam. Tetapi, seperti semua sedia maklum, “jika anda mahu keuntungan, anda perlu berkerja”.

Perdagangan moden tidak terkesan terhadap perkara tersebut, dan untuk menjana keuntungan anda perlu lakukan banyak pengiraan, tetapi terdapat satu perbezaan yang besar: anda tidak perlu lakukannya secara manual – kalkulator khas telah dicipta untuk tujuan ini. Masih terdapat pedagang lama yang melakukan pengiraan secara manual (dan saya salah seorang darinya), tetapi kebanyakan pedagang sekarang telah menggunakan kalkulator tersebut. Terdapat beberapa kalkulator yang ada ketika ini dan kesemuanya adalah berbeza. Seseorang perlu mengira parameter pengurusan wang, seseorang perlu mengira komisyen dan spread, dan seseorang hendak mengira saiz ganjaran affiliate dalam satu klik. Ya, terdapat kalkulator yang boleh menghitungnya. Saya mengambil keputusan untuk mengarang artikel ini untuk menunjukkan anda kepelbagaiaan kalkulator perdagangan Forex dan membantu anda untuk memahami prinsip asas dalam operasinya. Oleh itu mari kita mulakan.

Satu penafian kecil. Kebanyakan broker dalam pasaran Forex mempunyai kalkulator mereka sendiri dan dalam ulasan saya, saya telah memilih beberapa kalkulator, iaitu pada pendapat saya, paling mudah dan paling tepat.

Kalkulator Perdagangan Forex

LiteFinance: Kalkulator Perdagangan Forex

Kalkulator perdagangan sangat popular dan mudah yang membolehkan anda untuk mengira parameter seperti saiz keuntungan untuk posisi anda dalam mata wang deposit, spreads, dan swaps untuk jumlah dagangan tertentu, dan juga menunjukkan margin yang diperlukan untuk operasi tersebut. Tidak syak lagi, parameter tersebut sangat penting bagi seseorang pedagang. Bagaimana ia berfungsi?

Seperti yang saya katakan di atas, saya mendapati kalkulator LiteFinance adalah paling mudah untuk kalkulator perdagangan. Saya akan mengambilnya sebagai contoh untuk menunjukkan kepada anda prinsip operasinya.

  1. Pertama sekali, anda perlu memasukkan parameter akaun perdagangan anda dalam kalkulator tersebut, seperti jenis akaun (ECN, CLASSIC, atau CENT), akaun mata wang (USD, EUR, RUB, MBT, CHF, JPY) dan tetapan leverage dalam akaun tersebut (kita anggapnya sebagai 1:100). Selepas selesai memasukkan data ini, pergi ke langkah 2.
  2. Sekarang anda menetapkan sifat mengikut turutan. Pilih jenis instrument perdagangan (pasangan mata wang, indeks, atau sesuatu yang lain), kemudian pilih instrumen perdagangan itu sendiri, dalam kes kita adalah pasangan mata wang EUR/USD. Anda boleh menambah beberapa order dan parameter akan dihitung untuk setiap order berlainan. Di bawah anda memasukkan jumlah dagangan dalam lots, dalam kes kita adalah 1 lot. Selepas itu, pilih jenis operasi: beli atau jual. Anda hanya perlu memasukkan harga opening dan anggaran harga closing untuk perdagangan anda. Selepas memasukkan semua parameters, tekan “Calculate”.
  3. Selepas pengiraan dibuat, di bawah anda boleh melihat maklumat order anda: harga pada satu titik, komisyen, dan juga jumlah margin yang diperlukan, dan, paling penting, jumlah anggaran keuntungan.

Kalkulator Risiko dan Ganjaran Forex

LiteFinance: Kalkulator Risiko dan Ganjaran Forex

Kalkulator risiko dan ganjaran dicipta untuk mengira nisbah risiko dan potensi keuntungan berdasarkan key ratio dalam analisis teknikal — tahap pembetulan dan trend Fibonacci.

Kalkulator LiteFinance merupakan kalkulator pedagang paling mudah. Saya akan mengambilnya sebagai contoh untuk menunjukkan kepada anda prinsip operasinya.

  1. Prinsip operasi kalkulator ini sangat mudah. Anda masukkan data untuk 3 titik (permulaan trend, pada akhir trend dan pada akhir pembetulan) ke dalam bidang yang berkaitan: Harga A, Harga B, Harga C. Kemudian anda perlu tekan klik “Calculate”. Kalkulator tersebut akan membuat pengiraan berdasarkan tahap Fibonacci.
  2. Dalam laman keputusan anda boleh melihat tahap yang ditawarkan oleh kalkulator, serta nisbah risiko dan ganjaran untuk tahap yang dikira. Seperti yang anda boleh lihat, segalanya adalah mudah dan senang.

Kalkulator Fibonacci

LiteFinance: Kalkulator Fibonacci

Kalkulator Fibonacci dicipta berdasarkan teori nombor Leonardo Fibonacci. Terdapat banyak strategi telah dicipta berdasarkan siri nombor Fibonacci, dan paling popular dan tepat adalah pembetulan dan teori trend. Teori tersebut berpendapat bahawa terdapat satu siri nisbah bernombor untuk setiap jenis trend. Setiap jenis trend mempunyai siri bernombor di mana penyatuan harga berlaku. Untuk pergerakan pembetulan, nilai ini lebih rendah daripada 100% dengan tahap utama 61.8%, 38.2%, dan 23.6%. Untuk pergerakan trend, nilai di atas 100% dengan tahap utama 161.8% dan 261.8%. Kalkulator tersebut membina grid Fibonacci secara automatik dan memaparkan tahap peratus dan quotes.

Kalkulator LiteFinance merupakan kalkulator pedagang paling mudah. Saya akan mengambilnya sebagai contoh untuk menunjukkan kepada anda prinsip operasinya.

  1. Untuk menetapkan kalkulator, anda perlu memasukkan tahap trend tersebut: pertama sekali anda perlu memasukkan harga maximum untuk trend tersebut, dan kemudian harga minimum. Selepas itu, pilih jenis trend (uptrend atau downtrend), dan akhir sekali tekan klik “Calculate”.
  2. Kalkulator tersebut akan menunjukkan tahap dan quotes berkaitan dalam carta. Kolum kiri akan menunjukkan nilai untuk pergerakan pembetulan dari 0% hingga 100%.
  3. Di kolum kanan, kita boleh melihat nilai untuk kemungkinan trend pada masa hadapan dengan nilai di antara 0% hingga 261.8%. Kemudian, aplikasikan tahap ini ke dalam carta. Saya melakukannya dengan bantuan garisan horizontal yang terdapat di mana-mana terminal.

Kalkulator Pivot Forex

LiteFinance: Kalkulator Pivot Forex

Kalkulator pivot adalah kalkulator khas yang menghitung tahap pivot. Dalam erti kata mudah, ini adalah tahap perubahan trend. Kita boleh bersetuju terhadap tahap perubahan trend adalah isyarat yang diinginkan oleh para pedagang. Terdapat banyak kalkulator pivot yang berbeza, tetapi saya mahu menyatakan tentang satu kalkulator yang mengira tahap pivot berdasarkan 4 teori analisis teknikal pada waktu yang sama. Selain tahap pivot berdasarkan pemecahan garisan trend, kalkulator tersebut juga menunjukkan tahap pivot berdasarkan teori oleh Woody, Camarilla dan tahap reversal DeMark.

Kalkulator EarnForex adalah kalkulator pivot paling mudah. Saya akan mengambilnya sebagai contoh untuk menunjukkan kepada anda prinsip operasinya.

  1. Untuk menetapkan kalkulator tersebut, anda perlu memasukkan maklumat mengenai trend untuk mengira titik pivot. Dalam bidang pertama, masukkan harga maximum trend tersebut, kemudian harga minimum. Selepas itu, anda perlu menentukan harga closing dan opening candlestick pada extremes trend ini. Mereka berbeza daripada lows dan highs. Selepas memasukkan data, tekan klik “Calculate”.
  2. Kalkulator tersebut akan memberikan anda satu jadual berserta tahap nilai sokongan dan rintangan yang berbeza dalam empat sistem berlainan. Sesiapa yang telah biasa dengan setiap teori ini akan lebih memahami tahap tersebut yang ditawarkan oleh kalkulator ini. Anda hanya perlu mengaplikasikan tahap tersebut dalam carta anda.

Kalkulator Partner Forex

Tajuk ini akan mengakhiri analisis saya terhadap kalkulator perdagangan dan sekarang telah tiba masanya untuk bercakap mengenai kalkulator terhadap pelabur atau partners.

