TD Trend Factor dan petunjuk TD Propulsion diterangkan. Penerangan, prinsip pembentukan, syarat penggunaan dan isyarat dagangan.

Rakan-rakan sekalian!

Saya sambung penerangan alat teknikal Thomas DeMark. Saya telah menjelaskan alat seperti:

  1. TD Retracements (lihat di sini)
  2. TD Lines of demand and supply
  3. TD D-Wave (lihat di sini)
  4. TD Sequential and TD Combo (lihat di sini)

Hari ini, saya akan berbincang mengenai TD Trend Factor dan TD Propulsion. Kombinasi kedua-dua alat teknikal bebas ini membantu anda mengenali dengan tepat saat pembentukan trend reversal dan sasaran yang berpotensi. Pertama sekali, saya ingin merungkai rahsia kecil DeMark. Berdasarkan eksperimen terhadap nombor Fibonacci, DeMark mendapati dua nilai yang paling penting daripadanya. Ianya adalah 0.382 dan 0.618. Dengan menolak satu daripada yang lain dan membahagikan keputusannya dengan 4, dia memperoleh nilai 0.059.

Kemudian, selama beberapa tahun menggunakan nombor ini dalam dagangan untuk mengira tahap sokongan dan rintangan, kesimpulan yang diperoleh adalah nisbah yang paling kerap berlaku dalam perdagangan adalah 0.0556. Oleh itu, apabila mengira tahap rintangan, peratusan ke atas 0.0556 * 100% = 5.56% digunakan. Apabila mengira tahap sokongan, peratusan menurun sebanyak 100% - 5.56% = 94.44% digunakan untuk menganalisis pergerakan mikro atau harga yang nialinya lebih daripada dua digit selepas titik perpuluhan, DeMark menyarankan untuk menggunakan coefficient dengan peralihan titik perpuluhan, iaitu 0.556% dan 99.444%, setiap satunya.

TD Trend Factor pada dasarnya bertujuan untuk mengenal pasti tahap trend reversal dan mengesahkan perkaitannya. Untuk melaksanakannya, kita perlu mengetahui titik rujukan terlebih dahulu.

Untuk trend menurun, ia ditentukan oleh syarat-syarat berikut:

  1. Kenal pasti bar yang menandakan puncak trend menaik
  2. Jika high bar di atas bar terdahulu, titik permulaan adalah di high bar ini
  3. Jika high bar ditutup di bawah bar sebelumnya, tahap rujukan adalah penutupan harga bar dengan puncaknya.

Untuk menjelaskannya dengan lebih baik, saya akan memberi contoh:

LiteFinance: TD Trend Factor dan petunjuk TD Propulsion diterangkan. Penerangan, prinsip pembentukan, syarat penggunaan dan isyarat dagangan.

Carta di atas menunjukkan high Bitcoin sepanjang masanya. Puncaknya berada di 19891 USD. Anda boleh melihat penutupan bar ini adalah lebih rendah daripada penutupan bar sebelumnya, oleh itu, tahap rujukan adalah di high penutupan bar.

LiteFinance: TD Trend Factor dan petunjuk TD Propulsion diterangkan. Penerangan, prinsip pembentukan, syarat penggunaan dan isyarat dagangan.

Tahap ini berada di 18960 USD. Oleh itu, berdasarkan tahap ini, kita dapat membentuk tahap TD Trend Factor terhadap trend menurun. Cara paling mudah ialah mengiranya dalam Excel.

Oleh itu, pengiraan saya adalah seperti berikut:

18960*94.44% = 17905

17905*94.44% = 16910

16910*94.44% = 15970

Anda boleh mengiranya dengan cara ini sehingga hasilnya hampir kepada 0. Dengan pembulatan kepada nombor bulat, terdapat tahap seperti berikut

18 960

 17 906

 16 910

 15 970

 15 082

 14 244

 13 452

 12 704

 11 997

 11 330

 10 700

 10 105

 9 544

 9 013

 8 512

 8 039

 7 592

 7 170

 6 771

 6 394

 6 039

 5 703

 5 386

 5 087

 4 804

 4 537

 4 284

 4 046

 3 821

 3 609

 3 408

 3 219

 3 040

 2 871

 2 711

Akhirnya, seperti yang telah dibuktikan oleh sejarah, low trend menurun berada di 3215.2 USD, yang hanya beberapa dollar di bawah salah satu tahap yang dinyatakan di atas.

LiteFinance: TD Trend Factor dan petunjuk TD Propulsion diterangkan. Penerangan, prinsip pembentukan, syarat penggunaan dan isyarat dagangan.

Anda mungkin akan mengatakan bahawa ianya adalah satu kebetulan tetapi cuba untuk mengaplikasikan eksperimen ini dalam trend yang lain dan anda akan mendapati bahawa ianya berfungsi.

LiteFinance: TD Trend Factor dan petunjuk TD Propulsion diterangkan. Penerangan, prinsip pembentukan, syarat penggunaan dan isyarat dagangan.

Jika kita menganalisis carta harga sejarah BTCUSD yang terdahulu, kita dapat melihat bahawa tahap TD Trend Factor oleh downtrend telah berfungsi dengan baik sebelum itu (lihat carta di atas). Di samping itu, adalah jelas bahawa semakin rendah pergerakan harga, semakin tebal grid tersebut. Pembentukan ini sesuai dengan pergerakan pasaran; dalam pembetulan menurun, semakin rendah harga menurun, semakin kuat rintangan dan semakin kecil julat perubahan harga.

Untuk trend menaik, syarat yang sama digunakan, hanya sebaliknya.

Untuk mencari tahap rujukan, kita perlu mengenal pasti bar yang menandakan low trend menurun dan:

  1. Jika low bar ditutup di bawah penutupan sebelumnya, tahap rujukan berada di low tersebut.
  2. Jika low bar ditutup lebih tinggi daripada penutup sebelumnya, tahap rujukan berada di low penutupan bar.

Saya akan menerangkan contohnya.

LiteFinance: TD Trend Factor dan petunjuk TD Propulsion diterangkan. Penerangan, prinsip pembentukan, syarat penggunaan dan isyarat dagangan.

Carta di atas mewakili low di 3215.2 USD yang telah kita tandakan sebelum ini.

Jika kita zoom ke dalam, kita akan melihat bahawa penutupan tersebut sedikit lebih tinggi daripada penutupan bar sebelumnya, oleh itu tahap rujukan akan ditetapkan berdasarkan keadaan 2, pada 3283.4 USD.

LiteFinance: TD Trend Factor dan petunjuk TD Propulsion diterangkan. Penerangan, prinsip pembentukan, syarat penggunaan dan isyarat dagangan.

Tahap tersebut dikira dengan cara yang sama, hanya coefficient akan menjadi 105.56% dan bukan 94.44%.

Akhir sekali, terdapat tahap seperti berikut:

3 283

3 466

3 659

3 862

4 077

4 303

4 543

4 795

5 062

5 343

5 641

5 954

6 285

6 635

7 004

7 393

7 804

8 238

8 696

9 179

9 690

10 228

10 797

11 397

12 031

12 700

13 406

14 152

14 938

15 769

16 646

17 571

Ia tidak logik untuk menandakan semua peringkat dalam carta, tetapi untuk menganggarkan perkaitan tahap yang dikira, saya akan menandakan yang paling dekat terhadap pergerakan harga terkini.

LiteFinance: TD Trend Factor dan petunjuk TD Propulsion diterangkan. Penerangan, prinsip pembentukan, syarat penggunaan dan isyarat dagangan.

Seperti yang anda dapat lihat dari carta di atas, zon yang dikira tidak hanya berfungsi sebagai tahap rintangan yang kuat, tetapi juga sebagai sokongan.

Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

TD Trend Factor adalah alat tambahan, yang digunakan untuk mengesahkan isyarat, ia tidak memberi sebarang isyarat membeli atau menjual dengan sendirinya. Oleh itu, anda perlu menggunakannya bersama alat DeMark yang lain:

TD Retracements (lihat di sini)

TD Lines of demand and supply

TD D-Wave (lihat di sini)

TD Sequential and TD Combo (lihat di sini)

Dan petunjuk DeMark lain yang belum saya jelaskan.

Salah satu alat tersebut ialah TD Propulsion.

Petunjuk ini direka untuk menghantar isyarat trend extension atau exhaustion. Alat ini terdiri daripada dua bahagian. Elemen pertama ialah TD Propulsion Up dan TD Propulsion Down, digunakan untuk menunjukkan titik kemasukan. Bahagian kedua ialah TD Propulsion Up Target dan TD Propulsion Down. Seperti yang anda boleh jangka dengan nama tersebut, ianya merupakan sasaran trend. Oleh itu, marilah kita lihat bagaimana petunjuk ini dibentuk dan bagaimana ia dapat diaplikasikan.

Thomas DeMark mengatakan bahawa untuk mengesahkan trend menaik, kita perlu mengambil langkah seperti berikut:

  1. Kenal pasti titik X dan Y - low dan high pertumbuhan terakhir wave dalam trend menaik.
  2. Kenal pasti titik Z - tahap terendah pembetulan menurun, diikuti dengan pertumbuhan wave XY.

Jika tahap ini lebih rendah daripada 23.2% daripada saiz pembetulan, oleh itu titik X dan Y berada di posisi yang betul; jika sebaliknya, seseorang perlu menyusun semula border wave.

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Kemudian, kita akan mengenal pasti tahap TD Propulsion Up

Untuk laksanakannya, kita akan menggunakan satu formula yang mudah:

A = Z+(Y-X)*0.236, , oleh itu dalam contoh yang diberi, ianya adalah seperti berikut:

A = 12730.6 + (17171 - 5400.2)* 0.236 = 15508.5 USD.

Tahap ini menandakan tahap rintangan pertama dalam trend continuation. Sebagai satu syarat, tahap ini tidak ditembusi apabila trend reverse. Seterusnya, kita akan mengenal pasti tahap TD Propulsion Up Target.

Untuk laksanakannya, kita akan menggunakan satu formula yang mudah:

A = Z+(Y-X)*0.472, oleh itu dalam contoh yang diberi, ianya adalah seperti berikut:

A = 12730.6 + (17171 - 5400.2)* 0.472 = 18286.4 USD.

Tahap ini adalah potensi zon beli. Seperti yang anda lihat dari carta di atas, tahap ini berada hampir dengan yang sebenar dan trend reverse sebaik sahaja selepas lebih sedikit daripada seribu ringgit,

Saya akan menerangkan keadaan ini dengan lebih terperinci kemudian. Sekarang, saya ingin menerangkan cara menganalisis trend menurun dengan TD Propulsion.

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Di sini, anda membentuk semuanya dengan cara yang sama, sama seperti apabila menggunakan alat DeMark yang lain. Untuk analisa selanjutnya, saya mendapati border yang jelas dari gelombang ke bawah. Mereka ditandai dengan titik X dan Y dalam rajah di atas.

Sekarang, mari kita lihat permulaan pembetulan menaik dan tahap di mana ianya selesai. Ianya adalah titik Z dalam carta. Anda dapat melihat bahawa tahap ini melebihi tahap 23.2% oleh pembetulan tersebut, dan oleh itu, wave itu sendiri dan titik Z adalah sesuai untuk mengira TD Propulsion Down.

Untuk lakukannya, saya menggunakan formula seperti berikut:

A = Z-(X-Y)*0.236, oleh itu, dalam contoh yang diberi, ianya adalah seperti berikut:

A = 4384- (6485.8-3215.2)* 0.236 = 3612.14 USD. Tahap ini adalah TD Propulsion Down.

Kemudian, saya mengenal pasti Propulsion Down Target.

Formulanya adalah:

A = Z-(X-Y)*0.472, oleh itu, berikut adalah hasilnya:

A = 4384- (6485.8-3215.2)*0.472 = 2840.27 USD.

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Seperti yang anda lihat dari carta di atas, tahap A telah berfungsi. Seperti yang telah saya tulis di atas, tahap ini boleh memberi isyarat jika berlakunya continuation trend atau reversal. Dan cara bagaimana harga menembusi melalui tahap ini, sangat sukar dan perlahan, adalah petanda trend reversal. Di samping itu, saya perlu menegaskan bahawa dalam kes pertama, apabila kita mengenal pasti trend reversal menaik, dan dalam keadaan ini, tahap A berfungsi. Oleh itu, ia boleh digunakan sebagai strategi perdagangan berisiko rendah untuk menetapkan sasaran jangka masa sederhana apabila menganalisis pergerakan harga masa depan Bitcoin. Untuk melihat keupayaan penuh alat-alat ini, kita perlu mengkaji aplikasi mereka bersama-sama dengan alat DeMark yang lain pada contoh sebenar.

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Sebagai satu contoh, saya akan menganalisis saat ketika trend reverse pada 3215.2 USD. Ianya jelas dari carta di atas bahawa tahap TD Propulsion Down A sepadan dengan tahap TD Trend Factor pada 3612.1 USD. Berdasarkan titik Z, harga BTC bergerak ke bawah, ianya jelas bahawa tahap ini memberikan sokongan yang kuat. Di samping itu, tahap TD Trend Factor pada 3466 USD tidak ditembusi. Harga meningkat kembali dari titik ini seperti bola getah.

Isyarat beli di sini adalah setup menaik (TD Sequential dan TD Combo (lihat di sini)). Isyarat ini ditandakan dengan anak panah berwarna merah dalam carta di atas. Ianya disahkan oleh pemulihan khas dari tahap TD Trend Factor pada 3466 USD dan penutupan bar di atas tahap A. Selepas gabungan ini, seseorang mungkin boleh memasuki satu dagangan panjang berserta stop loss melebih tahap 3466 USD.

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Anda sudah pun tahu apa bakal berlaku seterusnya. Nisbah risk/profit untuk perdagangan sedemikian adalah sempurna. Sekarang, untuk eksperimen yang adil, mari kita cuba mengenal pasti titik masuk dalam pasaran semasa. Pertama sekali, mari kita membentuk tahap sokongan dan rintangan TD Trend Factor.

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Ianya sudah jelas terdapat high dengan puncak pada 13764 USD. Kami melihat bahawa high bar ini ditutup di atas penutupan bar sebelumnya. Oleh itu, tahap rujukan akan berada pada tahap tertinggi high iaitu 13764 USD. Seterusnya, kita darabkan setiap tahap dan hasil jumlah dengan *94.44%.

Berikut adalah hasil yang diperolehi:

12 999

12 276

11 593

10 949

10 340

9 765

9 222

8 709

8 225

7 768

7 336

6 928

6 543

6 179

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Dalam carta di atas, saya menandakan peringkat ini dan saya telah menyatakan bahawa bar terakhir ditutup di atas penutupan bar sebelumnya; dan low di 9728.2 berada hampir dengan tahap TD Trend Factor di 9765, di mana ianya merupakan isyarat menaik. Untuk ramalan harga Bitcoin, berdasarkan isyarat ini, saya mungkin sudah menganggap bahaya ianya adalah satu reversal dan titik Z untuk mengira tahap TD Propulsion.

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Ianya jelas dari carta di atas bahawa titik Z sedikit lebih rendah daripada tahap 23.2% oleh pembetulan dari wave XY dengan koordinat pada skala harga 3405.3 dan 13764. Oleh itu, titik Z adalah relevan untuk wave ini . Jadi, kita boleh mengira TD Propulsion Up (A) dan TD Propulsion Up Target (B), mengikut koordinat dan formula yang dipelajari di atas:

A = 9728.2 + (13764 – 3405.3) * 0.236 = 12172.85 USD.

A = 9728.2 + (13764 – 3405.3) * 0.472 = 14617.51 USD.

LiteFinance: Bagaimana untuk menggunakan TD Trend Factor

Seterusnya, saya sertakan petunjuk TD Sequential dan pilih jangka masa di mana setup berfungsi paling tepat dalam data sejarah. Untuk pasangan BTCUSD, petunjuk tersebut berfungsi paling baik dalam jangka masa lima hari.

Akibatnya, anda dapat melihat bahawa BTCUSD kini berada dalam setup menaik, di mana bar kelima sedang terbentuk, daripada sembilan. Ini bermakna sebelum trend bitcoin boleh reverse dan trend menurun bermula, terdapat sekurang-kurangnya empat bar lagi yang akan dibentuk dalam trend menaik, tidak mengira bar yang sedang terbentuk, iaitu lebih empat minggu lagi. Di samping itu, terdapat tahap sokongan yang kukuh pada tahap Z di 9728 USD, di mana, seseorang mungkin menetapkan stop loss, dan sasaran pertama untuk take profit pada 12172.85 USD, take profit kedua berada di sekitar 14617 USD.

Selain itu, saya dapat menentukan senario BTCUSD yang mungkin berlaku dan mencadangkan tindak balas yang bersesuai kepada keadaan pasaran tertentu.

Carta di atas menggariskan tiga senario yang mungkin berlaku untuk trend masa depan BTC.

  1. Senario pertama, seseorang mencadangkan bahawa ticker BTC tidak boleh menembusi tahap A dan meningkat kembali di dalam. Ianya jelas merupakan tanda trend reversal. Kita harus mengambil keuntungan tersebut dan memasuki perdagangan pendek dengan stop loss di atas tahap A.
  2. Senario kedua adalah neutral. Menurutnya, ticker itu harus menembusi tahap A dan stop loss terhadap tahap B. Dalam kes ini, kita akan mengambil keuntungan pada tahap B dan mengharapkan reversal di bawah tahap A untuk memasuki dagangan pendek, atau mencapai tahap B untuk memasuki dagangan panjang yang baru.
  3. Senario ketiga adalah paling optimistik dan kebarangkalian yang kecil untuk berlaku, pada pendapat saya. Ticker menembusi tahap A dan B dengan volume besar dan tanpa delay yang kuat. Dalam kes ini, kita harus mengikuti trend ini, menggerakkan stop, yang melindungi tahap TD Trend Factor, seperti yang dikira sebelum ini, berdasarkan pada low trend menurun.

Di sini, saya hampir selesai menerangkan alat Thomas DeMark, TD Trend Factor dan TD Propulsion, tetapi saya masih belum selesai menulis tentang kajiannya. Dalam artikel latihan saya yang seterusnya, saya akan berbincang mengenai alat yang lebih unik oleh pedagang terkenal tersebut dan menjelaskan bagaimana untuk mengaplikasikan petunjuk DeMark di dalam perdagangan mata wang crypto.

Subscribe untuk tidak terlepas sambungannya!

Saya mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berdagang!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Di mana trend tersebut akan berakhir? TD Trend Factor dan TD Propulsion

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat