Masa adalah sumber paling berharga untuk seorang pedagang. Setiap pedagang ingin mendapatkan keputusan secepat mungkin. Tidak semua orang, terutamanya pedagang baru, bersedia untuk menunggu berjam-jam, atau bahkan hari, untuk hasil perdagangan yang dibuka, dan oleh itu menutup posisi sebaik sahaja keuntungan pertama dicapai. Strategi pendapatan perdagangan yang dibuka selama beberapa minit untuk membuat keuntungan yang cepat terhadap spread digelar sebagai "pipsing". Apakah itu scalping dan pipsing, apakah kelebihan dan kekurangan strategi tersebut, petunjuk yang harus digunakan oleh pedagang harian terhadap pipsing - anda akan mempelajari dengan lebih mendalam dalam ulasan ini.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Segala-galanya yang anda ingin tahu mengenai strategi pipsing dan banyak lagi!
Pipsing atau scalping?
Seperti dalam praktikal, pedagang baru dalam Forex menganggap konsep ini adalah sama dan tidak memahami perbezaan fundamental. Kedua-dua pipsing dan scalping adalah bentuk perdagangan forex jangka masa pendek apabila dagangan dibuka selama beberapa minit dalam pasaran. Pipsing dan scalping mempunyai banyak persamaan, walau bagaimanapun, perbezaan dalam strategi masing-masing adalah punca terhadap pendekatan perdagangan yang berbeza yang dapat menentukan keberkesanan perdagangan.
Siapakah itu pipsers dan bagaimana mereka berbeza daripada scalpers?
Satu pip adalah sama dengan titik peratusan, iaitu, unit minimum bagi pengukuran quote bersamaan dengan 1/100 peratus (atau 0.0001). Gelaran "pip" adalah singkatan dari "percentage in point". Pipsing digelar dengan kaedah ini kerana ia menggunakan unit terkecil pengukuran harga. Saiz pip boleh mempunyai nilai bukan standard, ia harus ditunjukkan dalam spesifikasi broker. Secara purata, mata wang bergerak kira-kira 50-60 point pada waktu siang, jika anda melihat pembukaan dan penutupan harga harian. Walaupun kadar pertukaran tidak selalu naik atau turun, turun naik dalam hari yang sama pasti akan berlaku, di mana ia memberikan dinamik untuk sesuatu pergerakan.
Pipsing dalam Forex adalah perdagangan terpantas yang mungkin dilaksanakan dengan turun naik harga minimum, keuntungan yang dicapai disebabkan oleh jumlah dagangan yang maksimum (teknikal dan psikologi).
Pipsing merupakan satu pendekatan perdagangan yang rumit tetapi banyak pedagang baru mengamalkannya. Kaedah ini bertujuan untuk membuat keuntungan dari turun naik harga pada siang hari. Sesetengah pedagang membuat lebih daripada 200 dagangan setiap hari untuk memastikan setiap posisi baru dibuka hanya dalam beberapa minit. Keuntungan dari setiap posisi adalah agak kecil (ia hampir tidak merangkumi spread), tetapi mungkin akan mencapai keuntungan. Sebagai contoh, jika strategi intraday klasik boleh memperoleh 50-100 point sehari dalam keadaan yang baik, scalpers dan pipsers boleh mendapat 1.5-2 kali lebih banyak. Benar, tidak semuanya dan tidak selalu.
Idea umum dan kelemahan strategi pipsing
Idea di sebalik pipsing adalah menjana pada turun naik kadar pertukaran, tanpa mengira arah pergerakan harga. Kemana pun harga bergerak, pedagang harus boleh membuka posisi, meletakkan posisi dan menutupnya dengan keuntungan yang dapat merangkumi spread. Dari sini, seseorang boleh merumuskan beberapa tesis (kaedah asas dan kaedah perdagangan):
- Stop order pendek. Untuk mencapai keputusan tersebut, anda perlu menetapkan stop loss berdekatan dengan harga pembukaan dagangan (perlu diingatkan bahawa stop loss diperlukan untuk mengurangkan risiko jika harga bergerak ke arah yang bertentangan). Pipsing menyediakan keuntungan minima dari setiap perdagangan kerana pedagang tidak menampung stop loss yang panjang. Dalam kes ini, satu posisi yang ditutup dengan stop order panjang akan mengabaikan sepuluh posisi yang menguntungkan.
- Penutupan segera dagangan yang merugikan. Ia tidak masuk akal untuk berharap bahawa perdagangan yang sedang merugikan akan berubah menjadi perdagangan yang menguntungkan. "Overholding" itu sendiri tidak mematuhi prinsip pipsing. Kerugian tidak dapat dielakkan di sini dan anda perlu menutup dagangan yang merugikan tanpa penyesalan.
Di sini terdapat satu pendekatan psikologi: anda boleh mengalami kerugian walaupun berlakunya turun naik harga yang sedikit. Walaupun ianya tidak mustahil untuk meramal arah trend selanjutnya, kebarangkalian kerugian masih tinggi jika bull atau bear dalam pasaran tidak dapat dikesan pada waktunya.
Tambahkan ke kegembiraan dan kegelisahan emosi yang kebiasannya berlaku untuk kebanyakan pedagang. Kegelisahan semakin meningkat dengan setiap perdagangan, dan terdapat sehingga 200 daripadanya setiap hari.
Masalah strategi pipsing:
- Kurang pendapatan stabil. Apabila sedang pipsing, seorang pedagang menjana daripada pergerakan harga yang tidak tentu arah atau turun naik fundamental. Dan jarang-jarang pada trend, di mana ianya lebih logikal: jenis pedagang apakah yang akan menutup perdagangan yang menguntungkan setelah menjana pada permulaan trend? Tetapi strategi sedemikian akan beralih dari pipsing ke strategi intraday. Dalam strategi jangka masa panjang analisis komprehensif dapat meramal arah harga dengan kebarangkalian lebih daripada 50%, strategi pipsing dari segi keuntungan tidak dapat dijangka. Nasib memainkan peranan besar.
- Psikologi dan emosi melebihi batasan. Ianya tidak masuk akal untuk memastikan hanya satu perdagangan sahaja yang dibuka – masa tidak akan menunggu. Seorang pedagang harus membuka beberapa perdagangan dalam pasangan mata wang yang berbeza pada masa yang sama, memantau dan menutupnya apabila waktunya telah tiba. Ia sangat meletihkan. Ketamakan, kemarahan, penyesalan – emosi dapat mengalihkan perhatian, menjadikannya sukar untuk menumpukan perhatian.
- Kesukaran untuk berdagang semasa flat. Dalam pasaran yang tenang dengan pergerakan harga mendatar, anda tidak akan menjana dengan banyak. Kadang-kadang skala turun naik begitu kecil sehingga pendapatan "eat up" spread. Masa dagangan yang ideal untuk pipser adalah turun naik dengan amplitud yang besar atau trend yang berbeza.
- Ketidakupayaan untuk menguji strategi pada carta sejarah. Hasilnya tidak serupa dengan apa yang akan anda lihat pada akaun sebenar. Kebaikan kecil percubaan adalah keupayaan untuk melihat nisbah perdagangan yang menguntungkan dan tidak menguntungkan.
- Masalah psikologi kekal sebagai "drawback" utama. Kerugian dalam pipsing pada jangka masa minit tidak dapat dielakkan (persoalannya adalah: berapa banyak dan berapa besar), tetapi menerimanya dengan hati yang terbuka adalah sesuatu yang perlu dilakukan sebelum memulakan dagangan. Beberapa tip dari profesional:
- Jangan paparkan baki deposit. Pipsers mengira keuntungan dan kehilangan dagangan dengan menjejaki nisbahnya. Maklumat mengenai deposit mengganggu dan mengalihkan perhatian, secara tidak langsung mendorong pedagang hold dagangan di pasaran lebih lama, percubaan "win back", dan lain-lain
- Selepas mengalami beberapa kerugian, berhenti berdagang. Rehat selama 5-15 minit. Tentukan tempoh sesi berehat dengan sendiri.
Menganalisis kehilangan dagangan pada penghujung hari. Walaupun pergerakan berlaku secara rawak oleh harga jangka pendek, anda mungkin menjumpai corak. Perlu diingatkan bahawa dalam perdagangan berkadar pantas, tumpuan memainkan peranan. Tiada apa yang perlu dibimbangi dan tidak seimbang. Ianya sahaja sudah mencapai 50% oleh kejayaan.
Walaupun tiada pipser di kalangan profesional yang berjaya, setiap orang harus mencuba pipsing. Kebanyakan daripada mereka telah kehilangan deposit melalui sumpahan pipsing, tetapi masih memperoleh banyak kemahiran dan pengetahuan baru, yang sekarang membantu mereka dengan perdagangan scalping atau positional. Pipsing menjadi lebih mudah dan lebih menguntungkan dengan pembangunan teknologi web dan automasi,
Pipsing adalah pemecut profesionalisme. Mungkin, anda akan kehilangan semua wang dan emosi anda tetapi anda akan menjadi lebih fokus dalam perdagangan harian anda. Dua atau tiga hari bermuhasabah diri dan anda merupakan seorang Jedi.
Kelebihan strategi pipsing:
- Kesesuaian dengan jenis strategi lain. Kebiasaannya, pedagang memilih strategi intraday atau jangka masa panjang sebagai strategi utama mereka. Tetapi isyarat untuk strategi tersebut hanya terbentuk sekali dalam beberapa jam (secara purata). Pips dalam M1 dengan jangkaan isyarat pada jangka masa yang lebih panjang adalah pilihan untuk bersantai dan tenang. Sekurang-kurangnya, ia adalah bagaimana untuk anda menetapkan diri sehingga kemungkinan kerugian sementara berlaku dan tidak merosakkan suasana sebelum sesi dagangan utama.
- Keperluan untuk pengetahuan minimum teori. Pengetahuan mendalam mengenai analisis teknikal tidak diperlukan di sini, anda tidak mempunyai masa untuk menerapkannya. Terdapat petunjuk mudah yang mencukupi untuk anda gunakan sebagai tambahan. Analisis fundamental pasti berguna. Walau bagaimanapun, terdapat kategori pedagang yang hanya berdagang pada turun naik harga dalam kedua-dua arah, meletakkan order dengan betul dan tidak pergi lebih jauh terhadap sebab turun naik tersebut.
- Accumulation pengalaman. Dengan mempraktikkan kadar perletakkan order yang laju dan sentiasa mengawasi pergerakan harga, pedagang dalam memahami prinsip tindakannya. Dia akan mula merasakannya, untuk mengembangkan intuisinya.
Pipsing dalam Forex tidak boleh dianggap sebagai kaedah untuk menjana seperti simulator yang hebat. Selepas berjaya dalam peringkat ini, anda boleh bertukar kepada strategi jangka masa panjang yang lebih kompleks, meningkatkan deposit dan jumlah perdagangan.s.
Strategi umum
- Anda boleh menggunakan pips dalam sebarang arah, tetapi adalah lebih baik untuk mengikuti trend terlebih dahulu. Cara mempelajari untuk menentukan permulaan dan pengakhiran trend adalah topik kajian yang berasingan. Dan jika anda berminat dalam topik ini, pastikan anda menulis mengenainya dalam ruangan komen.
- Jangan cuba untuk menggunakan beberapa alat dalam waktu yang sama. Belajar untuk memahami pasaran melalui satu pasangan. Menganalisis bagaimana pergerakan harga sepanjang sesi yang berbeza, ketika pelbagai peristiwa penting, dan sebagainya.
- Jumlah deposit anda mestilah 100-200-300 dolar, deposit besar tidak diperlukan di sini. Oleh kerana pipser dapat mengenal pasti perubahan harga yang sedikit, leverage di sini digunakan sebanyak yang mungkin.
- Berikut adalah contoh strategi paling mudah untuk pipsing menggunakan moving average untuk akaun demo, di mana ia boleh diambil sebagai asas untuk latihan dan mencipta strategi kerja.
Buka posisi pada penurunan harga. Ikuti trend pada jangka masa dari M1 hingga M15. Keluar dengan kerugian loss 5 point atau profit 7. Jumlah posisi tidak boleh melebihi 5% dari deposit untuk 1 point.
Anda boleh cuba untuk berdagang dengan pakar, dan dengan petunjuk tambahan untuk pipsing. MA berfungsi dengan baik bersama-sama dengan Parabolic SAR, tetapi seperti petunjuk yang lain, persoalannya adalah, kesesuaian parameter untuk pasangan mata wang tersebut.
Ia tidak begitu mudah dengan robot automatic pipsing. Setiap saat adalah penting apabila anda membuka dan menutup perdagangan, oleh itu pelancaran robot lebih logikal, tetapi anda perlu ingat tentang perkara seperti berikut:
- Tidak semua broker "senang" dengan penggunaan robot dalam strategi pipsing. Robot menghantar terlalu banyak permintaan automatik ke server dan ianya membebani server tersebut.
- Robot akan menjadi "sesat" pada ketika fundamental surge. Ia akan mencari isyarat mengikut algoritma yang dibentuk, bergantung pada situasi yang sama pada masa lalu. Ia menunjukkan bilangan terbesar isyarat palsu pada masa penerbitan berita.
Alternatif terbaik terhadap robot untuk pipsing adalah perdagangan manual, tetapi dengan menggunakan skrip yang mudah. Sebagai contoh, ia akan menunjukkan maklumat mengenai beberapa jangka masa dan pasangan matawang yang berbeza pada masa yang sama atau penutupan dalam semua order, dan lain-lain. Tugas skrip adalah untuk memudahkan persepsi maklumat pedagang dan menjimatkan masa tetapi pedagang harus menganalisis keadaan pasaran dan membuat keputusan sendiri.
Perkara penting yang perlu diingati:
- Tempoh masa yang disyorkan adalah M1-M15. Anda juga boleh menggunakan interval yang lebih tinggi sebagai tambahan, sebagai contoh, untuk mencari arah yang kuat. Tetapi perdagangan utama berlaku pada jangka masa minit.
Walau bagaimanapun, tiada larangan terhadap penggunaan jangka masa yang non-standard. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan skrip tersedia dalam MT4, tetapi untuk sebab tertentu, tidak begitu ramai mengetahuinya. Sebagai contoh, mari kita cuba menetapkan jangka masa M3:
- Pergi ke "Navigator" dan cari skrip PeriodConverter.
- Alihkan skrip ke carta pasangan mata wang - anda akan melihat window dengan tetapan.
- Dalam tab "Common", tetapkan tetapan seperti yang ditunjukkan dalam screenshot.
- Dalam tab "Inputs" ia menunjukkan period multiplier factor. Sebagai contoh, untuk mendapatkan jarak M3 dari M1, letakkan "3". Sekiranya base period adalah M5 dan anda perlu mendapatkan M45, nyatakan "9" (5 * 9 = 45).
- Buka menu "File/Open offline chart". Terdapat pasangan mata wang sedia ada dan tempoh jangka masa dalam window. Cari period yang dicipta dan jalankan skrip.
- Kurangkan risiko. 200 perdagangan bukanlah kadar harian yang diperlukan, tetapi sebaliknya. Perlu diingati - kualiti adalah penting, dan bukan kuantiti. Persoalannya ialah gaya dagangan yang anda pilih:
- Membuka pelbagai dagangan dalam satu pasangan pada siang hari.
- Membuka pelbagai dagangan dalam beberapa instrumen dalam masa yang singkat pada masa yang sama.
Penggunaan pilihan pertama mengurangkan ketegangan pada mata, emosi dan minda. Kadang-kadang seorang pedagang hanya tidak mempunyai masa untuk menjejaki beberapa carta harian pada waktu yang sama. Pilihan kedua lebih berkesan, walaupun sukar untuk dilakukan. Untuk banyak instrumen, pada masa fundamental surge (siaran berita atau mesyuarat utama), perkaitan langsung atau songsang dapat dilihat dengan jelas. Anda boleh membuka dagangan untuk beberapa aset secara serentak. Ia juga boleh digunakan dalam pasaran komoditi dan saham.
1. Ianya sangat penting untuk meletakkan order dengan cepat, oleh itu kami berdagang pada akaun NDD dan ECN.
Terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi: akaun demo lebih perlahan untuk melaksanakan order. Di samping itu, akaun demo hanyalah model pasaran untuk perdagangan yang mudah. Oleh itu, strategi yang digunakan pada akaun demo tidak akan berfungsi seperti dalam akaun NDD/ECN.
2. Gunakan pipsing dalam pasaran yang tenang - ia berfungsi dengan baik pada waktu malam, dalam sesi Pasifik. Ia juga bergantung pada pasangan mata wang itu sendiri. Kadang-kadang, pedagang menunjukkan hasil terbaik pada EUR/USD dalam sesi Eropah.
3. Memilih floating spread untuk keluar perdagangan dengan cepat dan mempunyai spread minimum apabila turun naik pasaran dalam keadaan rendah.
4. Gunakan pipsing pada pasangan mata wang utama – disebabkan oleh turun naik dan spread minimum. Pipsing tidak akan berfungsi ada pasangan "exotic" dengan liquidity yang rendah.
Kesimpulannya. Setiap jenis perdagangan mempunyai dua bahagian. Pipsing dalam Forex membolehkan anda untuk menjana pada turun naik harga dalam price noise yang dianggap sebagai faktor yang tidak menentu untuk strategi intraday. Sebaliknya, trend susah untuk diramal pada jangka masa yang lebih rendah, dan keperluan untuk memantau pasaran secara berterusan dapat meletihkan emosi. Petunjuk pipsing tidak menyelesaikan masalah tersebut.
Oleh itu:
- Untuk pedagang baru, pipsing dalam Forex dapat melatih ketahanan, tindak balas, menguasai kemahiran dan memperoleh pengalaman. Namun, ia bukan untuk menjana wang.
- Bagi pedagang profesional, pipsing dalam Forex adalah strategi pertaruhan yang menarik, di mana ia juga boleh menjadi sangat menguntungkan. Ia dengan cepat menunjukkan kelemahan dalam pendekatan untuk berdagang, membolehkan anda untuk mengoptimumkan kaedah dagangan sedia ada anda.
Kepada sesiapa yang berminat dalam strategi pipsing dan scalping, saya cadangkan untuk membaca artikel ini, di mana, selain daripada teori, screenshot dan templat petunjuk, strategi dagangan dianalisis. Dan tentu saja, jika seseorang mempunyai tip atau pertanyaan, sertai perbincangan dalam ruangan komen!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.























