TD Moving Average: ciri-ciri, konfigurasi, pembinaan, isyarat, teori dan aplikasinya.
Rakan-rakan sekalian!
Saya bersambung menerangkan koleksi indicator forex Thomas DeMark.
Dalam artikel saya sebelum ini, saya telah menerangkan alat seperti berikut
- TD Trend Factor and TD Propulsion (lihat di sini).
- TD Retracements (lihat di sini)
- TD Lines of demand and supply
- TD D-Wave (lihat di sini)
- TD Sequential and TD Combo (lihat di sini)
- TD REI and TD POQ (lihat di sini)
- TD DeMarker 1 and 2, TD Pressure, TD ROC, TD Alignment (lihat di sini)
Hari ini, saya akan berbincang mengenai salah satu indicator yang selalu digunakan dalam dunia perdagangan. Ianya adalah moving average MA, tetapi ianya bukanlah MA biasa, ia adalah Thomas DeMark Moving Average (TD Moving Average). Sesiapa sahaja, yang pernah menggunakan indicator ini, tahu bahawa adalah agak mudah untuk digunakan dan menghantar isyarat yang jelas; tetapi, ia mempunyai beberapa kelemahan yang jelas, kerana ia tidak berkesan dalam pasaran turun naik yang tinggi atau dalam pasaran non-trending. Di samping itu, moving average adalah lagging indicator, oleh itu, bergantung terhadap isyaratnya sahaja adalah bukan strategi perdagangan yang berkesan.
Sudah tentu, anda boleh meningkatkan tempoh Moving Average untuk mengurangkan bilangan isyarat palsu, tetapi dalam hal ini lag akan menjadi lebih besar dan isyarat akan menjadi tidak berkesan. Jika anda mengurangkan tempoh MA, lag dari harga akan menjadi minimum, walaupun bagaimanapun, jumlah isyarat palsu akan meningkat dengan tinggi.
Thomas DeMark mencipta satu jenis indicator baru Moving Average. Dia cuba mengekalkan kelebihan indicator tetapi menghapuskan kelemahannya. Itulah bagaimana dua indicator terbentuk: TD Moving Average I dan TD Moving Average II.
TD Moving Average I pada asalnya direka sebagai stop trailing, dan ia adalah untuk menunjukkan tahap untuk keluar dari perdagangan. Walau bagaimanapun, indicator tersebut telah menjadi sangat berkesan dalam mengenal pasti trend dalam pasaran dan bukan sahaja dapat mengenal pasti tahap keluar yang betul, tetapi juga titik kemasukan. Pada masa yang sama, seperti semua indicator TD yang lain, TD Moving Average I dilukis berdasarkan pergerakan harga relatif, dan berbanding nilai mutlak, dan oleh itu, tidak ada tetapan berasingan untuk setiap tempoh masa yang diperlukan. Oleh itu, untuk mengelakkan lag masa, anda hanya perlu mengenal pasti indicator pada jangka masa yang lebih pendek.
Sebelum saya mula menerangkan mengenai indicator itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada @GravityWave, yang membuatkan indicator ini tersedia untuk semua orang dalam perpustakaan tradingview.
Mari kita kaji kes apabila moving average memberi isyarat tehadap trend menaik
Ia berlaku apabila low bar semasa lebih besar daripada 12 low sebelumnya.
Jika syarat ini dipenuhi, indicator akan menganalisis harga bar semasa dan tiga lagi pada masa akan datang. Sekiranya dalam tempoh empat bar ini, low tidak berada lebih tinggi dari 12 low sebelumnya, line tersebut akan hilang.
Jika semasa salah satu daripada empat bar ini, low berada lebih tinggi daripada 12 sebelumnya, TD Moving Average I akan aktif sekurang-kurangnya empat bar seterusnya.
Adalah jelas dari angka di atas bahawa apabila terdapat sebuah bar di mana low lebih besar daripada 12 low sebelumnya, di situ terdapat pembentukan trend menaik TD Moving Average bermula dari bar ke-12.
Carta di atas memberikan contoh peraturan yang baik apabila moving average dihilangkan, sebagai contoh trend menaik dibatalkan. Anda dapat lihat bahawa low pada 27 Jun lebih rendah berbanding 12 low sebelumnya dan tiga bar seterusnya tidak boleh menyatukan low di atas 12 low sebelumnya. Oleh itu, sebaik sahaja terdapat empat bar yang telah selesai, akan terdapat isyarat reversal pada bar keempat dan trend menaik akan hilang.
Secara umum, jika kita tahu bagaimana indicator ini dibentuk dalam kes seperti ini, seperti yang ditunjukkan dalam carta di atas, apabila low jauh lebih rendah daripada yang sebelumnya, kita sudah dapat memahami bahawa low dari tiga bar seterusnya tidak akan melebihi low tertinggi 12 bar terakhir. Oleh itu, tanpa membuang masa, kita sudah dapat mencari satu titik untuk keluar dari perdagangan.
Sekiranya kita kembali kepada contoh kita, ianya sudah jelas bahawa bar ketiga low tertinggi yang berada di 11 741 USD tidak akan ditembusi, oleh itu, seseorang boleh mengambil keuntungan dari perdagangan panjang, daripada menunggu sehingga bar kelima ditutup (ditandakan dengan warna merah). Kes ini menggambarkan bagaimana pemahaman menyeluruh tentang prinsip penggunaan indicator dapat membantu mengaplikasikannya dengan berkesan.
Apabila terdapat satu downtrend, moving average menurun dibentuk mengikut formula pengiraan yang sama. Hanya 12 high dianalisis dan bukannya low.
Adalah jelas dari carta di atas bahawa apabila terdapat bar ke-13 di mana high lebih rendah daripada 12 high sebelumnya, maka, bermula dari 12 bar, terdapat permulaan TD Moving Average menurun, yang merupakan isyarat jual.
Jika kita menggunakan syarat-syarat di atas untuk carta yang sama, moving average akan terkesan, di mana line hijau yang ditarik di bawah low akan menunjukkan pasaran kenaikan harga, dan warna merah, di atas high, menunjukkan pasaran menurun. Dalam kes ini, mengikut klasik, titik masuk akan berada di candle pertama dalam trend (ditunjukkan oleh anak panah dalam carta di atas), dan titik keluar akan berada di penutupan bar selepas unjuran menembusi nilai terakhir TD moving average menaik (menurun) TD (point tersebut ditandakan dengan x dalam carta di atas).
Seperti yang dapat dilihat dengan jelas dari carta di atas, jika pasaran didagangkan secara mendatar, perdagangan tersebut tidak menghasilkan keuntungan yang besar, dan mungkin mengakibatkan kerugian. Untuk mengelak dari kes sebegitu, seseorang harus menggunakan indicator ini bersama dengan alat DeMark yang lain, termasuk TD Moving Average II.
Indicator ini dipaparkan dalam carta di atas (terima kasih parsak21 untuk akses percuma terhadap alat tersebut!). TD Moving Average II terdiri daripada dua moving average mudah (SMA) yang dilukis berdasarkan penutupan. MA jangka masa pendek adalah line 3-tempoh, manakala line 34-tempoh adalah jangka masa panjang SMA. Oleh kerana TD Moving Average I memerlukan syarat khusus yang perlu dipenuhi untuk dipaparkan dalam carta (supaya dapat menunjukkan trending pasaran), TD Moving Average II selalu dipaparkan. Moving average 3-tempoh dilukis berdasarkan perbandingan tahap penutupan dua bar sebelumnya, dan moving average 34-tempoh dilukis berdasarkan bar sebelumnya. Tidak seperti moving average tradisional, walau bagaimanapun, TD Moving Average II mengaplikasikan kadar perubahan (ROC), untuk setiap average. Saya menerangkan kadar perubahan (ROC) di sini.
Oleh itu, sentimen pasaran akan meningkat apabila ROC berada di dalam zon pembeli, dan MA jangka masa pendek 3-tempoh berada di atas MA 34-tempoh. Dalam angka di atas, saya telah menekankan zon tersebut dengan warna hijau. Seperti yang anda lihat, ianya merangkumi sebahagian besar trend menaik.
Apabila ROC berada di kawasan neutral atau di zon penjual, seseorang tidak seharusnya membeli. Mereka, yang membuka posisi yang panjang, dapat mengambil keuntungan, walaupun MA jangka masa pendek masih berada di atas MA 34-tempoh.
Akhir sekali, jika anda menggunakan TD Moving Average I, TD Moving Average II dan ROC bersama-sama, anda akan mempunyai strategi dagangan yang selamat. Kemasukan beli akan ditunjukkan apabila semua alat di atas menghantar isyarat beli (ditandakan dengan anak panah hijau). Walau bagaimanapun, oleh kerana MA adalah lagging indicator, saya mencadangkan untuk mencari titik keluar dalam jangka masa yang lebih pendek. Dalam contoh kami, titik masuk berada dalam jangka masa harian. Oleh itu, titik keluar akan diberi isyarat apabila TD Moving Average I menunjukkan trend menaik dalam jangka masa H4.
Seperti yang anda dapat lihat dari carta di atas, isyarat titik keluar palsu sangat rendah dalam data sejarah. Di samping itu, kami sentiasa berada dalam trend dan mengambil keuntungan sebahagian besar daripada trend menaik. Kita akan melihat bagaimana strategi ini akan dilaksanakan pada masa akan datang. Setakat ini, saya telah selesai menerangkan satu lagi alat lain oleh Thomas DeMark.
Saya akan menerangkan indicator berkesan DeMark yang lain dan menerangkan bagaimana untuk menggunakannya terhadap perdagangan BTCUSD dalam artikel saya seterusnya.
Subscribe untuk tidak terlepas sambungannya!
Saya mengucapkan selamat maju jaya!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.




















