Penerangan terhadap petunjuk TD Retracements. Penjelasan, prinsip dan syarat penggunaan TD Retracements.

Rakan-rakan sekalian,

Kita sambung kajian teknik perdagangan Thomas DeMark dan membentuk satu sistem perdagangan.

Kita telah mempelajari teknik oleh DeMark seperti yang berikut:

TD Lines of Demand and Supply

TD – Wave (lihat di sini)

TD Sequential and TD Combo (lihat di sini)

Oleh kerana artikel ini, anda boleh menambah teknik yang berkesan terhadap set petunjuk yang telah dikaji dari DeMark.

Kebanyakan pedagang profesional bersetuju bahawa perdagangan trend mungkin salah satu strategi yang paling mudah dan berpatutan. Malangnya, meramal satu perubahan dalam arah trend agak sukar. Sebarang pergerakan harga menaik akan digantikan dengan satu kejatuhan. Pergerakan harga adalah seperti zigzag. Ini tidak membawa maksud sesuatu yang negatif mengenai instrumen dagangan ini, sama ada BTCUSD atau pasangan dagangan EURUSD. Menurut undang-undang pasaran, selepas kenaikan harga, harga harus dibetulkan ke tahap tertentu, di mana Thomas DeMark menggelarnya sebagai tahap "TD Correction" (TD Retracement). Pengiraan awal dan akhir pergerakan pembetulan membolehkan kita untuk membuka perdagangan mengatasi trend dan menutupnya pada masa yang tepat.

Seperti dalam kes dengan pembinaan trend line, penggunaan Fibonacci retracement level adalah proses yang sangat subjektif. Pedagang yang berbeza secara konsisten akan memilih high dan low bergantung kepada apa yang mereka anggap sebagai tahap harga extreme, dan tidak menghairankan bahawa high dan low yang berbeza mempunyai makna masing-masing bergantung kepada peranan peserta pasaran. Ini akan membawa hasil yang berbeza. Oleh itu, kaedah ini mempunyai ralat yang tinggi.

Thomas DeMark telah mencipta satu metodologi pengenalpastian tahap retracement yang agak tepat, dengan mengira nilai dan jangka masa mereka.

Titik TD Retracement

DeMark mengira tahap pembetulan menggunakan tiga titik harga dan pekali yang diperoleh daripada urutan nombor Fibonacci. Jika kita mencari tahap TD Retracement untuk menjangka kejatuhan harga, maka titik pertama B ialah rekod low terakhir (rujukan).

Kemudian anda perlu melukis line mendatar dari titik ini bermula dari kanan ke kiri, cari hari dengan harga di bawah harga rujukan low (titik C), dan kemudian pilih titik tertinggi di antara mereka (titik A). Thomas memanggil titik ini "harga kritikal" (lihat contoh dalam carta di bawah).

LiteFinance: Titik TD Retracement

Dan sebaliknya, untuk memilih titik dalam pergerakan menurun terhadap pembinaan tahap retracement, anda perlu mencari dua harga terakhir high (titik B dan C) dan pilih titik terendah di antara mereka (titik A).

LiteFinance: Titik TD Retracement

DeMark juga memperkenalkan konsep "magnet price". Dia mengaitkannya dengan fakta bahawa pergerakan pembetulan sering tidak mencapai maksimum, berhenti pada tahap yang sama dengan penutupan harga pada hari harga high atau low, bergantung pada arah trend. Dalam erti kata lain, tahap penutupan bar yang membentuk titik A ialah "magnet price" (TD Magnet). Ciri-ciri magnetisme tahap ini terhasil daripada ramai pedagang mula tutup dagangan yang sedang menghampiri harga high sebelumnya, mengharapkan rebound dari garisan rintangan.

Pengenalpastian tahap magnet untuk mengunjurkan Tahap TD Retracement.

Untuk menentukan tahap TD retracement, DeMark memperkenalkan konsep seperti faktor retracement (lihat jadual di bawah). 

Faktor Retracement

0.382

0.618

"Magnet price" (penutupan harga pada hari high atau low)

1.382

1.618

2.236

2.618

3.618

 

Malah, ini adalah satu set tahap Fibonacci yang disusun, berdasarkan magnet price.

Oleh itu, tahap TD retracement dibina mengikut algoritma berikut:

Jika anda menjangkakan pergerakan menurun selepas kenaikan harga,

  1.  Kira perbezaan di antara rujukan high yang didapati lebih awal dan "critical price";
  2.  Darabkan nombor ini dengan faktor retracement iaitu 0.382 dan 0.618 dan
  3.  Tolak nilai yang diperoleh dari rujukan tinggi.

Jika anda menjangkakan pergerakan menaik selepas penurunan,

  1.  Kira perbezaan antara rujukan low yang dijumpai lebih awal dan "critical price";
  2.  Darabkan nombor itu dengan 0.382 dan 0.618
  3.  Tambah jumlah yang didapati kepada rujukan low tersebut.

Hasil jumlah titik tersebut akan menjadi retracement level. Sekiranya pasaran ditutup di atas retracement level 0.382, terdapat peluang bahawa ia akan mencapai retracement level 0.618. Jika ia menutup di atas retracement level 0.618, harga mungkin akan meningkat dengan lebih tinggi, terhadap magnet price.

TD magnet price adalah penting kerana kebanyakan orang memberi tumpuan kepada retracement oleh 1.00, iaitu pada extreme high atau low dari tahap rujukan - selepas penembusan tahap 0.618. Ianya perkara yang luar biasa kerana Thomas DeMark menganggap faktor-faktor terhadap pembetulan "magnet price", dan yang lebih tinggi adalah faktor pengembangan. Ini kerana jika tahap "magnet price" ditembusi, pergerakan pembetulan semakin cenderung untuk terbentuk dalam trend tersebut, bertentangan dengan yang sebelumnya.

LiteFinance: Pengenalpastian tahap magnet untuk mengunjurkan Tahap TD Retracement.

  1.  Kenal pasti harga C, apabila pasaran ditutup di atas rujukan low B, dan kemudian pilih titik terendah A dia antara kedua-dua low yang diberikan (saya telah terangkan bagaimana untuk melakukannya pada permulaan artikel)

    Carta di atas menunjukkan bahawa harga high berada pada tahap 5342 USD - titik B.

    Local low – “critical point” - berada pada tahap 3123 USD - titik A.

    Penutupan harga pada titik A - "magnet price" - berada pada tahap 3182.12 USD – TD Magnet orange line.

    Setelah menentukan semua nilai yang diperlukan, mari kita teruskan pengiraan TD Retracement.

    Cari perbezaan antara B dan A.

    5342-3123=2219

  2. . Darabkan jumlah nilai yang terhasil oleh 0.382 dan 0.618, dan kemudian tolak hasil daripada rujukan low. Perhatikan bagaimana TD "magnet price" memberi rintangan dalam beberapa kes.

    5342-(2219*0.382)=4494.34

    5342-(2219*0.618)=3301.35

Menurut data ini, kami akan membina dua retracement level. Seperti yang dapat dilihat dari carta, tahap 4494.34 tidak mencapai "magnet price" 3182.12. Rebound dari "magnet price" membentuk trend yang lebih luas dalam arah sebelumnya, sementara penembusan yang berjaya "magnet price" mendorong kepada penembusan rujukan high atau low, manakala penembusan yang berjaya sering mendorong kepada pengembangan dalam pergerakan ke bawah kepada tahap 1.382.

LiteFinance: Pengenalpastian tahap magnet untuk mengunjurkan Tahap TD Retracement.

Sekarang, mari kita kaji pembinaan TD Retracement level dalam carta harian BTCUSD untuk satu downtrend (lihat carta di atas).

Kami membentuk retracement level untuk sejarah carta harian BTCUSD. Pada titik B yang bersamaan dengan 3340.28, trend reversed dan menaik. Mari kita lukis line lurus dari kanan ke kiri dan dapatkan titik C apabila harga berada di bawah titik B. Tetapi nilai titik C tidak penting. Kami menganggap "critical price", titik A bersamaan dengan 4243.07.

Cari perbezaan antara titik A dan B:

4243.07-3340.28=902.79

Untuk mengira retracement level, darabkan hasil dari faktor retracement dan tambahkan nilai titik rujukan B.

3340.28+(902.79*0.382)=3685.15

3340.28+(902.79*0.618)=3898.20

Seperti yang anda lihat dari carta, pada retracement level, satu pergerakan pembetulan pada flat telah berlaku. Selepas penembusan tahap 0.382, harga berhenti pada tahap 0.618, kemudian menembusi tahap "magnet price" dan, tidak mencapai tahap "critical price", dan kembali ke tahap 0.382. Tambahan lagi, relatif TD retracement level membentuk satu "corridor", di mana harga didagangkan selama 20 hari.

Dalam kes penembusan tahap "magnet price", seseorang boleh menjangkakan satu pergerakan ke tahap 1.382, yang ditentukan seperti retracement level sebelumnya.

Seperti yang anda boleh lihat, TD retracement level telah berfungsi dengan sempurna dan kita boleh menggunakannya dengan selamat. Walau bagaimanapun, untuk mengesahkan isyarat ini, pergerakan pembetulan haruslah benar.

Tiga syarat untuk mengesahkan TD retracement level

Seperti dalam kaedah TD line, beberapa syarat digunakan untuk mengesahkan pergerakan pembetulan dan TD retracement level. Oleh itu, jika mana-mana tiga syarat berikut dipenuhi, maka penembusan intrabar di atas TD correction level adalah benar, dan kebarangkalian penutupan di atas TD correction level meningkat.

Syarat TD 1

  • Dalam downtrend, penutupan, sebelum penembusan, mesti lebih rendah daripada penutupan, dua bar yang terdahulu sebelum penembusan di dalam bar.

LiteFinance: Syarat TD 1

Carta di atas menunjukkan sebelum merekod titik B, harga menurun berbanding hari sebelumnya. Oleh itu, syarat pertama TD telah ditemui. Isyarat ini menunjukkan pasaran berada dalam keadaan oversold, dan kita boleh memasuki perdagangan intraday, menjangkakan atau harga untuk mencapai TD retracement level. Dalam kes ini, tahap 0.382 telah dicapai dalam masa satu hari dagangan.

Jika kita mengkaji satu uptrend, maka syarat pertama TD adalah kenaikan harga pada hari sebelum penembusan.

Sekiranya syarat pertama ditemui, pedagang boleh membuka posisi panjang semasa pembetulan, dan tidak menunggu pengesahan kenaikkan harga di penutupan bar. Jika syarat pertama TD tidak ditemui, terdapat kemungkinan, setelah mencapai TD retracement level, harga akan rebound dan meneruskan pergerakan trend.

Syarat TD 2

  • Sekiranya syarat pertama tidak ditemui, penembusan sebenar masih boleh berlaku jika pasaran dibuka lebih tinggi (lebih rendah) berbanding TD retracement dan terus didagangkan satu tahap lebih tinggi daripada harga pembukaan.

Sekiranya syarat kedua ditemui, ia menunjukkan bahawa keseimbangan demand dan supply telah beralih mengikut bar menaik dan pemulihan aktiviti pengguna akan meningkatkan peluang penutupan di atas TD retracement level yang sedang menaik.

LiteFinance: Syarat TD 2

Dalam carta di atas, anak panah menunjukkan ke arah bar, di mana pasaran dibuka lebih tinggi berbanding TD retracement level. Oleh itu, syarat kedua TD disahkan.

Tambahan lagi, bar sebelumnya lebih tinggi berbanding bar terdahulu. Ini menunjukkan bahawa syarat pertama TD tidak ditemui. Walaupun begitu, harga menjadi semakin tinggi, mencapai "magnet price". Seterusnya, ia didagangkan di corridor yang dibentuk oleh retracement level 0.618 dan "magnet price", yang menunjukkan kekuatan tahap ini. Selepas penembusannya, harga meningkat, mencapai tahap TD retracement 2.236. Thomas DeMark menegaskan kepentingan tahap "magnet price". Penembusannya menunjukkan reversal trend dan, sudah tentu, permulaan yang baru. Oleh itu, pada masa akan datang kita dapat melihat pertumbuhan pasaran lebih tinggi dan harga boleh menguji TD retracement level BTCUSD seperti 2.618 dan 3.618, yang bersamaan dengan 5700 USD dan 6600 USD untuk 1 BTC masing-masing (lihat carta di bawah).

LiteFinance: Syarat TD 2

 

Syarat TD 3

  • Anggarkan penembusan TD retracement dalam satu downtrend, tentukan harga sebelum penembusan (X-1) dan kirakan perbezaan antara penutup bar ini dan yang terkecil daripada dua nilai berikut:
  1. Bar low ini, atau
  2. Penutupan bar sebelumnya (penutupan X-2)

Kemudian tambahkan nilai ini kepada harga penutupan X-1 dan jika jumpah pengiraan lebih tinggi daripada TD retracement level, maka pembetulan akan berakhir tidak lama lagi;

Sekiranya hasil pengiraan berada di bawah TD retracement, maka, harga akan terus meningkat selepas penembusan TD retracement level.

Syarat ini, seperti yang pertama, berdasarkan konsep oversold pasaran, Pengunaannya menunjukkan satu peningkatan dalam perminataan pengguna berbanding hari sebelumnya.

LiteFinance: Syarat TD 3

Carta di atas menunjukkan contoh syarat ketiga. X-1 ditutup pada hari sebelum penembusan daripada TD replacement level 0.382 adalah 3360.41, dan nilai low adalah 3347.38. Sekiranya kita menghitung perbezaannya dan tambahkan kepada harga penutupan X-1, kita akan mendapat hasil berikut:

3360.41+ (3360.41-3347.38) = 3373.44

Ianya berada jauh di bawah TD retracement level 0.382, yang terletak di sekitar 3685.15. Oleh itu, kita boleh menganggap perkembangan pergerakan harga pembetulan seterusnya pada tahap 0.618, yang telah disahkan.

Situasi ini sama seperti menganalisis jangkaan penembusan menurun TD retracement dalam uptrend. Untuk melakukannya, anda perlu menentukan harga bar sebelum penembusan ke bawah (X-1) dan hitung perbezaan antara harga penutup bar tersebut dan yang terbesar dari dua nilai berikut:

  1. High bar ini atau
  2. Penutupan bar (penutupan X-2);

Kemudian anda perlu tolak nilai tersebut dari harga penutupan X-1 dan jika jumlah pengiraan lebih rendah daripada TD retracement level, maka pembetulan akan berakhir tidak lama lagi.

Sekiranya hasil pengiraan lebih tinggi daripada TD retracement, maka, harga akan terus menurun selepas penembusan TD retracement level.

Syarat ini, seperti yang pertama, berdasarkan konsep pasaran overbought. Pelaksanaannya menunjukkan peningkatan dalam supply berbanding hari sebelumnya.

LiteFinance: Syarat TD 3

Carta di atas memberikan contoh syarat 3 dalam uptrend. X-1 ditutup pada hari sebelum penembusan TD retracement level 0.382 adalah 4032, highnya ialah 4249. Jika anda menghitung perbezaannya dan tolakkan dari penutupan X-1, anda akan mendapat keputusan berikut:

4032-(4249-4032)=3815

Ianya lebih rendah berbanding TD retracement level 0.382, iaitu pada 3819, yang bermaksud pergerakan pembetulan yang lemah. Anda boleh lihat dari carta bahawa harga, sebenarnya, rebound dari TD retracement level 0.618 (3553 USD dalam carta di atas) dan uptrend terus bergerak.

Syarat TD retracement berfungsi dengan baik, dan anda boleh menggunakannya dengan selamat dalam sistem dagangan anda. Walau bagaimanapun, Thomas DeMark juga membincangkan beberapa syarat untuk menunjukkan bahawa TD retracement adalah palsu.

Syarat-syarat yang membatalkan penembusan menaik dari TD retracement level

  • Syarat 1. Jika bar X+1 dibuka selepas penembusan menaik yang sebenar oleh TD retracement level lebih rendah dari TD retracement level, anda harus menutup perdagangan panjang pada pembukaan harga bar ini.
  • Syarat 2. Jika bar X+1 dibuka selepas penembusan menaik yang sebenar oleh TD retracement level adalah lebih rendah dari penembusan bar X yang ditutup, dan kemudian, X + 1 ditutup lebih rendah dari TD retracement level, anda harus menutup perdagangan lama pada penutupan harga bar ini.
  • Syarat 3. Jika high X+1 selepas penembusan menaik yang sebenar oleh TD retracement level lebih rendah dari penembusan bar high X, tutup perdagangan yang panjang pada penutupan harga X+1.

Jika mana-mana tiga syarat berikut ditemui, maka penembusan intrabar oleh TD retracement line ke bawah adalah benar, dan kebarangkalian untuk menutup di atas TD retracement level. (Ianya dijelaskan di bawah)

Syarat-syarat, untuk mengesahkan penembusan ke bawah oleh TD retracement level

  • Syarat 1. X-1 ditutup satu bar sebelum penembusan intrabar ke bawah oleh TD retracement level lebih tinggi berbanding X-2 ditutup dua bar sebelum penembusan intrabar ke bawah.
  • Syarat 2. Jika syarat pertama tidak ditemui, penembusan sebenar masih boleh berlaku jika pembukaan pasaran lebih rendah daripada TD retracement level dan terus berdagang satu tanda lebih rendah daripada tahap pembukaan.
  • Syarat 3. Untuk menghitung supply, hitung perbezaan antara penutupan X-1 sebelum penembusan TD retracement level ke bawah dan high sebenar (atau harga penutupan bar sebelumnya X-2, jika lebih tinggi daripada high X- 1) dan tolak nilai ini dari penutupan harga bar X-1. Hasilnya mestilah lebih tinggi daripada TD retracement level.

Anggarkan bahawa syarat pertama ditemui, pedagang boleh membuka posisi pendek sepanjang sesi dagangan intraday, dan tidak menunggu pengesahan penurunan harga berdasarkan penembusan penutupan bar. Ini bermaksud jika pasaran ditutup lebih tinggi sebelum penembusan menurun, maka pedagang tidak menjangkakan harganya akan turun dan oleh itu tidak ditetapkan untuknya. Mereka juga boleh memasuki perdagangan yang panjang, dan dapat meningkatkan kemungkinan kejatuhan harga berikutnya sebelum penutupan.

Syarat harga kedua menunjukkan bahawa keseimbangan supply dan demand beralih ke arah menurun, dan jualan semula meningkatkan peluang untuk menutup di bawah TD retracement level.

Sekiranya syarat pertama atau kedua tidak ditemui, seseorang harus menggunakan syarat ketiga, yang menghitung tekanan jualan sebelum TD retracement level berlaku. Syarat ini boleh digunakan untuk menentukan kemungkinan penutupan tersebut akan berjaya ditembusi.

Asas syarat ketiga ialah demand (tekanan jualan) di penembusan bar tidak melebihi supply bar terdahulu dan juga telah cukup kuat untuk menembusi TD replacement level.

Berikutan syarat yang diterangkan di atas, TD replacement level oleh Thomas DeMark membolehkan pedagang mengira jarak pergerakan pembetulan. Di samping itu, anda boleh mencari isyarat untuk tutup dagangan tepat pada masa sekiranya berlaku trend reversal yang tidak dijangka sebelum pedagang lain sedar akan perkara ini. Keuntungan ini bukan sahaja membantu anda mengurangkan kerugian, tetapi juga membolehkan anda untuk menutup perdagangan balas.

Pengguana TD Sequential atau TD Combo, TD-Wave, TD Trend lines dan TD Retracement levels, anda boleh membangunkan sistem perdagangan yang mudah tetapi menguntungkan. Tetapi ianya akan dijelaskan dalam artikel seterusnya.

Sila langgan untuk tidak terlepas dari sambungannya!

Semoga berjaya dan menjana keuntungan yang tinggi!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

LiteFinance: Syarat-syarat, untuk mengesahkan penembusan ke bawah oleh TD retracement level

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

TD Retracements – Retracement level oleh Thomas DeMark

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat