Sentimen Pasaran adalah indicator yang menunjukkan nisbah pembeli dan penjual semasa di pasaran. Sentimen Pasaran mengambil kira nombor dan jumlah pesanan pada “Depth of market” terkini. Ini adalah alat bantuk yang membolehkan anda mengukur arah aliran dan menjangkakan titik pivot yang berpotensi.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
- Apakah itu Sentimen Pasaran “Market sentiment”?
- Mengapa anda memerlukan indikator Sentimen Pasaran?
- Bagaimana sentiment pasaran berfungsi?
- Bagaimana untuk mencari sentiment pasaran?
- Kelebihan Indikator Sentimen Pasaran
- Bagaimana cara untuk berdagang menggunakan indikator sentimen pasaran?
- Indikator Market sentiment untuk МТ4
- Analisa Sentiment untuk pasaran saham
- Bagaimana mengukur sentiment pasaran di pasaran saham?
- Sentimen Pasaran FAQ
- Ringkasan penggunaan sentimen pasaran dalan perdagangan
Teruskan membaca dan anda akan mempelajari secara terperinci ap aitu sentiment pasaran Forex dan bagaimana anda dapat menentukan sentimen pasaran secara online.
Apakah itu Sentimen Pasaran “Market sentiment”?
Setiap pedagang mempunyai pendapat masing-masing mengenai kemana hala tuju harga yang boleh di capai. Sebenarnya, setiap harga, pada setiap saat, mampu bergerak dalam tiga keadaan: naik, turun dan “sideway”. Jumlah urus niaga bergantung pada betapa yakinnya para pedagang dalam membuat keputusan. Semakin yakin semakin banyak jumlah dagangan.
Sentimen Pasaran adalah nisbah jumlah perdagngan antara pembeli dan penjual.
Sekiranya jumlah perdagngan belian berlaku, pasaran akan “bullish”. Sekiranya jumlah perdagangan penjualan lebih besar, sentiment pasaran akan menurun.
Sentimen pasaran mencerminkan pengagihan jumlah perdagangan beli dan jual dalam satu jumlah pesanan. Berdasarkan pertunjuk ini, kita akan dapat melihat beberapa jumlah pedagang yang percaya bahawa pasaran akan naik atau turun.
Terdapat banyak Teknik untuk mengenal pasti sentiment pasaran dalam perdagangan forex. Antaranya adalah Analisa dari penganalisis, pengumpulan statistic dari pertukaran, dan lain-lain. Kaedah termudah untuk menentukan sentiment pasaran adalah dengan menganalisi pesanan dalam “Depth of Market” pada individu broker.
Mengapa anda memerlukan indikator Sentimen Pasaran?
- Untuk menilai secara visual keadaan umum pasaran “foreign exchange”. Ianya boleh memantau arah pergerakan harga pelbagai asset perdagangan.
- Untuk menganggarkan kekuatan arah aliran pasangan tertentu. Nisbah 50/50 bermaksud perdagangan tidak berubah atau berkemungkinan arah aliran balik. Nisbah 90/10 bermaksud aliran yang kuat atau modal besar sedang memasuki pasaran.
- Untuk mengesahkan keputusan perdagngan anda untuk membeli atau menjual.
- Untuk membangunkan system perdagangan bebsa. Anda boleh menggunakannya dalam perdagangan pasangan berkolerasi, dalam strategi perdagangan arah aliran, atau perdagangan kadar bersilang dan sebagainya.
Salah satu indikator sentiment pasaran adalah bahawa ia dipengaruhi oleh “market makers”.
Bagaimana sentiment pasaran berfungsi?
Izinkan saya memberikan contoh ringkas.
Katakana lima ratus pendagang memasuki pasaran ketika ini. Mereka percaya bahawa indeks HK50 akan turun nilainya dan membuka posisi jualan masing-masing pada USD100. Selanjutnya, muncul satu lagi pedagang yang yakin harganya akan meningkat. Pembeli yang kaya memasuki perdagngan USD 150,000 pada arah bertentangan, iaitu membuka posisi belian.
Jumlah keseluruhan penjual adalah USD 50,000 dan jumlah pembeli USD 150,000. Tekanan adalah belian adalah lebih besar dari satu perdagangan.
Indikator akan mengira jumlah jualan berbanding pembelian:
$volume_buy / ($volume_buy + $volume_sell) * 100 = market sentiment semasa
$150000 / ($150000 + $50000) * 100 = 75%
Perbezaan diantara jumlah perdagangan jual beli mempengaruhi sentiment pasaran, yang menunjukkan pasaran adalah bullish. Begitu juga dalam contoh yang diberkian, sentiment pasaran menunjukkan bahawa 75% pasaran menyokong pembelian. Wala bagaimanapun, majoriti peniaga bertaruh unutk menjual.
Oleh itu, semakin banyak peniaga di pasaran, semakin tepat (relevan) nilai indikator. Tetapi para pedagang dengan jumlah yang besar juga boleh diketahui. Inidkator ini tidak dapat dihubungkan dengan jangka waktu.
Adalah mustahil untuk menentukan sama ada sentiment merujuk kepada tren jangka pendek atau jangka Panjang. Oleh itu, sentiment pasaran hanyalah alat bantu, melengkapkan strategi utama.
Bagaimana untuk mencari sentiment pasaran?
Anda boleh melihatnya di laman web penganalisis bebas seperti: finviz.com/forex.ashx atau barchart.com/forex; dan terdapat beberapa lagi platform seperti inii. Namun, sukar untuk dinyatakan dengan pasti beberapa kerap maklumat di laman web ini dikemas kinikan dan dari mana asalnya. Itulah sebab mengapa saya mencadangkan kaedah yang lebih mudah untuk mengkaji keadaan pasaran dengan menggunakan indikator sentiment pasaran forex ini pada LiteFinance client profile.
Anda boleh mendapatkan sentiment pasaran dengan cara berikut:
1. Buka halaman utama profil pelanggan. Senitmen pasaran semasa ditunjukkan pada tab pasangan matawang (kotak merah di tangkapan skrin). Merah bermaksud sentiment menurun, hijau menaik.
Sekiranya anda tidak dapat melihat sentiment pasaran, anda perlu mengaktifkan indikator di sudut kanan atas.
Perhatikan bahawa anak panah kedua menunjukkan pilihan untuk memasuki perdagangan dengan satu klik segera di halaman utama profil. Sebagai contoh sentiment pasaran bagi EURUSD ialah 71.9% bearish, dan anda boleh memasuki perdagangan jual dengan mengklikkan butang jual di bawah. Fungsi ini membolehkan anda menguruskan beberapa transaksi untuk beberapa pasangan mata wang. Begitu juga anda dapat memantau sentiment pedagang di pasaran saham.
2. Klik pada tab pasangan mata wang dan masukkan menu Analitik. Di sini, sentiment pasaran ditunjukkan sebagai jalur dua warna yang menunjukkan peratusan sentiment bullish dan bearish.
Adalah lebih mudah menganalisis secara sentiment pasaran di tab Analisis. Terdapat juga maklumat tambahan mengenai indikator teknikal lain (yang juga boleh anda gunakan dalam Analisa teknikal anda) dengan cadangan untuk Belia tau Jual. Anda juga boleh mendapatkan berita dan faktor asas yang menerangkan ramalan tren harga secara harian.
Kelebihan Indikator Sentimen Pasaran
Senarai dibawah adalah beberapa kelebihan yang saya perhatikan ketika menggunakan indikator sentiment pasaran di terminal dagangan LiteFinance:
- Anda boleh mengaksesnya bila-bila masa. Anda tidak perlu memasuki laman web lain. Penunjuk diletakkan dengan senang di sebelah instrumen perdagangan. Anda juga boleh memantau sentiment pasaran untuk beberapa pasangan mata wang atau saham di halaman utama profil anda. Saya akan menunjukkannya dalam tangkapan skrin di atas. Lebih mudah untuk melihat korelasinya.
- Ianya dikemaskini setiap jam. Analisis sentiment ditunjukkan berdasarkan posisi buka dagangan di LiteFinance oleh pedagang, oleh itu nilainya adalah relevan.
Bagaimana cara untuk berdagang menggunakan indikator sentimen pasaran?
Tidak ada satu cara tunggal unutk menggunakan strategi dagangan berdasarkan indikator sentiment pasaran; semuanya adalah individu. Pendekatan perdagangan yang paling mudah adalah memasukkan perdagangan kea rah yang disarankan oleh majoriti.
Sebagai contoh, nisbah jumlah perdangan yang dimasukkan oleh pembeli dan penjual adalah 80/20. Ini bermaksud bahawa kebanyakan peniaga bertaruh pada kenaikan harga. Jadi anda boleh memasuki posisi belian. Walau bagaimanapun, anda harus mempertimbangkan bahawa anda boleh membuka posisi pada tahap yang lebih tinggi dan akan menhadapi kerugian.
Strategi lain sentiment pasaran adalah menunjukkan jumlah pedagang yang memasuki perdagangan pada pembalikan tren. Sebagai contoh, peratusan pembelian telah meningkat selama beberapa jam (65/45, 70/30, 90/10). Pada tahap tertentu, tekanan belian akan berhenti berkembang dan mulau bergerak kea rah berlawan, ke nisbah 50/50.
Ini bermaksud bahawa aliran menaik telah lemah, dan ketika sentiment pasaran berada di bawah 50/10, tren akan mulai menurun. Sebelum membuka kedudukan, sila sahkan idea perdagngan oleh “oscillators” (Analisa zon “overbought” dan “oversold”) atau mengunakan alat teknikal lain.
Walaupun sentimen pasaran mengenal pasti keadaan pasaran semasa dengan tepat, anda harus berhatiphati ketika menggunakan sentimen tersebut.
Sentimen Pasaran di dalam dagangan Forex
Saya ingin menulis beberapa petua untuk menggunakan indikator sentimen pasaran dalam perdagangan Forex.
- Mengambil kira sentimen pasaran hanya untuk jangka pendek. Semak sentimen setiap jam apabila ia diperbaharui. Petunjuk sentiment mempertimbangkan jumlah kedudukan terbuka untuk dibeli atau dijual pada masa sekarang. Namun, ini tidak menunjukkan berapa lama kedudukan ini akan dibuka. Sebagai contoh, anda melihat nisbah 70/30 yang menyokong posisi belian. Sejam kemudian, nisbahnya bertukar kea rah bertentangan. Ini boleh berlaku kerana pembuat pasaran “market makers” membuat jumlah perdagangan yang besar keluar dari posisi beli pada tahapo rintangan utama.
- Terapkan analisis sentimen Bersama indikator lain, misalnya, yang ditunjukkan dalam Tab Analisis. Mungkin ada keadaan yang berlawanan dengan situasi yang dinyatakan di atas. Petunjuk mengesyorkan anda membeli, tetapi 72% pedagang masih memegang posisi jual.
Sebabnya adalah bahawa indikator menunjukkan keadaan pasaran semasa pada masa sekarang, sementara kebanyakkan pedagang menjangkakan aliran menurun jangka panjang.
Jelas dari gambar di atas bahawa candlestick setiap jam (terkini), meningkat, tetapi tren utama turun.
- Mempercayai sebahagian besar data sentiment untuk pasangan mata wang yang paling cair dengan jumlah urus niaga yang paling ketara. Semakin banyak terdapat pedangan Forex dan semakin banyak perdagangan yang mereka masukkan, semakin tepat data penunjuknya, Untuk mata wang eksotik dengan jumlah perdagangan yang agak kecil dan transaksi yang sedikit, “market makers” dapat mempengaruhi nilai secara dramatic hanya dalam satu minit.
Indikator Market sentiment untuk МТ4
Profil Pelanggan LiteFinance sesuai untuk peniaga kerana penunjuk teknikalnya yang unit dan fungsinya yang lebih luas. Tetapi jika anda terbiasa bekerja dengan MetaTrader 4, ada indikator sentiment yang baik juga.
Salah satu petunjuk sentiment pasaran mt4 yang saya gunakan dipanggil Indikator Sentiment.
Penunjuk menganggarkan bahagian “bull” dan “bear” di pasaran menggunakan Depth of market. Salah satu versi carta sentiment pasaran, yang terletak di bawah carta harga, bergerak relative ke tahap sifar. Semakin jauh penunjuk dari pusat, semakin banyak pembeli (penunjuk berada di atas sifar) atau penjual (di bawah sifar) berada di pasaran.
Anda boleh membuat muat turun templat versi indikator sentiment pasaran di sini. Terdapat versi lain, histogram yang menunjukkan empat keadaan pasaran: sentiment pasaran “bullish” yang naik dan turun dan dan pasaran “bearish” yang turun atau naik. Templat versi ini ada di sini.
Analisa Sentiment untuk pasaran saham
Dalam pasaran saham sentiment ditentukan oleh sikap pelabur terhadap saham individu dan pasaran secara keseluruhan. Indikator menganalisa sentimen kebanyakan peniaga. Sekiranya sentimen meningkat, tren akan menaik. Sekiranya menurun, semestinya adalah aliran menurun pada masa ini.
Penting! Indikator sentiment pasaran tidak menjamin bahawa tren yang ditunjukkan akan berterusan. Itu jugak tidak menunjukkan kekuatan tren, kenara pendapat majoriti boleh berubah bila-bila masa. Faktor utama yang mempengaruhi boleh menjadi force majure, penerbitan penyata kewangan yang tidak sesuai dengan ramalan peniaga dan penanalisis.
Faktor penting lain termasuk Tindakan pengawal selia atau pendapat orang media, perubahan harga instrument yang berkorelasi.
Contoh:
Pada 2020, pasaran saham Tesla meningkat sebanyak 700%. 2021 juga dimulakan dengan pandangan yang optimis. Sebilangan besar pelabur mengatakan “bullish”. Sehingga 20 Februari, stok syarikat meingkat berbanding 01.01.2021.
Seterusnya, tesla melaburkan $1.5 bilion dalam BTC.
Volatiliti matawang kripto sangat tinggi; berita mengenai pelaburan tersebut mendorong BTC naik, dan diikuti dengan “drawdown” seiring dengan penurunan harga BTC sebanyak 12% dalam satu hari, stok Tesla turun sebanyak 8.6%. Ianya adalah penurunan terburuk sejak September 2020; sentimen majoriti langsung berubah menjadi sebaliknya.
Bagaimana mengukur sentiment pasaran di pasaran saham?
1. Kaji maklumat di platform analisis
Mereka mengumpulkan maklumat dari pertukaran, sehingga data mereka dapat disebut objektifnya sampai masa tertentu. Walau bagaimanapun, prinsip pengiraan yang tepat tidak diketahuo\i.
Platform analisis yang paling popular adalah:
- Finviz adalah website yang paling popular yang menyediakan alat Analisa dan menyaringan untuk pasaran saham AS. Ia merangkumi lebih daripada 7.500 saham, pasaran hadapan, dan derivatif lain. Platform analitik termasuk:
Platform ini memberikan sentimen pasaran yang umum, yang dikenal pasti mengikut beberapa kriteria. Ia dapat menganalisis jumlah saham yang telah naik dan turun harga. Peneliti juga memeriksa jumlah stok yang telah mengemas kini harga tertinggi dan terendah. Atau daapt mempertimbangkan lokasi harga saham relative dengan rata-rata bergerak dengan jangka wakti 50 dan 200. Sekiranya terdapat data kontroversi, dan tidak ada dominasi dalam nisbah “put call” sekurang-kurangnya 60% anda tidak boleh membuka posisi.
- AAII, American Association of Individual Investors. Tinjauan sentiment pelabur AAII yang diadakan setiap minggu memberikan peratusan sentiment pasaran. Maklumat juga diberikan hanya untuk keseluruhan pasaran; tidak ada maklumat dalam konteks saham individu.
2. Analisis sentiment pasaran menggunakan indikator
Anda boleh menggunakan indikator berikut untuk analisis teknikal sentiment pasaran.
Moving Averages
Terdapat dua moving averages dengan jangka masa 50 dan 200 pada carta harian saham FB. Sekiranya ianya fast MA (50) melintasi slow MA (200) ke atas, sentiment pasaran adalah bullish. Ini bermaksud aliran cenderung menaik.
MA (50) warna kuning melintasi MA (200) warna biru, mengesahkan aliran menaik. Moving Averages sesuai untuk strategi jangka Panjang dan boleh digunakan untuk analisis awal. Kekurangannya ialah indikator ini adalah “lagging”.
Indikator Volume
Ianya dipaparkan sebagai histogram dengan lajur merah dan hijau. Lajur hijau bermaksud bahawa jumlah dagangan candlestick semasa lebih penting daripada yang sebelumnya. Merah bermaksud jumlah dagangan lebih rendah. Jumlah dagangan menunjukkan minat pelabur terhadap tren harga semasa, mengesahkan pergerakan harga naik atau turun.
Jumlah dagangan mula bertambah apabila terdapat aliran menurun. Ini bermaksud bahawa semakin banyak pelabur semakin yakin dengan kelanjutan tren, jumlah kedudukan jual semakin meningkat. Sekiranya “column” semakin kecil, jumlah perdagangan jual semakin rendah, aliran menurun semakin lemah dan akan bakal berubah.
Advance Decline-Ratio
Advance Decline-Ratio menunjukkan perbezaan antara jumlah saham naik dan turun. Formulanya ialah (Stok Peningkatan-Stok Jatuh)/Jumlah stok. Nilai yang lebih dari 70% dalam satu arah atau yang lain dianggap sebagai sentimen “bullish” atau “bearish” akan berlaku. Ia akan mengesahkan kekuatan tren.
Sentimen
Terdapat penerangan ringkas dan tempalt indikator seontiment di atas.
3. Indikator Macroeconomic
Ini adalah petunjuk asas yang menunjukkan sentimen pelabur, pedagang, isu rumah mengenai pembangunan ekonomi. Ia secara tidak langsung dapat berfungsi untuk menilai pergerakan harga indeks saham masa depan dalam jangka panjang.
Indek Indikator Utama
Indek indikator Utama, juga dikenal sebagai Indek Ekonomi Utama (LEI), adalah berdasarkan petunjuk ekonomi. Ia mempertimbangkan inflasi, pengangguran, pesanan baru di sector pengguna dan sebagainya. Nilai indeks yang tinggi menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan harga pasaran saham juga harus naik. Nilai tinggi yang tidak normal menunjukkan kemungkinan berlakunya ekonomi yang terlalu aktif dan seterusnya tidak aktif. Keadaan ekonomi ini mempengaruhi pasaran kewangan.
Indek Sentimen Pengguna
Sebilangan besar indek sentimen berdasarkan tinjauan isi rumah biasa. Anda juga boleh mempelajari indek keyakinan pengguna. Sukar untuk menilai objektif mereka, tetapi sentimen pengguna boleh menjadi alat pengukur tambahan yang berguna.
Sentimen Pasaran FAQ
1. Anda boleh menggunakan indikator sentiment di laman web broker. Sebagai contoh, di laman web LiteFinance, anda boleh menemui sentimen pasaran di platform perdagangan. Buka halaman dengan senarai instrumen perdagangan. Anda boleh mengkaji sentimen pasaran semua pasangan mata wang, saham, indek, matawang kripto, minyak dan logam berharga. 
Atau, anda boleh memasukkan tab Analitik untuk setiap asset. Sekiranya dominasi pembeli atau penjual melebihi 60% mungkin ada tren yang kuat.
2. Anda boleh menggunakan dua “Moving Averages”, “fast” dan “slow”. Sekiranya MA yang “fast” melepasi yang “slow” dari bawah ke atas ini bermakna sentimen menaik akan berlaku. Oleh itu tren haruslah meningkat. Semakin dekat adalah sudut lintasan MA sebanyak 90 darjah, semakin kuat trennya dan semakin cepat meningkat harganya.
3. Anda boleh menggunakan indikator “volume”. Sekiranya carta menunjukkan arah aliran dan jumlah perdagangan semakin meningkat ini bermakna peniaga yakin akan kelanjutan tren.
Terdapat du acara untuk mempengaruhi sentimen pasaran:
1. Seseorang dapat meningkatkan jumlah kedudukan untuk membeli atau menjual. Sebagai contoh, terdapat pariti di apsaran. Jumlah pesanan dengan jumlah jual beli kecil kira-kira sama, dan harganya tidak berubah. Untuk mengubah sentimen pasaran, anda perlu membuka kedudukan dengan jumlah yang besar yang dapat memenuhi sebahagian besar pesanan berlawanan semasa.
Oleh itu, akan berlakunya ketidakseimbangan. Dalam praktiknya, situasi ini terjadi apabila “market makers”, pelabur institusi dengan modal besar, memasuki perdagangan semasa tren sideway.
2. Terdapat peningkatan jumlah pedagang yang akan membeli atau menjual. Semakin banyak pembeli individu, misalnya semakin besar pergeseran sentimen pasaran terhadap kenaikan harga. Dalam perdagangan sebenar, keadaan seperti itu boleh berlaku kerana faktor asas. Sebagai contoh, setelah berita bahawa Tesla Elon Mask melabur dalam Bitcoin, terdapat penigkatan jumlah individu melabur dalam matawang kripto.
Analisa sentimen menunjukkan pengukuran pasaran saham indek sentimen dan sikap pelabur terhadap saham, bon, futures, dan asset bursa saham lain. Analisa sentimen mengetahui nisbah pembeli dan penjual di pasaran untuk menentukan sama ada sentimen pasaran menaik atau menurun. Terdapat beberapa cara untuk mempelajari sentimen pasaran:
• Analisa data indikator sentiment yang disediakan di portal analitik-contohnya, Finviz, AAII, Barchart.
• Analisa data penunjuk sentiment pasaran di laman web broker individu.
• Analisa indek komposit, seperti indek penunjuk utama, indek sentimen pengguna.
• Menggunakana indikator Analisa teknikal, seperti indicator “moving averages” dan “volume” Menganalisa “Depth of Market”
Ringkasan penggunaan sentimen pasaran dalan perdagangan
Sentimen pasaran adalah petunjuk tambahan yang membolehkan anda mengesahkan keputusan perdagangan anda atau mengembangkan system perdagangan. Anda tidak boleh bergantung pada sentimen pasaran sahaja semasa membuat keputusan untuk mebeli atau menjual. Ini adalah alat tambahan untuk menganalisis keadaan pasaran dan memastikan apakah keputusan pelaburan anda menguntungkan.
Anda dapat melihat sentimen pasaran dari sebarang asset perdagangan hari ini di profil pelanggan di LiteFinance tanpa perlu pendaftaran. Anda hanya perlu untuk mengklik aset perdagangan yang diperlukan dan memasukkan maklumat pada bahagian instrumen. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, tulis di ruang komen, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.


















