Jika terdapat masalah dalam pasaran, cari titik masuk
Perdagangan forex seperti membawa kereta di atas jalan raya. Ada yang laju, ada yang perlahan; ada yang berhenti di persisiran jalan, ada yang membuat pusingan U dan mula memandu dalam arah bertentangan.
Oleh itu, setiap pedagang dapat memahami pengertian seperti “divergence” dan “convergence”. Divergence di antara harga aset dan petunjuk mungkin boleh dianggap sebagai satu isyarat untuk membuka sesuatu posisi. Perbezaan vector dari polisi monetari bank-bank sentral memberi tumpuan yang serius terhadap portfolio pelaburan.
Convergence difahami sebagai arah umum oleh harga aset, petunjuk teknikal, atau dasar monetari. Divergence membawa maksud arah yang berbeza. Dalam kebanyakan kes, divergence terkecuali daripada peraturan. Pembentukannya bererti instrument kewangan perlu diberikan perhatian. Ia berkait rapat terhadap analisis teknikal dan fundamental. Secara grafik, divergence dapat dilihat melalui extremums.
Divergence dalam carta EUR/USD
Pada bulan Jun, terdapat 2 peningkatan maksimum dalam carta harian EUR/USD manakala carta MACD menunjukkan penurunan maksimum. Ia menunjukkan bahawa bull tidak cukup kuat untuk meneruskan uptrend tersebut dan posisi pendek sepatutnya dibuka. Pasangan mata wang utama telah mencapainya pada akhir bulan Julai manakala minimum MACD meningkat. Divergence memberikan pembeli alasan untuk menyerang.
Sekiranya terdapat perkaitan langsung yang kuat di antara aset, divergence di dalam evolusinya dianggap sebagai anomali dan penggunaan yang betul dari anomali ini dapat menjana wang. Perkara yang sama berlaku terhadap perkaitan secara tidak langsung. Sekiranya berlaku, convergence menjadi satu anomali. Oleh itu, semua orang mengetahui bagaimana perkaitan tidak langsung di antara US dollar dan emas. Sekiranya aset bergerak ke arah yang sama, maka terdapat sesuatu yang salah.
Convergence di antara emas dan USD
Pada akhir bulan Julai, emas dan indeks USD mula berkembang pada masa yang sama. Penyatuan US dollar tersebut menjejaskan emas untuk tempoh masa yang singkat. Ia meningkat kembali kepada posisi asal dengan pantan walaupun US dollar masih meneruskan rally. Seseorang dapat menyimpulkan bahawa pedagang besar tidak akan menjual XAU/USD. Kesimpulannya terbukti betul, ia membuatkan posisi panjang dalam emas menguntungkan.
Sekiranya divergence membolehkan pembukaan perdagangan jangka masa pendek dan jangka masa sederhana dalam analisa teknikal dan analisis cross-market, maka perbezaan vektor dari dasar monetari bank pusat memberi alasan untuk membuka posisi jangka masa panjang. Seperti contoh pada tahun 2015 apabila Fed memulakan normalisasi dasar monetari (dengan menaikkan kadar dana persekutuan) dan ECB memutuskan untuk melonggarkannya dengan melancarkan program QE.
Dinamik indeks USD dan Keberkesanan Kadar Dana Persekutuan
Divergence antara dasar monetari Bank Pusat Eropah dan Fed membolehkan US dollar meningkat ke tahap tertinggi sejak tahun 2003. Dalam tempoh dari musim luruh 2014 hingga Januari 2017, indeks USD meningkat hampir 30% dan para pelabur mendapat idea yang jelas daripada trend pasaran semasa, menghasilkan perdagangan yang berkesan.
Oleh itu, idea "divergence" tidak datang secara eksklusif untuk analisis teknikal. Bank pusat dan cross-market analisis juga menggunakannya. Penggunaan yang bijak bagi pelbagai vektor dasar monetari dan pergerakan aset yang saling berkaitan akan meningkatkan keberkesanan perdagangan anda.
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.