Hampir setiap broker dalam pasaran Forex menawarkan program affiliate yang membolehkan partner pada masa hadapan untuk menjana bersama syarikat. Anda tidak perlu menjadi pedagang, hanya perlu memilih broker yang anda suka. Di sini partner berpotensi mungkin mengalami beberapa masalah terhadap pemilihan broker dan program affiliate, kerana broker yang dipercayai kebiasaannya mempunyai beberapa daripadanya. Untuk merumitkan lagi keadaan tersebut, kebanyakan broker menawarkan keterangan yang susah untuk difahami mengenai program affiliate di mana ianya akan membawa kerumitan terhadap seseorang yang tidak mempunyai sebarang pengalaman tentang ganjaran yang mereka bakal perolehi jika menjadi seorang partner. Kalkulator partner telah diciptai untuk membantu bakal partner memahami program affiliate dengan lebih mendalam. Mereka dengan mudah boleh mengira jumlah komisyen untuk setiap program affiliate.

Broker Litefinance menawarkan salah satu program affiliate yang menarik dan menguntungkan dalam pasaran. Saya akan mengambil contoh program mereka untuk menunjukkan prinsip operasinya dalam kalkulator tersebut.

Kalkulator Revenue Share Program

LiteFinance: Kalkulator Revenue Share Program

Dalam jenis program affiliate ini, peserta akan menerima pendapatan dalam bentuk komisyen untuk setiap dagangan yang dilakukan oleh pelanggan partner. Apa yang perlu anda tahu mengenai program tersebut adalah jumlah komisyen yang dibayar oleh broker kepada partner dan jumlah dalam lots yang didagangkan oleh pelanggan.

  1. Untuk menggunakan kalkulator tersebut, anda perlu memilh jenis program affiliate. Dalam kes kami, ini adalah program REBATE.
  2. Selepas itu, anda perlu memasukkan jenis akaun perdagangan, jenis instrumen perdagangan dan instrumen perdaganan itu sendiri. Kemudia, anda menetapkan saiz komisyen – dalam kes ini, adalah 30%, dan jumlah dalam lots yang telah didagangkan oleh pelanggan – 100 lots.
  3. Data yang saya masukkan adalah anggaran, kerana secara asasnya ia berbeza bagi setiap partner. Selepas pengiraan anda akan mendapat satu jumlah – dalam kes ini ialah 300 USD. Ianya merupakan ganjaran yang tinggi untuk program affiliate semasa yang berada dalam pasaran.

Kalkulator CPS Program

LiteFinance: Kalkulator CPS Program

Di bawah program affiliate, anda akan menerima ganjaran untuk setiap pelanggan. Jika pelanggan telah deposit lebih dari 100 USD, partner akan menerima 50 USD. Tambahan lagi, program tersebut menawarkan anda untuk mendapatkan sebahagian keuntungan daripada sub-partner. Program ini sangat mudah, dan oleh itu paling popular ketika ini.

  1. Untuk menggunakan kalkulator tersebut, anda perlu memilih jenis program affiliate. Dalam kes ini, ianya program CPS.
  2. Selepas itu, anda perlu memasukkan bilangan pelanggan dengan deposit lebih daripada 100 USD dan menekan klik “Calculate”
  3. Kalkulator tersebut akan menunjukkan jumlah ganjaran anda dengan lebih terperinci. Jumlah ini adalah ganjaran terhadap pelanggan baru dan sebahagian keuntungan daripada sub-partners. Dalam kes ini, kira-kira 550 USD. Ianya merupakan satu ganjaran yang besar untuk seseorang partner.

Kesimpulannya, saya akan mengatakan bahawa ketika ini ianya hampir mustahil untuk berkerja dengan Forex tanpa menggunakan kalkulator. Pemilihan kalkulator bergantung kepada objektif anda. Tambahan lagi, pengiraan menjadi lebih pantas dan mudah berbanding mengira secara manual. Dan kalkulator partner akan membantun anda untuk mengenal pasti keuntungan program affiliate dan memutuskan jika broker tersebut adalah pilihan anda.

Jika anda sukakan artikel ini, baca dan berbincang artikel saya dalam topik yang lain, saya mengarangnya untuk anda juga! Jangan lupa untuk berkongsi dalam media social – bantu rakan-rakan anda mempelajari teknik yang terbaik dalam menjana keuntungan dalam pasaran Forex.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Kalkulator Forex

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat