TD Range Projection: formula, syarat-syarat penggunaan, ciri-ciri, isyarat, teori dan applikasinya.

Rakan-rakan sekalian!

Saya bersambung berbincang mengenai koleksi petunjuk forex Thomas DeMark.

Dalam artikel saya sebelum ini, saya telah menerangkan alat seperti

  1. TD Trend Factor and TD Propulsion (lihat di sini).
  2. TD Retracements (lihat di sini).
  3.  TD Lines of demand and supply.
  4.  TD D-Wave (lihat di sini).
  5.  TD Sequential and TD Combo (lihat di sini).
  6. TD REI and TD POQ (lihat di sini).
  7. TD DeMarker 1 and 2, TD Pressure, TD ROC, TD Alignment (lihat di sini).
  8. TD Moving Averages (lihat di sini).

Hari ini, saya akan membincangkan petunjuk lain yang sangat berguna untuk membantu anda membuat unjuran dengan lebih tepat.

  • TD Range Projection adalah petunjuk yang digunakan untuk mengunjurkan dan meramal nilai high dan low (range) bar seterusnya. Pengiraan range atau nilai high dan low bar seterusnya bergantung kepada nilai harga pembukaan dan penutupan untuk bar paling baru.

Petunjuk TD Range Projection 

Petunjuk ini membandingkan penutupan bar semasa dengan harga pembukaan, high dan low. Analisis ini digunakan untuk mengunjurkan tahap high dan low bar seterusnya dalam mana-mana pasaran dan dalam sebarang jangka masa. Walau bagaimanapun, Thomas DeMark sendiri mengesyorkan untuk menggunakan petunjuk ini kepada analisis situasi pasaran pada carta harian.

Apabila kita membandingkan penutupan bar paling baru dengan pembukaannya, salah satu daripada tiga syarat perlu dipenuhi:

  1. Penutupan bar terkini adalah lebih besar dari yang pembukaannya.
  2. Penutupannya lebih rendah berbanding pembukaan.
  3. Penutupan bar terkini bersamaan dengan pembukaan bar.

Unjuran low dan high ditentukan dengan cara berikut: pertama, anda perlu menghitung parameter X. Untuk ketiga-tiga pilihan yang diterangkan di atas, formulanya adalah seperti berikut:

  1. ika syarat pertama ditemui, oleh itu X = (2 *High Terkini + Low Terkini + Close Terkini)/2
  2. Jika syarat kedua ditemui, oleh itu X = (High Terkini + 2 * Low terkini + Close Terkini)/2
  3. Jika syarat ketiga ditemui, oleh itu (High Terkini + Low Terkini +2 * Close Terkini)/2

Kemudian, untuk menghitung unjuran high, kita menolak low terkini daripada X; untuk menghitung low, kita tolak high terkini daripada X.

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

Saya akan menerangkan contoh penggunaan petunjuk itu menggunakan pasaran BTCUSD.

Dalam contoh carta yang diberikan, saya akan cuba menghitung tahap low untuk bar nombor 2. Untuk melakukannya, kita mengambil high bar terbaru nombor 1 pada 11989 USD, low pada 11146 USD, dan penutupannya pada 11 269 USD. Oleh kerana penutupan semasa lebih rendah daripada pembukaannya, kita akan menggunakan syarat kedua dari senarai tersebut:

X = (11989 + 2х11146 + 11269)/2=22775

Seterusnya, unjuran low dan high adalah:

Min = 22775 – 11989 = 10786;

Max = 22775 – 11146 = 11629.

Angka di atas dengan jelas menunjukkan bahawa harga pada hari berikutnya (bar nombor 2) berada dalam range nilai antara pengiraan low dan high. Tetapi, seperti yang anda sangkakan, ianya tidak selalu berlaku.

Pasaran kerap dibuka di bawah unjuran low atau high. Kes tersebut tidak boleh dianggap sebagai kegagalan dalam ramalan. Ianya bermaksud pasaran dipengaruhi oleh faktor-faktor fundamental. Di samping itu, keadaan sedemikian memberi manfaat kepada pedagang, kerana dari nilai asal low atau high, harganya akan cenderung kepada range unjuran dalam jangka masa pendek. Seseorang boleh membuat keuntungan yang baik dari ini.

Untuk meningkatkan ketepatan unjuran, Thomas DeMark memperkenalkan konsep Upside dan tahap Downside TD Tolerance.

Tahap TD Tolerance Upside dikira dengan mendarabkan range sebenar bar sebelumnya sebanyak 15% dan menambahkannya ke pembukaan semasa.

Sama seperti tahap Downside TD Tolerance ditakrifkan dengan mendarabkan range sebenar bar sebelumnya sebanyak 15% dan menolaknya dari pembukaan semasa.

Untuk memahami bagaimana tahap ini dikira, seseorang perlu terlebih dahulu memahami apa itu range harga sebenar. Seperti yang anda ketahui, range harga adalah perbezaan di antara harga high dan low semasa dalam bar yang sama, oleh itu, true range adalah perbezaan di antara true high dan true low.

Menurut Thomas DeMark, true high harus lebih besar daripada penutupan dua bar sebelumnya.

Dan true price low seharusnya lebih rendah berbanding penutupan dua bar sebelumnya.

Oleh itu, jika syarat-syarat ini tidak ditemui, dalam pengiraan, anda perlu mempertimbangkan bar seterusnya di sebelah kiri, di mana syarat ditemui.

Sekarang, dengan mengetahui bagaimana untuk mencari true range, kita boleh menghitung tahap TD Tolerance. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ianya akan membantu anda membuat ramalan dengan lebih tepat.

Untuk melakukannya, anda perlu menggunakan salah satu daripada empat peraturan seperti disenaraikan di bawah, di mana satu syaratnya perlu dipenuhi, unjuran bar mesti dibuka pada range, dihitung oleh TD Range Projection.

  1. Jika harga dibuka dalam range dan bergerak ke bawah DownsideTD Tolerance Level sebelum mencapai range high, maka ianya berkemungkinan akan ditutup dalam range.
  2. Jika harga dibuka dalam range dan bergerak ke atas UpsideTD Tolerance Level sebelum mencapai range low, maka ianya berkemungkinan akan ditutup dalam range.
  3. Jika harga mencapai range high sebelum mencapai Downside TD Tolerance Level, maka ianya berkemungkinan akan ditutup di atas high yang ditunjukkan oleh TD Range Proejction.
  4. Jika harga mencapai range low yang diramalkan oleh TD Range Projection sebelum mencapai Upside TD Tolerance Level oleh unjuran high, maka ianya berkemungkinan akan ditutup di bawah low terkini TD Range Projection.

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

Sebagai contoh, saya akan membincangkan kes yang dijelaskan pada awal artikel. Kita telah menentukan TD Range Projection untuk bar 2 (zon kelabu). Langkah seterusnya adalah untuk mengenal pasti true range seterusnya untuk bar 1.

Syarat true low ditemui oleh low terkini pada 11208, syarat true high ditemui oleh high sebelumnya di sekitar 12101.2.

Oleh itu, true range bar 1 adalah perbezaan antara kedua-dua nilai tersebut = $12101.2 - $11208 = $ 897.2 (ia ditunjukkan dalam warna ungu dalam carta di atas).

Sekarang, kita boleh menghitung Upside dan Downside TD Tolerance levels:

Pertama sekali, 897.2 USD* 15% = 134.58 USD.

Nilai ini ditambah ke tahap pembukaan bar №2 untuk menghitung Upside TD Tolerance Level, dan ianya ditolak daripada tahap pembukaan bar №2 untuk mengira Downside TD Tolerance Level.

Oleh itu, kita mempunyai tahap seperti berikut:

Upside TD Tolerance Level = 11311 USD + 134.58 USD = 11455.58 USD

Downside TD Tolerance Level = 11311 USD — 134.58 USD = 11176.42 USD

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

Semua range tersebut telah ditandakan dalam carta di atas.

Selepas itu, untuk menganalisa dengan betul bagaimana harga berfungsi menggunakan TD Tolerance Level, kita perlu beralih dari jangka masa harian ke jangka masa setiap jam.

​Seperti yang anda dapat lihat dari carta di atas, harga telah menembusi downside level TD Tolerance, oleh itu syarat 2 dan 3 tidak ditemui, dan syarat 1 dan 4 adalah relevan.

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

Oleh itu, apabila hari dagangan pada 11 Ogos, kita dapat melihat bahawa, terhadap pembetulan ke atas, harga tidak akan bergerak lebih tinggi daripada high pada 11629 seperti yang ditunjukkan oleh TD Range Projection. Oleh itu, apabila harga sedang bergerak terhadap tahap ini, kita boleh menetapkan take profit dan memasuki perdagangan pendek, dengan syarat terdapat isyarat yang berkaitan.

Ianya jelas dari carta di atas bahawa harga tersebut telah menghasilkan senario ini.

Secara umum, seperti yang anda dapat lihat dari contoh yang diberikan, analisis TD Range Projection pada jangka masa harian sesuai untuk pedagang harian.

Saya, secara peribadi, sebagai pedagang, lebih cenderung terhadap strategi perdagangan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, oleh itu, saya mencadangkan untuk menggunakan petunjuk ini dalam jangka masa mingguan dan bulanan.

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

Sebagai contoh, mari kita kaji situasi TD Range Projection dan TD Tolerance pada jangka masa bulanan BTCUSD untuk bar terkini nombor 2 (lihat rajah di atas).

Langkah 1. Tentukan TD Range Projection untuk bar №2

Anda dapat melihat bahawa bar №1 ditutup di bawah harga pembukaannya, oleh itu, perkaitan relevan dalam kes ini adalah syarat 2, di mana X = (High Terkini + 2 * Low Terkini + Close Terkini) / 2.

Oleh itu, anda analisis bar Julai dan hitungkannya:

High: 13174 USD

Low: 9084.7 USD

Close: 10088 USD

So, X = (13174 + 2x9084.7 + 10088)/2 = 20751.7

TD Range Projection Max = 20751.7 – 9084.7 = 11631 USD

TD Range Projection Min = 20751.7 – 13174 = 7541.7 USD

Langkah 2. Sekarang, tentukan TD Tolerance Level.

Pertama sekali, anda perlu mengenal pasti true high dan true low range tersebut.

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

Oleh itu, kita dapat melihat true range untuk bar №1 adalah di antara 405.3 USD dan 13174 USD dan bersamaan dengan 13174 - 3405.3 = 9768.7

Oleh itu, 15% daripada range yang ditetapkan ialah 9768.7 USD * 15% = 1465.35 USD

Seterusnya, tambahkan nilai ini dan menolaknya daripada pembukaan harga bar Ogos, kita dapat mengetahui limit Upside dan Downside TD Tolerance.

Oleh kerana pembukaan bar Ogos adalah 10088 USD, kita mempunyai nilai seperti berikut:

Upside TD Tolerance Level = 10088 USD + 1465.35 USD = 11553.31 USD

Downside TD Tolerance Level = 10088 USD — 1465.35 USD = 8622.69 USD

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

Akhirnya, kita mendapat keadaan seperti berikut (lihat rajah di atas).

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

Sekiranya kita beralih kepada jangka masa D1, kita akan mendapati bahawa harga telah menembbusi Upside TD Tolerance Level dan high Range Projection, yang mengesahkan syarat ketiga, dan oleh itu, harga berkemungkinan akan ditutup di atas high Range Projection pada 11631 USD.

Tiada banyak masa lagi yang tinggal sehingga akhir bulan. Kita harus melihat jika senario itu akan berlaku.

Seterusnya, saya akan terus menerangkan alat teknikal DeMark dan penggunaannya dalam perdagangan BTCUSD.

Saya akan berbincang mengenai perkara ini dan alat menarik lain dalam artikel saya yang akan datang. Subscribe blog dan anda tidak akan terlepas berita baru!

Saya mengucapkan semoga berjaya!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
 

LiteFinance: Petunjuk TD Range Projection 

 

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Projection of the future bar by DeMark: TD Range Projection

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat